MUKAH: Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib menyerahkan geran berjumlah RM587,000.00 menerusi Peruntukan Khas Perdana Menteri Fasa 2 Tahun 2024 bagi kawasan Parlimen Mukah.
Seramai 49 wakil menerima manfaat daripada peruntukan tersebut yang terdiri daripada Persatuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Rumah Panjang, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Peruntukan Khas ini merupakan inisiatif Kerajaan melalui penyaluran peruntukan untuk melaksanakan pembangunan sahsiah diri, baik pulih dan menaik taraf infrastruktur dan program kebajikan masyarakat.
Dalam majlis tersebut, Ahli Parlimen Mukah itu berharap geran yang diterima digunakan sebaiknya ke arah meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat. -EDISI UKAS