Mesyuarat Berhubung dengan Rayuan Permohonan Pertapakan Bagi Membina Gereja BEM Bandar Bintulu (Bahasa Kayan) ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Buckland Anak Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran)
05 Mei 2025 (Isnin)
Mesyuarat Berhubung dengan Rayuan Permohonan Pertapakan Bagi Membina Gereja BEM Bandar Bintulu (Bahasa Kayan) ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Buckland Anak Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran).
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan cara bagi membantu pihak Gereja BEM Bandar Bintulu (Bahasa Kayan) ini dalam urusan permohonan pertapakan mereka bagi membina gereja Baharu mereka.
Turut hadir bersama semasa mesyuarat ini ialah YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain, Reverend Bina Agong, President BEM Sarawak, dan Barisan pemimpin BEM Bandar Bintulu (Bahasa Kayan), Encik Sylvester Ogang, wakil daripada Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Encik Thaddeus Anak Udek, wakil daripada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Encik Mohammad Sedek wakil daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu.