Sesi Muat Naik Set Data Terbuka Bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Unit Perancang Ekonomi Sarawak
Disiarkan pada 26 Aug 2026
Sumber Berita: SCSDU

3 Ogos 2026 – Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam (SCSDU), Jabatan Premier Sarawak telah menganjurkan Sesi Muat Naik Set Data Terbuka bagi Penerbitan Facts & Figures 2025 di 56 Hotel Kuching.
Sesi secara hands-on ini melibatkan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) dan Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU), dengan sebanyak 121 set data berjaya dimuat naik ke Sarawak Open Data Portal (SODP), terdiri daripada 88 set data MUT dan 33 set data EPU.
Sesi ini turut memberi penekanan kepada penyediaan maklumat set data serta proses semakan dan pengesahan sebelum diterbitkan, selaras dengan usaha memperkukuh pengurusan dan perkongsian data terbuka di Sarawak.