Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
MoU Antara RECODA Dan Curtin Malaysia Perkukuh Pembangunan Sosioekonomi di Sarawak |
MIRI: Satu langkah penting ke arah pembangunan mampan dan pemerkasaan komuniti di Sarawak dimeterai menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan Curtin University Malaysia. Majlis berlangsung pada jam 3 petang di The Council Room, Bangunan Heron 1, Curtin University Malaysia, Miri, pada Khamis. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datuk Ismawi Ismuni; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Korporat RECODA, Dr. Hadysyam Junaidi; Pemangku Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Curtin Malaysia, Profesor Vincent Lee Chieng Chen dan Ketua Pegawai Operasi Curtin Malaysia, Sharon Chong Pau Fang. Dalam ucapan alu-aluan, Profesor Vincent Lee menyifatkan MoU ini sebagai permulaan kepada kerjasama bermakna yang berteraskan komitmen bersama terhadap pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan lestari di Sarawak, khususnya dalam kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Beliau turut menekankan potensi kolaborasi dalam bidang penyelidikan, pembangunan komuniti, inovasi dan pemindahan ilmu. Datuk Ismawi dalam ucapannya turut menegaskan bahawa kerjasama strategik ini penting bagi menjayakan aspirasi Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030). Beliau turut berkongsi kejayaan pelbagai inisiatif seperti EMPLOY@SCORE dan COMMUNITY@SCORE yang telah memberi impak positif kepada masyarakat luar bandar. Majlis diteruskan dengan acara menandatangani dan pertukaran dokumen MoU, disusuli sesi bergambar dan pertukaran cenderahati.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Liputan Internet Miri Cecah 89.2%, Kerajaan Sarawak Komited Perluas Infrastruktur Digital |
MIRI: Liputan internet di Bandar Raya Miri kini mencecah 89.2 peratus, menandakan kemajuan pesat dalam pembangunan infrastruktur digital di negeri Sarawak. Perkembangan ini diumumkan oleh Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA), Dato Dr. Anderson Tiong Ing Heng dalam Sesi Libat Urus Pembangunan Telekomunikasi dan Multimedia Bahagian Miri anjuran SMA yang berlangsung di Imperial Hotel, Miri pada Khamis. Program yang menghimpunkan lebih 250 peserta itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang. Wakil-wakil agensi utama seperti Digital Nasional Berhad (DNB), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) serta Agensi Nuklear Malaysia turut sama menyertai sesi ini. Menurut Dato Dr. Anderson, Kerajaan Sarawak menyasarkan pembinaan 7,000 menara telekomunikasi sebagai usaha menyediakan liputan menyeluruh di seluruh negeri. Setakat ini, 4,349 menara telah siap dibina manakala 328 lagi dalam proses pelaksanaan tahun ini. Baki 2,323 menara akan dibangunkan secara berperingkat bermula tahun hadapan. “Pembangunan ini penting bagi memastikan rakyat Sarawak tidak tercicir dalam arus digital, terutamanya dalam menerima bantuan dan perkhidmatan kerajaan secara dalam talian,” katanya dalam ucapan pembukaan. Antara inisiatif utama yang diketengahkan ialah S Pay Global, dompet digital milik Kerajaan Sarawak yang diuruskan oleh SMA. Sehingga April 2025, aplikasi tersebut merekodkan 1.56 juta pengguna dan lebih 94,000 peniaga berdaftar dengan jumlah transaksi melebihi RM5.1 bilion. Di Bahagian Miri sahaja, terdapat 155,515 pengguna dan 10,435 peniaga yang telah memanfaatkan platform tersebut. Dalam masa yang sama, SMA turut menekankan kepentingan keselamatan siber melalui inisiatif CyberSarawak yang memperkenalkan program kesedaran 3S — Stay Safe, Stay Smart, Stay Secure. Orang ramai disaran melaporkan sebarang insiden penipuan atau ancaman siber menerusi laman web www.cybersarawak.gov.my atau talian 082-495339. Selain itu, isu vandalisme terhadap infrastruktur telekomunikasi turut dibangkitkan sebagai cabaran utama. Semua pihak diseru memainkan peranan dalam melindungi aset digital negeri ini demi kepentingan bersama. Sesi ini turut diisi dengan pembentangan oleh wakil agensi strategik dan sesi soal jawab bagi memberi ruang kepada peserta mendapatkan maklumat terkini serta menyuarakan pandangan mereka. Turut hadir ialah beberapa pemimpin negeri termasuk ADUN Piasau, Dato Sebastian Ting Chiew Yew; ADUN Marudi, Datuk Dr. Penguang Manggil; ADUN Mulu, Datuk Gerawat Gala; Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau serta ADUN Telang Usan, Dato Dennis Ngau.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Perasmian Pejabat Mini FOSCC Tuyut, Miri Galak Pematuhan Aktiviti Perhutanan |
TINJAR: Sebuah pejabat mini Pusat Sehenti Pematuhan Hutan (Forest One Stop Compliance Centre - FOSCC) telah dirasmikan dalam satu majlis yang berlangsung meriah di Tuyut, Tinjar, pada Khamis. Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Hutan Sarawak itu telah dihadiri lebih 100 orang tetamu, termasuk pegawai kanan kerajaan, wakil agensi keselamatan, pengurus syarikat pembalakan serta penduduk tempatan. Perasmian disempurnakan oleh Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad, yang turut menyampaikan ucapan mengenai kepentingan pematuhan undang-undang perhutanan serta peranan FOSCC sebagai pusat sehenti dalam memudahkan urusan berkaitan lesen, pemantauan dan pematuhan aktiviti hutan. Program turut diisi dengan lawatan ke pejabat mini FOSCC yang baharu serta upacara simbolik penanaman pokok sebagai komitmen terhadap pemuliharaan hutan. Menurut Datu Hamden, kewujudan pejabat mini ini akan memudahkan pihak berkepentingan, khususnya syarikat pembalakan dan komuniti setempat, untuk mendapatkan maklumat dan menyelaraskan aktiviti hutan secara sah dan beretika. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Hutan (Konservasi Hutan dan Pembangunan), Happysupina Sait; Pegawai Hutan Wilayah Miri, Liam Dibor; Pegawai Daerah Beluru, Charles Aloysius Lisu; Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Nor Aizan Mohd Jamil; Pegawai Kanan PDRM Marudi, ASP Goldy Jangan dan Pegawai Keselamatan UKPS, Andy Ngau Laing.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
URDA Kukuhkan Peranan Strategik Dalam Pembangunan Luar Bandar Ulu Rajang |
KAPIT: Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) di bawah Kerajaan Sarawak terus memperkukuhkan peranannya sebagai pemacu utama pembangunan strategik di kawasan Ulu Rajang, meliputi daerah Kapit, Song, Kanowit, Bukit Mabong dan Belaga dengan keluasan keseluruhannya 41,186.5 kilometer persegi. Baru-baru ini, satu sesi taklimat khas telah diadakan oleh pihak URDA kepada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Wilayah URDA, Dr Nelson Brandah Seli bertujuan memberi penerangan menyeluruh mengenai inisiatif pembangunan infrastruktur dan program sosioekonomi di kawasan berkenaan. Kerajaan Sarawak sebelum ini telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion kepada setiap agensi pembangunan wilayah (RDA) untuk melaksanakan pelbagai projek infrastruktur, termasuk yang diselia oleh URDA di bawah pengawasan RECODA. Sehingga kini, RECODA telah menyelia 247 projek dibiayai Kerajaan Sarawak dan 28 projek dibiayai Kerajaan Persekutuan merangkumi pembinaan jalan, jambatan, sistem bekalan air, struktur sungai, kemudahan rekreasi, pembaikan sekolah dan penyediaan rancangan induk. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), URDA turut menerima peruntukan bagi melaksanakan lapan projek infrastruktur utama di wilayahnya termasuklah pembangunan berimpak tinggi yang bukan sahaja meningkatkan taraf hidup penduduk, tetapi juga memanfaatkan potensi kawasan seperti penjanaan tenaga hidroelektrik, pertanian komersial, akuakultur dan ekopelancongan. Program taklimat tersebut turut memperlihatkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan yang menyeluruh dan seimbang di kawasan luar bandar. Kehadiran pemimpin-pemimpin utama kerajaan negeri serta wakil daripada jabatan-jabatan teknikal turut memberi sokongan padu kepada inisiatif pembangunan ini. Melalui sesi berkenaan, hubungan strategik antara agensi pelaksana dan pihak berkepentingan dapat diperkukuh, membuka peluang kerjasama yang lebih mantap demi kesejahteraan masyarakat di Lembangan Rajang Hulu. Terdahulu, Datuk Dr Abdul Rahman turut berpeluang melawat sekitar bilik-bilik pejabat dan bilik ruangan mesyuarat di pejabat URDA tersebut di mana difahamkan, bangunan pejabat tersebut akan digunakan sepenuhnya setelah kesemua kerja-kerja penyiapan dalam bangunan tersebut dalam masa terdekat. Turut serta, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat; Residen Bahagian Kapit, Elvis Didit; Timbalan Residen Bahagian Kapit, Robert Liman Deli; Setiausaha Politik Di Jabatan Premier Sarawak, Watson Awan; serta tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Kerajaan Sarawak Terus Prihatin, Salur Bantuan Sempena Musim Perayaan |
SELANGAU: Kerajaan Sarawak terus menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan rakyatnya apabila menyalurkan pelbagai bentuk bantuan sempena musim perayaan, khususnya kepada golongan sasar yang memerlukan. Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah menyalurkan bantuan berjumlah RM98,816,400 kepada 55,184 penerima di seluruh wilayah ini dari Januari hingga April tahun ini. Bantuan tersebut meliputi pelbagai skim termasuk Bantuan Warga Emas (BWE), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Am, Elaun Pekerja OKU (EPOKU), Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Anak Pelihara (BAP) serta Bantuan Belia-Beliawanis (BBB). “Bantuan ini bukan sahaja mengurangkan beban kewangan penerima, malah menjadi sokongan moral untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih yakin dan bermaruah,” katanya semasa berucap dalam program Sejambak Kasih Gawai yang diadakan di Selangau pada Khamis. Mengulas lanjut mengenai program tersebut, beliau memaklumkan seramai 24,101 penerima di seluruh Sarawak bakal menerima manfaat, meliputi 13 daerah utama termasuk Kapit (2,878), Sibu (2,871), Sri Aman (4,359), dan Kuching (2,896). Di bawah program Sejambak Kasih Gawai, setiap penerima layak menerima bantuan kewangan RM100 dan hamper bernilai RM80, satu inisiatif yang telah diteruskan selama lebih dua dekad bagi memastikan tiada golongan terpinggir dalam menyambut perayaan. “Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu persiapan perayaan dan dalam masa sama mengeratkan hubungan antara pihak jabatan dan masyarakat,” tambahnya. Datuk Mohammad Razi turut menekankan bahawa bantuan ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan setiap rakyat diberi perhatian sewajarnya. “Gunakan bantuan ini sebaiknya, dan jadikan ia sebagai pemangkin untuk memperbaiki kehidupan. Cabaran hidup itu biasa, tetapi dengan usaha dan doa yang berterusan, insya-Allah akan ada hasilnya,” pesan beliau. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang; Pegawai Daerah Selangau, Yalin Asan; wakil Pengarah Kebajikan Negeri, Noren Chunggat; dan wakil Residen Bahagian Sibu Mecgyver Boi. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sidang Kemuncak Pekak Malaysia Pertama Berlangsung Di Sibu September Ini |
SIBU: Buat julung kalinya, Sidang Kemuncak Pekak Malaysia akan dianjurkan pada 26 hingga 28 September 2025 di Hotel Kingwood, di sini, dalam usaha memperkasa komuniti pekak melalui dialog, perkongsian ilmu dan pembangunan dasar yang inklusif. Acara bersejarah ini dianjurkan oleh Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Orang Pekak Kebangsaan (DAWN) dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Komuniti Pekak Sarawak (SD) selaku tuan rumah serta disokong oleh Business Events Sarawak. Bertemakan ‘Masa Depan Inklusif: Memajukan Akses dan Kesaksamaan untuk Komuniti Pekak’, sidang kemuncak ini dijangka menghimpunkan antara 300 hingga 400 peserta dari dalam dan luar negara dengan pelbagai pembentangan kertas kerja berkaitan hak, peluang pekerjaan, serta penggunaan dan pengiktirafan bahasa isyarat di rantau Asia Tenggara bakal diketengahkan. Antara tajuk menarik termasuk ‘Penyelesaian Penciptaan Pekerjaan untuk Orang Pekak’, ‘Memartabatkan Hak Bahasa Isyarat di Indonesia’, ‘Transformasi Perundangan Bahasa Isyarat Filipina’, dan ‘Cabaran serta Pembangunan Perkhidmatan Jurubahasa Isyarat di Thailand’. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, dalam satu sidang media pada Khamis menyatakan bahawa walaupun Akta Orang Kurang Upaya 2008 telah diwujudkan, golongan pekak masih menghadapi cabaran besar akibat stereotaip dan salah tanggapan masyarakat terhadap kebolehan mereka. “Rakyat Malaysia yang pekak terus berdepan dengan pengasingan, bukan disebabkan kekurangan kebolehan mereka, tetapi disebabkan tanggapan, stereotaip dan norma masyarakat yang telah berakar umbi,” jelas beliau. Menurut beliau lagi, cabaran literasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris turut menyukarkan akses kepada maklumat penting, khususnya berkaitan hak dan kebajikan. Sebagai langkah proaktif, kerajaan melalui inisiatif SEDIDIK telah memperkenalkan pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia kepada kanak-kanak, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) turut menyalurkan bantuan bulanan kepada 14,675 orang kurang upaya dengan 3,445 daripadanya kini bekerja dalam pelbagai sektor. “Komuniti pekak telah membuktikan ketabahan mereka. Kini tiba masanya masyarakat menyambut mereka dengan tangan terbuka dan mewujudkan sebuah Malaysia yang benar-benar inklusif,” tegas beliau. Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Business Events Sarawak, Amelia Roziman; Presiden DAWN, Sarah Ibrahim; Pengerusi SD, Albert Wong Tuong Chui; serta wakil Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Amelia Tiu. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
砂拉越-法国探索全新贸易与投资机会 |
巴黎:砂拉越副总理拿督阿玛阿旺登雅于当地时间星期二,在法国巴黎出席由大马对外贸易发展机构(MATRADE)巴黎办事处主办的简报会。 该简报会由大马对外贸易发展机构巴黎办事处经济顾问兼贸易专员祖海拉赛迪主讲,内容围绕着法国的贸易与投资形势。 根据文告,大马对外贸易发展机构巴黎办事处一直致力于协助马来西亚,包括来自砂拉越的企业与出口商,以把业务扩展至法国和欧洲市场,其中也包括砂拉越的手工艺产品。 此外,法国也为砂拉越提供契机,借由法国这个枢纽,进军更广阔的欧洲市场。 在会上,拿督阿玛阿旺登雅也见证由来自砂拉越的Wireco有限公司与法国的Blumorpho公司签署代表进行签署谅解备忘录签署仪式,旨在建立策略性与金融性合作关系,以推广WasteNot厨余管理技术在主要市场的应用。 此项合作将推动金融合作模式的发展、加强与业界和机构利益相关者的联系,并争取来自法国、欧洲及国际的相关支持机制,以促进可持续技术的发展,支持向循环经济的转型,并打开通往碳信用市场的大门。 陪同出席此次活动的嘉宾包括砂拉越国际贸易、工业与投资部副部长拿督麦康莫森、顾问拿督斯里纳鲁丁、常务秘书祖卡纳因、砂天然资源及城市发展部常务秘书拿督阿都拉朱莱希、砂拉越经济策划单位(EPU)拿督雷斯特、砂投资局(InvestSarawak)首席执行员TIMOTHY ONG及砂政府高级官员。-UKAS刊 |
View |
|
news |
Projek Jalai Semin Rumah Lumpoh Tembu Nitih Timpuh, Lantang Ngintu Gawai Dayak |
SELANGAU: Peranak Rumah Lumpoh, Sepudun diatu berasai lantang ati ngintu Gawai Dayak pengudah jalai besai ke rumah panjai nya mujur diseleti ari jalai batu ngagai jalai semin nengah Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) DUN Tamin. Projek nya beungkus RM100,000 ti udah digaga Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak berengkah 26 Disember 2024 lalu tembu abis nitih ke taga kena 25 Mac 2025. Pengawa nyua projek udah diatur kena Hari Tiga tu tadi enggau penatai pengari Palan Servis DUN Tamin ngari ke Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Tamin, Ir. Christopher Gira Sambang begulai enggau bala JKR Bagi Menua Sibu. Nitih ku Ir. Christopher, projek tu dikearap ulih meri pemaik ungkup komuniti Rumah Lumpoh, kelebih agi maya Hari Besai, ke alai beguna ke endur engkah perengka pengangkut enggau jalai ke meruan ditengah. “Kitai nemu jalai tu ukai semina nyamai ditengah ninting hari, tang mega besai reti maya Hari Besai baka Gawai Dayak lebuh mayuh bala anak pulai ke menua,” ku penerang ti dikenataika pengari iya, Hari Tiga tu tadi. Sama datai ba pengawa nya, Penulung Injinir Awam JKR Bagi Menua Sibu, Rashidah; Pegawai Palan Servis ADUN Tamin, Cr. Ajan Dau; Tuai Rumah Lumpoh sereta pengari kontraktor ke ngesan tanggungpengawa bejalaika projek.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Perintah Sarawak Siru, Meri Bantu Serimbai Hari Besai |
SELANGAU: Perintah Sarawak majak mandangka penyiru sida ba pengawa ngintu pengelantang rayat lebuh udah ngungkup bemacham bantu serimbai hari besai, kelebih agi ngagai raban ke begunaka bantu. Ku Sapit Menteri Pemansang Pengelantang Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, Opis Pengintu Pengelantang Mensia Mayuh Sarawak (JKMS) udah meri bantu penyampau RM98,816,400 ungkup 55,184 penerima ba selampur kandang menua tu ari Januari nyentuk April taun tu. Bantu nya ngaul bemacham skim, nyengkaum Bantu Orang Tuai (BWE), Bantu Nembiak Mit (BKK), Bantu Am, Elaun Pengereja OKU (EPOKU), Bantu Nyaga OKU Enda Regas/Orang Sakit Raya (BPT), Bantu OKU Enda Ulih Gawa (BTB), Bantu Anak Dijaga (BAP) sereta Bantu Raban Nembiak (BBB). “Bantu tu ukai semina ngelempungka tating belanja penerima aja, tang nyadi sukung moral dikena nerus ke pengidup sida enggau ati ke andal agi,” ku iya lebuh bejaku ba program Sejambak Kasih Gawai ke diatur ba Selangau kena Hari Empat tu tadi. Nerang silik senentang program nya, iya madah ke bisi 24,101 penerima selampur Sarawak deka nerima pemaik, mungkur 13 pelilih menua nyengkaum Kapit (2,878), Sibu (2,871), Sri Aman (4,359), enggau Kuching (2,896). Ba baruh program Sejambak Kasih Gawai, genap penerima deka nerima bantu belanja RM100 enggau hamper berega RM80, siti inisiatif ke udah dipejalai lebih dua puluh taun dikena nentuka nadai raban dikelaung maya ngintu hari besai. “Batang tuju bantu tu dikena sida nyendiaka diri ngintu hari besai lalu ba maya ti sama ngerapitka kaul entara raban opis enggau rayat,” ku iya nambah ke jaku. Datuk Mohammad Razi bela madah, bantu tu mandangka pengeransing perintah nengeri ba nentuka tiap iku rayat diberi perati ti patut. Sama datai, Kaban Kunsil nengeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang; Pegawai Pelilih Selangau, Yalin Asan; pengari Direktor Pengintu Pengelantang Nengeri, Noren Chunggat; enggau pengari Residen Bagi Menua Sibu Mecgyver Boi. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Projek PAWE Kabong Bukti Komitmen Kerajaan Teguh Bela Warga Emas |
KABONG: Komitmen Kerajaan Sarawak terhadap kebajikan warga emas terus dizahirkan melalui pelaksanaan projek pembinaan baharu Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kabong yang kini giat dilaksanakan. Sebagai langkah mempercepatkan pelaksanaan projek ini, satu lawatan tapak telah diadakan pada Khamis yang turut melibatkan kunjungan ke penempatan sementara PAWE Kabong. Lawatan ini diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dan diiringi oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak, Semawi Mohamad. Projek berimpak tinggi ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) melibatkan peruntukan sebanyak RM800,000. Ia menandakan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan warga emas di Kabong mendapat akses kepada fasiliti yang lebih selesa, selamat dan kondusif. Lawatan ini turut memberi mesej jelas bahawa kebajikan warga emas sentiasa menjadi keutamaan dalam agenda pembangunan wilayah ini. Dengan adanya PAWE baharu kelak, warga emas di Kabong dijangka akan lebih aktif dan berdaya saing, sekali gus meningkatkan kualiti hidup mereka selaras dengan hala tuju pembangunan inklusif Kerajaan Sarawak. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious791792793794795796797798799800NextLast |