Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Rakam Takziah Atas Pemergian Sembilan Anggota FRU

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita kepada keluarga sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Perak, pagi Selasa. “Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan syuhada,” kata Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dalam satu kenyataan pada Selasa. “Saya dan Toh Puan merakamkan salam takziah serta simpati kepada seluruh ahli keluarga mangsa. "Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian berat ini serta dipermudahkan segala urusan yang mendatang,” tambah beliau. Bagi mangsa yang mengalami kecederaan, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan Toh Puan turut mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan segera dan dapat kembali menjalankan tugas demi negara. Dalam masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat dan pihak berkuasa atas tindakan pantas serta komitmen mereka dalam menguruskan insiden berkenaan. “Adalah penting untuk aspek keselamatan terus diberi keutamaan dalam setiap tugasan anggota keselamatan pada masa akan datang. "Pihak berkuasa juga disaran agar menjalankan siasatan terperinci dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan sewajarnya bagi mengelakkan tragedi seumpama ini daripada berulang,” ujar beliau.-EDISI UKAS

Lihat

news

66 Peratus PKS Di Sarawak Udah Berengkah Ngemeran Prinsip ESG

KUCHING: Bisi 66 peratus orang dagang mit enggau jelan pemesai (PKS) di Sarawak udah berengkah ngemeran prinsip Rampa Menua, Rama enggau Atur (ESG) ba pengawa dagang sida. Nitih ke penerang media Alliance Bank Malaysia Berhad sehari tu, ripot 'Navigating ESG in Sarawak: Insights From SMEs' udah dilanchar Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serimbai Forum Ekonomi Hidrogen (H2EF) ditu, Hari Dua. Datuk Patinggi Abang Zohari ba pemuka jaku ripot nya madah ESG siti komponen besai ba pelin pemansang meruan nengeri tu, seriris enggau Pelin Pemansang Udah COVID-19 2030 (PCDS 2030). Kelimpah ari nya, Tuai Pegawai Eksekutif Alliance Bank Group, Kellee Kam madah, ripot tu tampak mandang pemar ke ditapi PKS, nyengkaum bekaul penatai, penyaru senentang bemacham langkar pengawa ESG sereta isu senentang akses bebayar. Alliance Bank ngarap ripot tu ulih nyadi lalau ti beguna ngagai PKS ba tuju ngenegap pengulih besemekih, nempa kapasiti sereta matak meranak puku nengah ulah dagang ti meruan.-EDISI UKAS

Lihat

news

MoU Sarawak Petchem–HighChem, Perkukuh Peralihan kepada Industri Hijau

KUCHING: Kerajaan Sarawak dengan bangganya mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara entiti milik kerajaan, Sarawak Petchem Sdn. Bhd dan HighChem Co., Ltd. (HighChem), sebuah syarikat pengeluar dan perdagangan kimia bertaraf global yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun. MoU tersebut dimeterai pada 9 Mei 2025, manakala majlis pertukaran dokumen berlangsung hari ini sempena Forum Ekonomi Hidrogen yang disaksikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Perjanjian ini menandakan satu langkah penting dalam merealisasikan visi strategik Sarawak ke arah pembangunan industri hiliran serta komitmennya yang berterusan terhadap kelestarian alam sekitar. Menyedari kelebihan Sarawak yang kaya dengan sumber gas asli serta kapasiti jana kuasa hidro sebanyak 3.5 GW, Kerajaan Sarawak telah merangka peta hala tuju gas untuk menarik pelaburan global dalam sektor industri hiliran yang bernilai tambah. Langkah proaktif ini menjadikan Sarawak destinasi utama bagi syarikat-syarikat inovatif yang ingin memanfaatkan sumber tenaga ini secara bertanggungjawab. Kerjasama strategik bersama HighChem adalah sejajar dengan aspirasi Sarawak untuk memperkukuh pertumbuhan ekonominya secara mampan. Teknologi SEG® yang dibangunkan oleh HighChem, yang membolehkan pengeluaran etilena glikol daripada gas sintesis, telah dikenal pasti sebagai pemacu utama dalam menyokong matlamat kelestarian negeri. Usaha sama ini akan merangkumi pembangunan dan pembinaan sebuah loji berteknologi tinggi di Kompleks Perindustrian Petrokimia Bintulu. Keistimewaan projek ini terletak pada pelan jangka panjangnya. Walaupun pada peringkat awal loji akan menggunakan gas sintesis berasaskan gas asli, ia direka bentuk untuk beralih kepada penggunaan hidrogen hijau yang dihasilkan melalui tenaga hidro boleh diperbaharui Sarawak serta karbon dioksida yang diperoleh daripada biojisim. Pendekatan berpandangan jauh ini akan membolehkan pengeluaran “etilena glikol hijau”, iaitu bahan mentah penting bagi penghasilan poliester, sekali gus mengurangkan jejak karbon dalam industri berkenaan. Kerajaan Sarawak komited untuk memanfaatkan sumber asli negeri ini secara mampan demi menjamin kemakmuran ekonomi jangka panjang tanpa menjejaskan alam sekitar untuk generasi akan datang. Peta hala tuju gas strategik serta pelaburan aktif dalam tenaga boleh diperbaharui telah meletakkan asas kukuh untuk kerjasama seperti ini bersama HighChem. Kerajaan negeri mengiktiraf keunikan teknologi SEG® mereka serta komitmen terhadap pembangunan penyelesaian kimia hijau yang sejajar dengan visi Sarawak ke arah pertumbuhan industri mampan. Kerjasama ini bukan sahaja bakal mewujudkan peluang ekonomi, malah akan mengangkat Sarawak sebagai peneraju dalam pengeluaran kimia hijau. Kerjasama ini juga menyokong usaha berterusan Sarawak dalam bidang penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), pengeluaran hidrogen hijau serta penjanaan tenaga daripada biojisim. Menerusi penerapan teknologi inovatif dan jalinan kerjasama bersama syarikat terkemuka seperti HighChem, Sarawak terus mempercepatkan langkahnya ke arah masa depan yang lestari dan makmur.-EDISI UKAS

Lihat

news

Lawas Bakal Jadi Hab Keju Susu Kerbau Terbesar Negara, Lonjakan Baru Industri Tenusu Malaysia

LAWAS: Lawas kini berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai hab pengeluaran keju berasaskan susu kerbau terbesar di Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu dalam industri tenusu negara. Keyakinan ini disuarakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail semasa lawatan kerja beliau ke Stesen Kerbau Maragang di sini, pada Selasa. Menurutnya, projek pembangunan stesen ini yang kini memasuki fasa akhir, merupakan pemacu utama transformasi sektor tenusu di wilayah utara Sarawak. Ujar beliau, dengan siapnya infrastruktur seperti stesen feedlot, kilang keju, kuarters pekerja dan gudang simpanan, Lawas bersedia untuk memulakan operasi berskala penuh dalam masa terdekat. “Projek ini bukan sahaja menyokong agenda sekuriti makanan negeri, malah mempunyai potensi besar menjadikan Lawas sebagai pusat pengeluaran keju susu kerbau utama di negara ini, bahkan mungkin di peringkat rantau,” katanya. Tambah beliau, faktor seperti kesesuaian iklim, sokongan kerajaan Sarawak dan Persekutuan, serta kerjasama erat antara agensi teknikal dan pemain industri memberi kelebihan strategik kepada Lawas untuk muncul sebagai pengeluar utama produk tenusu ‘niche’ yang bernilai tinggi di pasaran. Katanya, salah satu komponen kritikal yang sedang disiapkan ialah penyambungan bekalan elektrik ke kilang keju yang dijangka selesai menjelang Jun ini sekaligus menjadi penentu kepada pelancaran operasi sepenuhnya. Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong; wakil-wakil dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Agrobank dan syarikat pelaksana projek, Maragang GreenValley Dairy Sdn. Bhd. Inisiatif ini bukan sahaja berimpak tinggi dari segi ekonomi, malah dijangka mewujudkan peluang pekerjaan baharu, merangsang aktiviti hiliran, serta menarik pelaburan dalam bidang pemprosesan makanan dan agropelancongan di kawasan pedalaman. -EDISI UKAS

Lihat

news

Pasar Terabai Kapit Dirasmikan, Tingkat Sosioekonomi Masyarakat

KAPIT: Sebuah lagi inisiatif pembangunan luar bandar menjadi kenyataan apabila Pasar Terabai Kapit telah dirasmikan pada Isnin. Pasar tersebut dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam satu majlis yang berlangsung meriah dan teratur. Dalam ucapan perasmiannya, Dato Sri Alexander menegaskan bahawa pembinaan Pasar Terabai bukan sekadar menambah infrastruktur bandar, malah mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh ekonomi rakyat luar bandar. “Pasar ini adalah nadi ekonomi setempat yang menyediakan ruang niaga yang selesa dan selamat, sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat,” ujarnya. Jelasnya, pasar ini dibina khas untuk menggantikan peniaga-peniaga tepi jalan, dengan menyediakan ruang berniaga mengikut kategori peniaga tetap dan harian. Beliau turut memuji inisiatif Majlis Daerah Kapit dalam menyusun semula kawasan bandar demi keselesaan dan kebersihan persekitaran. Sebagai Menteri Persekutuan, beliau turut menyatakan sokongan terhadap peniaga kecil melalui pelbagai program kerajaan seperti skim pinjaman mikro, latihan keusahawanan dan sokongan teknikal agar mereka mampu berdaya saing. Sehubungan itu, beliau menyeru para peniaga supaya menjaga kebersihan, mematuhi peraturan serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan. Upacara simbolik perasmian turut diadakan dengan penandatanganan plak dan pemotongan riben, diikuti lawatan ke sekitar pasar dan sesi ramah mesra bersama para peniaga. Para peniaga menyambut baik kemudahan baharu ini yang menurut mereka lebih tersusun, bersih dan kondusif untuk menjalankan perniagaan. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Wilson Nyabong Ijang; ADUN Baleh, Nicholas Kudi; Pengerusi Majlis Daerah Kapit, Ir. Andy Lawrence; Residen Bahagian Kapit, Elvis Didit serta pemimpin tempatan dan komuniti setempat.-EDISI UKAS

Lihat

news

Kerajaan Sarawak Utamakan Kebajikan Rakyat

BINTANGOR: Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak sentiasa memberi keutamaan terhadap pembangunan asas dan kebajikan rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. Menurut beliau, pelbagai inisiatif dan bantuan telah disalurkan oleh kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat, termasuk Kenyalang Gold Card dan bantuan perubatan untuk warga emas, pendidikan percuma untuk pelajar universiti bermula tahun 2026, serta insentif kelahiran bayi dan ibu bersalin. Beliau berkata demikian semasa menyertai Program Lawatan Pra Gawai anjuran Pusat Khidmat DUN Meradong yang memasuki hari ke-16 dengan kunjungan ke beberapa rumah panjang di kawasan Sungai Lelabi, di sini semalam. Dalam sesi lawatan tersebut, Datuk Ding berkesempatan beramah mesra dengan penduduk rumah panjang dan mendengar pelbagai permohonan yang dikemukakan oleh para tuai rumah. Antara isu yang dibangkitkan ialah permohonan bantuan bulanan am daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), khususnya bagi membantu golongan ibu tunggal. Selain itu, sumbangan SKAS turut disalurkan kepada kategori keluarga dan bujang yang memerlukan di kawasan berkenaan. Datuk Ding dalam ucapannya turut menyeru agar penduduk rumah panjang terus memelihara keharmonian dan perpaduan yang menjadi asas kekuatan masyarakat majmuk di Sarawak. Tambah beliau, sambutan perayaan Gawai Dayak setiap tahun merupakan lambang perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.– EDISI UKAS

Lihat

news

Swinburne Sarawak Academic Meets HRH Princess Anne At Windsor Castle To Champion Leadership Beyond Borders

KUCHING: Head of the Department of Executive and Entrepreneurship at Swinburne University of Technology Sarawak Campus’ School of Business, Dr. Gabriel Wee Wei En was recently invited to join a distinguished group of global leaders at the Commonwealth Study Conference (CSC) Presidential Council Appreciation Dinner held on 15 April 2025 at the historic Windsor Castle. The exclusive event, hosted by Her Royal Highness (HRH) The Princess Royal, Princess Anne, marked a celebration of global leadership, trust, and collaboration across Commonwealth Nations. Held within the grand walls of Windsor Castle, one of the oldest and largest inhabited castles in the world, the evening brought together delegates, alumni, and changemakers committed to advancing the legacy of the Commonwealth Study Conference, a programme founded in 1956 by The Duke of Edinburgh, His Royal Highness Prince Philip. “Meeting HRH Princess Anne was a deeply humbling experience. Her deep understanding of global affairs and dedication to public service is truly inspiring. “It was an honour to share Sarawak’s contribution to regional leadership and innovation with fellow Commonwealth leaders,” Dr. Gabriel said in a statement released on Wednesday. HRH Princess Anne is involved with more than 300 charities, organisations, and military regiments in the United Kingdom and worldwide. The dinner was held in the Waterloo Chamber, renowned for its rich décor and historical portraits commissioned by King George IV. Among the guests was Secretary-General Elect of the Commonwealth, Shirley Ayorkor Botchwey. The next morning, Dr. Gabriel chaired a session during the CSC Leadership Pop-Up ‘Leadership Across Borders – The Power of Trust & Collaboration’ at the Castle Hotel in Windsor. Organised by the Commonwealth Association of Leadership Malaysia and supported by CSC UK and CSC Global, the forum gathered 30 leaders from multiple sectors to exchange insights and work on integrated solutions – from shaping policy recommendations to designing on-the-ground interventions. “This forum was a vital reminder that leadership must rise above borders. Universities must reinvent themselves – not just as institutions of knowledge but as platforms for solving real-world problems. “We need to align research, teaching, and enterprise with the Sustainable Development Goals. Issues like food security, for instance, remain urgent, especially given the current economic climate, rising trade tariffs, and supply chain disruptions. It is this intersection between global thinking and local action that defines leadership today,” he said. As Head of the Department of Executive and Entrepreneurship at Swinburne Sarawak and a vocal advocate for regional education and entrepreneurship, Dr. Gabriel’s participation underscores Malaysia’s active role in Commonwealth leadership networks through the Commonwealth Association of Leadership Malaysia. This event reaffirmed the ongoing importance of the CSC in nurturing transformative leadership for future generations – leadership that is not confined by borders but defined by purpose, trust, and the drive to build a better world. -UKASnews  

Lihat

news

200 Projek Dilaksanakan Di Sarikei Setakat 30 April 2025

SARIKEI: Sebanyak 200 projek pembangunan telah dan sedang rancak dilaksanakan di Sarikei setakat 30 April 2025, memberi manfaat kepada empat daerah di bahagian itu iaitu Sarikei, Meradong, Pakan dan Julau. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, projek pembangunan ini meliputi kemudahan infrastruktur seperti bekalan air bersih, elektrik, jambatan, jalan raya dan banyak lagi. “Sebanyak 200 projek kerajaan dilaksanakan di Bahagian Sarikei yang berjumlah RM4.9 bilion yang meliputi projek-projek jalan, jambatan, bekalan air dan bekalan elektrik. “Di sini, saya melihat semua pelaksanaannya mengikut jadual dan ini sudah tentu dapat memperkasakan lagi projek-projek yang telah kita rancang di Bahagian Sarikei ini,” katanya dalam sidang media bagi Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Negeri (SDCCM) Bahagian Sarikei, di sini pada Rabu. Jelas Premier Sarawak, impak yang besar dari pembangunan ini akan dirasai lebih-lebih lagi oleh golongan petani di kawasan sekitarnya. “Untuk kawasan di empat daerah iaitu Sarikei, Meradong, Pakan dan Julau, saya dapat melihat potensi yang begitu besar sekali dengan jaringan jalan raya dan infrastruktur air dan elektrik, maka sektor pertanian akan meningkat memandangkan kita akan membangunkan Agropark di kawasan-kawasan ini,” ujar beliau lagi. Terdahulu dalam ucapannya, beliau memberi jaminan untuk menaik taraf jalan ke Taman Agro berkenaan yang masih menggunakan ‘jalan kebun’ agar golongan petani di kawasan tersebut mempunyai akses yang selesa dan selamat untuk menjalankan aktiviti pertanian. Menyentuh mengenai Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei yang baharu, beliau memberitahu bahawa kos pembinaan bangunan berkenaan adalah sebanyak RM147.25 juta, yang dibina dengan Indeks Bangunan Hijau (GBI) selain dilengkapi dengan jaringan Internet yang laju. Difahamkan, bangunan tersebut akan menampung seramai 500 penjawat awam daripada 10 agensi dan jabatan Kerajaan Sarawak, termasuklah Pejabat Residen Bahagian Sarikei, Pejabat Daerah Bahagian Sarikei, Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Pusat Service Sarawak, Jabatan Perbendaharaan Sarawak, Pejabat Hutan Sarawak dan Pejabat Kebajikan Masyarakat. Hadir sama, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri-Menteri Kabinet Sarawak; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii; Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet Sarawak dan Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar. Selain itu, turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik ,Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee, Residen Bahagian Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong; Ketua-Ketua Jabatan; dan tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS  

Lihat

news

IAC Sarikei Bukti Transformasi Perkhidmatan Awam & Komitmen Kerajaan Perkasakan Tadbir Urus

SARIKEI: Pembinaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei (IAC Sarikei) yang baharu merupakan bukti nyata komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperkasa pentadbiran serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan kepada rakyat. Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dalam ucapannya sempena perasmian pusat pentadbiran berkenaan, pada Rabu. “Majlis pada hari ini merupakan satu lagi bukti komitmen Kerajaan Sarawak dalam usaha memperkasakan pentadbiran Kerajaan Sarawak. “Ini selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak dalam merealisasikan agenda pembangunan holistik yang berteraskan tadbir urus baik, cekap dan berkesan dalam penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat,” ujar beliau. Hadir menyempurnakan majlis berkenaan ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang turut diiringi Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Bangunan setinggi 12 tingkat yang dibina dengan kos RM147.25 juta itu akan menempatkan kira-kira 500 penjawat awam daripada 10 jabatan dan agensi utama kerajaan wilayah ini. Menurut beliau, langkah menyatukan jabatan-jabatan di bawah satu bumbung akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam kepada rakyat, bersesuaian dengan konsep ‘One Stop Customer Centric Service Delivery’ yang memudahkan urusan orang awam melalui perkhidmatan digital yang menyeluruh. Selain reka bentuk moden dan mesra alam, IAC Sarikei juga dibangunkan mengikut piawaian Indeks Bangunan Hijau (GBI), sejajar dengan komitmen Sarawak terhadap kelestarian dan aspirasi pembangunan hijau dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030). Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu sebanyak 46 projek bangunan pentadbiran baharu diluluskan di seluruh negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan anggaran kos RM1.2 bilion, termasuk lima projek Pusat Pentadbiran Kerajaan Bersepadu (IAC) di peringkat bahagian. “Daripada 46 projek tersebut, lima projek merupakan pembinaan IAC di peringkat bahagian di mana setakat ini, 16 projek bangunan pentadbiran baharu telah siap dibina di pelbagai daerah dan daerah kecil - dan ini termasuklah IAC Sarikei yang akan dirasmikan pada hari ini dan IAC Serian. “Sejumlah tujuh projek pula masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan melibatkan IAC Bintulu, IAC Limbang dan IAC Lawas, manakala 23 projek bangunan pentadbiran kerajaan di pelbagai daerah dan daerah kecil masih dalam peringkat perancangan,” ujar beliau lagi. Tegas beliau, usaha ini mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri untuk membina sistem pentadbiran yang berdaya tahan, inovatif dan berasaskan teknologi digital menjelang 2030. Hadir sama, Menteri-Menteri Kabinet Sarawak; Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato Sri Huang Tiong Sii; Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet Sarawak dan Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar. Selain itu, turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik,Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee, Residen Bahagian Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong; Ketua-Ketua Jabatan; dan tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS  

Lihat

news

南洋机工纪念亭,纪念南洋机工奋斗精神

古晋:为纪念在第二次世界大战中做出巨大牺牲的南洋机工而建的纪念亭于星期三马中友谊公园举行落成典礼,标志重要历史时刻。 砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生表示,建造这座纪念亭是为了纪念参与中国抗日战争的砂拉越人民所做出的巨大贡献。 “许多砂拉越华裔自愿加入抗日战争,支援中国抗战。这一段历史虽少有人记录,但意义非凡,充满了牺牲和团结;力量。这座纪念亭不仅仅是一个实体建筑,更是对南洋机工贡献的纪念、尊重和认可的象征。” 他是在南洋机工纪念亭落成典礼上发表讲话时,如是说。 他说,这座纪念亭的建设,不仅为年轻一代提供了解历史的空间,也将成为后代和广大民众缅怀先烈、反思奋斗意义、加强团结精神的场所。 也是石角区立法议员的拿督阿玛沈桂贤医生还透露,这座纪念亭是砂拉越与中国云南省通过“心联通 云南行”计划合作的成果。 “这个项目体现了双方长期以来的密切关系,特别是通过古晋南市和昆明之间的国际友好城市关系。” 他补充说,随着砂拉越继续推动国际合作,我们非常欢迎与云南在贸易、旅游、绿色发展、医疗保健和青年交流等领域开展更多合作。 “这种伙伴关系具有巨大潜力,不仅能为两个地区带来经济利益,还能带来社会利益。” 出席者还有砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部副部长​​拿督陈超耀、中国云南省委书记兼云南省人大常委会主任王宁、古晋南市市长黄鸿圣、中国驻古晋总领事邢伟平等嘉宾。-UKAS 刊  

Lihat
PertamaSebelumnya801802803804805806807808809810SeterusnyaTerakhir