1,514 Kes Berjaya Diselesaikan Semasa SKAS Engagement Session Di Padawan

Disiarkan pada 27 Jan 2025
Sumber Berita: UKAS


PADAWAN: SKAS Engagement Session yang diadakan di Daerah Kecil Padawan dari 24 hingga 26 Januari 2025 berjaya menyelesaikan 1,514 daripada 1,639 kes yang diterima.

Program tiga hari itu berlangsung di tiga lokasi iaitu Dewan Serbaguna Kampung Biya Assum, Balairaya Kampung Annah Sadir, dan Pejabat Daerah Kecil Padawan.

Menurut Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong, yang juga penyelaras program, sesi tersebut memberi tumpuan kepada penyelesaian isu kebajikan rakyat serta penggunaan aplikasi perkhidmatan digital, khususnya SPay Global.

Sebanyak 125 kes dikenal pasti sebagai Kes Khas, merangkumi pelbagai isu seperti kad pengenalan tiada kod negeri Sarawak, kad pengenalan lama, peranti Tidak Menyokong SPay Global dan lain-lain.

Program ini mendapat kerjasama daripada SAINS, KMKK Padawan, Pejabat Pusat Khidmat DUN Mambong, serta Pemuda PBB Mambong.

Pencapaian menyelesaikan 1514 kes dalam masa tiga hari membuktikan keberkesanan program ini dalam membantu rakyat.

Walaupun terdapat kes khas yang memerlukan tindakan susulan, penyelesaian dan perancangan rapi telah dibuat.-EDISI UKAS