Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
Program Pendaftaran SKAS di Miri Berjalan Lancar |
MIRI: Program pendaftaran khas untuk penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang berlangsung di Dewan Suarah Miri berjalan dengan lancar. Hadir sama memberi sokongan terhadap program itu ialah Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin pada Jumaat. Program ini, yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang itu dianjurkan oleh Sarawak Information Systems (SAINS) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Sarawak Multimedia Authority (SMA), Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam (SCSDU) dan Pejabat Daerah Miri. Menurut Dato Sri Lee, program ini mendapat sambutan menggalakkan, dengan seramai 445 orang hadir pada hari pertama dan berjaya menyelesaikan pendaftaran. Namun katanya, seramai 127 orang menghadapi masalah ternikal seperti terlupa kata laluan, masalah telefon bimbit, atau kekurangan dokumen. Sebanyak 31 kaunter disediakan untuk melayani orang ramai, termasuk 20 Kaunter Sukarelawan, 4 Kaunter SAINS, 2 Kaunter Khas, 4 Kaunter Pendaftaran, dan 1 Kaunter JKM dengan bantuan daripada 66 petugas, termasuk sukarelawan dan pegawai agensi berkaitan memastikan kelancaran proses pendaftaran. Penduduk Miri yang belum berdaftar diseru untuk hadir ke Dewan Suarah Miri pada 25 dan 26 Januari 2025, dari jam 8 pagi hingga 5 petang, bagi melengkapkan pendaftaran. Setakat ini, daripada kira-kira 70,000 penerima SKAS di Miri, 40 peratus telah berjaya mengemas kini maklumat mereka. Turut hadir, wakil Pejabat Daerah Miri , Cecelia Emelia.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Projek Tebatan Banjir Atasi Masalah Banjir Kilat Di Kampung Asyyakirin |
BINTULU: Sistem saliran yang tidak mencukupi di Kampung Asyyakirin telah menyebabkan kawasan tersebut sering dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat, mengakibatkan kesulitan besar kepada penduduk setempat. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir bernilai RM23 juta, melibatkan pelbagai inisiatif peningkatan sistem saliran dan pembinaan infrastruktur baru untuk menangani aliran air yang lebih besar semasa hujan lebat. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr. Penguang Manggil berkata, projek ini diyakini dapat mengurangkan risiko banjir kilat, selepas terbukti berkesan dalam mengatasi masalah banjir semasa hujan lebat baru-baru ini. "Projek ini merangkumi kerja-kerja menaiktaraf saliran pembetung (culvert) dan longkang sedia ada, pembinaan longkang baru, pemasangan pintu flap dan pintu skru, pendalaman kolam tadahan air, serta penambahbaikan air larian permukaan (surface run-off),"jelasnya ketika melawat tapak projek tersebut pada Jumaat. Dalam pada itu, Datuk Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, turut menekankan kepentingan kerjasama masyarakat dalam menjaga kebersihan longkang dan saliran bagi memastikan aliran air tidak tersumbat. "Kita perlu memastikan longkang bebas daripada sampah sarap supaya aliran air dapat mengalir lancar, sekali gus mengelakkan banjir kilat,”tambah beliau. Lawatan itu turut disertai Jurutera Bahagian Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bintulu, Hillary Tuah, wakil Pegawai Daerah Bintulu Catherine, Jurutera Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Firas Fadzil, Penghulu-penghulu, Ketua Kampung serta Kapitan.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Atur Meri Gela Felo Kehormat MIP Ngagai Premier Sarawak Ngena - PM |
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim madah atur meri gela Felo Kehormat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) ngagai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg sigi ngena ketegal iya udah mai pemansang ba mayuh bengkah pengawa di Sarawak. Ku iya, Premier Sarawak siku tuai ti udah mandangka diak pengentap ba politik chukup berat, lalu meri pengelantang ngagai bala tuai ngemansang nengeri, nyerungkai idea sereta polisi baru. “Iya ngiga jalai ba pekara kuasa baru, suah bejaku senentang pekara nya lalu ngiga awak ti tau mai penatai belanja ngagai nengeri. “Aku deka madah diak atur milih Datuk Patinggi Abang Zohari chukup ngena ketegal iya udah mandangka chunto chara ngemansang nengeri, " ku iya. Iya mansutka jaku nya ba Majlis Anugerah Kecemerlangan Perancangan MIP 2024 ti diatur di siti hotel di Kuala Lumpur, Hari Lima. Dulu agi ari nya Dato Sri Anwar madah, pengering Sarawak ba hab kuasa deka ngangkatka nengeri nyadi pengemun ba pekara nya ba kandang ASEAN. Menteri Besai mega nyuaka gela Felo Kehormat MIP ngagai Datuk Patinggi Abang Zohari. Iya mega nyuaka Anugerah Presiden MIP ngagai Opis Menteri Pengeraja Asal enggau Pemansang Mengeri Sarawak. - EDISI UKAS #UKASnews |
Lihat |
|
news |
Premier Sarawak Nerima Gela Felo Kehormat Pertubuhan Perancang Malaysia |
KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg nerima gela Felo Kehormat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) ti diberi ngelaika pemujur iya ba pengawa transformasyen Sarawak. Datuk Patinggi Abang Zohari nerima gela nya ba Majlis Anugerah Kecemerlangan Perancangan MIP 2024 ti diatur ba siti hotel di Kuala Lumpur, Hari Lima. Gela nya disua Menteri Besai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nitihka penerang MIP, Datuk Patinggi Abang Zohari dipilih asil penyulut iya ngembing Sarawak nengah inisiatif pemansang mengeri, kuasa enggau pemeruan rampa menua. Iya mega ngelengkas transformasyen Sarawak nengah inisiatif global seriris enggau Strategi Pemansang Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 ti mujur ngangkat Sarawak nyadi nengeri bepemisi tinggi ba 2022, tujuh taun tumu ari tagit. Kelimpah ari nya, Datuk Patinggi Abang Zohari mega udah ngangkatka Sarawak nyadi nengeri pengemun ba ekonomi gadung ti nagit enda mansutka karbon manggai 2030. Ba pengerami ke sama, Opis Menteri Pengeraja Asal Enggau Pemansang Mengeri Sarawak (MUDeNR) bisi mega nerima Anugerah Presiden MIP. Bela datai Sekretari Perintah Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki enggau Sapit Menteri Pemansang Mengeri, Tanah enggau Rampa Menua Sarawak Datuk Len Talif Salleh. - EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Kerajaan Sarawak Komited Perkasa Kebajikan Rakyat Melalui Inisiatif EFS dan BIB |
KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak terus komited dalam memperkasa kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada golongan wanita dan kanak-kanak di negeri ini. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata antara program yang diteruskan adalah Endowment Fund Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) yang telah terbukti membantu rakyat sejak diperkenalkan. Ditemui dalam lawatan ke Wad Bersalin Hospital Umum Sarawak pada Isnin, beliau menegaskan bahawa usaha kerajaan negeri tidak terhenti setakat pelaksanaan, tetapi turut diperkukuh dengan penambahbaikan bagi memastikan manfaat yang berterusan kepada rakyat. EFS yang diperkenalkan pada tahun 2019 menyediakan simpanan amanah sebanyak RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi. Setakat Disember 2024, sebanyak 128,687 akaun telah dibuka dengan jumlah peruntukan mencecah RM128.6 juta. Mulai 1 Januari 2025, EFS akan diuruskan oleh Affin Bank bagi kelahiran baharu, manakala akaun sedia ada sehingga 31 Disember 2024 kekal di bawah Bank Islam Malaysia Berhad. Bagi ibu yang melahirkan anak, kerajaan negeri turut menyediakan BIB yang menawarkan bantuan tunai RM450 secara one-off kepada ibu berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’. Sejak pelancarannya pada tahun 2020, seramai 77,958 ibu telah menerima manfaat dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM35.08 juta, bertujuan membantu mereka dalam tempoh berpantang. Dalam ucapan Belanjawan Sarawak 2025 pada 11 November 2024, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan untuk memperkasa perlindungan sosial melalui EFS. Manakala RM14 juta diperuntukkan bagi meneruskan BIB, membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan ibu dan anak-anak di Sarawak. Usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti ini akan terus dipertingkatkan, selaras dengan matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang lebih sejahtera dan mampan di negeri ini. Turut hadir bersama lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus, dan Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam.- EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
1,514 Kes Berjaya Diselesaikan Semasa SKAS Engagement Session Di Padawan |
PADAWAN: SKAS Engagement Session yang diadakan di Daerah Kecil Padawan dari 24 hingga 26 Januari 2025 berjaya menyelesaikan 1,514 daripada 1,639 kes yang diterima. Program tiga hari itu berlangsung di tiga lokasi iaitu Dewan Serbaguna Kampung Biya Assum, Balairaya Kampung Annah Sadir, dan Pejabat Daerah Kecil Padawan. Menurut Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong, yang juga penyelaras program, sesi tersebut memberi tumpuan kepada penyelesaian isu kebajikan rakyat serta penggunaan aplikasi perkhidmatan digital, khususnya SPay Global. Sebanyak 125 kes dikenal pasti sebagai Kes Khas, merangkumi pelbagai isu seperti kad pengenalan tiada kod negeri Sarawak, kad pengenalan lama, peranti Tidak Menyokong SPay Global dan lain-lain. Program ini mendapat kerjasama daripada SAINS, KMKK Padawan, Pejabat Pusat Khidmat DUN Mambong, serta Pemuda PBB Mambong. Pencapaian menyelesaikan 1514 kes dalam masa tiga hari membuktikan keberkesanan program ini dalam membantu rakyat. Walaupun terdapat kes khas yang memerlukan tindakan susulan, penyelesaian dan perancangan rapi telah dibuat.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Program Khidmat Pelanggan Inisiatif SKAS Di Sarikei Dapat Sambutan |
SARIKEI: Pejabat Daerah Sarikei tidak terlepas menganjurkan Program Khidmat Pelanggan Inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi membantu proses pendaftaran dan pengemaskinian maklumat penerima bantuan, menerusi aplikasi S Pay Global. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 Januari lalu di Pusat Pentadbiran Kerajaan (IAC) Sarikei ini, mendapat sambutan positif daripada penduduk setempat. Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab berkesempatan meluangkan masa hadir meninjau kelancaran program tersebut sambil mendengar secara langsung maklum balas penerima bantuan. Beliau turut menyuarakan harapan agar lebih banyak inisiatif seumpamanya dapat dilaksana di masa hadapan untuk memastikan bantuan kerajaan sampai tepat kepada golongan yang memerlukan dengan segera dan tanpa sebarang kesulitan. Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sarikei, Louis Yeo Soon Guan.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
宫颈癌发病率下降,预防工作持续加强 |
古晋:宫颈癌不再是马来西亚女性中最常见的癌症。 妇女、家庭及社会发展部长拿督斯里南茜苏克利表示,根据2017至2021年国家癌症报告显示,宫颈癌病例排名已从之前的第3位跌至第6位。 她说,这是该时期唯一一种发病率下降的女性癌症。 “2019 年至 2024 年,共有16万2581 名女性接受了人乳头瘤病毒脱氧核糖核酸 (HPV DNA) 筛查测试。其中,共发现1万0582宗HPV阳性病例,135宗癌前病变病例,而有17宗癌症病例得到治疗。仅在砂拉越,共有4万5313名女性接受了此项检查,虽然检测到了3037宗HPV阳性病例,但我们通过早期检测成功防止了更多病例发展为癌症。这清楚地证明我们的努力正在产生效果。” 她周一在2025年全国宫颈癌宣传月庆祝活动上致词时,这么说。 同时,也是山都望区国会议员的拿督斯里南茜苏克利解释说,砂拉越仍然是宫颈癌发病率最高的州属之一。 她表示,作为一项战略举措,甘榜山都望被选为宫颈癌筛查计划的试点项目。 她解释说,虽然该地区有790名年龄在30 至 65 岁之间的女性,但迄今为止只有 132 名女性接受了筛查。 “我们的目标是每年在甘榜山都望筛查至少 300 名女性。两年内,我们希望对所有符合条件的女性进行筛查。” 拿督斯里南茜苏克利还敦促其他州效仿这一举措,重点关注高风险地区。 -UKAS刊 |
Lihat |
|
news |
Pergerakan Pengakap Bentuk Generasi Muda Cemerlang |
KAPIT: Pergerakan Pengakap terus memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda yang berdaya tahan, berdisiplin, dan berintegriti. Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkata, penglibatan dalam pengakap bukan sekadar memberi latihan kemahiran luar seperti perkhemahan, malah memberi tumpuan yang serius kepada pembentukan sahsiah dan kepimpinan yang kukuh. Menurutnya, ahli pengakap dilatih untuk menjadi individu yang mampu menghadapi cabaran hidup dengan penuh ketabahan, serta mempunyai kesedaran tinggi terhadap tanggungjawab mereka, baik terhadap diri sendiri mahupun masyarakat. "Misi kita adalah untuk melahirkan generasi yang lebih kukuh dari segi fizikal dan mental. Pergerakan Pengakap harus mampu mendidik mereka untuk menjadi individu yang berintegriti, berdisiplin, dan mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap negara,” tegasnya. Beliau selaku Penasihat Penaung 1 Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Kapit berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengakap Daerah Kapit untuk sesi 2025-2027 di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini. Mengulas lanjut, Dato Sri Alexander memberitahu, majlis tersebut mencerminkan pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan kepada pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli pengakap di peringkat daerah untuk memikul tanggungjawab besar dalam membimbing, mendidik, dan memacu Pergerakan Pengakap ke arah kecemerlangan. Tambahnya lagi, watikah yang diserahkan bukan sekadar sekeping dokumen rasmi, tetapi simbol kepada tanggungjawab, amanah dan kepercayaan yang harus dijunjung dengan penuh komitmen serta dedikasi. "Tuan-tuan dan puan-puan telah dipilih atas dedikasi dan kemampuan yang telah terbukti. Saya percaya dan yakin bahawa dengan sokongan daripada semua pihak, termasuk para pemimpin, ibu bapa dan masyarakat setempat, kita mampu membawa Pengakap Daerah ini ke tahap yang lebih gemilang,"jelas beliau. Sehubungan itu, Dato Sri Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit menyeru semua pemimpin dan ahli Pengakap supaya terus memberikan komitmen yang terbaik dalam mendukung visi dan misi pergerakan ini. Dalam ucapan sama, Dato Sri Alexander turut memaklumkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Kapit bagi menjalankan aktiviti sepanjang tahun ini. Selain itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Penaung Majlis Pengakap Kapit, Datuk Jefferson Jamit Unyat serta Penasihat di Pejabat Premier Sarawak selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Sarawak Tan Sri Willam Mawan Ikom masing-masing menyumbang RM10,000 untuk tujuan sama. Hadir di majlis itu ialah Timbalan Residen Kapit Robert Liman, Pesuruhjaya Pengakap Sarawak Kapten Zainnoldin Tan Sri Hamdan, Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak (I) Methodius Macdonald Segie, Pengerusi Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Kapit Cerisologo Sabut, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Watson Awan Jalai dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya Ambrose Abong.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sarawak Perkukuh Sokongan Pesakit Buah Pinggang dengan Peruntukan Besar |
KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh peranannya sebagai penyelamat kepada ratusan pesakit buah pinggang dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang dirangka khusus untuk memastikan golongan ini dapat menjalani kehidupan lebih bermaruah dan berkualiti. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, bantuan yang disediakan tidak hanya terhad kepada rawatan dialisis semata-mata, tetapi turut merangkumi sokongan perjalanan, pemasangan AVF serta pengagihan mesin dialisis baharu. “Kerajaan negeri turut menyediakan bantuan perjalanan sebanyak RM50 untuk setiap sesi dialisis bagi pesakit yang tinggal jauh, membuktikan betapa seriusnya usaha kami untuk meringankan beban kos tambahan mereka,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Maadicare Dialysis Charity Centre, Kuching pada Isnin. Dedah beliau, sejak 1 Januari 2020 hingga 30 April 2024, sebanyak 590 permohonan telah diluluskan dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM9,928,744.75. Bagi tahun 2025 pula katanya, sebanyak 205 permohonan lanjutan telah diluluskan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM4.7 juta. “Statistik ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri yang teguh dalam membela nasib pesakit buah pinggang,” katanya. Dalam pada itu, Dato Sri Fatimah turut menzahirkan keprihatinannya terhadap cabaran kos tinggi yang terpaksa ditanggung pesakit. Beliau menjelaskan bahawa kos rawatan dialisis di pusat badan bukan kerajaan (NGO) atau swasta mencecah antara RM120 hingga RM200 bagi satu sesi, dengan sekurang-kurangnya tiga sesi diperlukan setiap minggu. “Tanpa bantuan kerajaan, pesakit dari golongan B40 dan M40 rendah mungkin kehilangan harapan. Kos seperti pemasangan AVF yang mencecah RM3,000 adalah beban besar bagi mereka. Namun, rawatan ini amat penting dan tidak boleh diabaikan. “Kerajaan Sarawak bukan sahaja membantu pesakit buah pinggang untuk meneruskan kehidupan, tetapi memberi mereka harapan baharu untuk menikmati kehidupan berkualiti,” tambah beliau.– EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya1891189218931894189518961897189818991900SeterusnyaTerakhir |