MIRI: Persatuan Dayak Miri (DAM) telah mengadakan Majlis Makan Malam "3 in 1" Penghargaan, Pertabalan Jawatankuasa Persatuan Dayak Miri Bagi Tahun 2024 -2025 dan Ngiling Tikai 2024 di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri pada Sabtu.
Dalam majlis itu, seramai 26 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Ijazah, Sarjana, Kedoktoran pada 2022 dan 2023 warga Dayak telah menerima inisiatif pendidikan itu.
Terdahulu, Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum Iban Daerah Miri, Pemancha Alexander Isut Karin telah menyampaikan peruntukan aktiviti daripada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Dayak Miri.
Di samping itu, beliau turut mengumumkan peruntukan daripada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat sebanyak RM10,000 dan Timbalan Menteri Digital Malaysia, Datuk Wilson Ugak Kumbong, RM5,000.
Hadir sama Presiden Persatuan Dayak Miri Penghulu Wilfred Mac, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Pujut Adam Yii Siew Sang, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Pandang Semat serta tetamu lain.-EDISI UKAS