Service Sarawak Sri Aman - Sesi Taklimat bersama Majlis Daerah Sri Aman
30/10/2024, Sri Aman - Pusat Service Sarawak Sri Aman telah menganjurkan sesi taklimat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Sri Aman (MDSA), yang dihadiri oleh 20 anggota kakitangan. Taklimat ini dipimpin oleh Pemangku Setiausaha MDSA, Encik Hiu Kee Sing, dan bertujuan untuk memberikan maklumat terkini mengenai aplikasi digital dan perkhidmatan kerajaan negeri Sarawak.
Pegawai-pegawai yang terlibat adalah Encik Andreas Jok Epoi dan Puan Martina Shalyn anak Perit. Sesi bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 tengahari dan diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada Encik Hiu Kee Sing serta sesi bergambar bersama. Semoga taklimat ini dapat memperkukuh kefahaman warga kerja MDSA dalam memanfaatkan perkhidmatan digital kerajaan negeri untuk kebaikan komuniti Sri Aman! ✨