Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Dato Sri Dr. Wan Lizozman Terajui SBA, Fokus Pulihkan Imej dan Perkasa Badminton Sarawak |
KUCHING: Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar dipilih sebagai Presiden baharu Persatuan Badminton Sarawak (SBA) selepas menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) SBA yang diadakan di sini, pada Jumaat. Dalam ucapan sulungnya, beliau yang juga Setiausaha Kewangan Sarawak merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan dan berikrar untuk menerajui SBA dengan ketelusan, kerendahan hati dan hala tuju strategik yang jelas. “Pelantikan ini adalah satu penghormatan besar dan tanggungjawab yang mendalam. “Saya menyeru agar semua ahli gabungan terus bersatu demi memperkasa SBA,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan SBA. Turut dipilih tanpa bertanding ialah Ting Wei Ping sebagai Timbalan Presiden SBA. Bagi memastikan kepimpinan SBA bersifat inklusif dan mewakili seluruh negeri, Dato Sri Dr. Wan Lizozman mengumumkan bahawa semua Presiden persatuan gabungan akan secara automatik dipilih sebagai Naib Presiden SBA. Langkah ini katanya, akan menjamin penyertaan menyeluruh dari pelbagai bahagian di Sarawak dalam proses pembuatan keputusan di peringkat tertinggi SBA. Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Abdul Aziz Husain, mantan Presiden SBA, atas kepimpinan cemerlang dan sumbangan berterusan dalam memperkukuh asas organisasi tersebut. Dalam barisan baharu kepimpinan, Dato Sri Dr. Wan Lizozman turut mengumumkan pelantikan Datuk Dr. Wan Khalik Wan Muhammad sebagai Setiausaha dan Jonathan Kho sebagai Bendahari. “Kedua-dua individu ini membawa pengalaman luas dan bakal memainkan peranan penting dalam menjayakan pelan strategik persatuan. “Pelantikan Datuk Dr. Wan Khalik juga memberi nilai tambah apabila beliau secara automatik akan menjadi ahli Majlis Tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mewakili Sarawak di peringkat nasional — satu langkah signifikan untuk memperkukuh suara negeri dalam dasar badminton negara,” jelasnya. Mengulas cabaran lalu termasuk penggantungan sementara SBA, Presiden baharu itu menegaskan keperluan mendesak untuk memulihkan imej dan kepercayaan masyarakat terhadap SBA. “Sudah tiba masanya untuk kita bangkit dan memulihkan keyakinan semua pihak — daripada atlet akar umbi hingga ke rakan strategik dan pemimpin negeri. Prinsip ketelusan, profesionalisme dan kemajuan akan menjadi teras pentadbiran SBA,” tegasnya. Menjelang temasya SUKMA 2026, Dato Sri Dr. Wan Lizozman menyatakan komitmennya untuk memastikan pasukan badminton Sarawak bersiap siaga dari segi latihan berprestasi tinggi, pembangunan atlet dan sokongan menyeluruh. Beliau turut menzahirkan rasa bangga atas kejayaan bersejarah Sarawak meraih pingat emas pertama dalam badminton SUKMA 2024 melalui pemain perseorangan wanita negeri itu, yang dianggap sebagai pembakar semangat untuk melonjakkan lagi pencapaian negeri di peringkat nasional. Sebagai langkah awal reformasi, beliau turut mengumumkan pembentukan beberapa jawatankuasa kerja utama merangkumi aspek pembangunan, teknikal, kejohanan dan komersial yang akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis SBA yang akan datang. Mesyuarat Agung SBA kali ini turut dihadiri oleh semua persatuan gabungan dari seluruh Sarawak, sekaligus menandakan permulaan era baharu yang lebih profesional, inklusif dan progresif dalam landskap sukan badminton negeri ini.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Projek Parit Konkrit Kampung Teh Oya Fasa 4 Siap Awal, Atasi Isu Saliran dan Banjir |
DALAT: Projek pembinaan parit konkrit di Kampung Teh, Oya Fasa 4 yang dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat telah berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual asal, memberi kelegaan kepada penduduk setempat. Dengan kos keseluruhan berjumlah RM200,000, projek ini kini siap sepenuhnya dan dijangka mampu menyelesaikan masalah saliran serta mengurangkan risiko banjir, sekali gus meningkatkan keselesaan dan keselamatan komuniti di kawasan tersebut. Penyerahan Tapak Projek Siap telah disempurnakan dalam satu majlis ringkas yang turut dihadiri wakil Pejabat Daerah Dalat, jurutera daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah, kontraktor pelaksana serta Wakil Pusat Khidmat DUN Dalat, Sait Seman. Menurut Sait, pihaknya menghargai komitmen dan kecekapan kontraktor yang berjaya menyiapkan projek ini lebih awal iaitu siap sepenuhnya pada 14 Mei 2025 daripada tarikh akhir asal, iaitu 20 Julai 2025, hampir dua bulan lebih awal. “Pusat Khidmat DUN Dalat amat berpuas hati dengan mutu kerja dan komitmen kontraktor yang berjaya menyiapkan projek lebih awal untuk manfaat rakyat,” katanya. Projek ini yang bermula pada Januari 2025 merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan kerajaan negeri untuk membangunkan infrastruktur luar bandar selaras dengan matlamat menyeimbangkan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Majlis Penangguhan Pesta Regatta Sejijak 2025 Siap Sedia Tarik Ribuan Pengunjung |
KUCHING: Persiapan bagi Majlis Penangguhan Pesta Regatta Sejijak 2025 yang bakal berlangsung pada 15 Jun ini kini berada di peringkat akhir, dengan tahap kesiapsiagaan mencecah 95 peratus. Majlis ini bakal disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan dijangka menarik ribuan pengunjung dari pelbagai daerah Sarawak. Majlis akan diadakan di Jeti Kampung Sejijak, menandakan penutupan rasmi pesta tahunan yang sinonim dengan semangat perpaduan dan warisan budaya masyarakat tempatan. Sepanjang minggu ini, pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, dan sukarelawan berganding bahu bagi memastikan kelancaran acara berprestij ini. Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Regatta Sejijak 2025 berkata, persiapan fizikal seperti pentas utama, tempat duduk tetamu kehormat dan kawasan sambutan kini hampir siap sepenuhnya. “Majlis penangguhan ini adalah lebih daripada sekadar acara penutup. Ia mencerminkan semangat kesukanan dan kerjasama masyarakat pelbagai kaum. “Kehadiran Premier Sarawak merupakan penghormatan besar kepada seluruh komuniti yang menjayakan pesta ini,” ujarnya. Antara atur cara yang dijadualkan termasuklah persembahan kebudayaan, penyampaian hadiah kepada para pemenang perlumbaan perahu, serta ucapan khas daripada Premier Sarawak. Pihak penganjur turut memberi jaminan aspek keselamatan berada pada tahap tertinggi dengan penglibatan pihak polis, RELA dan pasukan perubatan bagi memastikan kelancaran majlis dan keselamatan pengunjung. Pesta Regatta Sejijak 2025 yang berlangsung sejak awal Jun ini telah menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti perlumbaan perahu tradisional, pertandingan kebudayaan serta pameran hasil kraftangan, sekaligus memperkukuh identiti Kampung Sejijak sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis penangguhan yang dijadual bermula pada jam 9 pagi. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
SFC Perkasa Kesedaran Alam Sekitar Menerusi Bengkel Renjer Kehormat di Belawai |
BELAWAI: Seramai 48 peserta daripada enam buah kampung sekitar Belawai telah menyertai ‘Honorary Wildlife Ranger Workshop’ dan Program Kesedaran anjuran Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Belawai, pada Selasa. Program yang melibatkan penduduk dari Kampung Rajang, Kerubong, Selalang, Semalau, Jerijeh dan Belawai ini bertujuan memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan landskap paya bakau serta biodiversiti di kawasan Taman Negara Paya Bakau Rajang. Taman Negara Paya Bakau Rajang meliputi kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan kawasan paya bakau yang dilindungi di Sarawak. Penglibatan aktif masyarakat setempat dalam program sebegini amat penting dalam menjamin kelestarian ekosistem unik tersebut. Peserta bengkel didedahkan kepada pelbagai aspek berkaitan flora dan fauna tempatan, termasuk spesies terlindung serta potensi ekopelancongan seperti habitat ‘kelip-kelip’ yang semakin menarik perhatian pelawat dan pengkaji. SFC turut menyuarakan harapan agar program seumpama ini dapat diperluaskan ke kawasan lain bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, NGO, sektor swasta dan komuniti tempatan dalam usaha memelihara warisan alam untuk generasi masa depan.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Gunakan Peruntukan dengan Telus, Jangan Salahguna Kuasa – Dato’ Sri Tiong |
BINTULU: Pemimpin akar umbi seperti Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) diingatkan agar menguruskan peruntukan kerajaan dengan penuh integriti dan ketelusan supaya manfaat pembangunan dapat dirasai sepenuhnya oleh rakyat. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing menegaskan perkara itu semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pengerami Ngiling Bidai Gawai Dayak 2025 anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) yang berlangsung di sebuah hotel di sini pada Jumaat. Beliau menegur sikap segelintir Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta biro wanita yang masih gagal mengemukakan laporan projek, meskipun peruntukan telah disalurkan lebih dari setahun yang lalu. “Saya berharap agar pihak JKKK mahupun biro wanita menggunakan peruntukan dengan telus terutamanya bagi projek naik taraf rumah panjang. "Jangan salah guna jawatan KMKK ketika anda mempunyai kuasa kini,” tegas beliau. Menurutnya, penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pemegang jawatan bukan sahaja mencemarkan integriti kepimpinan, malah turut menjejaskan matlamat pembangunan serta kesejahteraan masyarakat setempat. Dalam majlis sama, Ahli Parlimen Bintulu itu turut menzahirkan kegembiraannya dapat bersama-sama meraikan sambutan Gawai Dayak bersama komuniti tempatan. Baginya, Gawai bukan sekadar pesta perayaan, tetapi lambang jati diri, warisan serta kekayaan budaya masyarakat Dayak yang mencerminkan keharmonian dalam kepelbagaian. “Inilah negara kita yang merayakan pelbagai perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak dan Krismas. Sama-samalah kita menghargai perayaan yang diraikan oleh pelbagai suku bangsa,” tambah beliau. Beliau turut menyeru agar semangat perpaduan dan saling menghormati terus diperkukuh, sejajar dengan usaha memelihara keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pembuangan Sampah Tidak Bertanggungjawab Masih Berleluasa Di Bintulu |
BINTULU: Isu pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab terus menjadi kebimbangan apabila sisa buangan masih ditemui di kawasan Pantai Ria meskipun program pembersihan telah dijalankan. Perkara itu disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming ketika dalam sidang media selepas Program Gotong Royong Perdana di Pantai Ria di sini pada Sabtu Jelasnya, Pantai Ria bukan sekadar lokasi rekreasi, tetapi lambang milik bersama yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab “Saya tidak puas hati dengan pembuangan sampah yang berlaku ini. Sampah ini dibuang oleh manusia. Maka manusia juga perlu bertanggungjawab membersihkannya,” tegas beliau. Johnny menyeru masyarakat agar tidak hanya bergantung kepada pihak berkuasa tempatan untuk menjaga kebersihan, sebaliknya membudayakan sikap prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Program gotong-royong ini turut merangkumi sesi latihan asas pengurusan sisa serta pendedahan tentang penjagaan kawasan pantai yang dikenalpasti sebagai kawasan sensitif. Beliau juga menyentuh pentingnya sinergi antara agensi kerajaan dan masyarakat dalam menjayakan sebarang inisiatif kebersihan. Kata Johnny Pang, selepas kepimpinan baharu di bawah Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA), kerjasama pelbagai pihak dapat dipertingkat dan perlu terus diperkuatkan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan bersama. Lebih 300 peserta dari pelbagai agensi, institusi dan komuniti tempatan menyertai Program Gotong-Royong Perdana di Pantai Ria, Tanjung Batu hari ini, dalam usaha bersama membersihkan kawasan pantai serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar dengan makanan ditaja oleh GoldenBay Hotel dan Samsung E&A. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Program MyLesen Buka Peluang Cerah Buat Belia B40 |
BINTULU: Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) bukan sahaja membuka ruang kepada kemahiran pemanduan sah, tetapi turut membuka jalan ke arah masa depan yang lebih cerah bagi golongan berpendapatan rendah (B40), khususnya belia dan pencari kerja. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee berkata, seramai 671 peserta dari kawasan DUN Jepak berjaya memperoleh lesen motosikal kelas B2 sejak program ini mula dilaksanakan awal tahun 2024. “Saya amat yakin, jika program sebegini diteruskan dan diperluas, lebih ramai anak muda berpendapatan rendah akan dapat memulakan langkah kehidupan yang lebih selamat, sah dan berdisiplin di atas jalan raya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam semasa menyempurnakan Majlis Penutupan Program MyLesen di Dewan Suarah Bintulu pada Jumaat. Beliau turut menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) Sarawak, JPJ Bintulu, Akademi Memandu Bintulu Sdn. Bhd., dan Pusat Khidmat DUN Jepak atas pelaksanaan program yang tersusun dan menyeluruh. Beliau turut menekankan aspek keselamatan jalan raya, merujuk kepada nasihat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang menasihatkan agar rakyat tidak menggunakan jalan raya sebagai litar perlumbaan. Beliau menyeru semua peserta untuk mengamalkan pemanduan berhemah, mematuhi peraturan lalu lintas, dan menjadikan keselamatan sebagai keutamaan. “Kecederaan, kecacatan kekal, kehilangan nyawa, semua ini menimpa mereka yang kita kenal dan sayang,” tegas beliau. Sementara itu, Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jeli turut menyuarakan kebimbangan terhadap statistik kemalangan maut yang mencatatkan purata 6,000 kematian setahun di Malaysia, khususnya melibatkan motosikal. Malah, kadar kemalangan maut meningkat 1.5 peratus tahun ini meskipun jumlah kemalangan keseluruhan menunjukkan penurunan. "Sebagai langkah tegas, JPJ akan terus memperketatkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mempergiat kempen kesedaran melalui pendekatan komuniti dan pendidikan awam," ujarnya. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
1,500 Anak Pokok Ditanam Sempena Hari Hutan Antarabangsa 2025 |
BINTULU: Sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa Tahun 2025, sebanyak 1,500 anak pokok pelbagai spesies asli berjaya ditanam dalam Program Penanaman Pokok yang berlangsung di Stesen Penimbang, Daiken Sarawak Sdn Bhd pada Sabtu. Program yang merupakan sebahagian daripada inisiatif 'Greening Sarawak Campaign' itu telah dianjurkan oleh Pejabat Hutan Wilayah Bintulu dengan kerjasama Daiken Sarawak Sdn. Bhd., dan disertai seramai 165 peserta dari pelbagai latar belakang. Majlis disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad, bersama Pengarah Pengurusan Daiken Sarawak Sdn Bhd Yasushi Sugio. Dalam ucapan, Datu Hamden berkata, inisiatif ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan litupan hijau dan kualiti alam sekitar, malah turut memperkukuh kerjasama strategik antara sektor kerajaan, swasta dan komuniti tempatan dalam usaha pemuliharaan landskap hutan di Sarawak. "Program seumpama ini dijangka akan diteruskan secara berperingkat sebagai langkah jangka panjang dalam menangani isu perubahan iklim dan memastikan warisan hutan negeri ini terus terpelihara untuk generasi akan datang," katanya. Antara yang terlibat dalam program ini termasuk 117 kakitangan Jabatan Hutan Sarawak, 18 wakil komuniti dari kawasan sekitar Lesen LPF0003 dan 30 kakitangan Daiken Sarawak Sdn Bhd. Sebanyak 1,500 anak pokok pelbagai spesies asli telah berjaya ditanam sepanjang program ini, merangkumi 500 anak pokok Bintangor Batang Putih, 400 anak pokok Luis Kerengas, 300 anak pokok Nyatoh Babi Daun Kecil dan 300 anak pokok Meranti Sarang Punai. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
ArtPop Platform Satukan Artis, Usahawan dan Komuniti |
KUCHING: Penganjuran ArtPop 2025 oleh SEN’s Modern Art Museum disifatkan sebagai sebuah inisiatif berimpak tinggi yang menyatukan golongan artis, usahawan dan komuniti dalam landskap pembangunan negeri yang inklusif dan progresif. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian berkata, acara seumpama ini bukan sekadar pameran seni, tetapi merupakan platform dinamik yang mendekatkan pelbagai lapisan masyarakat melalui pendekatan kreatif dan kontemporari, seiring kemajuan Sarawak sebagai sebuah negeri moden dan berpandangan jauh. “Ini bukan hanya acara ‘pop-up art’. Ia adalah simbol pembangunan komuniti yang berteraskan seni, budaya dan keusahawanan yang penting dalam pembinaan negeri kita,” katanya ketika merasmikan pembukaan ArtPop di Concourse Area, Tropics City di sini, pada Sabtu. Datuk Amar Profesor Dr. Sim menambah, penganjuran ArtPop menjadi bukti bahawa pembangunan negeri bukan hanya tertumpu kepada aspek fizikal atau ekonomi, malah turut memberi ruang kepada ekspresi kreatif dan semangat kebersamaan rakyat. “Saya difahamkan selain artis dan usahawan, ada juga pelbagai aktiviti lain seperti pertunjukan haiwan peliharaan, pameran supercar, bengkel kreatif, pasar komuniti dan persembahan budaya. “Acara ini bukan sahaja meriah, malah mencerminkan jiwa bandar moden yang kita bentuk bersama — meriah dengan seni, budaya dan interaksi komuniti,” ujarnya lagi. Tambah beliau, Sarawak masa kini jauh berbeza daripada apa yang digambarkan satu dekad lalu, dan ArtPop menjadi antara simbol perubahan tersebut — negeri ini kini dikenali sebagai wilayah yang kreatif, inklusif dan menyokong semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang. “Sarawak 2025 bukan lagi Sarawak 2015. Dulu ada yang menyangka kita hanya tinggal di rumah atas pokok. Hari ini, kita ada muzium moden, seni kontemporari dan komuniti kreatif yang berkembang pesat. “Kejayaan ini bukan milik individu semata-mata, tetapi hasil usaha kolektif rakyat Sarawak yang memainkan peranan masing-masing dengan cemerlang,” tegas beliau. ArtPop berlangsung selama empat hari, menampilkan lebih 50 penyertaan merangkumi artis baharu, pembuat kraftangan tempatan, usahawan kreatif dan vendor makanan jalanan Sarawak yang menawarkan pelbagai sajian autentik dan produk inovatif. Platform ini dikendalikan sepenuhnya oleh SEN’s Modern Art Museum, dan disifatkan sebagai ‘permainan kreatif’ yang menyatukan bakat tempatan dengan khalayak secara santai, meriah dan mendidik. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang, Ketua Pegawai Eksekutif SEN’s Modern Art Museum dan CEO ArtPop 2025, Nana Jap Li Ping, Ketua Pegawai Operasi Dexton Sim Eng Hee, Ketua Pegawai Kewangan Wendy Wong Jean Wen, serta Pengasas Monsuta Bites, Enes Tan Siew Fei.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Dato Mohd Chee Raikan Gawai Bersama Komuniti Iban Di Kabong |
KABONG: Majlis Sambutan Hari Gawai Dayak Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong berlangsung meriah di Dewan LAKIN, Nyabor pada Sabtu, menghimpunkan lebih 500 penduduk tempatan bagi meraikan semangat perpaduan dan warisan budaya masyarakat Iban. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, hadir menyempurnakan majlis berkenaan yang dianjurkan oleh Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan DUN Kabong dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kabong. Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan Eyqa Saiful, di samping pelbagai juadah tradisional yang disediakan oleh komuniti setempat. Kemuncak acara adalah Upacara ‘Ngetas Ranyai’, iaitu simbolik memotong buah dan hiasan dari pokok ranyai, yang telah disempurnakan oleh Dato Mohd Chee. Tradisi ini menjadi lambang kemakmuran, perpaduan dan semangat gotong-royong masyarakat Iban sempena sambutan Gawai. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kabong, Tahir Sharee, dan Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban, Steave Miller Nuas.-EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious1251125212531254125512561257125812591260NextLast |