Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
Wanita Penggerak Komuniti: Biro Wanita Emperoh Garung Jayakan Majlis Pra Gawai Meriah |
PADAWAN: Peranan wanita sebagai penggerak komuniti terus diperkukuh apabila Biro Wanita Kampung Emperoh Garung berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Sempena Pra Gawai dengan penuh meriah dan gemilang di Dewan Persatuan Biperoh Kuching, Jalan Puncak Borneo, pada Sabtu. Majlis yang menghimpunkan lebih 500 tetamu itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara & Jalan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil. Dalam ucapannya, Datuk Dr Jerip memuji inisiatif dan dedikasi Biro Wanita Kampung Emperoh Garung yang terus aktif memperkasakan peranan wanita luar bandar. Beliau menyifatkan wanita sebagai ejen perubahan yang berpotensi besar dalam memacu pembangunan ekonomi desa melalui aktiviti keusahawanan dan penglibatan komuniti. Sebagai sokongan kepada usaha keusahawanan tempatan, beliau mengumumkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada biro tersebut bagi memperkasa penghasilan kerepek pisang yang kini semakin mendapat sambutan dan berpotensi dikembangkan sebagai produk desa yang berdaya saing. Datuk Dr Jerip turut menekankan kepentingan memelihara budaya, kebersihan dan warisan seni bina kampung, khususnya yang terletak dalam kawasan Sarawak Delta Geopark. Beliau malah mengajak komuniti untuk memanfaatkan keindahan alam semula jadi sebagai aset pelancongan dan sumber pendapatan. Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan beberapa inisiatif pembangunan infrastruktur yang akan dilaksanakan di kawasan tersebut, termasuk projek naik taraf parit pada tahun 2025 serta pemasangan lampu jalan dari simpang Penjara Puncak Borneo ke Kampung Annah Rais secara berfasa dengan peruntukan RM3 juta. Sebagai langkah jangka panjang memperkasakan ekonomi luar bandar, beliau turut mencadangkan penubuhan sebuah “Coffee Campus” di Jambu Bayur yang bakal mengangkat jenama kopi tempatan seperti Kopi Katup dan Kopi Mambong ke tahap lebih tinggi. Majlis ini turut menjadi platform bagi beliau menjemput penduduk setempat ke Rumah Terbuka Gawai Premier Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada 1 Jun 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Hadir sama memeriahkan majlis ialah Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan, SAO Julius Scott Sapong; Pemanca Raymond Jihap, Pemanca Bidayuh Daerah Kuching serta para pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
RSK Serian 2025 Kukuhkan Perpaduan Komuniti di Siburan |
SIBURAN: Program Randau Solidariti Komuniti (RSK) Bahagian Serian Tahun 2025 melabuhkan tirainya dalam satu majlis penangguhan meriah di Dewan Manggeng, Siburan, pada Sabtu. Program anjuran Majlis Pembangunan Sosial (MPS) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak ini berjaya menghimpunkan lebih 200 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. RSK Serian 2025 menjadi platform penting dalam menyatukan agensi kerajaan dan komuniti melalui pelbagai aktiviti yang berlangsung sepanjang hari, dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Serian dan Pejabat Daerah Siburan serta sokongan daripada 17 agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Sebanyak lapan kampung sekitar Siburan terlibat secara langsung dalam program ini, termasuk wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan kumpulan belia, menjadikan program ini sebagai ruang interaksi efektif antara pihak berkuasa dan komuniti akar umbi. Majlis penangguhan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin yang turut menyampaikan amanat penting mengenai pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. “Perpaduan tidak hadir secara spontan. Ia mesti dipupuk dalam hati setiap rakyat. Inisiatif seperti RSK membuka ruang kepada dialog, pemahaman dan hubungan berkualiti tanpa mengira bangsa, umur atau agama,” ujar beliau lagi. Tambahnya, program sebegini menyokong aspirasi Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030, serta memastikan tiada golongan masyarakat tercicir dalam arus pembangunan. Wakil Residen Bahagian Serian, Rashdan Hazemi dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada semua agensi dan penduduk tempatan yang berganding bahu menjayakan program ini. “Randau ini menjadi bukti bahawa perpaduan dan kerjasama rentas sektor adalah tonggak kepada keharmonian sosial di Sarawak. “Ia bukan sekadar program, tetapi satu gerakan komuniti,” katanya. Beliau turut mendedahkan bahawa sebanyak 14 siri RSK telah dijalankan sepanjang 2024, dan sebanyak 12 siri dirancang bagi tahun ini, termasuk pelaksanaan di Siburan yang disifatkan sebagai lokasi bertuah. Antara pengisian sepanjang program ialah Mini Solidariti Town Hall, Dialog Isu Sosial, Sukan Solidariti Komuniti dan Malam Solidariti Komuniti yang menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Siburan, Ranum Bari dan wakil Setiausaha Tetap KPWK Sarawak, Mohd Syahrulnizam Jamalludin yang menunjukkan komitmen padu kerajaan dalam memperkukuh jaringan antara pentadbiran dan rakyat. RSK Serian 2025 sekali lagi membuktikan bahawa semangat kesepaduan dalam kalangan rakyat Sarawak kekal utuh dan menjadi pemacu penting ke arah pembangunan komuniti yang sejahtera dan inklusif.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Gawai Dayak Bazaar Miri Perkuat Ekonomi, Budaya dan Perpaduan |
MIRI: Sambutan Gawai Dayak Bazaar (GDB) Miri edisi ke-11 menyaksikan penyatuan budaya, semangat keusahawanan dan keharmonian komuniti dalam satu acara gilang-gemilang yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan II Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, di Tapak Gawai Dayak Bazaar, Permyjaya pada Sabtu. Majlis anjuran Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS) dengan tema “Bedagang, Berami, Begawai” itu turut dihadiri Datuk Bandar Bandaraya Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang serta wakil Pegawai Daerah Miri, SAO Edward Tarang. Dalam ucapan perasmian, Datuk Snowdan menekankan kepentingan Gawai bukan hanya sebagai perayaan budaya, tetapi juga sebagai platform pembangunan ekonomi komuniti melalui aktiviti keusahawanan dan jalinan sosial. Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi menyokong penganjuran GDB tahun ini. “Gawai Dayak Bazaar adalah lambang kekuatan kita sebagai komuniti, bersatu, berkarya dan berusaha memperkasakan warisan melalui aktiviti ekonomi dan budaya,” katanya. Sementara itu, Adam Yii dalam sidang media menyifatkan bazar ini sebagai simbol keharmonian bandaraya Miri. Beliau turut mengumumkan peruntukan RM5,000 daripada Majlis Bandaraya Miri dan menyatakan kesediaan mempertimbangkan cadangan peluasan kawasan bazar untuk edisi akan datang. “Acara seperti ini bukan hanya mencerminkan budaya Dayak, tetapi turut memperlihatkan semangat muhibah antara kaum yang menjadi kekuatan Miri,” katanya sambil memuji penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam acara tahunan ini. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan, gimik simbolik “Nganchau Tikai”, serta persembahan istimewa oleh artis undangan Ricky Andrewson. Gawai Dayak Bazaar 11.0 akan berlangsung dari 1 hingga 24 Mei 2025, menghimpunkan 74 gerai termasuk makanan, minuman dan kraftangan, dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti pertandingan nyanyian, memasak, permainan tradisional dan pertunjukan fesyen etnik. Tema “Bedagang, Berami, Begawai” membawa mesej mendalam iaitu Bedagang menekankan semangat berniaga, Berami menggambarkan kemeriahan dan penyertaan masyarakat, manakala Begawai merujuk kepada perayaan dan penghargaan terhadap hasil tuaian serta warisan nenek moyang. Penganjuran Gawai Dayak Bazaar Miri 11.0 bukan sekadar pesta tahunan, tetapi bukti nyata bagaimana kekuatan budaya boleh menjadi pemacu kemajuan ekonomi dan perpaduan komuniti.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Edisi Sulung Dato Majang Renggi Cup Tarik 39 Pasukan |
BINTULU: Sukan bukan hanya medan pertandingan, tetapi cerminan kepimpinan, disiplin dan kesatuan masyarakat, itulah mesej utama yang diketengahkan dalam Kejohanan Badminton YB Dato Majang Renggi Cup First Edition 2025 yang berlangsung meriah di Tong Yen Badminton Court, Samalaju pada Ahad. Kejohanan anjuran Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Samalaju itu telah menarik penyertaan 39 pasukan merangkumi Regu Campuran, Regu Veteran dan Regu Lelaki dalam satu suasana penuh semangat kesukanan dan kekitaan. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Pelabuhan & Infrastruktur Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Dato Majang Renggi, yang turut menzahirkan sokongan penuh terhadap penganjuran kejohanan sukan sebagai wadah menyatukan komuniti. “Sukan adalah bahasa sejagat yang menyatukan tanpa mengira latar belakang. Ia mengajar kita tentang kepimpinan, disiplin, dan kerjasama, nilai yang amat penting dalam kehidupan berorganisasi dan bermasyarakat,” ujar beliau dalam ucapannya. Dato Majang turut menekankan bahawa aktiviti sukan mampu membentuk masyarakat yang sihat, aktif dan berfikiran positif. Beliau menyifatkan kejohanan seperti ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah mengukuhkan hubungan sosial dan jaringan komuniti secara semula jadi. Lebih daripada sekadar pertandingan, beliau menyatakan bahawa setiap elemen dalam sukan seperti pengurusan masa, kesediaan mental dan fizikal, serta kerjasama pasukan mampu membentuk karakter individu terutamanya golongan belia. “Kekalahan bukan kelemahan. Ia adalah ruang untuk belajar dan memperbaiki diri. Kepimpinan bermula dari sukan, dari bagaimana kita memimpin pasukan, menghormati peraturan, hingga menerima keputusan dengan hati terbuka,” tambah beliau lagi. Kejohanan ini bukan sahaja memperlihatkan komitmen tinggi pemimpin terhadap pembangunan belia dan komuniti, malah membuka lembaran baharu dalam usaha menjadikan Samalaju sebagai hab aktiviti belia dan sukan di Bintulu. Dato Majang turut menyuarakan harapan agar edisi pertama ini menjadi permulaan kepada siri kejohanan berterusan, yang bukan sahaja mencungkil bakat tempatan, malah memperkukuhkan semangat kekitaan dan perpaduan di kawasan Samalaju dan sekitarnya.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sepak Takraw Piala Iskandar Turkee 2025: 27 Pasukan Berentap, Bakat Muda Diketengah |
BINTULU: Kejohanan Sepak Takraw Piala Iskandar Turkee pada Ahad menyaksikan persaingan sengit melibatkan 27 pasukan dari sekitar Bintulu, sekali gus membuktikan minat dan semangat tinggi masyarakat terhadap sukan tradisional tersebut. Pertandingan anjuran Dewan Sepak Takraw Kampong Warisan bersama komuniti setempat itu diadakan di Dewan Sepak Takraw Kampong Warisan, Jepak dan bertujuan mencungkil bakat baharu bagi mewakili Bintulu ke Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak yang akan datang. Pasukan Mypham Red dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pasukan Azam dalam perlawanan akhir yang cukup mendebarkan. Tempat ketiga bersama pula disandang oleh Galaxy A dan Galaxy B. Bagi kategori Sepak Raga Bulatan, pasukan Galaxy muncul juara, diikuti Myphamm di tempat kedua dan Bazooka di tempat ketiga. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa sukan seperti sepak takraw bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi juga platform penting untuk mencungkil bakat dan memupuk perpaduan dalam kalangan belia. “Pertandingan seperti ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga membuka peluang kepada pemain muda untuk diketengahkan ke peringkat negeri,” katanya. Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus menyokong program pembangunan sukan di peringkat akar umbi, khususnya dalam memartabatkan sukan warisan seperti sepak takraw. Kejohanan ini katanya bukan sahaja menjadi medan pertarungan bakat, malah turut berjaya menarik perhatian dan sokongan padu daripada masyarakat setempat yang hadir memenuhi dewan sepanjang acara berlangsung. Kejayaan penganjuran ini membuktikan bahawa sukan masih relevan sebagai platform penyatuan dan pembangunan komuniti.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Pesta Pantai Batu Mandi 2025 Angkat Warisan Budaya Dan Potensi Pelancongan Desa |
BINTULU: Pesta Pantai Kampung Nelayan Batu Mandi yang melabuhkan tirainya pada Sabtu bukan sekadar pesta hiburan, tetapi turut menjadi pemangkin kepada pembangunan pelancongan desa dan pemerkasaan identiti budaya tempatan. Acara dua hari anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Nelayan Batu Mandi dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Adventure Borneo itu berlangsung meriah di pesisir Pantai Batu Mandi, Similajau dengan pengisian pelbagai acara sukan rakyat dan persembahan seni tradisional yang menggalakkan penyertaan aktif masyarakat setempat. Majlis penutupan dan perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Dato Majang Renggi bersama isteri, Datin Evelyn Ensanggai. Dalam ucapannya, Dato Majang menegaskan bahawa seni budaya dan sukan tradisi mempunyai potensi besar sebagai tarikan pelancongan luar bandar, sekali gus menjana manfaat ekonomi untuk penduduk setempat. “Seni kebudayaan dan sukan tradisi mampu menjadi magnet pelancongan sama ada dari dalam atau luar negara. “Mereka akan berbelanja dan memberi manfaat kepada industri pelancongan seperti hotel, restoran, logistik dan kraftangan,” jelas beliau. Dato Majang turut mengumumkan dua insentif penting kepada komuniti Batu Mandi dalam usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur dan memperkasa pembangunan setempat. Pertama, beliau mengumumkan pelaksanaan projek penaiktarafan jalan-jalan kampung di kawasan tersebut dengan peruntukan sebanyak RM400,000 menerusi projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun ini. Selain itu, beliau turut mengumumkan pemberian geran sebanyak RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Nelayan Batu Mandi bagi menyokong pelaksanaan program-program pembangunan komuniti yang lebih lestari dan inklusif. Sementara itu, Pengerusi penganjur, Mohd Ariffin Abdullah menyuarakan hasrat untuk menjadikan pesta ini sebagai acara tahunan dengan sokongan pihak berkuasa tempatan seperti Pejabat Residen Bahagian Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu. Kehadiran penduduk dari sekitar Bintulu serta pelancong domestik membuktikan sambutan yang amat memberangsangkan terhadap pesta ini yang bukan sahaja meriah tetapi juga sarat nilai kebudayaan. Pesta Pantai Batu Mandi 2025 sekali lagi membuktikan bahawa pelancongan komuniti berteraskan warisan budaya mampu membawa perubahan signifikan kepada ekonomi dan landskap sosial luar bandar, seiring aspirasi pembangunan mampan kerajaan negeri.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Samarahan Juara Keseluruhan Kejohanan Tenpin Boling Antara Bahagian MAKSAK Sarawak 2025 |
MIRI: Bahagian Samarahan muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Tenpin Boling Antara Bahagian anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak 2025 yang melabuhkan tirainya petang semalam di Megalanes East Miri, Bintang Megamall pada Ahad. Kejohanan yang berlangsung dari 2 hingga 4 Mei itu menyaksikan penyertaan 100 peserta mewakili 12 bahagian seluruh Sarawak. Pelbagai kategori dipertandingkan antaranya Individu Lelaki dan Wanita, Beregu Lelaki dan Wanita serta Kategori Berpasukan Campuran. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Datuk Bandar Bandaraya Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang. Dalam ucapannya, Adam Yii menzahirkan penghargaan kepada MAKSAK atas penganjuran kejohanan yang berjaya memupuk semangat kesukanan dalam kalangan penjawat awam. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para peserta yang menunjukkan komitmen tinggi dan semangat persaingan sihat sepanjang kejohanan. “Platform seperti ini bukan sahaja mencungkil bakat baharu, malah memperkukuh hubungan antara penjawat awam dari seluruh pelusuk Sarawak,” katanya. Bahagian Miri menamatkan kejohanan di tempat kedua manakala Bahagian Kuching di tempat ketiga. Kejohanan ini juga berperanan sebagai medan pemilihan atlet yang akan mewakili Sarawak ke Kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung dari 3 hingga 7 Julai 2025 di Sunway Megalanes, Shah Alam. Seramai enam lelaki dan enam wanita terbaik kejohanan ini telah dipilih untuk membawa cabaran negeri di peringkat kebangsaan.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
SOPMA Baton Run 2025 Pacu Kesedaran dan Semangat Inklusiviti Golongan Pekak |
MIRI: Lebih 300 peserta termasuk dari luar negara menyertai SOPMA Baton Run 2025 yang berlangsung di Marina Park, Majlis Bandaraya Miri pada Ahad. Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak sebagai kesinambungan promosi kepada temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) yang dijadual berlangsung di Sarawak tahun ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Jeffrey Phang yang mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin. Dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Jeffrey, Dato Sri Lee menegaskan bahawa SOPMA Baton Run bukan sekadar acara riadah, malah menjadi simbol perjuangan, inspirasi dan penyatuan komuniti pekak serta masyarakat umum. “Acara ini bukan sahaja menyemai budaya hidup sihat, malah menjadi pemangkin semangat kepada warga pekak di negeri ini, khususnya di Miri untuk tampil lebih yakin dan bangga dengan kebolehan mereka,” katanya. Beliau turut menyatakan kekaguman terhadap ketabahan atlet Orang Kelainan Upaya (OKU) yang terus bersaing dalam pelbagai kejohanan meskipun berdepan pelbagai cabaran. Dalam konteks ini, beliau memuji peranan penting badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak yang bukan sahaja memperjuangkan kebajikan komuniti, malah menjadi jambatan yang menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang. “Di bawah kepimpinan Premier Sarawak yang berpegang pada prinsip Keterangkuman Sosial, kerajaan negeri sentiasa komited untuk memastikan tiada kelompok masyarakat yang dipinggirkan,” katanya sambil menegaskan perlunya kolaborasi erat antara kerajaan dan NGO dalam memperkasakan komuniti setempat. Sebagai tanda sokongan, beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak bagi melancarkan lagi penganjuran program serta membantu persediaan atlet ke SOPMA akan datang. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Victor Hii berkata, acara ini turut berfungsi sebagai platform mengumpul dana bagi latihan atlet pekak Sarawak di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penganjuran SOPMA dan potensi komuniti pekak. SOPMA Baton Run 2025 menjadi bukti nyata bahawa acara sukan boleh menjadi pemacu perubahan sosial dan pengukuh jalinan solidariti dalam masyarakat berbilang latar belakang. Turut hadir, Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang serta tetamu jemputan lain.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Oil and Gas Issue: Sarawak Premier Reveals Phone Call From Prime Minister, Reaffirms Commitment To Win-Win Solution |
LONDON: Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, revealed that he received a phone call from Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim on Saturday (local time), signalling a renewed commitment to finding an equitable and amicable resolution to the ongoing matters involving Petroliam Nasional Berhad (Petronas) and the State of Sarawak in the oil and gas sector. Speaking during the Sarawak Agenda Townhall session held in conjunction with 'Lan Berambeh Anak Sarawak 2025' – United Kingdom (UK) Edition, the Premier stated that discussions are moving forward based on a win-win approach for both Sarawak and Petronas. “In this oil and gas matter, we’ve been tactfully ‘playing ball’ with Petronas for a while now. “By now, I am sure many of you are aware of the latest developments surrounding this issue. “However, we are working towards resolving it. In fact, the Prime Minister personally contacted me this morning (Saturday, London time), and we reached a mutual understanding to move towards a resolution. “This solution will be based on mutual goodwill and the belief that the nation’s oil and gas wealth should be shared fairly. Sarawak has fulfilled its responsibilities,” he said. In a related development, the Premier also highlighted the Sarawak Government’s focus on strengthening the state’s economic foundation, particularly through the establishment of the Sarawak Sovereign Wealth Future Fund, which has been allocated RM8 billion in reserves. He explained that once Sarawak’s economic stability reaches a strong and sustainable level, the benefits of this growth will be channelled back to the people through a well-planned and inclusive economic development strategy. “Our current focus is on consolidating the state’s economic base. “Once we have achieved solid economic stability, the returns will be distributed to the people through a structured and comprehensive approach across all sectors,” he said. Also present at the session were Sarawak Deputy Premiers, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan and Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Sarawak Secretary, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Deputy Minister in the Premier’s Department (Law, MA63 and Federal-State Relations), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Deputy Minister for Education, Innovation and Talent Development Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee, Deputy Minister for Utilities (Sarawak Energy Berhad and PETROS), Dato Ibrahim Baki; Sarawak Attorney-General, Dato Sri Saferi Ali, Sarawak Financial Secretary, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Deputy Sarawak Secretary (Economic Planning and Development), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel and the Premier’s Chief Political Secretary, Dato Fazzrudin Abdul Rahman, who moderated the townhall session. Approximately 230 Sarawakian students from the United Kingdom, Germany, and France participated in the 'Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 UK Edition' programme. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
Sarawak Premier Expresses Condolences To Late James Ritchie's Family |
KUCHING: The Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, extended his deepest condolences to the family of veteran journalist, James Alexander Ritchie who passed away yesterday. The Sarawak Premier said as a longstanding media figure in Sarawak with his well-articulated writings, James Ritchie’s passing is certainly a loss to Sarawak’s media fraternity and development landscape. He added that as an acclaimed author with many books on indigenous life and culture and topics of historical value to his name, James Ritchie’s demise would leave behind a legacy of storytelling in Sarawak's literary space.-UKASnews |
Lihat |
| PertamaSebelumnya691692693694695696697698699700SeterusnyaTerakhir |