SEMATAN: Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (SABERKAS) cawangan Opar meneruskan tradisi menyantuni masyarakat dengan mengedarkan 368 pek bubur lambuk kepada komuniti Muslim di sekitar Sematan.
Hadir menyempurnakan simbolik penyerahan pada Program Jerayawara Bubur Lambuk 2025 SABERKAS Cawangan Opar iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang di Masjid Darul Iman, Kampung Temaga Melayu pada Sabtu.
Dalam ucapan ringkasnya, Billy mengucapkan penghargaan kepada jawatankuasa SABERKAS Cawangan Opar serta unit-unit SABERKAS yang terlibat atas usaha dan komitmen mereka dalam menjayakan program tahunan ini.
Program pengedaran bubur lambuk ini diadakan setiap tahun sebagai sebahagian daripada inisiatif SABERKAS untuk mendekati masyarakat serta memperkukuhkan hubungan silaturahim di peringkat akar umbi.-EDISI UKAS