27 Pasukan Serta Pertandingan Dart Beregu Betong 2025

Disiarkan pada 23 Aug 2025
Sumber Berita: UKAS


BETONG: Sebanyak 27 pasukan melibatkan 104 regu atau 208 peserta dari seluruh Sarawak menyertai Pertandingan Beregu Dart (Tertutup & Jemputan) Betong 2025 yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, di sini pada Sabtu.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu yang merasmikan kejohanan itu berkata, penganjuran sukan seperti dart mampu menjadi wadah mengeratkan silaturahim, selain memberi aktiviti bermanfaat kepada komuniti setempat.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil setiap pasukan bertanding.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu anjuran dengan kerjasama SABERKAS Cawangan Layar dan Penema Engineering.

Sementara itu, Pengerusi BLAQxQ Darters, KK Abang Shafadila Abang Ullie berkata sambutan menggalakkan terhadap kejohanan ini menunjukkan minat yang tinggi masyarakat terhadap sukan dart sebagai platform untuk membina jaringan sosial positif.

Turut hadir, Wakil Ketua Polis Daerah Betong ASP Ricky Tan You Hook, Penghulu Kampung Melayu Betong Abang Suhailie Abang Pay serta komuniti setempat.-EDISI UKAS