MIRI: Program pendaftaran khas untuk penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang berlangsung di Dewan Suarah Miri berjalan dengan lancar.
Hadir sama memberi sokongan terhadap program itu ialah Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin pada Jumaat.
Program ini, yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang itu dianjurkan oleh Sarawak Information Systems (SAINS) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Sarawak Multimedia Authority (SMA), Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam (SCSDU) dan Pejabat Daerah Miri.
Menurut Dato Sri Lee, program ini mendapat sambutan menggalakkan, dengan seramai 445 orang hadir pada hari pertama dan berjaya menyelesaikan pendaftaran.
Namun katanya, seramai 127 orang menghadapi masalah ternikal seperti terlupa kata laluan, masalah telefon bimbit, atau kekurangan dokumen.
Sebanyak 31 kaunter disediakan untuk melayani orang ramai, termasuk 20 Kaunter Sukarelawan, 4 Kaunter SAINS, 2 Kaunter Khas, 4 Kaunter Pendaftaran, dan 1 Kaunter JKM dengan bantuan daripada 66 petugas, termasuk sukarelawan dan pegawai agensi berkaitan memastikan kelancaran proses pendaftaran.
Penduduk Miri yang belum berdaftar diseru untuk hadir ke Dewan Suarah Miri pada 25 dan 26 Januari 2025, dari jam 8 pagi hingga 5 petang, bagi melengkapkan pendaftaran.
Setakat ini, daripada kira-kira 70,000 penerima SKAS di Miri, 40 peratus telah berjaya mengemas kini maklumat mereka.
Turut hadir, wakil Pejabat Daerah Miri , Cecelia Emelia.-EDISI UKAS