Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Randau PETROS Nyadi Agregator Tunggal Nyadung Gas Begulai Enggau PETRONAS Udah Tembu |
KUCHING: Randau Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) nyadi agregator tunggal ba pengawa nyadung gas di nengeri tu begulai enggau Petroliam National Berhad (PETRONAS) diatu udah tembu diatur. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg madah, timpuh tiga bulan diberi Perintah Sarawak ngagai PETRONAS udah tembu sehari tu, 31 Oktober 2024, alai ku iya, PETRONAS udah ngenataika pekara nya ngagai Menteri Utiliti dan Telekomunikesyen Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi. "Pengawa nya udah tembu diadu lalu kitai deka ngaduka pengawa nyadi aggregator alai chara enggau prinsip deka dirandau nangkan tu ila. "Sida (PETRONAS) udah madahka pekara nya ngagai Dato Sri Julaihi. Surat deka diberi ngagai kitai nangkan tu," ku iya madah. Iya bejaku munyi nya maya dirandau media maya ngabang Deepavali ngagai Presiden Gerempung Tukung Sikh Sarawak Dato Dr Kalwinder Singh Khaira ditu, Hari Empat. Bekaul pengawa Ngumpul, Nguna enggau Nyimpan Karbon (CCUS) di Sarawak, iya madahka Perintah Besai deka bejuraikan undang-undang baru di Parlimen bulan Disember tu ngambika seriris enggau undang-undang ke udah dipejurai Sarawak. "Nama ke patut iya nya undang-undang kitai seriris enggau sida, meda nama guna undang-undang nya ba sida. "Reti ku aku iya nya enti karbon deka dianjung ke Sarawak, meseti meraka menua ti begunaka atur ari sida tang enti udah datai ke Sarawak, nya endang enggi kitai," ku iya nerang. Nangkan dia, Datuk Patinggi Abang Zohari mega ngabang ngagai pengerami Deepavali Shankar R.P Asnani ba The King’s Curry. Bela nyempulang iya maya nya Sapit Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas enggau Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Dato Sri Julaihi Narawi, Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng sereta pengabang ke bukai. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Komited Capai Negeri Berintegriti Tinggi 2030 |
BINTANGOR: Program Jelajah Integriti 2024 anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) diteruskan ke bahagian Meradong yang diadakan di Dewan Masyarakat Bintangor, pada Rabu. Program yang merupakan siri keenam dalam siri Jelajah Integriti di Sarawak bagi tahun ini, membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh amalan integriti di peringkat komuniti. Program tersebut dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato’ Murshid Diraja Datuk Dr. Juanda Jaya. Beliau turut menyatakan bahawa program ini adalah sebahagian daripada inisiatif UNIONS sejak 2019, di mana 40 siri jelajah integriti telah diadakan di seluruh Sarawak. Beliau menekankan pentingnya integriti dalam usaha mencapai aspirasi negeri untuk menjadi Sarawak Berintegriti Tinggi menjelang tahun 2030, sesuai dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030). Antara pengisian Program Jelajah Integriti 2024 seperti sesi taklimat mengenai peranan Ombudsman oleh pihak UNIONS, ceramah pencegahan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penerangan mengenai bantuan kebajikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei. Pada kali ini, program turut mengadakan Integrity Walkabout di Masjid Al-Muhajirin, Taman Bintang, Bintangor dan disertai Dato’ Dr. Juanda Jaya. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.-EDISI UKAS- |
View |
|
news |
Draft Amendment To Sarawak Fisheries Ordinance In Final Stages |
KUCHING: The Sarawak Ministry of Food Industry, Commodity and Regional Development (M-FICORD) is approaching the final draft for amendment of the Sarawak Fisheries Ordinance, aimed at benefiting local fishermen and enhancing the state's revenue from the fisheries sector. According to M-FICORD Minister, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Sarawak's extensive 1,000 km coastline is home to numerous untapped resources. Hence, with the proposed amendment to this ordinance, Sarawak plans to establish its own fisheries department to facilitate more efficient and authoritative management of these resources. “We currently rely on agencies like the Malaysian Fisheries Development Authority (LKIM), but without proper regulation, the future of our fishermen remains uncertain. “Larger vessels sometimes encroach into shallow waters, adversely affecting the income of smaller fishing boats. To address this issue, we are adopting a new approach, akin to the establishment of the veterinary department, which initially operated under the agriculture department,” he explained to reporters after officiating the Integrity Day Ceremony for the Sarawak Department of Veterinary Services 2024 at a prominent hotel on Thursday. He expressed optimism that the ministry could establish this department within the next year or two. In addition, Dato Sri Dr Stephen Rundi underscored the importance of food safety and security, noting concerns stemming from unregulated imports and individuals lacking integrity. “We need Sarawak’s own quarantine system, particularly as some unscrupulous individuals import vegetables with excessive pesticide use. “By the time these products are tested in the laboratory, they are already in circulation. This is where a quarantine authority becomes crucial,” he added. Also present at the ceremony were the Advisor in the Office of the Premier of Sarawak (Food Industries, Commodities, and Regional Development), Tan Sri William Mawan Ikom, the Director of the Department of Veterinary Services Sarawak, Datu Dr Adrian Susin Ambud, Deputy Permanent Secretary of M-FICORD, Sayed Ismail Nasiruddin Dato Sri Wan Hashim, Deputy Director of the Malaysian Anti-Corruption Commission (SPRM), Wan Ahmad Nidzam Wan Omar, and other distinguished guests.-UKASnews |
View |
|
news |
Raptai Penuh Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Darul Iman Berjalan Lancar |
SADONG JAYA: Jawatankuasa kerja persiapan bagi Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Darul Iman, Daerah Kecil Sadong Jaya telah mengadakan sesi raptai penuh bertempat di masjid tersebut di sini pada Khamis. Sesi raptai ini perlu diadakan bagi memastikan segala aspek penganjuran program berjalan dengan lancar secara menyeluruh. Sesi raptai turut melibatkan beberapa agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) tempatan serta ahli-ahli parti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bersama membantu dalam menjayakan penganjuran majlis berkenaan. Difahamkan, majlis perasmian masjid tersebut ini akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada 1 November ini. Sehubungan itu, penduduk di Sadong Jaya dan kawasan sekitarnya dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Hadir meninjau raptai tersebut ialah Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur Sarawak) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Datuk Ir. Aidel Lariwoo, Timbalan Residen Bahagian Samarahan Rais Ahmat, Pegawai Daerah Asajaya Jerry Zannuddin Bidin, Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan Saribudin Katang, Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan Bahrin Kawi serta wakil agensi kerajaan yang lain. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Perpaduan Rakyat Sarawak Bantu Realisasi Impian Menjadi Wilayah Lestari |
KUCHING: Semangat kesepaduan dalam kalangan rakyat, penjawat awam dan sektor swasta di Sarawak amat penting dalam usaha membantu merealisasikan impian wilayah ini untuk menjadi sebuah wilayah yang lestari. Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pentadbiran), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel berkata, impian yang dicetuskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg untuk melestarikan negeri ini bukanlah impian beliau semata-mata malah aspirasi bersama semua rakyat Sarawak. “Sebagai sebuah wilayah, kita harus memberi penekanan yang kuat terhadap kelestarian dalam strategi ekonomi kita. “Masyarakat di Sarawak haruslah berkembang maju dipacu oleh data dan inovasi, di mana kemakmuran ekonomi, keinklusifan sosial, dan kelestarian alam sekitar menjadi asas pertumbuhan kita,” jelas beliau. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Seminar Pengurusan Alam Sekitar untuk Kelestarian di sini, pada Khamis. Seminar tersebut menjadi platform pihak berkepentingan untuk membincangkan strategi bagi memajukan agenda kelestarian Sarawak. Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel turut menekankan keperluan untuk ekonomi yang bersih, mendesak pihak berkepentingan untuk mengutamakan inovasi dan digitalisasi berbanding industri berasaskan sumber tradisional selaras dengan objektif jangka panjang negeri. Turut hadir di majlis tersebut Kontroler Kualiti Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Datu Jack Liam serta yang lain. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
UKAS Sampaikan Informasi Sahih Tanpa Babitkan 'Lemak' Politik |
KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memainkan peranan penting dalam menyampaikan pelbagai inisiatif kerajaan kepada rakyat secara tepat dan sahih tanpa membabitkan elemen atau 'lemak' politik. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol memberitahu, UKAS menyampaikan informasi teris kepada rakyat mengenai dasar dan inisiatif Kerajaan Sarawak menerusi pelbagai platform. “Dalam sesi taklimat UKAS, yakinlah tidak ada kempen politik. Kita mencuba agar tidak melibatkan 'lemak' politik dalam sesi penjelasan kerana maklumat yang disampaikan adalah dengan penuh integriti. “Kita menyampaikan maklumat yang sahih, tepat dan benar. Yang penting adalah masyarakat memahami apakah yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Sarawak,” jelasnya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Program Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa Siri 2/2024 di sebuah hotel di sini pada Khamis. Datuk Abdullah menambah, UKAS berusaha merapatkan jurang informasi antara penduduk dan Kerajaan Sarawak menerusi berita dan program jelajah sebegini. Turut hadir ialah Pengarah UKAS Samuel Simon, Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Sarawak Mohamed Faizal Shah Ali dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Kho Teck Wan. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
UKAS Anjur Program Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa Siri 2/2024 |
KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berjaya menganjurkan Program Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa Siri 2/2024 di sebuah hotel terkemuka di sini pada Khamis. Program tersebut melihat tiga sesi perkongsian oleh pihak Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan UKAS. UKPS telah mengadakan sesi perkongsian yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Penyelidikan UKPS Dato Clarence Rorote Sagon mengenai peranan dan tanggungjawab unit itu di negeri ini. Selain itu, sesi PDRM bertajuk ‘Kesedaran Terhadap Scammer, Apakah Tanggungjawab Anda’ yang disampaikan oleh ASP Tina Manchu. Sesi berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penipuan atas talian dan perkhidmatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Manakala, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Latihan, Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan UKAS Dr Charlie Dudang menyampaikan sesi perkongsian mengenai peranan UKAS dalam menyebarkan informasi kepada penduduk Sarawak. Objektif utama Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa itu adalah untuk menerangkan dasar dan polisi Kerajaan Sarawak kepada rakyat di peringkat akar umbi, menjelaskan persoalan berhubung isu-isu semasa yang mempunyai hubung kait dengan rakyat dan memastikan agenda pembangunan negeri sampai terus kepada rakyat. Seramai 130 peserta telah mengikuti siri Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa Siri 2 itu yang melibatkan Penjawat Awam Sarawak dan Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Swasta (IPTS). Program penangguhan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Projek Jalan ke Skim Penempatan Semula Asap Dijangka Siap Pada 2026 |
KAPIT: Projek pembinaan jalan baharu ke Skim Penempatan Semula Asap menjadi pemangkin kepada pembangunan berterusan di Sungai Asap. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, projek bernilai RM50 juta itu dijangka siap pada 9 September 2026. "Pembinaan jalan ini bukan sahaja penting untuk menyokong pembangunan berterusan di kawasan tersebut malah mampu mengurangkan kesesakan ketika program besar seperti Pesta Apau Koyan diadakan. "Kawasan ini juga berpotensi untuk menjadi pusat pentadbiran baharu bagi Sungai Asap dengan pelbagai pembangunan seperti pejabat pertanian dan pusat warisan yang bakal dibangunkan tidak lama lagi," ujarnya. Beliau berkata demikian semasa majlis pecah tanah projek, pada Selasa. Dalam pada itu, Kennedy Chukpai turut menggesa orang ramai dan ketua masyarakat di Sungai Asap untuk memberikan kerjasama penuh bagi memastikan kelancaran projek itu nanti Ujarnya, pihak kontraktor dan agensi pelaksana juga diharapkan memastikan projek itu disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Tan Sri Peter Chin Makes History As First Chinese Pro-Chancellor Of UPM |
BINTULU: Tan Sri Peter Chin Fah Kui has etched his name in history as the first Chinese individual from Sarawak to be appointed as Pro-Chancellor of Universiti Putra Malaysia (UPM). He received his appointment letter from the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, on August 20, 2024, during a ceremony at Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Tan Sri Peter's term as Pro-Chancellor will run for three years, from October 18, 2024 to October 17, 2027. Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, the Secretary-General of the Sarawak United People’s Party (SUPP) and Sarawak Deputy Minister for Tourism, Creative Industry and Performing Arts, praised the appointment during a press conference on Wednesday. He emphasised that this significant recognition reflects Tan Sri Peter Chin’s extensive contributions and dedicated service to the nation’s development. “This historic appointment is indeed a source of pride for Sarawak and SUPP,” he stated. Since 2014, Tan Sri Peter has played a vital role in advancing Malaysia’s agricultural and food security as the Non-Independent Non-Executive Chairman of the IOI Group. His arrival in Bintulu coincides with UPM’s 48th Convocation Ceremony, scheduled for November 2 and 3, 2024, at Dewan Sri Kenyalang, UPM Bintulu Campus. Among those present at the press conference were Tanjong Batu Assemblyman, Johnny Pang Leong Ming, Political Secretary to the Sarawak Premier, Angellie Stephen Raja, and other dignitaries.-UKASnews |
View |
|
news |
Sarawak Tambah Baik Program S-MM2H |
KUCHING: Program Sarawak-Malaysia My Second Home (S-MM2H) bakal memasuki era baharu dengan pengenalan pelbagai penambahbaikan yang melibatkan pelesenan ejen serta syarat dan proses kelulusan yang lebih teliti. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penambahbaikan ini akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025. Menurutnya, program ini terbuka kepada semua warganegara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia dan mesti berumur 30 tahun ke atas. "Peserta perlu membuka akaun simpanan tetap dengan mana-mana bank tempatan di Sarawak dengan jumlah deposit sebanyak RM500,000 bagi setiap permohonan termasuk pasangan dan tanggungan. “Jumlah penempatan yang diperlukan bagi setiap pemohon pada kali ini termasuk yang berpasangan telah ditetapkan sebanyak RM500,000 sahaja,” katanya dalam sidang media di sini, pada Khamis. Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata, peserta S-MM2H diwajibkan menetap di Sarawak selama sekurang-kurangnya 30 hari setahun, walaupun tidak perlu berturut-turut. “Kita akan lihat kembali sama ada mereka mematuhi 30 hari tinggal di Sarawak dan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan yang melanggar syarat untuk mereka diberi permit di bawah S-MM2H,” tegasnya. Selain itu, ujarnya, peserta hanya dibenarkan bekerja sambilan dalam sektor profesional yang diluluskan seperti perbankan dan pendidikan dengan waktu kerja maksimum 20 jam seminggu. “Peserta S-MM2H yang telah diluluskan dibenarkan membeli rumah di Sarawak dengan nilai sekurang-kurangnya RM600,000 untuk bahagian Kuching dan RM500,000 untuk bahagian lain. "Peserta tidak boleh menjual harta tersebut sehingga mereka tinggal atau memegang harta tersebut sekurang-kurangnya selama 5 tahun,” tambahnya. Selain itu, semua ejen yang mahu mengendalikan S-MM2H di Sarawak perlu memenuhi syarat ketat termasuk ekuiti minimum 51 peratus yang dimiliki oleh warga Sarawak dan tiada warganegara asing dibenarkan sebagai ahli lembaga pengarah dalam mana-mana syarikat pengendali S-MM2H. Setiap pemohon juga dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan mesti dilindungi oleh insuran perubatan sepanjang tempoh S-MM2H mereka. Dato Sri Abdul Karim menambah, penambahbaikan ini dilaksanakan bagi tujuan memastikan Sarawak lebih berdaya saing sebagai destinasi pilihan bagi S-MM2H. Beliau berharap perubahan ini dapat mengurangkan spekulasi hartanah serta memberi impak positif kepada ekonomi tempatan melalui peningkatan deposit tetap dalam bank-bank tempatan yang kini mencecah RM77.55 juta. Ujarnya, setakat ini terdapat 40 ejen berlesen di Sarawak dan semua ejen sedia ada perlu memohon semula pelesenan di bawah peraturan baharu. Beliau berkata, meskipun bayaran pemprosesan ditetapkan pada RM5,000, ia dijangka memberi manfaat kepada pemain industri serta meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap pengurusan S-MM2H di peringkat negeri. Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak Abdul Halim Abang Naili serta tetamu kehormat lain. - EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious1661166216631664166516661667166816691670NextLast |