Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
‘Sarawak Youth Start-Up’ Bangunkan Usahawan Belia, Himpun Pelbagai Agensi Kerajaan |
KUCHING: Program ‘Sarawak Youth Start-Up’ menghimpunkan pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan Sarawak mahupun Persekutuan termasuk semua agensi pembangunan usahawan di bawah kerajaan negeri dan Persekutuan. Menurut Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat, program ini bukan sahaja untuk menjadi platform kepada belia untuk menimba ilmu bidang keusahawanan tapi untuk menjadi ‘pembekal’ kepada kementerian dan agensi yang terlibat. “Kita menjadi pembekal di mana usahawan-usahawan ini kita latihkan mereka untuk diserahkan kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat sebab setiap kementerian ada program usahawan tersendiri. “Sebagai contoh, Kementerian Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-Ficord) mempunyai program Agropreneur maka kita di ‘Sarawak Youth Start-Up’ akan mengasuh sebelum diserahkan kepada pihak M-Ficord untuk penambahbaikan kemahiran,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media ‘Sarawak Youth Start-Up’ di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat. Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir itu, kementeriannya juga tidak menolak kemungkinan untuk mewujudkan hab ‘Start-up’ belia setelah melihat kejayaan hab sedemikian di Korea Selatan dikenali sebagai ‘Pangyo Start-up Hub’. Dalam pada itu, Datuk Dr Ripin Lamat memberitahu, seramai 80 orang telah menyertai ‘Sarawak Youth Start-Up’ setakat hari ini. Justeru, beliau menyeru agar belia-belia berumur 18 tahun hingga 40 tahun yang berminat untuk menyertai keusahawan turut serta dalam ‘Sarawak Youth Start-Up’ dengan 300 orang menjadi sasaran bagi program itu kelak. Permohonan bagi ‘Sarawak Youth Start-Up’ akan ditutup pada 25 November kelak dengan program itu akan dilaksanakan bermula 7 Disember hingga 14 Disember. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Meluan Perlukan CPPC, Tingkatkan Nilai Komoditi Lada |
KUCHING: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan memerlukan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) untuk bertindak sebagai pusat penyimpanan produk lada penduduk di kawasan berkenaan. Wakil rakyatnya, Rolland Duat Jubin memberitahu, tanaman lada di kawasan Meluan merupakan antara yang terbaik di Sarawak hasil kemahiran, kualiti tanah dan sumber air di kawasan tersebut. Justeru, pembinaan CPPC di kawasan ini katanya amat wajar untuk dipertimbangkan bagi mengangkat nilai komoditi lada keluaran Sarawak. “Saya memohon projek khas daripada kerajaan untuk membina gudang bagi mereka memproses dan menyimpan lada mereka kerana sekarang ini mereka masih memproses hasil mereka di dalam rumah. “Saya juga ingin mencadangkan sebuah fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D) ditubuhkan di sini untuk meneroka teknologi yang lebih baik dan efisien dalam memproses krim lada putih yang mampu mencapai harga yang sangat tinggi,” jelasnya. Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 sempena Persidangan DUN Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Bagi meningkatkan lagi nilai komoditi tanaman lada ini, beliau mencadangkan untuk membuat satu kajian untuk mendapatkan status Penunjuk Geografi Dilindungi atau dikenali sebagai ‘Protected Geographical Indicator’ (PGI) untuk memelihara dan mengiktiraf kualiti pekebun kecil dari kawasan ini. Memperkuatkan lagi usaha ke arah ini, Rolland turut membuat permohonan dana sebanyak RM10 juta daripada dana pembinaan jalan ladang yang diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg untuk membangunkan jalan ladang di kawasan Meluan yang mana akan memanfaatkan pekebun lada dan sawit. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
21 Kanak-Kanak Meradong Masih Menunggu Penilaian Sebelum Masuk PPKI |
KUCHING: Seramai 21 kanak-kanak di Meradong masih menunggu untuk menjalani penilaian lanjut oleh pakar dari Hospital Sarikei sebelum dapat diterima masuk ke kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee berkata, satu perbincangan telah diadakan dengan pakar dari Hospital Sarikei pada 31 Oktober lalu, dan beberapa faktor telah diambil kira untuk memastikan proses penilaian dapat dijalankan dengan lancar. "Setelah mempertimbangkan pelbagai faktor, kita telah berjaya menetapkan tarikh temu janji susulan untuk pelajar-pelajar berkenaan iaitu pada 10 Januari 2025,"katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kong Hiing dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Terdahulu, Datuk Ding bertanya sama ada MEITD mempunyai sebarang rancangan untuk menangani isu berkaitan penilaian tersebut, demi memastikan kelancaran proses dalam peringkat penting pendidikan awal kanak-kanak ini. Dalam pada itu, Datuk Dr. Annuar turut memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan dua program utama bagi membantu mengenal pasti pelajar yang menunjukkan ciri-ciri kelewatan perkembangan berbanding rakan sebaya mereka, khususnya dalam kalangan murid prasekolah. "Program pertama ialah Program Pengesanan Perkembangan dan Intervensi Murid Prasekolah (ProsPIM), melibatkan latihan penggunaan Senarai Semak Pengesanan Perkembangan Bayi dan Kanak-Kanak 1 bulan hingga 6 tahun bagi Tujuan Pendidikan Edisi Kedua, dikenali sebagai SSP. "Program kedua, Kit Intervensi Perkembangan Murid Prasekolah telah diedarkan dari 10 Julai hingga 30 Ogos 2024, dan latihan telah dijalankan dalam kalangan semua 1,493 guru prasekolah di seluruh Sarawak, termasuk 27 guru prasekolah dari Meradong pada masa ini,"jelas beliau. KPM juga katanya, telah memperkenalkan beberapa langkah intervensi untuk membantu pelajar yang masih menunjukkan kelewatan dalam pembelajaran, walaupun telah menerima pelbagai bentuk sokongan dan latihan. Jelasnya lanjut, pelajar berkenaan akan dirujuk kepada Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Sarawak atau sekiranya perlu, terus kepada pihak berkuasa kesihatan. Tambahnya lagi, KPM juga menjalankan Program Saringan Penentuan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas secara tahunan melibatkan pelajar tahun 3 yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis, dan Mengira), meskipun telah menjalani latihan intensif dalam kelas pemulihan. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Murum, Belaga Berpotensi Jadi Destinasi Eko-Pelancongan |
KUCHING: Konstituensi Murum dan Belaga sangat berpotensi untuk dijadikan destinasi eko-pelancongan berasaskan Kebudayaan, Pengembaraan dan Explorasi Alam Semulajadi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon berkata, kawasan tersebut amat unik dengan kepelbagaian suku bangsa dan etnik yang kaya dengan warisan, seni dan budaya yang bernilai tinggi. Selain itu katanya, ia mempunyai khazanah alam semula jadi, hutan rimba, flora dan fauna, sungai, tasik, gunung ganang dan air terjun yang indah dan cantik sekali yang pasti menarik untuk diterokai oleh pelancong-pelancong dalam dan luar negara. “Saya mencadangkan agar, pihak Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC), pihak Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak dan agensi-agensi berkaitan untuk mempromosikan produk-produk pelancongan kita yang sedia ada. “Saya juga mencadangkan agar kementerian-kementerian ini turut menerokai potensi destinasi yang baharu selain memberi insentif galakan kepada komuniti kita untuk terlibat dan menceburi dalam industri pelancongan ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Selain itu, Kennedy juga mencadangkan agar pesta-pesta yang diadakan di daerah Belaga diberi geran tahunan dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak dan Malaysia. Jelasnya, antara pesta tersebut adalah Pesta Seni dan Kebudayaan Apau Koyan, Regatta Belaga Rainforest Challenge, Pesta Do Ledoh (Komuniti Kayan), Pesta Lepa Ajau Ladong Bio (Komuniti Kenyah), Pesta Saviek (Komuniti Kajang) dan Pesta Adet Tapo' (Komuniti Penan). “Pesta-Pesta kesenian dan kebudayaan etnik Orang Ulu yang unik ini amat berpotensi untuk menarik pelancong ke Sarawak,” ujarnya.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Murum, Belaga Berpotensi Jadi Destinasi Eko-Pelancongan |
KUCHING: Konstituensi Murum dan Belaga sangat berpotensi untuk dijadikan destinasi eko-pelancongan berasaskan Kebudayaan, Pengembaraan dan Explorasi Alam Semulajadi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon berkata, kawasan tersebut amat unik dengan kepelbagaian suku bangsa dan etnik yang kaya dengan warisan, seni dan budaya yang bernilai tinggi. Selain itu katanya, ia mempunyai khazanah alam semula jadi, hutan rimba, flora dan fauna, sungai, tasik, gunung ganang dan air terjun yang indah dan cantik sekali yang pasti menarik untuk diterokai oleh pelancong-pelancong dalam dan luar negara. “Saya mencadangkan agar, pihak Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC), pihak Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak dan agensi-agensi berkaitan untuk mempromosikan produk-produk pelancongan kita yang sedia ada. “Saya juga mencadangkan agar kementerian-kementerian ini turut menerokai potensi destinasi yang baharu selain memberi insentif galakan kepada komuniti kita untuk terlibat dan menceburi dalam industri pelancongan ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Selain itu, Kennedy juga mencadangkan agar pesta-pesta yang diadakan di daerah Belaga diberi geran tahunan dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak dan Malaysia. Jelasnya, antara pesta tersebut adalah Pesta Seni dan Kebudayaan Apau Koyan, Regatta Belaga Rainforest Challenge, Pesta Do Ledoh (Komuniti Kayan), Pesta Lepa Ajau Ladong Bio (Komuniti Kenyah), Pesta Saviek (Komuniti Kajang) dan Pesta Adet Tapo' (Komuniti Penan). “Pesta-Pesta kesenian dan kebudayaan etnik Orang Ulu yang unik ini amat berpotensi untuk menarik pelancong ke Sarawak,” ujarnya.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Program Latihan Vokasional Teknologi Tenaga Hijau Perlu Dicadangkan Di Murum |
KUCHING: Program latihan vokasional khusus dalam teknologi tenaga hijau terutamanya tenaga solar terapung dicadangkan untuk dilaksanakan bagi masyarakat di Murum. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon berkata, perkara ini perlu diambil kira dengan mengutamakan pengambilan tenaga kerja tempatan bagi projek tenaga hijau yang terletak di kawasan Murum terutamanya projek solar terapung yang akan dilaksanakan di Empangan Hidroelektrik Murum. “Saya yakin projek ini secara langsung dan tidak langsung akan membawa manfaat dan peluang pekerjaan, sosial-ekonomi kepada penduduk setempat," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahasakan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Tambahnya, ia memberi peluang bagi komuniti setempat untuk meningkatkan ekonomi mereka dengan menjadi pembekal bahan mentah dan perkhidmatan lain yang berkaitan atau melibatkan diri dalam ekopelancongan. Dalam pada itu, Kennedy turut memohon agar lebih banyak infrastuktur digital ini dibina di kawasan-kawasan pedalaman termasuk di konstituensi Murum yang merangkumi kawasan Tubau, Jelalong, Sungai Asap, Urun, Tegulang, Metalaun dan Sungai Linau dalam memastikan masyarakat Murum tidak ketinggalan dalam agenda transformasi digital ekonomi ini. Jelasnya, transformasi digital adalah “game changer” ke arah negeri berasaskan digital ekonomi yang pastinya memerlukan infrastruktur digital seperti menara dan rangkaian sistem telekomunikasi yang baik dan stabil termasuk pemasangan gentian optik bagi mengoptimumkan capaian internet berkelajuan tinggi. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Kerajaan Disaran Kaji Semula Pemberian Elaun KMKK |
KUCHING: Kerajaan disarankan agar mengkaji semula pemberian elaun kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang ketika ini ditakrifkan sebagai kurang sesuai dengan beban tugas mereka dan juga keadaan ekonomi semasa. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana berkata, elaun seorang Ketua Kaum yang ketika ini berjumlah RM900 sebulan wajar dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan. “Dengan pertambahan elaun tersebut ia pastinya akan meningkatkan komitmen KMKK dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika membahasakan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Tambahnya, Kerajaan Sarawak wajar memantapkan institusi KMKK bukan sahaja keperluan dari segi kelayakan akademik tetapi juga dari aspek elaun yang diterima oleh mereka. Ujarnya, bidang tugas KMKK ketika ini adalah mencabar dan tidak hanya untuk menjaga pentadbiran di kampung atau rumah panjang mereka sahaja. Dalam pada itu, Anyi Jana memberitahu, pelantikan bagi KMKK juga perlu diteliti dan dinilai semula. Jelasnya, ketika ini masih terdapat Ketua Masyarakat (Penghulu) yang mempunyai sehingga melebihi 50 buah kampung atau rumah panjang dalam bidang kuasa mereka. “Skop kerja mereka ini boleh dikecilkan kepada 20 hingga 30 buah kampung atau rumah panjang bagi melicinkan aspek pentadbiran. “Manakala bagi pelantikan Tuai Rumah, dicadangkan agar Tuai Rumah yang mentadbir sekurang-kurangnya 20 pintu (bilik) diberi kelonggaran untuk dilantik secara sah dengan diberikan Sijil Pelantikan Ketua Kaum,” katanya. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Pengukuran Perimeter Tanah NCR Di Ngemah Perlu Disegerakan |
KUCHING: Pengukuran perimeter Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di konstituensi Ngemah perlu disegerakan agar dapat digunakan untuk meningkatkan sosioekonomi di kawasan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana berkata, Ngemah merupakan kawasan luar bandar yang masih tebal diliputi hutan dan tanah hak milik penduduk yang belum lagi diukur. “Penyelesaian kerja-kerja pengukuran tanah adat ini adalah diharap dapat digunakan secara maksima untuk mengeluarkan hasil pertanian agar dapat meningkatkan sosio-ekonomi setempat, meningkatkan pendapatan isi rumah dan sekaligus dapat mengurangkan kadar kemiskinan tegar rakyat Sarawak khasnya di kawasan luar bandar.” Beliau berkata demikian ketika membahasakan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Ketika ini jelasnya, pengukuran perimeter tanah adat perlu melalui Seksyen 6, Kanun Tanah Negeri (KTN) iaitu pengukuran secara komuniti sebelum diukur di bawah Seksyen 18, KTN bagi pemilikan individu. Namun begitu katanya, masalah terkini adalah isu tuntutan bertindih pemilikan tanah adat di antara penduduk dengan syarikat-syarikat swasta yang membangunkan tanah tersebut sama ada untuk tujuan pembalakan dan pertanian. Ia dirumitkan lagi dengan isu perebutan pemilikan di antara ahli keluarga dan sanak saudara yang menyumbang kepada kelewatan dalam mengeluarkan surat hak milik tanah kepada milik individu. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Penduduk Resah Peningkatan Populasi Buaya Di Kabong |
KUCHING: Populasi buaya yang semakin meningkat di sungai-sungai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong menimbulkan kerisauan penduduk. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir memberitahu, populasi buaya yang tinggi ini menyebabkan penduduk yang kebanyakannya nelayan risau untuk turun mencari rezeki. Sehubungan itu, beliau berharap agar Kerajaan Sarawak dapat mempertimbangkan pemberian lesen memburu buaya kepada penduduk di kawasan berkenaan terutamanya kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). “Nelayan yang menjadikan sungai sebagai punca rezeki menjadi takut dengan kehadiran buaya itu, sekaligus ia menjejaskan pendapatan mereka. “Justeru itu, saya memohon agar penduduk terutamanya kepada JKKK diberikan lesen untuk memburu atau menangkap buaya-buaya tersebut,” jelas beliau. Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 sempena Persidangan DUN Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Mengulas lanjut, beliau memberitahu peningkatan populasi ini bakal meningkatkan risiko berlaku konflik antara manusia dengan reptilia berkenaan. Sebelum ini, Kerajaan Sarawak mengumumkan bahawa negeri ini sedang merangka pelan pengurusan baharu yang lebih komprehensif bagi menangani konflik manusia dengan buaya. Melalui usaha ini, pegawai dan kakitangan yang terlibat telah diberi pendedahan bagi meningkatkan pengetahuan dan kebolehan melalui latihan serta penglibatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memperkasakan pengurusan buaya-buaya di Sarawak. - EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Kerajaan Sarawak Berhasrat Wujud Bandar Lestari, Jaga Ekosistem Sarawak |
KUCHING: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk mewujudkan bandar lestari dalam usaha menjaga ekosistem di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, meletakkan pengurusan alam sekitar mampan dalam perspektif pembangunan sangat penting sebagai 'green lung'menjayakan misi mewujudkan bandar lestari. “Mengenai Sarawak Forest Corporation (SFC) ini kita tahu kita nak bangunkan Taman Negara sehingga 1 juta hektar dan keduanya kita ada Sarawak Delta yang kita nak bangunkan. “Jadi ketiganya kita nak bangunkan bandar kita yang lestari, bermaksud hutan simpan di bandar harus diuruskan dengan sebaiknya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Sekalung Budi, Tautan Kasih dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 Sarawak Forestry Corporation pada Jumaat. Dalam majlis sama, Premier Sarawak turut mengumumkan bangunan baharu SFC dengan nama ‘Wisma Lestari’, sempena dengan misi Kerajaan Sarawak untuk membangunkan bandar lestari. Beliau turut menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara SFC, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pusat Bidioversity Sarawak (SBC). Hadir sama Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr. Wan Lizozman bin Wan Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran dan ketua-ketua jabatan.-EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya1351135213531354135513561357135813591360SeterusnyaTerakhir |