News

 

Astro Awani - Sarawak tubuh dua unit baharu selaras dengan agenda pendigitalan sektor awam negeri

Posted on 19 Jun 2024
Source of News: Berita Awani


Bernama

KUCHING: Sarawak menubuhkan Unit Transformasi dan Inovasi serta Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam, sebagai dua unit baharu dalam perkhidmatan awam negeri itu, selari dengan agenda kerajaan negeri memperkenalkan pendigitalan dalam sektor awamnya.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata semua anggota perkhidmatan awam Sarawak, harus cakna dengan perkembangan teknologi dan mengikuti perubahan trend dunia, agar dapat kekal memberikan mutu perkhidmatan di tahap yang terbaik merentasi masa dan perubahan

Petikan Berita: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sarawak-tubuh-dua-unit-baharu-selaras-dengan-agenda-pendigitalan-sektor-awam-negeri-424526