Meradong RC Powerboat (GP) River Challenge 2024 Tarik 40 Pasukan

Disiarkan pada 01 Dec 2024
Sumber Berita: UKAS


MERADONG: Sebanyak 40 pasukan menyertai Meradong RC Powerboat (GP) River Challenge 2024, yang julung kali diadakan sempena Pesta Meradong 2024.

Pertandingan ini berlangsung selama dua hari, 30 November hingga 1 Disember, dengan 217 penyertaan, termasuk peserta dari Thailand.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, yang merasmikan acara tersebut dalam ucapannya berkata pertandingan ini berpotensi menjadi daya tarikan baru dalam sektor pelancongan di Daerah Meradong.

Beliau turut mendapat sokongan penuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, yang berharap acara ini akan diteruskan pada masa hadapan. -EDISI UKAS