Program Khidmat Pelanggan Inisiatif SKAS Di Sarikei Dapat Sambutan

Disiarkan pada 27 Jan 2025
Sumber Berita: UKAS


SARIKEI: Pejabat Daerah Sarikei tidak terlepas menganjurkan Program Khidmat Pelanggan Inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi membantu proses pendaftaran dan pengemaskinian maklumat penerima bantuan, menerusi aplikasi S Pay Global.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 Januari lalu di Pusat Pentadbiran Kerajaan (IAC) Sarikei ini, mendapat sambutan positif daripada penduduk setempat.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab berkesempatan meluangkan masa hadir meninjau kelancaran program tersebut sambil mendengar secara langsung maklum balas penerima bantuan.

Beliau turut menyuarakan harapan agar lebih banyak inisiatif seumpamanya dapat dilaksana di masa hadapan untuk memastikan bantuan kerajaan sampai tepat kepada golongan yang memerlukan dengan segera dan tanpa sebarang kesulitan.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sarikei, Louis Yeo Soon Guan.-EDISI UKAS