MURUM: Ahli Dewan Undangan Negeri Murum, Kennedy Chukpai Ugon, telah merasmikan Kelimpun Biu’ Leto Lepo Badeng Koyan 2024 di Dewan Lepo Badeng BRS Sg. Koyan pada Sabtu.
Program yang diadakan untuk memperkukuh persatuan wanita Uma Badeng itu bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan, menghargai peranan wanita dalam komuniti, dan memberi pendedahan kepada generasi muda tentang sumbangan penting wanita dalam pembangunan masyarakat.
Acara ini juga bertujuan melestarikan kebudayaan serta masakan tradisi masyarakat setempat.
Pada sebelah malamnya, Kennedy Chukpai turut menghadiri Majlis Gala Night dan Pre-Christmas di SK Bukit Balai, sebuah sekolah luar bandar yang berjaya melahirkan anak didik cemerlang meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan kekurangan.
Majlis tersebut turut meraikan kejayaan dan dedikasi warga sekolah yang telah membuktikan bahawa semangat dan usaha keras mampu menghasilkan kejayaan.-EDISI UKAS