PIAGAM PELANGGAN


  1. Memproses dan mengeluarkan Pesanan Barangan/Perkhidmatan (T301) selepas menerima Borang Permohonan Pesanan Barangan/Perkhidmatan yang lengkap dan betul dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  2. Memproses dan mengemukakan baucar bayaran ke Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak bagi perkhidmatan/bekalan dan tuntutan pegawai selepas menerima dokumen sokongan yang lengkap dan betul dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  3. Memproses dan menyediakan input gaji (T.156A) berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak selepas menerima dokumen sokongan yang lengkap dan betul. (Sebelum tarikh akhir yang ditetapkan).
  4. Melulus dan memproses permohonan barangan stor 1-JPS dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  5. Lesen Pungutan Awam dikeluarkan kepada Pejabat Residen Bahagian setelah menerima pembayaran daripada pemohon yang telah diluluskan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  6. Menyampaikan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Senapang Patah (JPSP) kepada Pejabat Residen yang berkenaan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
  7. Mengesahkan kelayakan (Applicant’s Eligibility)/permohonan yang lengkap bagi Permohonan Pengiktirafan sebagai Bumiputera Sarawak melalui Sarawak Native Recognition Application System (SARAS) dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  8. Memproses permohonan kebenaran memandu kenderaan rasmi Kerajaan selepas menerima borang dan dokumen sokongan yang lengkap dan betul dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  9. Memproses permohonan penyelenggaraan kerosakan di Wisma Bapa Malaysia dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  10. Memproses permohonan panel hotel dan agensi pelancongan bersama dokumen yang lengkap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  11. Memberi maklum balas terhadap aduan melalui sistem talikhidmat dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  12. Memberi maklum balas terhadap aduan berkaitan ICT dalam tempoh tiga (3) hari bekerja untuk tindakan pihak pembekal.