KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, mencuri tumpuan apabila menyertai Kejohanan PUSAKA Golf 2025 yang berlangsung di Kelab Golf Sarawak, di sini pada Sabtu.
Penyertaan aktif beliau bukan sahaja mencerminkan gaya kepimpinan yang mesra rakyat, tetapi juga komitmen kerajaan dalam memperkukuh hubungan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk penggiat industri serta pemain sektor swasta.
Dalam suasana santai dan kompetitif itu, Datuk Abdullah turut memanfaatkan peluang tersebut untuk berinteraksi secara langsung dengan pelbagai pemain industri, berkongsi pandangan serta meneroka peluang kerjasama baharu yang dapat menyokong pembangunan wilayah ini.
Kejohanan edisi ke-31 anjuran PUSAKA ini terus menjadi platform penting untuk memperluas jaringan profesional dan memupuk semangat kolaborasi antara sektor awam dan swasta.-EDISI UKAS