KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memainkan peranan penting dalam menyampaikan pelbagai inisiatif kerajaan kepada rakyat secara tepat dan sahih tanpa membabitkan elemen atau 'lemak' politik.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol memberitahu, UKAS menyampaikan informasi teris kepada rakyat mengenai dasar dan inisiatif Kerajaan Sarawak menerusi pelbagai platform.
“Dalam sesi taklimat UKAS, yakinlah tidak ada kempen politik. Kita mencuba agar tidak melibatkan 'lemak' politik dalam sesi penjelasan kerana maklumat yang disampaikan adalah dengan penuh integriti.
“Kita menyampaikan maklumat yang sahih, tepat dan benar. Yang penting adalah masyarakat memahami apakah yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Sarawak,” jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Program Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa Siri 2/2024 di sebuah hotel di sini pada Khamis.
Datuk Abdullah menambah, UKAS berusaha merapatkan jurang informasi antara penduduk dan Kerajaan Sarawak menerusi berita dan program jelajah sebegini.
Turut hadir ialah Pengarah UKAS Samuel Simon, Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Sarawak Mohamed Faizal Shah Ali dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Kho Teck Wan. -EDISI UKAS