Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Datuk Abdullah Saidol Turut Sertai PUSAKA Golf 2025, Kukuhkan Jalinan Industri |
KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, mencuri tumpuan apabila menyertai Kejohanan PUSAKA Golf 2025 yang berlangsung di Kelab Golf Sarawak, di sini pada Sabtu. Penyertaan aktif beliau bukan sahaja mencerminkan gaya kepimpinan yang mesra rakyat, tetapi juga komitmen kerajaan dalam memperkukuh hubungan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk penggiat industri serta pemain sektor swasta. Dalam suasana santai dan kompetitif itu, Datuk Abdullah turut memanfaatkan peluang tersebut untuk berinteraksi secara langsung dengan pelbagai pemain industri, berkongsi pandangan serta meneroka peluang kerjasama baharu yang dapat menyokong pembangunan wilayah ini. Kejohanan edisi ke-31 anjuran PUSAKA ini terus menjadi platform penting untuk memperluas jaringan profesional dan memupuk semangat kolaborasi antara sektor awam dan swasta.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Program Komuniti Cergas Luar Bandar Pupuk Gaya Hidup Sihat |
DARO: Program Komuniti Cergas Luar Bandar @ Daro anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sarawak melalui Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah berlangsung meriah di Kampung Penasu apabila berjaya menghimpunkan lebih 250 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad pada Sabtu yang menekankan kepentingan sukan bukan sahaja sebagai medium meningkatkan tahap kesihatan, malah menjadi wadah terbaik untuk menyatukan masyarakat luar bandar. Menurut beliau, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan masyarakat luar bandar kerana program seumpama ini menjadi bukti komitmen dalam memastikan rakyat di kawasan tersebut turut menikmati peluang yang sama untuk menyertai aktiviti bermanfaat. "Program ini turut bertujuan untuk memupuk budaya gaya hidup sihat selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti. "Usaha tersebut juga membawa kesan positif dari aspek kesihatan, perpaduan serta pembangunan sosial," katanya dalam ucapan. Di samping aktiviti riadah, penganjur turut melaksanakan Program Khidmat Komuniti Belia dan Safety Awareness yang memberi pendedahan mengenai kepentingan aspek keselamatan serta peranan belia dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Antara acara yang mendapat sambutan hangat sepanjang program ialah tarik tali campuran, Street Soccer, Sepak Takraw, Senam Aerobik serta pelbagai acara sukaneka. Suasana program bertambah meriah apabila penyertaan turut melibatkan golongan belia, wanita, ibu bapa dan warga emas yang jelas menampilkan semangat kesukanan serta kerjasama erat dalam kalangan penduduk. Safiee turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan Sarawak serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah atas usaha menganjurkan program berkenaan. Menurutnya, kesinambungan penganjuran seumpama ini akan terus membantu memupuk disiplin, semangat kesukarelawanan dan budaya hidup sihat khususnya dalam kalangan generasi muda. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Lamat Nyalau, Pegawai Daerah Daro Zul Usup, Guru Besar SK Kampung Penasu Dahlan Pamuda, Penghulu Keria Rabie, Ketua Kampung Daud Anuari, Tuai-Tuai Rumah serta kaunselor sekitar Kampung Penasu. Secara keseluruhannya, Program Komuniti Cergas Luar Bandar @ Daro jelas membuktikan bahawa sokongan masyarakat, peranan belia serta perhatian kerajaan merupakan kunci utama dalam memperkukuh pembangunan sosial di kawasan luar bandar. – EDISI UKAS |
View |
|
news |
Program JIWA@Komuniti MADANI HKHM 2025 Tegaskan Peranan Komuniti Perkukuh Perpaduan Negara |
KUCHING: Program JIWA@Komuniti MADANI sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak menekankan peranan komuniti dalam mengukuhkan perpaduan sekali gus memupuk semangat patriotik. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, penganjurannya telah berjaya menggerakkan penglibatan aktif masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti yang merentasi sempadan etnik dan agama, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan inklusif. Menurut beliau, perpaduan nasional merupakan teras utama kejayaan negara yang harus dipupuk secara berterusan melalui pendekatan kerjasama antara kerajaan dan komuniti. "Program ini memperlihatkan komitmen kerajaan dalam melaksanakan konsep 'Rakyat Disantuni' yang bukan sahaja sebagai slogan, tetapi diterjemahkan dalam pelaksanaan program-program yang menyentuh kehidupan harian masyarakat," katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Politik beliau, Irwan Zulkarnain Muhd Hasbie Irwan Zulkarnain hadir mewakili beliau menyempurnakan program tersebut di Dewan Komuniti TSDA Dr Sulaiman Hj Daud, Kampung Kolong 2, Petra Jaya, di sini pada Sabtu. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah JaPen Sarawak, Kestury Mohammed Zamhari. Dalam ucapan sama, Dato Sri Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya turut menyeru agar seluruh rakyat terutama komuniti di konstituensinya utnuk menyertai kempen #1Rumah1JalurGemilang sebagai manifestasi perpaduan dan semangat cintakan negara. Selain itu, beliau juga mencadangkan pelaksanaan aktiviti gotong-royong pemasangan bendera, pertandingan hiasan kediaman bertemakan patriotik dan program kemasyarakatan lain untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Kejayaan program tersebut membuktikan bahawa pendekatan holistik yang menggabungkan inisiatif kerajaan dan penglibatan aktif komuniti merupakan asas kukuh dalam memupuk nilai patriotik dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Fiesta Gunung Gading 2025 Pupuk Kesedaran Alam Sekitar & Gaya Hidup Sihat |
LUNDU: Fiesta Gunung Gading 2025 yang berlangsung di Taman Negara Gunung Gading, di sini telah menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 400 orang pengunjung, terdiri daripada komuniti setempat, agensi kerajaan serta penggiat rekreasi. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, program anjuran Kelab Sukan Rekreasi Tepian Gelanggang Kuching itu mampu menyemai rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat terhadap pemeliharaan alam sekitar, sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti mendaki dan rekreasi berasaskan alam semula jadi. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berharap agar Gunung Gading akan terus menjadi destinasi utama ekopelancongan dan rekreasi yang memberi manfaat ekonomi kepada komuniti tempatan di sini. Dato Sri Nancy berkata demikian ketika berucap menyempurnakan perasmian program tersebut pada Sabtu. Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lundu Awang Yusup Awang Mostopha, mantan Pesuruhjaya Sukan Malaysia Dato Suhardi Alias, Pengarah LPPKN Negeri Sarawak Jimbau Munggat dan Setiausaha Politik beliau, Mohammed Kamaluddin Mohd Effendie. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program, antaranya Pertandingan Fotografi Menggunakan Telefon Bimbit, Senamrobik Perdana, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, aktiviti dart 'Mari Mencoba', cabutan bertuah, pameran oleh agensi kerajaan, serta jamuan makan sebagai penutup acara.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
27 Pasukan Serta Pertandingan Dart Beregu Betong 2025 |
BETONG: Sebanyak 27 pasukan melibatkan 104 regu atau 208 peserta dari seluruh Sarawak menyertai Pertandingan Beregu Dart (Tertutup & Jemputan) Betong 2025 yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, di sini pada Sabtu. Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu yang merasmikan kejohanan itu berkata, penganjuran sukan seperti dart mampu menjadi wadah mengeratkan silaturahim, selain memberi aktiviti bermanfaat kepada komuniti setempat. Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil setiap pasukan bertanding. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu anjuran dengan kerjasama SABERKAS Cawangan Layar dan Penema Engineering. Sementara itu, Pengerusi BLAQxQ Darters, KK Abang Shafadila Abang Ullie berkata sambutan menggalakkan terhadap kejohanan ini menunjukkan minat yang tinggi masyarakat terhadap sukan dart sebagai platform untuk membina jaringan sosial positif. Turut hadir, Wakil Ketua Polis Daerah Betong ASP Ricky Tan You Hook, Penghulu Kampung Melayu Betong Abang Suhailie Abang Pay serta komuniti setempat.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Penguasaan Mandarin Perkukuh Daya Saing Bumiputera Sarawak |
BINTULU: Keupayaan menguasai pelbagai bahasa khususnya Mandarin akan menjadi kelebihan besar kepada Bumiputera Sarawak dalam menembusi pasaran global. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, dalam tempoh sedekad akan datang beliau menjangkakan lebih ramai Bumiputera di negeri ini fasih berbahasa Mandarin sejajar dengan peningkatan kemasukan pelajar Bumiputera ke sekolah aliran Cina. “Sekarang semakin ramai anak Iban, Melayu dan Melanau mampu bertutur dalam bahasa Mandarin dengan baik. Ini menjadikan mereka lebih kompetitif. “Bayangkan seorang Iban boleh memasarkan kelapa sawit terus ke China kerana mampu berbahasa Mandarin. Inilah kekuatan yang unik kepada Sarawak,” katanya ketika berucap semasa Majlis Makan Malam Jubli Perak Sekolah Menengah Kai Dee di pada malam Sabtu. Sempena ulang tahun ke-25 sekolah itu, Premier Sarawak turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM25,000, iaitu RM1,000 bagi setiap tahun usia penubuhan sekolah berkenaan. Premier Sarawak menambah, kerajaan negeri konsisten menyokong pendidikan aliran Cina, termasuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) serta menyalurkan peruntukan khas setiap tahun. “Tahun lalu sahaja, kita telah agihkan RM10 juta untuk 14 buah sekolah Cina di seluruh Sarawak. “Keseluruhan bantuan pendidikan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah Cina kini berjumlah kira-kira RM92 juta termasuk RM22 juta kepada sekolah rendah dan menengah sehingga 2024,” jelasnya. Beliau menambah, sokongan kerajaan negeri terhadap pendidikan Cina selari dengan dasar inklusif memperluaskan akses pendidikan tinggi, antaranya melalui pelaksanaan pendidikan percuma di universiti milik Sarawak bermula 2026. Turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato Sri Tiong King Sing, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Shin Yang, Tan Sri Datuk Ling Chiong Ho serta tetamu kehormat lain.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pusat Tinju Negeri Sarawak Dicadangkan Di Sri Aman |
SRI AMAN: Cadangan pembinaan Pusat Tinju Negeri Sarawak di Sri Aman telah dikemukakan kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) untuk pertimbangan. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis, pihaknya mencadangkan agar pusat tinju itu dibina di tapak berkeluasan 5 ekar terletak bersebelahan Stadium Tertutup Sri Aman. Katanya, apabila siap kelak, pusat latihan tinju itu akan turut dilengkapi dengan asrama lelaki dan wanita, dewan makan serta fasiliti lain. "Pusat latihan tinju itu, kertas kerja disediakan dengan kos lebih kurang RM20 juta. Jadi kita masih menunggu-menunggu kelulusan. "Dan saya percaya dengan sokongan yang padu, sokongan yang kuat dari Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) nanti, pusat latihan tinju di Sri Aman akan dilulus dan dibina dengan cepat. "Sebab kita akan menggunakan pusat tinju ini untuk kita melatih petinju-petinju mewakili Sarawak di peringkat SUKMA nanti,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada malam terakhir Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2025 Edisi Ke-4 di Stadium Tertutup Sri Aman pada Sabtu. Katanya, beliau berharap pusat tinju itu dapat disiapkan sebelum bermula Sukan SEA 2027 bagi membolehkan atlet yang mewakili Sarawak pada temasya itu menjalani latihan di situ. Mengenai kos pembinaan, Datuk Francis Harden berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada MYSED untuk kelulusan. Sementara itu, Presiden SABA, Dato Rahman Lariwoo berkata pemilihan Sri Aman sebagai Pusat Latihan Tinju Negeri Sarawak adalah bertepatan mengambil kira kesesuaian geografinya. "Kita mempunyai 14 pusat latihan dari Limbang hingga ke Kuching. "Untuk pelatih-pelatih dari bahagian-bahagian lain daripada Miri, Limbang, Kanowit, Kapit, Sibu, Bintulu, mereka senang datang ke Sri Aman. "Sri Aman juga banyak melahirkan petinju-petinju yang bagus untuk negeri Sarawak," katanya lagi. Seramai 123 petinju mengambil bahagian dalam edisi kali ini termasuk dari Semenanjung Malaysia, Indonesia dan Singapura. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
MYSED Sokong Penganjuran Kejohanan Tinju Bagi Cungkil Bakat Muda |
SRI AMAN: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) menyokong penuh penganjuran kejohanan tinju di negeri ini sebagai platform mencungkil serta mengasah bakat-bakat muda dalam sukan berkenaan. Setiausaha Tetap MYSED, Morshidi Fredrick berkata, kejohanan seperti ini bukan sahaja mampu memberi inspirasi kepada petinju muda, malah menjadi wadah untuk mereka mengetengahkan bakat ke peringkat yang lebih tinggi. “Di pihak kementerian, kita memang mengalu-alukan pertandingan seperti ini diadakan sekerap mungkin untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat petinju muda. “Agensi seperti Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak sentiasa mencari bakat baharu untuk diketengahkan mewakili negeri dalam kejohanan besar,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Menteri MYSED, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam majlis penutupan Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak Edisi Ke-4, yang berlangsung di Stadium Tertutup Sri Aman, pada Sabtu. Menurut beliau, antara fokus utama adalah memastikan Sarawak mempunyai barisan petinju terbaik untuk mewakili negeri pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Selangor tahun depan. Selain itu, beliau menegaskan bahawa penganjuran kejohanan tinju di peringkat Sarawak juga selaras dengan persediaan Sarawak sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027. “Sudah tentu kejohanan seperti ini memberi inspirasi dan menjadi sebahagian daripada persediaan kita untuk melahirkan atlet berkualiti bagi mewakili Sarawak, seterusnya Malaysia di pentas antarabangsa,” ujarnya. Dalam kejohanan berkenaan, seramai 123 peserta telah mengambil bahagian termasuk dari Semenanjung Malaysia, Indonesia dan Singapura. Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, Presiden Persatuan Tinju Sarawak (SABA) Dato Rahman Lariwoo, Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh serta tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
砂拉越强化粮食安全议程,借鉴巴西技术 |
民都鲁:砂拉越政府持续强化砂拉越粮食安全议程,在农业和畜牧业领域引入现代技术,包括与巴西开展战略合作。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,巴西通过大规模应用现代技术,已成为全球最大的粮食生产国之一,砂拉越应效仿巴西的成功经验,在全球范围内占有一席之地。 “我认为,去巴西学习他们的技术。把他们的技术带过来,并在巴西的技术方面进行合作。巴西无疑是南美洲粮食领域的领先国家。如果巴西成功了,丹麦有雀巢,那就让砂拉越在世界粮食行业中占据一席之地吧。” 他于星期六在民都鲁旧机场主持2025年砂拉越农业嘉年华开幕仪式上,如是说。 与此同时,砂拉越农业现代化与区域发展部长拿督斯里史蒂芬伦迪医生解释说,巴西已被确定为学习现代化农业方法的战略合作伙伴,特别是人工授精技术,以增加砂拉越瘤牛的品种。 “他们拥有超过2亿4000万头牛,这个数量远超我们的养殖规模,数量非常庞大。我们希望使用冷冻精子并引进人工授精技术,以便增加砂拉越的牛品种。事实上,巴西农业部长已同意允许我们派遣官员前往巴西进行培训和学习。” 他补充说,瘤牛原产于印度,如今在巴西的养殖范围比在其原产国更为广泛,这证明了技术改造可以带来更大的成功。 拿督斯里史蒂芬医生还强调,此举是砂拉越提高砂拉越粮食自给自足(SSL)并减少对进口依赖的整体战略的一部分。— UKAS 刊 |
View |
|
news |
Tema Kain Pelikat Serikan Miri City Car-Free Day 2025 |
MIRI: Penganjuran Miri City Car-Free Day 2025 tampil lebih unik tahun ini apabila mengetengahkan tema kain pelikat yang sarat dengan nilai simbolik, sekali gus menceriakan suasana sambutan di bandar raya ini. Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang berkata, pemilihan kain pelikat bukan sekadar sebagai pakaian tradisional, malah melambangkan kesederhanaan, tradisi dan perpaduan rakyat Malaysia. “Kain pelikat adalah simbol kehidupan yang sederhana, mengingatkan kita kepada budaya dan akar tradisi yang menjadi asas kepada perpaduan masyarakat. Ia selaras dengan semangat Car-Free Day yang bukan hanya menekankan kelestarian alam sekitar, tetapi juga nilai budaya yang menyatukan rakyat,” katanya ketika merasmikan program tersebut di perkarangan Dewan Bandaraya Miri pada Sabtu. Selain aktiviti riadah, beliau berkata, sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan sukan rakyat seperti melastik tradisional, memanah tradisional dan permainan warisan lain yang membangkitkan nostalgia di samping memupuk semangat kebersamaan. Menurutnya, Car-Free Day memberi ruang kepada masyarakat untuk berjalan kaki, berbasikal, berlari dan menikmati udara segar tanpa gangguan kenderaan, sambil mengeratkan hubungan sesama keluarga serta komuniti. Yii menegaskan, penganjuran tersebut sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), iaitu SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan) serta SDG 13 (Tindakan Iklim). “Matlamat kita jelas – menggalakkan gaya hidup sihat, mewujudkan ruang awam yang selamat, berkongsi ilmu melalui pemeriksaan kesihatan dan pameran, serta memperkukuh kerjasama antara kerajaan, NGO, sektor swasta dan komuniti,” ujarnya. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap SDG MBM, Kaunselor Jamil Bujang serta jawatankuasanya yang telah memastikan kelancaran penganjuran. Antara pengisian program ialah briskwalk, larian santai, aktiviti berbasikal, pickleball, cabaran lastik, pemeriksaan kesihatan percuma serta pameran pendidikan yang berjaya menarik penyertaan ratusan warga bandar raya.-EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious191192193194195196197198199200NextLast |