Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

首相宣布批准美里机场扩建计划

美里:美里机场扩建项目已获得批准,以应付北砂北不断增加的游客量。 首相拿督斯里安华保证将加快该项目的实施,并将与交通部长陆兆福和财政部就此事作进一步讨论。  他说,若相较于去年,今年的旅游业增长近90%。 “因为有新的发展,所以(美里机场)扩建是合适的。我们的问题是航班以及包括机场在内的设施。今晚,我宣布批准美里机场扩建项目,我也将加快推进进程。”  他星期六晚上在州宴上致词时,这么表示。 与此同时,拿督斯里安华强调,任何优先项目的宣布都必须尽快实施。  他说,马来西亚必须变得更具竞争力、弹性和活力,以抓住外国对马来西亚日益增长的兴趣所所带来的机会。 出席州宴的嘉宾有砂总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士、国会上议院主席拿督阿旺比米、砂议会议长丹斯里拿督阿玛莫哈末阿斯菲亚、妇女、家庭及社会发展部长拿督斯里南茜苏克利、内政部长拿督斯里赛夫丁、砂拉越交通部长拿督斯里李景胜、联邦部长和砂拉越部长一行人、政府首席秘书丹斯里山苏阿兹里阿布巴卡、砂拉越政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡马祖基、联邦副部长和砂拉越副部长一行人等。-UKAS刊  

Lihat

news

Penyakit Kardiovaskular Penyakit Utama Di Malaysia

KUCHING: Penyakit kardiovaskular merupakan penyakit utama di Malaysia serta di Sarawak.    Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian memberitahu, seramai 245,000 pesakit melalui Pusat Jantung Sarawak selama 20 tahun yang lalu dan angka tersebut dijangka naik pada masa hadapan.   “Ingat bahawa hanya ada satu hari dalam setahun di mana kita mesti memberitahu semua orang untuk mencintai jantung sendiri.   “Kita juga harus sayangi keluarga dan rakan kita, kerana kita tidak mahu kehilangan orang kepada penyakit jantung,” jelasnya.   Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Hari Jantung Sedunia 2024 di Taman Perpaduan di sini pada Ahad.   Menurutnya, pesakit yang mengalami penyakit kardiovaskular di Malaysia adalah 10 tahun lebih muda daripada pesakit di negara maju akibat peningkatan kadar prevalens hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi.   Hari Jantung Sedunia pada tahun ini bertemakan ‘Use Heart for Action’ yang bertujuan memberi tumpuan kepada memotivasikan setiap negara untuk mempunyai pelan tindakan kebangsaan bagi penyakit kardiovaskular.   Seramai 1,000 peserta telah menyertai program tersebut yang bermula seawal jam 6:30 pagi dengan pelbagai aktiviti seperti Walk-A-Mile, pemeriksaan kesihatan, ujian kecergasan dan zumba.   Turut hadir ialah isteri kepada Datuk Amar Dr Sim, Datin Amar Enn Ong Siok Ean dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman. -EDISI UKAS  

Lihat

news

35 Pelajar Di Sebuyau Terima Insentif Pendidikan

SEBUYAU: Seramai 35 pelajar daripada pelbagai institusi pendidikan telah menerima insentif pendidikan berjumlah RM16,300 pada Sabtu.   Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi telah menyampaikan insentif tersebut kepada para penerima terdiri dari 28 orang mahasiswa sarjana muda, tujuh penerima diploma serta satu penerima Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).   Setiap penerima insentif untuk program sarjana muda mendapatkan sebanyak RM500, mahasiswa diploma menerima RM300 dan pelajar STPM menerima RM200.   Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berkata, pemberian ini secara tidak langsung turut menyedarkan para pelajar bahawa usaha mereka memburu kejayaan sentiasa disokong.    “Insentif ini bertujuan untuk meringankan beban biaya pendidikan serta mendorong semangat para pelajar untuk terus berprestasi dan memberikan motivasi tambahan untuk mencapai cita-cita mereka dan membangun masa depan yang lebih baik.   “Dengan adanya program ini, saya berharap dapat terus mendukung generasi muda dalam mengejar pendidikan tinggi, khususnya di daerah-daerah luar bandar,” ujarnya.   Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak Ir Ts Awg Mohamad Fadillah Awg Redzuan, wakil Pegawai Daerah Sebuyau Tahir Putih dan Penghulu Abu Seman Suhaili. -EDISI UKAS

Lihat

news

Kerajaan Sarawak Usaha Lengkapkan Sekolah Luar Bandar

SERIAN: Kerajaan Sarawak berusaha melengkapkan sekolah di kawasan luar bandar dengan kemudahan yang diperlukan untuk merapatkan jurang pembelajaraan.   Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Martin Ben berkata, penyediaan kemudahan yang cukup baik di SK Mapu tidak jauh beza dengan apa yang terdapat di sekolah di bandar.   “Kemudahan tidak lagi menjadi halangan kepada guru dan murid-murid meningkatkan pencapaian prestasi pembelajaran dan penguasaan teknologi digital walaupun berada di luar bandar,” ujarnya.   Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Mini Karnival SK Mapu 2024 di Kampung Mapu Sadong di sini pada Jumaat.    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup itu menambah, ibu bapa tidak seharusnya meletakkan usaha mendidik kepada guru semata-mata dan harus sama-sama memberikan perhatian dan sokongan terhadap kemajuan pendidikan anak-anak di sekolah.     Beliau juga berharap agar ibu bapa juga melibatkan diri dengan segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk menjalin kerjasama antara ibu bapa dan guru sekaligus memberi ruang bagi ibu bapa memantau kemajuan pendidikan anak-anak mereka.   Dalam majlis sama, Datuk Martin telah menyerahkan cek berjumlah RM12,000 kepada Guru Besar SK Mapu Gloria Olin Noah bagi pembayaran pemasangan dan caj bulanan pakej internet kelajuan tinggi Starlink.     Beliau juga mengumumkan dana sejumlah RM15,000 pada tahun 2025 akan disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut untuk mengadakan aktiviti dan menjalankan urusan.   Difahamkan, Mini Karnival SK Mapu diisi dengan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, pertandingan melukis, karaoke dan pertandingan Ratu Kebaya.    Acara kemuncak karnival ialah Pertandingan Ratu Kebaya di mana pemenang telah menerima trofi, produk kecantikan dan wang tunai tempat pertama sebanyak RM200, tempat kedua RM150 dan tempat ketiga RM100.   Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Serian Bunsie Tunton, wakil Pegawai Daerah Tebedu Angela Thomas, Timbalan Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Serian merangkap Guru Besar SK Parun Suan Nebin Nasa dan Pengerusi Persatuan Guru Besar Zon Kedup merangkap Guru Besar SK St Raymond Mujat John Salang Bana. -EDISI UKAS

Lihat

news

Pupuk Semangat Cintai Alam Sekitar Untuk Masa Hadapan

SERIAN: Masyarakat Sarawak harus memupuk semangat mencintai alam sekitar serta menjaga kebersihannya untuk memastikan kesejahteraan masa hadapan.   Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Martin Ben berkata, sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2024 bertemakan ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’ bertujuan meraikan semangat kecintaan kepada alam sekitar untuk seluruh masyarakat.   ”Tema sambutan mengingatkan kita bahawa alam sekitar bukanlah milik segelintir pihak atau tanggungjawab individu tertentu sahaja, tetapi milik kita semua.    “Oleh itu setiap orang daripada kita memainkan peranan penting dalam memelihara  dan melindungi anugerah yang berharga ini.    “Kita mesti ingat bahawa setiap langkah dan tindakan kita terhadap alam sekitar akan membawa kesan sama ada positif mahupun negatif,” katanya.   Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Program Komuniti Pencegahan dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Sempena Hari Alam Sekitar Negara 2024 di Kampung Terbat Leban di sini pada Sabtu.   Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup itu turut menyentuh mengenai ancaman dan kesan pencemaran alam sekitar dari pembakaran terbuka, pencemaran udara dan sungai serta pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab.     Beliau menyeru semua masyarakat mesti bersatu dan bekerjasama dalam menjaga alam sekitar kerana alam sekitar yang terpelihara bukan hanya menjamin kesejahteraan hari ini tetapi juga masa depan anak-anak.   Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak John Rampai, wakil Residen Bahagian Serian Esther Najoh, Pegawai Daerah Tebedu Gerald George Entigar, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Serian Jeffery Tikok dan Pemanca Ayahanda Kane Manong. -EDISI UKAS

Lihat

news

PM Ngemendar Nangkir Padang Bilun Miri

MIRI: Projek nangkir Padang Bilun Miri udah dikemendar ngambi tetangkupka tubuh temuai datai di wilayah nya.   Menteri Besai Dato’ Seri Anwar Ibrahim meri jamin deka ngerumban pejalai projek nya enggau deka ngatur randau lenak agi begulai enggau Menteri Pengangkut Anthony Loke sereta Opis Menteri Wang senentang pekara nya.   Ku iya, penyampau dagang temuai tumbuh taun tu nambah nyau deka 90 peratus dibanding taun siti nyin tadi.   “Laban bisi pengerembai baru.. nya alai endang patut (Padang Bilun Miri) ditangkir ke agi.   "Penanggul kitai iya nya penerebai bilun sereta mega perengka guna nyengkaum padang bilun,” ku iya madah.   “Malam tu, aku deka madah bekaul enggau Projek Nangkir Padang Bilun Miri udah diberi pemendar lalu aku deka pengawa nya diatur enggau lengkas agi,” ku iya madah maya bejaku ba Pengerami Makai Lemai ke diatur serimbai pejalai gawa iya ke Miri, Hari Enam.   Berebak enggau nya, Dato’ Seri Anwar nyemetak madah ke pengawa ngemendar sebarang projek ke diberi perati meseti ditimbal enggau pengawa dipejalai enggau lengkas.   Setimpak enggau pekara nya, iya madah ke Malaysia patut nyadi kompetitif agi, ulih beretan enggau dinamik dikena ngerebut peluang ari menua luar ke majak rindu ke Malaysia.   Sama bisi datai, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Yang di-Pertua Dewan Negara Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Pemansang Indu, Ruang Bilik enggau Komuniti Dato Sri Nancy Shukri, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengangkut Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, baris Menteri Besai enggau Menteri Sarawak, Tuai Sekretari Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Sekretari Perintah Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, baris Sapit Menteri Besai enggau Sapit Menteri Sarawak sereta temuai dipebasa ke bukai. -EDISI UKAS

Lihat

news

Birokrasi Dalam Pejalai Projek Patut Dikurang

MIRI: Birokrasi sistem atur gawa perintah dalam bejalaika projek di Sarawak patut dikurangka agi nentuka pejalai langgur pemansang lanchar.   Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, ngansak bala pegawai bepangkat perintah ngembuan semangat ngerumban pemansang di Sarawak.   "Peda sekula kitai, klinik kitai lalu nguji ngemandakka birokrasi.   “Menteri Besai bisi ba mua kitai, pia mega, kitai ngarap bala pegawai bepangkat perintah seriris enggau pengeransing ti dipandangka Menteri Besai, ngelengkaska agi pemansang di Sarawak,” ku iya madah.   Iya madah munyi nya maya Pengerami Makai Lemai serimbai Pejalai Gawa Yang Amat Berhormat Menteri Besai ke Sarawak ditu, Hari Enam.   Nampung baru jaku iya, Premier Sarawak mega nyemetak madah ke Sarawak deka terus mantu perintah besai nyapai ekonomi tumbuh ke ulih mai ubah ngagai menua.   "Aku ulih meri jamin ngagai kita, Sarawak deka ngenegapka pekara tu (penegap politik), lalu nama penegap ke dikembuan kitai, kitai patut bekunsi enggau selampur Malaysia lalu nya meh juluk semua perintah kitai," ku iya nyemetak.   Ba pengerami ke sama, Menteri Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim nerima tepa Parang Ilang ke disua Temenggong Bansa China bagi Menua Miri Yong Vui Seng, Temenggong Orang Ulu bagi Menua Miri Elizabeth Deng, Pemancha Mohamed Abang Othman, Residen bagi Menua Miri Jamalie Busri enggau Bala Tuai Raban Bansa enggau Tuai Komuniti (KMKK) Miri. Sama datai, Yang Di-Pertua Dewan Negara Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Speaker Kunsil Nengeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Pemansang Indu, Ruang Bilik enggau Komuniti Dato Sri Nancy Shukri, Menteri Dalam Menua Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengangkut Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Bala Menteri Perintah Besai enggau Menteri Sarawak, Tuai Sekretari Menua Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Sekretrari Perintah Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Bala Sapit Menteri Perintah Besai enggau Sapit Menteri Sarawak sereta bala temuai dipebasa ke bukai. -EDISI UKAS    

Lihat

news

Loji Rawatan Air Maludam Mula Beroperasi Hujung Oktober Ini

PUSA: Loji Rawatan Air Maludam, Pusa bakal menambah baik sistem bekalan air ke kawasan Beladin apabila ia mula beroperasi kelak. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata projek bernilai RM25.4 juta itu kini dalam fasa akhir dan dijangka siap pada hujung Oktober ini. Katanya, loji ‘Acute System’ berkapasiti 5 Juta Liter sehari itu turut mencakupi pemasangan saluran paip baharu dari loji ke stesen pam penggalak Spinang. “Ia akan memberi manfaat yang besar kepada lebih kurang 6,330 orang pelanggan (sedia ada) JBALB di kawasan Beladin, Pusa. “Maludam merupakan kawasan yang mempunyai sumber air yang banyak, oleh sebab Itu wajarlah loji tersebut dibuat di kawasan Maludam untuk menampung bekalan air untuk kawasan sekitarnya khususnya kampung Beladin. “Usaha untuk menambahbaik loji ini, ianya akan meningkatkan pengaliran air di kawasan ini dengan baik,” katanya semasa mengadakan lawatan ke loji rawatan air itu pada Sabtu. Katanya, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan berusaha untuk menaiktaraf loji kawasan Kaki Wong, Saratok dan menaik taraf loji kawasan Lubau, Betong untuk membekalkan air ke seluruh Bahagian Betong. Menurutnya, beliau berharap agar semua kawasan tidak mempunyai masalah air lagi sambil menegaskan paip yang sudah uzur atau lama perlu diganti dengan yang baharu. Dalam hal ini katanya, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) perlu memainkan peranan penting serta memantau jika ada pemasangan paip yang baharu nanti. “Kerajaan Sarawak sentiasa berusaha untuk menyediakan pasarana yang baik, kemudahan untuk kegunaan bersama demi kesejahteraan rakyat di Sarawak. “Premier Sarawak bekerja keras untuk mencari dana untuk membangunkan Sarawak khususnya di kawasan Batang Lupar. Terdapat beberapa jambatan yang akan siap dan kesemuanya menggunakan duit kerajaan Sarawak sendiri.” Tegas Dato Sri Julaihi lagi, beliau sendiri akan turut turun padang untuk memastikan projek di bawah Utiliti dan Telekomunikasi berjalan dengan baik dan lancar. Turut hadir Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor dan Pengarah JBALB Sarawak, Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan. - EDISI UKAS

Lihat

news

60 Organisasi Di Samarahan Terima Geran MRP Berjumlah RM510,000

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 60 organisasi terdiri daripada persatuan dan kelab di Bahagian Samarahan menerima geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM510,000 sempena Program Samarahan Prihatin 2024 pada Sabtu. Program yang diadakan di Dewan Sri Samarahan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata, geran yang diberikan itu bertujuan bagi membantu organisasi terbabit menjalankan aktiviti termasuk program dalam meningkatkan penglibatan masyarakat di kawasan berkenaan. Justeru, beliau berharap dengan adanya peruntukan tersebut, ia dapat memberi kemudahan dan keselesaan dalam melakukan aktiviti program di kawasan masing-masing. "Saya juga menyeru agar semua penerim menggunakan dana yang disalurkan oleh kerajaan dengan sebaik mungkin. "Ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat terutama dalam sesebuah organisasi yang memerlukan dana bagi penganjuran aktiviti demi manfaat kepada rakyat," katanya. Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan Insentif Pelajar Cemerlang STPM 2023 berjumlah RM43,000 kepada 86 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang melibatkan empat sekolah Tingkatan 6 iaitu SMK Asajaya, SMK Wira Penrissen, SMK Muara Tuang dan SMK Kota Samarahan. Selain itu turut disampaikan sumbangan pendidikan bagi mereka yang dapat melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi berjumlah RM32,000 kepada 232 orang pelajar. Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Samarahan Rais Ahmat, Pegawai Daerah Samarahan Ahmad Abdul Razak, Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan Awang Hapeni Awang Onget dan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak Yahya Sidek. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Pembangunan Ekonomi Wanita Muara Tuang Anjur Majlis Zikir Wanita & Ceramah Agama Sempena Sambutan Maulidur Rasul

KOTA SAMARAHAN: Pembangunan Ekonomi Wanita Muara Tuang telah menganjurkan Majlis Zikir Wanita dan Ceramah Agama Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2024 di Masjid Al-Ikhlas Kampung Sindang Baru di sini pada Sabtu. Program bermula seawal jam 8 pagi itu menghimpunkan seramai 100 hadirin terdiri daripada 12 kumpulan zikir dari Kampung Muara Tuang, Kampung Tanjung Bundong, Kampung Tanjung Bundong Lot Fasa 1,2, dan 3, Taman Desa Ilmu, Kampung Meranek, Kampung Endap, Kampung Tanah Putih, Kampung Pinang, Kampung Tanjung Tuang, Kampung Baru, Kampung Bukit Berangan dan Kampung Asajaya. Majlis diserikan lagi dengan ceramah bertajuk Memperingati Rasulullah SAW Tauladan Sepanjang Zaman disampaikan oleh Pengerusi HIKMAH Ranting Kuching merangkap Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH Ustaz Zamri Mohamad. Zikir dan selawat ke atas Rasulullah SAW turut menjadi halwa telinga hadirin yang dipimpin oleh kumpulan zikir dari Kampung Muara Tuang. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak merangkap ADUN Muara Tuang Dato' Idris Buang. Menurut beliau, majlis itu dianjur bagi menyuburkan rasa cinta dan kasih terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menzahirkan syiar Islam. Selain itu, ia bertujuan menguatkan semangat perpaduan dan silaturahim dalam kalangan pertubuhan wanita Islam dan masyarakat setempat. Hadir sama, isteri kepada Dato' Idris iaitu Datin Nurhidayah Hussain, Pengerusi Pembangunan Ekonomi Wanita Muara Tuang Suraya Muhuidin, Ketua Kaum Kampung Sindang Hilir Padil Hajimi dan Ketua Marqas Operasi DUN Muara Tuang Aziz Mohamad.-EDISI UKAS  

Lihat
PertamaSebelumnya2561256225632564256525662567256825692570SeterusnyaTerakhir