Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
Sarikei Career & Education Day Empowers Youth With Future Pathways |
SARIKEI: The Career and Edication Day, along with Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei 2024, serves as a crucial platform to raise awareness about various educational and career opportunities. This event aims to develop skilled individuals who can contribute meaningfully to the state and nation’s growth. Member of Parliament for Tanjong Manis and Chairman of CIDB Malaysia, Ir. Yusuf Abd. Wahab, highlighted the importance of such programmes in guiding young people to plan their future paths early. “Support from educational institutions, government agencies, and the community is vital to ensure the success of our younger generation,” he said. He said this during his speech at the event held at Dewan Sentral Sarikei on Saturday. The Tanjong Manis MP also expressed gratitude to Yayasan Sarawak for its continued support in advancing education and youth development in Sarikei. The event featured participation from various educational institutions, including Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Laila Taib, Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Curtin University Malaysia, Sarawak Skills (PPKS), and the Centre of Technical Excellence (CENTEXS) Betong. The exhibitions provided students and parents with valuable information about education and career pathways. As a show of support, Ir. Yusuf donated RM3,000 to the Sarikei PPD Recreational Association to help fund the event’s activities. Also present were Sarikei District Education Officer, Lau Ngie Tung, Yayasan Sarawak representative, Syaifulhizam Othman, Sarikei Division Resident representative, Hamimi Abu Kassim, and Sarikei PIBKS Focal Person, Yuhib Rabaie. – UKASnews |
Lihat |
|
news |
Kennedy rasmi Kelimpun Biu’ Leto Lepo Badeng Koyan 2024 dan Gala Night SK Bukit Balai |
MURUM: Ahli Dewan Undangan Negeri Murum, Kennedy Chukpai Ugon, telah merasmikan Kelimpun Biu’ Leto Lepo Badeng Koyan 2024 di Dewan Lepo Badeng BRS Sg. Koyan pada Sabtu. Program yang diadakan untuk memperkukuh persatuan wanita Uma Badeng itu bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan, menghargai peranan wanita dalam komuniti, dan memberi pendedahan kepada generasi muda tentang sumbangan penting wanita dalam pembangunan masyarakat. Acara ini juga bertujuan melestarikan kebudayaan serta masakan tradisi masyarakat setempat. Pada sebelah malamnya, Kennedy Chukpai turut menghadiri Majlis Gala Night dan Pre-Christmas di SK Bukit Balai, sebuah sekolah luar bandar yang berjaya melahirkan anak didik cemerlang meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan kekurangan. Majlis tersebut turut meraikan kejayaan dan dedikasi warga sekolah yang telah membuktikan bahawa semangat dan usaha keras mampu menghasilkan kejayaan.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Perpaduan, Integrasi ‘Ramuan’ Utama Capai Kestabilan Ekonomi, Sosial & Politik |
BELAWAI : Perpaduan dan integrasi adalah ramuan utama untuk mencapai kestabilan ekonomi, sosial dan politik dalam sesebuah masyarakat majmuk. Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh, perpaduan tidak datang bergolek namun perlu dipupuk dan ditanam dalam sanubari komuniti sejak kecil lagi supaya nilai tersebut dapat dihayati sepanjang hayat. "Melalui aktiviti solidariti komuniti seperti perkongsian bersama agensi, dan Dialog Solidariti yang telah dilaksanakan, saya percaya para peserta sudah dapat menghayati akan nilai dan kepentingan hubungan baik agar hubungan berkualiti dapat ditingkatkan tanpa mengira jantina, peringkat umur, etnik dan agama. "Melalui hubungan berkualiti, mudah untuk kita mencapai kebersamaan (shared understanding) bagi mengukuhkan keharmonian sosial dalam komuniti kita di Daerah Tanjung Manis ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Randau Solidariti Komuniti (PRSK) di Dewan Masyarakat Kampung Belawai di sini pada Sabtu. Apabila kesefahaman dan kebersamaan sudah menjadi satu budaya ujarnya, maka lebih mudah untuk menangani isu dan cabaran sosial yang dihadapi secara bersepadu. Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang itu, pembangunan seimbang lebih mudah dicapai dalam masyarakat yang sudah bersatu padu dan utuh kerana pembangunan ekonomi dan fizikal dapat dilaksanakan dalam suasana sosial yang sejahtera, aman dan harmonis. “Ia selaras dengan saranan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg untuk memastikan agar tiada individu yang tertinggal dalam arus pembangunan di Sarawak. “Oleh itu, mari kita terus memupuk perpaduan dan solidariti dalam kepelbagaian demi meningkatkan kesejahteraan komuniti, khususnya di Daerah Tanjung Manis, dan amnya di Sarawak.,” katanya. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Meradong RC Powerboat (GP) River Challenge 2024 Tarik 40 Pasukan |
MERADONG: Sebanyak 40 pasukan menyertai Meradong RC Powerboat (GP) River Challenge 2024, yang julung kali diadakan sempena Pesta Meradong 2024. Pertandingan ini berlangsung selama dua hari, 30 November hingga 1 Disember, dengan 217 penyertaan, termasuk peserta dari Thailand. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, yang merasmikan acara tersebut dalam ucapannya berkata pertandingan ini berpotensi menjadi daya tarikan baru dalam sektor pelancongan di Daerah Meradong. Beliau turut mendapat sokongan penuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, yang berharap acara ini akan diteruskan pada masa hadapan. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi & Bini Ngulu Pengerami Nutup Pesta Benak 2024 |
SRI AMAN: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar enggau bini, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi udah datai ngulu Pengerami Nutup Pesta Benak 2024 ditu, kena ke Hari Minggu tu tadi. Penatai Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi enggau bini ngelai sukung seduai ngagai pengerami nya ke tebilang sereta dikemegah rayat Sarawak, lebih agi peranak Sri Aman. Kelimpah ari nya, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi ngena awak maya nya meda pangka pasang benak, ngerichah agi pengerami nya ti ngempung main asal, daya idup enggau pemanah rampa menua. Berebak enggau nya, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi meda pekit ke penudi lumba Regatta Benak Batang Lupar 2024. Gela Raja Sungai pekit nya mai perais mata duit RM25,000 enggau trofi. Pengerami ke diatur berengkah 28 November nyentuk 1 Disember 2024 nya bela dirichah enggau mayuh macham program, palan bedaja kraf enggau bazaaria, ke pelasar ngangkatka agi menua Sri Aman nyadi palan ditapat bala temuai. Sama bela datai maya nya, Menteri Industri Pemakai, Komiditi enggau Pemansang Kandang Menua Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Sapit Menteri Pelajar, Inovasyen enggau Pemansang Penau Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis, Kaban Parlimen Sri Aman Dato Sri Doris Sophia Brodie, Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang, Pemangku Residen Sitak Sri Aman, Mahra Salleh sereta temuai ke bukai. - EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Rakyat Luar Bandar Diseru Ikut Perkembangan Teknologi |
MURUM: Rakyat luar bandar diseru agar sentiasa mengikuti perkembangan teknologi yang terkini dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan yang dibawa kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, kedua-dua kerajaan kini membawa perubahan dari segi teknologi dan pembangunan kepada ekonomi berasaskan teknologi baharu. “Suka atau tidak, kita harus mengubah cara pemikiran kita kerana dunia sentiasa berkembang maju. "Sekarang di seluruh dunia orang bercakap tentang teknologi kecerdasan buatan. Jadi kita perlu dan harus mengikuti perkembangan ini,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Pra Krismas 2024 di Uma Daro Liling Padong pada Sabtu. Tambahnya, terdapat tiga perkara yang diberi perhatian oleh Kementerian Digital iaitu kerajaan digital, ekonomi digital dan masyarakat digital. Oleh itu ujarnya, beliau diberi tanggungjawab untuk turun ke kawasan luar bandar, khasnya di rumah panjang untuk menerang dan memberi kesedaran kepada masyarakat. Dalam majlis sama, Ahli Parlimen Hulu Rajang mengumumkan peruntukan untuk membina rumah Biro Wanita Uma Daro berjumlah RM200,000 melalui peruntukan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP). Selain itu, turut diumumkan peruntukan kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Uma Daro berjumlah RM20,000, Kaum Ibu Gereja BEM berjumlah RM8,000, Biro Belia dan Multimedia berjumlah RM5,000, Tadika Kemas Uma Daro berjumlah RM5,000 dan PKS Cawangan Sungai Asap berjumlah RM15,000. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sambutan Hari Belia Iktiraf, Perkasa Belia Di Sarawak |
MUKAH: Penganjuran Hari Belia Sarawak bertujuan mengiktiraf dan memperkasakan belia di negeri ini, selain menyediakan platform untuk anak muda mempamerkan bakat, menyertai aktiviti sukan, rekreasi dan usahawan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, “Hari Belia Sarawak adalah untuk meraikan semangat muda dan pemimpin masa depan Sarawak. Program ini juga telah dirangka untuk menginspirasi perubahan positif dalam komuniti di sekitarnya.” Beliau berkata demikian semasa hadir ke Mesyuarat Persiapan Akhir Hari Belia Sarawak 2024 (HBS2024) yang dipengerusikan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Morshidi Fredrick di Pusat Pentadbiran Baru, Mukah baru-baru ini. Hari Belia Sarawak 2024 akan bermula pada 4 - 8 Desember ini bertempat di Kingwood Resort Mukah. Menurut Royston, Mukah dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Belia Sarawak pada tahun ini dan belia-belia di Mukah pastinya beruntung mendapat pengalaman yang berharga bersama-sama untuk menyertai dan menganjurkan program tersebut. “Marilah adik-adik belia kita sama-sama meriahkan lagi program-program menarik yang akan dianjurkan, timba ilmu dan pengalaman dari pelbagai program yang telah dirancang, ini akan memberi pendedahan kepada kita semua, dan serlahkan potensi diri anda. “Kitalah yang akan menjadi pemimpin kelak, yang mencorakkan masa depan Sarawak dan Malaysia suatu masa nanti,” tambah beliau. Katanya, penganjuran HBS pada setiap tahun juga bertujuan untuk memberi semangat dan meningkatkan kesedaran kepada golongan belia bahawa kerajaan sentiasa memberikan perhatian dan peka kepada perkembangan semasa golongan belia masa kini, termasuk dalam meningkat usaha kemajuan negara dan dunia setelah dilanda pandemik COVID-19 melalui pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dijangka hadir untuk merasmikan Hari Belia Sarawak pada 7 Disember ini di Kingwood Resort, Mukah. - EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Ujian Pentaksiran Standard Dikena Berati Tikas Pemandai Nembiak Sarawak |
KUCHING: Ujian Pentaksiran Standard deka diatur Perintah Sarawak dikena berati tikas pemandai nembiak sekula di nengeri tu. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg madah, inisiatif nya ditengkebang ngambi ke nembiak ti kurang pemandai deka disaup nitihka pematut. "Nya alai, pekara pelajar kitai Sarawak ngena chara bukai taja kitai bebayar (ngatur peresa nya) ketegal kitai bekerejasama enggau Universiti Cambridge. "Tang Sarawak nadai penanggul mayar laban kitai ngira pengidup dudi hari anak Sarawak lebih agi bekaul ekonomi baru," ku iya madah. Iya bejaku munyi nya maya Pengerami Nutup Aum Besai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pampang Gedong ditu, Hari Minggu. Bela datai maya nya Sapit Menteri Infrastruktur enggau Pemansang Penyangkai Kapal Sarawak Datuk Ir Aidel Lariwoo, Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, Kaban Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee enggau Penyanding Penemu Opis Menteri Dagang Antarabansa, Industri enggau Pemeranak Puku Sarawak Dato Sri Naroden Majais. Iya mega madah, Perintah Sarawak nadai penanggul nitihka atur tikas pelajar menua tu tang peresa ungkup nembiak sekula meseti dipejalai dikena berati tikas pelajar bala nembiak. Empai lama tu tadi, Menteri Pelajar, Inovasyen enggau Pemansang Penau Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn madahka Ujian Pentaksiran Standard deka berengkah diatur ari taun 2025 ungkup nembiak Primeri 6 lalu Pom Tiga deka berengkah ari taun 2028. Dato Sri Roland mega madahka peresa nya semina ungkup tiga subjek aja iya nya Matematik, Sains enggau Jaku English.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Pengeransing Perintah Sarawak Ngetan Hak Menua Patut Disukung Rayat |
SERIAN: Pengeransing Perintah Sarawak pegai Premier sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg ngetanka hak menua tu begunaka sukung ari peranak Sarawak. Sapit Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Unggah Embas madah, ba tuju nya, raban Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ngembuan tanggung pengawa ti chukup besai ngulihka sukung ari rayat Sarawak. “Tiap iku peranak menua Sarawak dipinta enda kakang ati meri sukung ngagai Datuk Patinggi Abang Zohari ba pengawa iya ngetanka hak kitai baka ti udah dibantaika iya maya aum Kunsil Nengeri (DUN) empai lama ti bekaul enggau hak menua Sarawak. “Asil menua nyengkaum asil ari atas tanah Sarawak asal iya nya tanah Crown nengah Sekyen Tanah 1958, diempu Perintah Sarawak sepengudah Malaysia ditumbuhka kena Hari Malaysia ba taun 1963" ku iya. Iya madah munyi nya maya bejaku ba aum PBB Pampang Balai Ringin ba Palan Konvensyen Serian (SCC) ditu, Hari Minggu. Ku Datuk Amar Douglas Uggah, sukung ari rayat chukup beguna lebuh betatika isu ti balat dipetalat bekaul enggau hak Sarawak tajapan udah diterangka Premier Sarawak empu baka ke udah disempekat ari kelia. Berebak enggau nya, iya ngarapka tiap iti pampang PBB nyadika pekara tu maya konvensyen parti ti deka datai kena Febuari taun baru ila. "Kitai mesti mantaika sukung ari semua rayat ngagai Premier dikena nentuka hak nengeri kitai," ku iya nerang baru. Kelimpah ari nya, Datuk Amar Doulas Uggah ngelalau tiap iti pampang parti nya semampai mandangka juluk ati enggau pengeransing dikena nyungkakka pemisi enggau tikas idup rayat. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Usaha Kerajaan Sarawak Mempertahankan Hak Milik Wilayah Ini Perlukan Sokongan Seluruh Rakyatnya |
SERIAN: Usaha Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam mempertahankan hak milik wilayah ini memerlukan sokongan seluruh rakyatnya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan sokongan daripada rakyat Sarawak. “Setiap lapisan rakyat haruslah memberikan sokongan tanpa rasa ragu-ragu kepada Datuk Patinggi Abang Zohari dalam melindungi hak kita seperti mana yang dibentangkan beliau semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini mengenai hak mutlak Sarawak terhadap hasil buminya. “Dasar bumi dan lapisan atas tanah Sarawak, yang pada asalnya adalah tanah Crown di bawah Kanun Tanah 1958, menjadi milik Kerajaan Sarawak sebaik sahaja penubuhan Malaysia pada Hari Malaysia, 1963,” jelas beliau. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Mesyuarat PBB Cawangan Balai Ringin yang berlangsung di Pusat Konvensyen Serian (SCC) di sini pada Ahad. Jelas Datuk Amar Douglas Uggah, sokongan daripada rakyat amat penting memandangkan isu ini menjadi bualan hangat pada hari ini sehingga ada yang berani mempersoalkan hak Sarawak yang sudah jelas diterangkan oleh Premier Sarawak malah sudahpun termaktub dalam perjanjian-perjanjian penting sejak dari dulu. Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar cawangan-cawangan PBB menjadikan isu ini sebagai resolusi utama dalam konvensyen parti yang akan datang pada Febuari tahun hadapan. "Kita mesti menunjukkan kepada semua bahawa Premier kita mendapat sokongan yang jelas daripada seluruh rakyat Sarawak dalam melindungi hak negeri," jelasnya lagi. Sementara itu, Datuk Amar Doulas Uggah juga menyeru agar cawangan-cawangan parti dapat merumuskan resolusi yang mencerminkan keperluan dan aspirasi sebenar mereka dalam usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat. -EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya1331133213331334133513361337133813391340SeterusnyaTerakhir |