Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Semangat Perpaduan Kunci Keharmonian Sarawak |
MIRI: Sarawak terus menjadi contoh terbaik keharmonian kaum dan agama di Malaysia dengan rakyatnya yang meraikan pelbagai perayaan bersama dalam semangat perpaduan yang tinggi. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, menegaskan bahawa keunikan ini menjadi asas penting dalam mengekalkan kestabilan dan kesejahteraan negeri. “Di Sarawak, kita menyambut semua perayaan bersama, seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Krismas, dan Deepavali. Inilah keunikan cara hidup kita yang penuh dengan semangat muhibah,” katanya ketika menghadiri Program Jualan Rahmah Madani dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Abu Bakar Al-Siddiq, Senadin, pada Sabtu. Beliau berkata, semangat perpaduan yang diamalkan rakyat Sarawak harus terus diperkukuh agar negeri ini kekal aman dan harmoni. Selain itu, beliau turut menyertai pengagihan 1,200 pek bubur lambuk, yang ditaja oleh CATSFM dari Kuching, kepada penduduk sekitar sebelum berbuka puasa bersama jawatankuasa masjid serta masyarakat setempat. Dalam majlis itu, Dato Sri Lee juga menzahirkan penghargaan terhadap inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang menganjurkan Program Jualan Rahmah, sekali gus membantu meringankan beban rakyat dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. “Jualan Rahmah ini diadakan hampir setiap bulan dan kita berharap ia dapat diteruskan kerana manfaatnya yang besar kepada masyarakat, terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat,” tambahnya. Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Sarawak dan Malaysia serta menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu dengan berhemah sepanjang musim perayaan bagi mengelakkan kemalangan. Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Pengerusi AJKP Masjid Abu Bakar As-Siddiq Desa Senadin, Sabeli Jantan; Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Miri, Moss Baok; Temenggong Komuniti Melayu, Temenggong Abang Mohamed Dato’ Sri Abang Othman; Penghulu Nasir Rahim; dan Kapitan Chong Ah Muk.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
SABERKAS Cawangan Opar Edar 368 Pek Bubur Lambuk Di Sematan |
SEMATAN: Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (SABERKAS) cawangan Opar meneruskan tradisi menyantuni masyarakat dengan mengedarkan 368 pek bubur lambuk kepada komuniti Muslim di sekitar Sematan. Hadir menyempurnakan simbolik penyerahan pada Program Jerayawara Bubur Lambuk 2025 SABERKAS Cawangan Opar iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang di Masjid Darul Iman, Kampung Temaga Melayu pada Sabtu. Dalam ucapan ringkasnya, Billy mengucapkan penghargaan kepada jawatankuasa SABERKAS Cawangan Opar serta unit-unit SABERKAS yang terlibat atas usaha dan komitmen mereka dalam menjayakan program tahunan ini. Program pengedaran bubur lambuk ini diadakan setiap tahun sebagai sebahagian daripada inisiatif SABERKAS untuk mendekati masyarakat serta memperkukuhkan hubungan silaturahim di peringkat akar umbi.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sumbangan Aidilfitri Meriahkan Ramadan di Limbang |
LIMBANG: Seramai 77 penerima terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, dan mualaf menerima sumbangan Aidilfitri dalam satu majlis yang dianjurkan oleh PERKIM Cawangan Limbang dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN N.79 Bukit Kota di Masjid Baitul Iman, pada Sabtu. Majlis yang berlangsung dari jam 10:30 pagi hingga 11:30 pagi itu turut menyaksikan penutupan program Tadarus Al-Quran yang dijalankan oleh ahli-ahli PERKIM sebelum acara penyampaian sumbangan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menekankan kepentingan memanfaatkan 10 hari terakhir Ramadan untuk meningkatkan amalan ibadah. Beliau juga memuji usaha PERKIM dalam bukan sahaja menganjurkan program keagamaan, tetapi turut membantu golongan memerlukan. “Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sarawak sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat, terutamanya golongan B40. Pelbagai program seperti Bantuan RAHMAH di peringkat Persekutuan dan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di peringkat negeri telah diperkenalkan untuk membantu golongan ini,” katanya. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu, kerajaan juga menyediakan bantuan melalui Tabung Baitulmal Sarawak serta Pusat Khidmat N.79 Bukit Kota dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.221 Limbang bagi mereka yang memerlukan bantuan pendidikan, perubatan, atau kecemasan. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sumbangan kepada penerima yang terdiri daripada 49 anak yatim yang masih bersekolah, 14 ibu tunggal ahli PERKIM, serta 14 mualaf yang baru memeluk Islam. Hadir sama memeriahkan majlis ialah merangkap Pengerusi PERKIM Cawangan Limbang, Datin Dayang Maimumah Awang Muhammad Daud, serta beberapa pemimpin masyarakat termasuk Pemanca Sahat Bagol, Penghulu Zahedi Asol, Penghulu Latip Tujoh, Penghulu Yusop Dollah, dan Penghulu Ahmad Mail.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pendidikan Jadi Keutamaan Pembangunan di Parlimen Selangau |
SELANGAU: Pendidikan terus menjadi fokus utama dalam agenda pembangunan Parlimen P214 Selangau justeru pendidikan bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup penduduk tetapi juga membuka peluang yang lebih luas untuk generasi muda di kawasan tersebut. Menurut Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta, sebanyak RM200,000 telah diperuntukkan pada tahun 2023 dan 2024 sebagai insentif pendidikan kepada pelajar dari Parlimen Selangau yang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan Doktor Falsafah (PhD). Inisiatif ini bertujuan memberi galakan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) serta membantu keluarga mereka meningkatkan taraf ekonomi melalui pendidikan. “Melalui pendidikan, kita dapat mengubah masa depan masyarakat. Saya mahu melihat lebih ramai anak-anak Selangau berjaya dalam akademik dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan komuniti,” katanya dalam Majlis Perasmian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dato Penghulu Imban yang berlangsung di Rh Rose Nana, Skim Sekuau, Selangau pada Ahad. Sejak penubuhan rumah panjang tersebut 50 tahun lalu, JKKK Dato Penghulu Imban telah melahirkan 40 graduan, terdiri daripada 9 pemegang Ijazah Sarjana, 25 Ijazah Sarjana Muda, dan 6 Diploma. Majoriti mereka kini berkhidmat dalam sektor awam dan swasta, termasuk di syarikat besar seperti PETROS, Petronas, Sarawak Energy, dan SHELL. Selain itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Selangau, yang merangkumi 840 rumah panjang. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusuf, ke Sekuau bagi Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan RASCOM. Dalam pada itu, sebagai sokongan kepada komuniti setempat, beliau mengumumkan peruntukan untuk penggantian atap Rumah Panjang Rh Rose Nana serta sumbangan RM10,000 kepada Biro Wanita rumah panjang tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Selangau, Yalin Asan, serta pemimpin masyarakat seperti Penghulu Bansa, Penghulu Surang, dan Penghulu Andrewson Ngalai.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
KLNCT Dilancarkan, Perkukuh Kebajikan dan Warisan Kenyah Lepo’ Ngkau |
MIRI: Majlis pelancaran Kenyah Lepo’ Ngkau Charitable Trust (KLNCT) dan doa kesyukuran untuk nenek moyang masyarakat Kenyah Lepo’ Ngkau di Empangan Murum berlangsung dengan penuh adat dan penghormatan di Dynasty Hotel, Miri, pada Sabtu. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala. Dalam ucapannya, Datuk Gerawat menzahirkan penghargaan atas inisiatif masyarakat Kenyah Lepo’ Ngkau dalam menubuhkan KLNCT sebagai wadah menjaga kebajikan dan pembangunan komuniti. “Hari ini kita bukan sahaja menyaksikan pelancaran KLNCT tetapi juga satu usaha kolektif bagi memastikan warisan dan kebajikan masyarakat terus dipelihara. “Amanah ini bukan sekadar tabung kewangan, tetapi satu mekanisme pengurusan dana yang berstruktur dan berpanjangan,” katanya. Beliau turut mengenang perjuangan komuniti itu dalam mendapatkan pampasan bagi tanah perkuburan nenek moyang mereka yang ditenggelami oleh pembinaan Empangan Murum. Sebagai langkah strategik, masyarakat sepakat menyalurkan pampasan itu ke dalam KLNCT bagi memastikan dana digunakan secara lestari untuk generasi akan datang. “Saya menyokong keputusan agar dana ini tidak diagihkan secara langsung, tetapi dilaburkan untuk manfaat jangka panjang. Ini langkah bijak kerana dengan pengurusan baik, ia boleh menjadi sumber berterusan bagi projek komuniti,” tambahnya. Sementara itu, Pengerusi KLNCT, Simpson Njock Lenjau, menekankan bahawa penubuhan amanah ini bertujuan memelihara budaya, perpaduan, dan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Lepo’ Ngkau. “Dengan KLNCT, kita tidak hanya bergantung kepada bantuan luar, tetapi dapat mengurus kebajikan dan pembangunan masyarakat secara sistematik. “Saya menyeru semua pihak menyokong usaha membangunkan tanah di Bekenu sebagai pusat aktiviti komuniti,” katanya. Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian Datun Julut, doa kesyukuran oleh Catechist Philip Layok, serta simbolik pelancaran dengan pemukulan ‘Kerebok’ sebanyak lapan kali oleh Datuk Gerawat sebagai gimik perasmian. Pelancaran rasmi KLNCT menandakan permulaan pelbagai inisiatif bagi memperkasa masyarakat Kenyah Lepo’ Ngkau ke arah masa depan yang lebih mampan.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Kerajaan Persekutuan Digesa Luluskan Projek Tebatan Banjir Sibu Fasa 5 |
SIBU: Kerajaan Persekutuan digesa untuk segera meluluskan Fasa 5 bagi Projek Tebatan Banjir Sibu agar masalah banjir tidak terus kritikal. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, fasa berkenaan yang dianggarkan menelan kos RM400 juta merangkumi pembinaan tiga stesen pam di sepanjang Sungai Seduan bagi mengawal paras air serta mengurangkan risiko banjir di kawasan utama seperti Jalan Ling Kai Cheng, Apollo dan Jalan Gelama. "Ini adalah fasa paling mahal dalam keseluruhan program tebatan banjir, tetapi tanpa mengira kos, keutamaan kita adalah keselamatan dan kesejahteraan penduduk Sibu," katanya demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis pelancaran kempen Jualan Bendera Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cabang Sibu 2025 di Star Mega Mall pada Sabtu. Menurut beliau, Fasa 4 projek itu kini dalam proses tender dan beliau menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan kelulusan Fasa 5 supaya projek berkenaan dapat disiapkan segera. Ujarnya, peruntukan bagi projek ini sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan ia diharapkan diberi keutamaan dan tidak ditangguhkan agar penduduk Sibu tidak boleh menunggu lebih lama lagi. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu turut menegaskan bahawa musim monsun ketika ini bukan sahaja menyebabkan banjir yang menjejaskan satu atau dua bahagian namun seluruh Wilayah Tengah turut terkesan. “Saya difahamkan, banjir kali ini antara yang paling buruk dalam beberapa dekad, dan kesannya masih belum dapat dinilai sepenuhnya," katanya. Menurutnya, pasukan bantuan bencana kini digerakkan sepenuhnya di bawah seliaan pasukan penyelamat dan pemantauan rapi sedang dilakukan di kawasan yang terjejas. Tiang turut menasihatkan mereka yang memerlukan bantuan segera supaya menghubungi Pejabat Residen Sibu atau agensi berkaitan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) serta polis. Selain itu, beliau berkata Pasukan Khidmat N.54 Pelawan sedia menyalurkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan. "Jika ada penduduk menghadapi masalah bekalan makanan, mereka boleh menghubungi pasukan saya di talian 012-7609622," katanya. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Safari Ramadan & Penyampaian Bakul Makanan Ringankan Beban Asnaf di Betong |
BETONG: Seramai 20 orang asnaf di Bahagian Betong menerima sumbangan bakul makanan sempena Program Safari Ramadan 2025 yang diadakan di Ruang Legar Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Betong pada Khamis. Program anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Tabung Baitulmal Sarawak itu disempurnakan oleh Ketua Hakim Syarie Sarawak, Yang Amat Arif Datu Awang Suhaili Ledi bersama Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas. Dalam ucapannya, Datu Awang Suhaili berkata, program sebegini bukan sahaja bertujuan membantu golongan asnaf menjelang Syawal, malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak. Beliau turut menegaskan komitmen Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak untuk terus memperkasa peranan mahkamah syariah bagi memastikan masyarakat Islam di negeri ini kekal berpegang teguh kepada ajaran agama dan menjalani kehidupan berpandukan syariat. Sementara itu, Hakim Syarie Bahagian Betong, Norhafizie Kamil dalam ucapannya menyeru umat Islam agar merebut peluang di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini untuk memperbanyakkan ibadah serta meningkatkan amalan kebajikan. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada para asnaf oleh Ketua Hakim Syarie Sarawak dan Residen Bahagian Betong yang bertujuan membantu meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri. Turut hadir ialah wakil-wakil daripada Tabung Baitulmal Sarawak, JAKIM, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak serta agensi-agensi lain yang terlibat.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Nicholas Kudi Ngerichah Program Bubur Lambuk Di Baleh |
KAPIT: Gerempung Raban Nembiak Menua Beserakup Sarawak (Saberkas) Pampang Baleh ngerichah pengawa nyambut Ramadan ditu nengah Program Bubur Lambuk bepalan di Lily Pond, kena Hari Empat tu tadi. Datai bejadika program tu iya nya Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai. Bisi 200 pek bubur lambuk udah disadung ngagai mensia mayuh ke nengah jalai alun. Program nya bejalai enggau lanchar taja pan gaya hari enda entu manah . - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pemadam Pelilih Mukah Ngatur Program Nyadung Bakul Pemakai |
MUKAH: Gerempung Munas Dadah Malaysia (Pemadam) Pelilih Mukah udah ngatur Program Nyadung Bakul Pemakai ke ngena juluk Pemadam Care For You', Jauhi Dadah Hidup Penuh Erti' kena Hari Empat tu tadi. Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine datai bejadika program nya ke udah diatur ba Dewan Sri Pekala, Kampung Kuala Lama Mukah. Program tu diatur nyadi ke siti inisiatif Pemadam Sarawak dikena bekunsika penemu senentang penusah bepun salah guna dadah sereta pemesai guna pengidup ti lebih meruan nadai dadah. Tuju program tu dikena nerenak semengat beserakup ba raban komuniti menua. Ba pengerami ke sama, bisi 35 iku Tuai Genturung Pendiau enggau Tuai Raban Bansa (KMKK) udah nerima setipikit chiri ke baru enggau pangku pengawa KMKK Pelilih Muka ungkup Sitak DUN N.57 Tellian. Ba jaku iya, Royston mega nyebut senentang pengawa beripai meresi kandang menua ke patut digaga ba genturung pendiau. "KMKK ngesan tanggungpengawa besai ba nentuka pengawa ke patut digaga taja pan nadai bantu ari perintah lalu ngiga inisiatif bukai. “Beripai tu patut digaga abis nadai tetiap tiga bulan sekali ngambi ke pengelikun enggau pemeresi genturung pendiau seruran dijaga,". ku iya. Ba program sama, bisi 70 iku peranak ari kandang menua semak dia nerima bakul pemakai serimbai enggau nyambut bulan Ramadan taun tu. Sama datai Pegawai Pelilih Mukah Peleadzman Ahip, Tuai Polis Pelilih Mukah DSP Muhamad Rizal Alias enggau Temenggung Hendi Suhai. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Banjir Jejas Lima Sekolah dan Beberapa Kawasan di Kapit dan Sibu |
KAPIT: Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan beberapa kawasan di Kapit dan Sibu dilanda banjir, termasuk lima buah sekolah yang terjejas teruk di Kapit. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa antara sekolah yang dilanda banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Yong, SK Bena Sut, SK Nanga Kebiaw, SK Nanga Antaroh dan SK Nanga Bena. “Bagaimanapun, banjir di tiga sekolah iaitu SK Nanga Kebiaw, SK Nanga Antaroh dan SK Nanga Bena sudah mulai surut,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat. Selain sekolah, beberapa penempatan lain turut terjejas termasuk Kampung Muhibah di Jalan Bleteh, Kampung Baru di Jalan Abang Sulaihi, Lorong 7 Jalan Airport dan Nanga Seranau. Menurut beliau, terdapat kawasan yang turut mengalami gangguan jalan dan bekalan elektrik akibat banjir, termasuk di Sungai Sibau (Rumah Panjang(Rh)John Ramba), Rh. Riti, Nanga Tulie, Pulau Pisang dan Nanga Baleh. “Saya sudah mengarahkan semua pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu penduduk dalam berdepan bencana banjir buat masa ini,” tambahnya. Beliau turut menzahirkan rasa dukacita terhadap penduduk yang terjejas serta menasihati orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Tambahnya, beberapa kawasan di Sibu, khususnya di sekitar Jambatan Durin di laluan Lebuhraya Pan Borneo turut mengalami banjir akibat hujan berterusan yang menyebabkan paras air sungai Batang Rajang meningkat dan melimpah ke jalan raya. Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk memantau keadaan jalan raya yang terlibat, terutamanya di laluan Lebuhraya Pan Borneo. “Buat masa ini semua jalan tersebut masih boleh dilalui kenderaan termasuk kenderaan ringan. “Namun, saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar lebih berwaspada dengan situasi semasa dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan semua pihak,” ujarnya.-EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious1801180218031804180518061807180818091810NextLast |