Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Kerajaan Persiap Tahun Melawat Malaysia Pada 2026

LIMBANG: Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri sedang bertungkus lumus membuat persiapan untuk menyambut 2026 sebagai tahun melawat Malaysia. Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata Menteri Pelancongan Malaysia, Dato Sri Tiong King Sing telah membuat promosi ke luar negara dan memberikan visa percuma selama sebulan kepada pelancong-pelancong dari negara China dan India untuk menarik mereka melancong ke Malaysia. “Kita juga ingin melihat dan menarik kedatangan pelancong-pelancong ini ke Sarawak khususnya ke Daerah Limbang. “Selaku wakil rakyat, kita perlu memikirkan bersama bagaimana kita hendak menarik mereka datang melancong ke Limbang supaya dapat menjana sektor pelancongan dan ekonomi penduduk-penduduk bandar, pinggar bandar dan luar bandar,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Malam Budaya Tahun 2024 di Perkarangan Tempat Letak Kenderaan, Limbang pada Jumaat. Sehubungan itu, Datuk Hasbi berharap agar Pejabat Residen dan agensi-agensi kerajaan akan melihat perkara berkenaan dengan mengumpul produk-produk pelancongan yang ada di Daerah Limbang termasuklah Malam Kebudayaan seperti ini. “Saya tidak mahu kita sebagai tukang lihat saja di kaca tv dan media sosial kedatangan pelancong ke tempat-tempat lain di negara kita. “Kita tidak dapat mengharapkan sepenuhnya kepada kerajaan untuk mempromosi produk-produk pelancongan kita sahaja tetapi kita sendiri juga mesti pandai mengurus dan mengolahnya,” tambahnya. Hadir sama majlis Pegawai Daerah Limbang wakil Residen Bahagian Limbang Sulaiman Engal, Walikota Majlis Daerah Limbang Kr Sufian Mohat, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Limbang Dato’ Wong King Hoong serta tetamu lain.-EDISI UKAS

View

news

544 Sertai Larian Amal 'Unity Run 2.0' SMK Methodist

SIBU: Lebih 544 peserta mengambil bahagian dalam Larian amal 'Unity Run 2.0' Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist yang melibatkan empat kategori iaitu jarak sejauh 5km dan 3km untuk kategori lelaki dan wanita. Lima pemenang tempat teratas bagi kategori 5km menerima hadiah wang tunai, pingat dan sijil dan pemenang lima tempat teratas kategori 3km juga akan menerima pingat dan sijil, manakala peserta yang berjaya menamatkan larian telah membawa pulang sijil penyertaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek merangkap Pengerusi Persatuan Alumni SMK Methodist Joseph Chieng Jin Ek telah hadir menyempunakan simbolik pelepasan di sekolah tersebut pada Sabtu. Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Methodist Ting Wei Ping berkata, larian amal itu diadakan untuk mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti PIBG SMK Methodist. Jelasnya, pihak penganjur telah meletakkan sasaran kutipan dana sebanyak RM50,000, namun tetap berpuas hati dengan jumlah dana yang diperolehi daripada penganjuran larian itu. "Dengan adanya jumlah penyertaan yang menggalakan merupakan satu pencapaian yang cukup baik bagi penganjuran aktiviti larian ini," ujarnya. Penganjur berharap dan menyeru agar lebih ramai dalam kalangan ibu bapa pelajar melibatkan diri dalam aktiviti PIBG seperti ini. Kutipan dana itu akan disalurkan bagi kegunaan pemberian insentif khas pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan sebagainya. Hadir sama Pengetua SMK Methodist Philip Ling Swee Nge serta Presiden Lembaga Pengurusan SMK Methodist John Ting. -EDISI UKAS

View

news

Bintulu Kian Pesat Membangun, Banyak Kawasan Baharu Diterokai

BINTULU: Bintulu kini berkembang sebagai sebuah bandar yang pesat membangun dalam sektor perindustrian di mana banyak kawasan baharu diterokai. Menurut Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey, program penanaman semula pokok memberi impak positif terhadap alam sekitar dan merupakan satu usaha jangka masa panjang ke arah pemuliharaan hutan di negeri ini khususnya Bintulu. Jelasnya, penanaman semula pokok amat penting bagi memastikan pembangunan seimbang dengan kehijauan hutan dan alam sekitar untuk memastikan pembangunan dilaksanakan tidak mengabaikan alam sekitar. “Melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat korporat termasuk pelbagai agensi kerajaan mampu menjayakan program penanaman semula pokok dengan lebih progresif dan berjaya pada masa hadapan. “Ini sekaligus membolehkan usaha pemuliharaan hutan dijalankan secara konsisten kerana mendapat kerjasama padu daripada semua pihak. “Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) akan terus menyokong apa sahaja program berkaitan pemuliharaan alam sekitar di bahagian ini sekali gus menjadi contoh kepada bahagian lain di negeri ini,” katanya. Beliau berkata demikian dalam program ‘Nourish Nature Nurture Future’ di Balai Raya RPR Kidurong pada Sabtu. Program ‘Nourish Nature Nurture Future’ adalah selari dengan matlamat pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta menyokong inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menanam 35 juta pokok yang sejajar dengan Kempen Penanaman 100 juta pokok 2021-2025 yang dimulakan oleh Kerajaan Malaysia. Program yang dijalankan secara kolaboratif antara syarikat dan juga agensi kerajaan tersebut merupakan langkah bijak bagi merealisasikannya. Ketua PTTEP Malaysia Asset Malaysia Sarawak Denkey Thatchaichawalit berkata, usaha bersepadu ini bertujuan untuk meningkatkan landskap tempatan dan menangani isu alam sekitar yang penting seperti peningkatan pelepasan karbon dan hakisan tanah. "Perhutanan bukan sahaja akan menyerap pelepasan karbon tetapi juga mewujudkan habitat yang berkembang maju untuk hidupan liar tempatan. “Inisiatif ini selaras dengan strategi syarikat kami untuk memupuk pertumbuhan perniagaan sambil mengekalkan tanggungjawab terhadap masyarakat dan alam sekitar komuniti,” ujar beliau. Hadir sama Penolong Pengurus Besar (Alam Sekitar) BDA Maimunah Matali, Ketua JAS Cawangan Bintulu Abdul Mazli Hafiz Abdul Malik serta tetamu lain.-EDISI UKAS

View

news

Majlis Makan Malam Penghargaan, Pertabalan Jawatankuasa Persatuan Dayak Miri Dan Ngiling Tikai 2024

MIRI: Persatuan Dayak Miri (DAM) telah mengadakan Majlis Makan Malam "3 in 1" Penghargaan, Pertabalan Jawatankuasa Persatuan Dayak Miri Bagi Tahun 2024 -2025 dan Ngiling Tikai 2024 di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri pada Sabtu. Dalam majlis itu, seramai 26 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Ijazah, Sarjana, Kedoktoran pada 2022 dan 2023 warga Dayak telah menerima inisiatif pendidikan itu. Terdahulu, Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum Iban Daerah Miri, Pemancha Alexander Isut Karin telah menyampaikan peruntukan aktiviti daripada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Dayak Miri. Di samping itu, beliau turut mengumumkan peruntukan daripada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat sebanyak RM10,000 dan Timbalan Menteri Digital Malaysia, Datuk Wilson Ugak Kumbong, RM5,000. Hadir sama Presiden Persatuan Dayak Miri Penghulu Wilfred Mac, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Pujut Adam Yii Siew Sang, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Pandang Semat serta tetamu lain.-EDISI UKAS

View

news

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Sereta Bini Likun Datai Di Brunei Ungkup Pejalai Gawa

BANDAR SERI BEGAWAN: Yang di-Pertua Nengeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sereta bini, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi likun datai di Brunei Darussalam ba pejalai gawa ke Perintah pengelama tiga hari di menua nya berengkah sehari tu. Pejalai gawa ke Brunei Darussalam nya keterubah diatur kenyau Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi angkat sumpah nyadi Yang di-Pertua Nengeri Sarawak kelapan kena 29 Januari tu tadi. Bilun khas ke ditepan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sereta raban diligit likun sangkai di Padang Bilun Antarabansa Brunei urung pukul 12 ngalihari jam menua nya. Sama bela nyempulang iya Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan sereta Sekretari Perintah Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Penatai Yang di-Pertua Nengeri Sarawak sereta bini enggau raban diligit udah diambat Menteri pengangkut enggau Infokomunikasyen ke mega Menteri Penyempulang,Pengiran Dato Seri Setia Shamhary Pengiran Dato Paduka Mustapha. Pendatai dipun enggau Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi meresa Baris Basa Diraja datai ari raban Ngena Senyata Diraja Brunei. Tembu meresa Baris Basa Diraja, Yang di-Pertua Nengeri Sarawak sereta bini udah nya mupuk ke endur diau pengelama tiga hari sekumbang penemuai nya. Seraya muak ke lemai, Yang di-pertua nengeri Sarawak begulai enggau raban diligit deka ngatur penemuai ke Muzium Keresa Kebesaran Diraja di tengah Mengeri Seri Begawan enggau Palan Sejarah Brunei. Seraya muak ke malam, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sereta Toh Puan Fauziah deka ngulu Pengerami Makai Lemai Begulai Enggau Rayat Sarawak di Opis Suruhanjaya Tinggi Malaysia ditu. Datai ba hari kedua, Yang di-Pertua Nengeri Sarawak deka mupuk nemuai ngagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien di Astana Nurul Iman urung pukul 11.30 pagi. Tembu pengawa nya, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi deka ngabas Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Jalan Pengiran Babu Raja pukul 3 ngalihari, lalu bertahlil di Kubah Makan Diraja sereta ngulu pengerami makai lemai serumpu begulai enggau raban diligit. Ba hari ketiga, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sereta raban diligit deka ngatur pejalai nemuai ngagai Palan Sejarah Brunei enggau mudik Sungai Brunei sebedau mupuk pulai ke Sarawak pukul 2.30 ngalihari.-EDISI UKAS  

View

news

Premier Sarawak Neruska Pengawa ‘Ngabang’ Gawai Ngagai Dato Sri Alexander

KUCHING: Tajapan pengerami Hari Gawai Dayak udah ngelebus, tang enda nagang semangat ‘Segulai Sejalai’ ba tuai Perintah Sarawak neruska pengawa ‘ngabang’ Gawai. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, neruska pengawa ngabang Gawai ngagai rumah Menteri Kereja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi di Kuching, kena Hari Lima. Penatai Datuk Patinggi Abang Zohari jam 12.40 tengah hari, diambat Dato Sri Alexander Nanta Linggu sebilik. Sebedau berami, Dato Sri Alexander Nanta Linggi sebilik begambar kenang begulai enggau Premier Sarawak serta bini , Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang sebedau betukar tepa enggau pangan diri. Maya nya, Premier Sarawak diiring Sapit Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas enggau Sapit Menteri ba Opis Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 enggau Kaul Sarawak-Perintah Besai) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali- EDISI UKAS

View

news

RM3.76 Bilion Penyampau Dagang Dirikod Sarawak & Brunei Ba 2023

BANDAR SERI BEGAWAN: Penyampau dagang dirikodka Sarawak enggau Brunei Darussalam ba taun 2023 manggai RM3.76 bilion. Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan madah, penyampau nya nambah 23.8 peratus enti dibanding enggau RM3.04 bilion taun 2022 suba. "Kitai andal kerejasama ke manah Sarawak enggau Brunei deka nyungkak penyampau dagang. "Nya alai, kitai chakah deka ngemujur sereta ngemuntang pengawa dagang Brunei enggau Sarawak lebih agi nengah ekspo dagang," ku iya madah. Iya bejaku munyi nya maya Pengerami Makai Lemai Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar enggau Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi Begulai enggau Diaspora Sarawak ba Opis Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam ditu, lemai Hari Minggu. Ba pekara bukai, Datuk Amar Awang Tengah madah, Perintah Sarawak benung ngaga Jalai Besai Nebing Tasik Utara (NCH). Ku iya, projek nya mega deka nyungkak dagang enggau pengawa beranakka puku Brunei enggau Sarawak. "Perintah Sarawak mega deka negapka kerejasama ba pekara telekomunikesyen ba tuju nyendiaka servis penyambung ba pintu penama entara menua," ku iya madah baru. Dulu ari nya, Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Nur Ezira Mahadi madah, ba taun 2023, Brunei nyadi bakih dagang global ke-30 pemadu besai Malaysia enggau penyampau dagang dua buah menua nyauka manggai RM10 bilion. Kelimpah ari nya iya mega madah, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan bela ngelaluka pengawa muka Opis Dagang enggau Dagang Temuai Sarawak Brunei (STATOB) taun tu ti dipeda ulih negapka agi kerejasama Brunei enggau Sarawak. -EDISI UKAS  

View

news

RM3.76 Bilion Dicatatkan Antara Sarawak & Brunei Pada 2023

BANDAR SERI BEGAWAN: Nilai perdagangan dua hala yang dicatatkan di antara Sarawak dan Brunei Darussalam pada tahun 2023 adalah sebanyak RM3.76 bilion. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, jumlah dagangan itu meningkat sebanyak 23.8 peratus berbanding RM3.04 bilion pada 2022. "Kita percaya kerjasama rapat Sarawak dengan Brunei akan meningkatkan lagi nilai perdagangan. "Oleh itu, kita akan mempergiatkan usaha untuk memudahkan perdagangan antara Brunei dan Sarawak terutamanya melalui ekspo perdagangan," katanya lagi. Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi Bersama Diaspora Sarawak di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam di sini malam Ahad. Sementara itu, Datuk Amar Awang Tengah memberitahu, kerajaan Sarawak sedang membangunkan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) yang akan disepadukan dengan rangkaian jalan raya Brunei Darussalam. Jelasnya, pembangunan infrastruktur lebuh raya itu sekaligus memudahkan lagi perdagangan dan pelaburan antara Brunei dan Sarawak. "Kerajaan Sarawak juga akan mengukuhkan kerjasama dalam aspek telekomunikasi untuk menyediakan ketersambungan di pintu masuk sempadan," ujarnya. Terdahulu ketika berucap, Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Nur Ezira Mahadi berkata, pada tahun 2023, Brunei merupakan rakan dagangan global ke-30 terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan dua hala hampir mencecah RM10 bilion. Tambahnya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan mengalu-alukan pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei (STATOB) pada tahun ini yang secara langsung meningkatkan lagi kerjasama ekonomi antara Brunei dan Sarawak. -EDISI UKAS

View

news

CEO STATOB Sudah Dikenal Pasti, Pejabat Akan Dibuka Dalam Masa Terdekat

BANDAR SERI BEGAWAN: Kerajaan Sarawak sudah mengenal pasti calon bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei (STATOB). Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, CEO tersebut akan mengetuai operasi pejabat itu kelak, malah buat masa ini Pejabat STATOB sudah siap sepenuhnya dan dijangka dibuka dalam masa terdekat. Menurutnya, dengan pembukaan pejabat itu kelak, beliau berharap kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala di antara Kerajaan Brunei dan Kerajaan Sarawak terus dipertingkatkan demi kepentingan bersama. "Saya yakin kerjasama Kerajaan Brunei Darussalam dengan Kerajaan Sarawak dalam pelbagai sektor khususnya perdagangan dan pelancongan sekaligus membawa kesejahteraan dan kemakmuran bersama," katanya. Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi Bersama Diaspora Sarawak di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam di sini malam Ahad. Hadir sama memeriahkan majlis makan malam itu ialah isteri Datuk Amar Awang Tengah, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri, Datin Amar Baduyah Bujang, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi selaku Menteri Pengiring, Pengiran Dato Seri Setia Shamhary Pengiran Dato Paduka Mustapha, Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Nur Ezira Mahadi serta tetamu kehormat lain. Sementara itu, Datuk Amar Awang Tengah memberitahu, lawatan kerja Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi ke Brunei Darussalam sememangnya amat bermakna dan sudah tentu akan terus mengeratkan lagi hubungan akrab yang sedia terjalin antara Brunei dan Sarawak. "Hubungan akrab antara Brunei Darussalam dengan Sarawak amat penting bukan hanya sebagai jiran, malah kita telah lama mempunyai jalinan kerjasama dalam sektor seperti perdagangan dan pelaburan khususnya dalam pembangunan sosio-ekonomi," jelasnya lagi. Dalam pada itu, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi serta isteri dan rombongan berangkat pulang ke penginapan rasmi di sini pada jam 10 malam selepas menyantuni dan beramah mesra dengan anak-anak Sarawak yang berada di Brunei Darussalam. -EDISI UKAS

View

news

Ahli Parlimen Mukah Serah Geran RM587,000

MUKAH: Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib menyerahkan geran berjumlah RM587,000.00 menerusi Peruntukan Khas Perdana Menteri Fasa 2 Tahun 2024 bagi kawasan Parlimen Mukah. Seramai 49 wakil menerima manfaat daripada peruntukan tersebut yang terdiri daripada Persatuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Rumah Panjang, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Peruntukan Khas ini merupakan inisiatif Kerajaan melalui penyaluran peruntukan untuk melaksanakan pembangunan sahsiah diri, baik pulih dan menaik taraf infrastruktur dan program kebajikan masyarakat. Dalam majlis tersebut, Ahli Parlimen Mukah itu berharap geran yang diterima digunakan sebaiknya ke arah meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat. -EDISI UKAS  

View
FirstPrevious2191219221932194219521962197219821992200NextLast