Showing search result:
Page | Title | Content/Description | Action |
---|---|---|---|
news |
3,674 Kuarters Perintah Deka Digaga Ba Selampur Sarawak |
KUCHING: Perintah deka ngaga 3,674 kuarters ba selampur Sarawak ke diungkup ngagai orang kereja perintah lebih agi di menua pesisir. Menteri ba Opis Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai madah, projek nya disadang berengkah digaga seretai nitihka renggat dalam kandang 24 ngagai 48 bulan. Ku iya, ba Pelilih Daro enggau Bintulu, projek ‘Service Quarters’ bela dipasuk ba rintai dulu ti dipelabaka ulih berengkah tengan taun 2025. "‘Service Quarters’ tu baka pangsapuri moden ti disikap enggau balai serebaguna, dobi, surau enggau kedai mit," ku iya madah. Iya madah munyi nya maya nyimpul jurai ari opis menteri iya ba Aum Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak Ke-19, Hari Satu. Ba pekara bukai, Dato Sri John Sikie madah, taba ngaga projek Opis Pelilih Lingga enggau Opis Pelilih Mit Maludam udah dikemendarka digaga Kaunsil Pengatur Nengeri. "Dua iti projek tu disadang deka berengkah suku ketiga taun 2025 dalam kandang 24 bulan. "Agensi pengatur dua iti projek tu iya nya Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak," ku iya madah baru. -EDISI UKAS |
View |
news |
Pembangunan Pesat Terus Dilaksanakan Di Santubong |
SANTUBONG: Semenanjung Santubong bakal berkembang pesat dengan projek utama seperti jalan raya berkembar, laluan ART, serta pembangunan hotel dan 'marina bay' oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC). Datuk Bandar DBKU, Dato Hilmy Othman, optimis bahawa Santubong akan menjadi destinasi maju di masa hadapan. "Saya selaku Datuk Bandar bersama wakil-wakil rakyat di Santubong akan terus memastikan rakyat-rakyat di sini tidak ketinggalan untum menempah kemajuan dan kepesatan yang akan dijalankan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Hari Santubong 2024 yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri di Dewan Komuniti Kampung Santubong pada Sabtu. Selain itu, kemajuan ini juga diteruskan lagi dengan pembinaan Kompleks Al-Falak yang akan dibuat di Santubong bagi memajukan bidang sains dan teknologi di Sarawak. Tambahnya, taman arkeologi di Sungai Jaong, Bukit Sam dan Bukit Maras turut dibangunkan sebagai tapak warisan yang dilaksanakan oleh Jabatan Muzium Sarawak. Dalam pada itu, Dato Hilmy turut mengesyorkan agar Hari Santubong akan menjadi acara tonggak DBKU yang akan jadi acara tahunan. -EDISI UKAS |
View |
news |
Sarawak Terima 3,498 Permohonan Pengiktirafan Bumiputera Dalam Tempoh Setahun |
KUCHING: Jawatankuasa Pengiktirafan Sebagai Bumiputera Sarawak telah menerima sebanyak 3,498 permohonan untuk diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak bagi tempoh 1 November 2023 hingga 31 Oktober 2024. Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai memaklumkan bahawa daripada jumlah tersebut, 3,329 permohonan telah diluluskan, 141 permohonan sedang disemak semula, manakala 28 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat kelayakan. Menurut beliau, syarat utama untuk individu diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak termasuk pemohon mestilah warganegara Malaysia, merupakan anak kandung kepada salah seorang Bumiputera Sarawak dan salah seorang ibu bapa kandungnya mestilah Bumiputera Sarawak. “Sistem Permohonan Pengiktirafan Bumiputera Sarawak yang dibangunkan telah mula digunakan pada 2 September 2024. “Sistem ini membolehkan permohonan dilakukan secara dalam talian melalui portal Kerajaan Sarawak. “Setakat ini, sistem tersebut telah merekodkan sebanyak 370 permohonan secara digital yang mempercepatkan proses kelulusan dan memudahkan pengurusan dokumen,” ujarnya. Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin. Dato Sri John Sikie turut menekankan bahawa pindaan kepada Interpretation Ordinance (Amendment) 2022 kini membolehkan anak-anak hasil perkahwinan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak. Katanya, langkah ini memberikan peluang kepada mereka untuk memohon status tersebut melalui prosedur yang lebih mudah. Beliau berharap perkembangan ini akan mempercepatkan proses pengiktirafan dan memberi manfaat kepada lebih ramai individu di Sarawak.-EDISI UKAS |
View |
news |
Penyelarasan Gaji, Elaun Baharu KMKK Dalam Peringkat Akhir Kajian Terperinci |
KUCHING: Kerajaan Sarawak dalam peringkat akhir kajian terperinci bagi keperluan penyelarasan gaji dan elaun baharu Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum (KMKK). Menteri Di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai berkata, kali terakhir Kerajaan Sarawak membuat penyelarasan gaji bagi KMKK adalah pada tahun 2018 menyaksikan kenaikan sebanyak RM100. ”Oleh itu, Kerajaan Sarawak dalam peringkat akhir kajian terperinci bagi keperluan penyelarasan gaji dan elaun baharu KMKK selaras dengan peranan, tanggungjawab serta bebanan tugas yang semakin mencabar di samping keadaan ekonomi semasa," katanya. Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin. Setakat ini ujarnya, terdapat sejumlah 671 orang Ketua Masyarakat dan 6,921 orang Ketua Kaum di seluruh Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu menambah, Kerajaan Sarawak juga akan mengkaji Skim Perkhidmatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum yang sedia ada bagi tujuan penambahbaikan termasuk keperluan setelah tamat perkhidmatan. Selain itu katanya, Kerajaan setakat ini telah menerima sebanyak 915 permohonan cadangan pewujudan jawatan baharu KMKK dari semua bahagian di seluruh Sarawak. Dalam pada itu, beliau juga memberitahu, pelbagai program pemerkasaan dan pemantapan pemimpin peringkat akar umbi sedang dilaksanakan secara berperingkat melalui Pejabat Residen Bahagian dan Pejabat Daerah. ”Selain itu, mulai tahun 2025, Kerajaan akan memperkenalkan kursus induksi kepada semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di seluruh Sarawak bagi meningkatkan kompetensi dan kepimpinan KMKK,” ujarnya. -EDISI UKAS |
View |
news |
Majlis Adat Istiadat Sarawak Perkenal Pendekatan Baharu Dalam Pengajaran Adat |
KUCHING: Majlis Adat Istiadat Sarawak kini memperkenalkan langkah baharu dalam kajian dan pengajaran ‘Adat’ bagi memastikan ia terus relevan dengan perubahan situasi sosial masa kini. Menteri di Pejabat Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, berkata pendekatan ini bertujuan menilai semula Adat dan menyusun semula dalam format undang-undang selaras dengan prinsip perundangan Malaysia. Beliau mengambil contoh Adat Iban Chelap Dapur yang mewajibkan dapur digunakan sekurang-kurangnya sekali sebulan dengan kegagalan dikenakan denda dan upacara ritual. “Melalui pendekatan baharu, Adat ini akan ditafsir semula sebagai kewajipan pemilik bilik di rumah panjang untuk kembali sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan serta memastikan biliknya sentiasa dalam keadaan baik. “Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,” katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin. Dato Sri John Sikie turut menekankan kepentingan menghidupkan semula Adat lama yang telah dilupakan atau tidak diamalkan selama beberapa dekad. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus menjelaskan antaranya seperti Adat yang memerlukan kebenaran sebelum memasuki, melalui atau menggunakan tanah atau harta milik orang lain. “Adat seperti ini masih sangat relevan, terutamanya di kawasan Bidayuh yang sering menghadapi isu berkaitan aktiviti rekreasi. “Saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut apabila mengetengahkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis,” tambahnya. Ujar beliau, pendekatan baharu ini diharapkan dapat memastikan kesinambungan Adat sebagai asas kebudayaan dan panduan peraturan masyarakat tempatan. – EDISI UKAS |
View |
news |
Taklimat Adat Kepada Pelbagai Agensi Untuk Perkukuh Pemahaman |
KUCHING: Majlis Adat Istiadat Sarawak terus berusaha memperkukuh pemahaman dan pengamalan Adat melalui taklimat kepada pelbagai agensi dan organisasi. Menteri di Pejabat Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, antara pihak yang terlibat ialah Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS), Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Jabatan Muzium Sarawak dan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI). Tambah Dato Sri John Sikie, dialog dan sesi libat urus turut diadakan bersama persatuan serta wakil komuniti Iban dan Bidayuh di luar Sarawak sepanjang tahun ini. “Bahagian Penyelidikan Bidayuh telah mengadakan taklimat dan sesi dialog mengenai Adat Bidayuh bersama ahli-ahli Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di Lembah Klang. “Antara isu yang dibincangkan termasuk hak warisan harta dan penempatan semula di kampung asal mereka. “Bagi Bahagian Iban, dialog telah diadakan bersama Persatuan Anak Sarawak dan beberapa persatuan Iban lain di Johor Bahru. “Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan mereka mengenai Adat belelang, bejalai dan pindah,” katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus turut memaklumkan bahawa Majlis juga membantu melatih pegawai pentadbiran di Pejabat Residen dan Daerah mengenai Adat melalui kursus anjuran Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak. Langkah ini bertujuan memperkukuh pemahaman Adat dalam kalangan masyarakat dan penjawat awam, katanya lanjut.-EDISI UKAS |
View |
news |
3,674 Kuarters Kerajaan Bakal Dibina Di Seluruh Sarawak |
KUCHING: Sebanyak 3,674 kuarters kerajaan bakal dibina di seluruh Sarawak bagi menampung keperluan perumahan untuk penjawat awam terutamanya di kawasan luar bandar. Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai berkata, projek-projek tersebut dijangka bermula serentak mengikut fasa dengan pelaksanaan dalam tempoh 24 hingga 48 bulan. Menurutnya, bagi Daerah Daro dan Daerah Bintulu, projek ‘Service Quarters’ turut dimasukkan dalam senarai keutamaan dan dijangka bermula pada pertengahan tahun 2025. “Reka bentuk ‘Service Quarters’ adalah berkonsepkan pangsapuri moden yang dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan serbaguna, dobi, surau dan kedai serbaneka untuk kemudahan penjawat awam,” katanya. Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin. Dalam perkembangan lain, Dato Sri John Sikie berkata, tapak bagi pembinaan Pejabat Daerah Lingga dan Pejabat Daerah Kecil Maludam telah diluluskan oleh Majlis Perancangan Negeri. “Kedua-dua projek ini dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2025 dan tempoh pelaksanaan projek adalah selama 24 bulan. “Agensi pelaksana bagi kedua-dua projek adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak,” katanya. -EDISI UKAS |
View |
news |
鼓励退休砂拉越公务员继续在各方面作出贡献 |
古晋:鼓励退休砂拉越公务员利用在服务过程中获得的经验、专业知识和智慧,继续在各方面做出宝贵贡献。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,虽然他们不再活跃于公务,但他们仍有巨大潜力,通过各种渠道为区域发展做出贡献。 他表示,他们的经验是无价的财富,可以继续对社区产生积极影响,并加强共同努力,为砂拉越取得更大进步。 “我相信那些退休公务员已从所做的工作中受益,因为它对我们所有人的生活产生了巨大影响。我们正在共同做好准备,迎接未来的挑战。我代表砂拉越政府对你们所提供的服务表示最深切的谢意,并祝你们退休生活愉快,希望你们也能成为仍在公共服务领域服务的人们的榜样。” 他是周一在砂拉越立法议会宴会厅举行的砂拉越公共服务感恩典礼上,作此表示。 在典礼上,共有12名在2023年和2024年退休的政府高级官员获得表彰。 其中包括前砂食品工业、原产业及区域发展部常务秘书拿督埃温阿比、前人力资源管理与发展单位总监拿督依斯迈哈尼斯、前砂拉越污水服务局局长拿督刘贤文、前砂拉越教育、创新及人才发展部常务秘书拿督阿兹米及砂公共服务委员会副主席亚历山大。 其他退休官员该包括宗教事务单位前主任拿督杰克阿曼、前美里省省长区贾玛莉、前马鲁帝县议会官员贝拉勇、前砂拉越交通部常务秘书拿督爱丽丝、前砂妇女发展、儿童和社区和谐部常务秘书诺丽雅、前板督县议会官员兰贡瓦森及浮刹县议会官员武让拉迪。 拿督巴丁宜阿邦佐哈里也在砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生、砂拉越教育、创新及人才发展部长拿督斯里罗伦沙嘉、砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部长拿督斯里阿都卡林和砂拉越政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡的陪同下,赠送纪念品给所有退休官员。 出席者包括砂拉越议长丹斯里拿督阿玛阿斯菲亚、砂拉越律政司拿督斯里沙菲里阿里、砂拉越财政司拿督斯里旺利佐曼、砂拉越副部长、砂拉越副政府秘书(经济规划及发展)拿督斯里莫哈末阿都拉再迪、砂拉越副政府秘书(行政)拿督巴克兰、砂拉越副政府秘书(行动)拿督许赞麒以及其他部门主管。-UKAS刊 |
View |
news |
Yang di-Pertua Negeri Sarawak & Bini Deka Ngulu Pengerami Nyambut Pengelikun 100 Taun Di Kapit |
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar enggau bini, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi deka ngulu pengerami nyambut 100 Taun Sempekat Pengelikun Kapit 1924-2024 ke deka diatur enda lama agi. Menteri Kereja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi madah, pengerami ngelai 100 taun sempekat pengelikun nya diatur kena 5 ngagai 8 Disember tu ti bela disempulang enggau macham program ke disadang bela digulu urung 500 iku bala bukai. Ku iya, program nya nyengkaum seminar ti mantaika keretas kereja bekaul sejarah enggau daya idup ari raban antropologi. "Bala mayuh ke datai ila nyengkaum tuai komuniti Dayak di Sarawak enggau pengari ari Kalimatan, Indonesia. "Kebuah pia, sempekat pengelikun nya suba bela ditanggam bansa Dayak Sarawak enggau Kalimantan," ku iya madah maya dirandau media udah ke ngatur penemuai basa ngagai Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi enggau Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah di Astana Negeri Sarawak, Hari Satu. Nambahka jaku iya, Dato Sri Alexander madahka Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dipelabaka datai ngulu pengerami nya kena 8 Disember tu ila. Kelimpah seminar, ku iya ke mega Kaban Parlimen Kapit madah, pengerami ila bela disempulang enggau regatta pekit lumba perau laju. Kepenemu mayuh, tu penemuai keterubah Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi ke Kapit sepengudah diangkat nyadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Bela datai maya penemuai basa nya Chairman Yayasan Tun Jugah Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah, Sapit Menteri Utiliti enggau Telekomunikesyen Datuk Liwan Lagang, Sapit Menteri ba Opis Premier Sarawak (Undang-Undang, Adat enggau Main Asal) Datuk Jefferson Jamit Unyat, Kaban Kunsil Nnegeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang, ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon, ADUN Katibas Lidam Assan, ADUN Baleh Nicholas Kudi Jantai, Residen Sitak Kapit Galong Luang, Pegawai Pelilih Belaga Bidah Lujah sereta bala bukai. -EDISI UKAS |
View |
news |
Pesara Penjawat Awam Sarawak Disaran Terus Beri Sumbangan Dalam Pelbagai Kapasiti |
KUCHING: Penjawat awam Sarawak yang telah bersara disaran agar terus memberi sumbangan berharga dalam pelbagai kapasiti dengan memanfaatkan pengalaman, kepakaran dan kebijaksanaan yang diperoleh sepanjang perkhidmatan mereka. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, meskipun tidak lagi aktif dalam tugas rasmi, mereka masih memiliki potensi besar untuk menyumbang kepada pembangunan wilayah ini melalui pelbagai saluran. Menurutnya, pengalaman yang mereka miliki adalah aset yang tidak ternilai dan ia dapat terus memberi impak positif kepada masyarakat serta memperkukuh usaha bersama untuk mencapai kemajuan yang lebih gemilang bagi Sarawak. "Saya percaya bahawa mereka yang telah bersara ini telah merasai manfaat daripada kerja yang telah dilaksanakan, kerana impaknya yang besar dalam kehidupan kita semua. "Kita bersama-sama mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang. "Bagi pihak Kerajaan Sarawak, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas perkhidmatan yang telah diberikan dan selamat bersara. Semoga anda juga menjadi contoh teladan kepada mereka yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan awam,"katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Sekalung Budi Perkhidmatan Awam Sarawak di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin. Pada majlis itu, seramai 12 pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bersara pada 2023 dan 2024 diraikan. Antaranya ialah mantan Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datu Edwin Abit, mantan Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Datu Ismail Mohamad Hanis, mantan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak Datu Ir. Lau Hieng Ung, mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datu Azmi Bujang serta mantan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Alexander Unya Ambon. Turut diraikan ialah mantan Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain Datu Jack Aman Luat, mantan Residen Pentadbiran Bahagian Miri Jamalie Busri, mantan Pegawai Daerah Marudi Belayong Pok, mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Dato' Alice Jawan Empaling, mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Noriah Ahmad, mantan Pegawai Daerah Pantu Langgong Wasam dan bekas Pegawai Daerah Pusa Bujang Ladi. Datuk Patinggi Abang Zohari turut menyampaikan cenderamata kepada kesemua pegawai bersara tersebut ditemani Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawam Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Hadir sama ialah Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar, Timbalan-timbalan Menteri Sarawak, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi Dan Pembangunan) Dato Sri Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, serta Ketua-ketua jabatan yang lain. -Edisi UKAS |
View |
FirstPrevious681682683684685686687688689690NextLast |