Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
AgriCOP Strengthens Transformation Of Rural Agriculture |
BINTULU: The Agricultural Community Outreach Programme (AgriCOP) continues to prove its effectiveness as a catalyst for the transformation of the rural agriculture sector when 250 participants from 12 longhouses participated in the programme which ended at Rumah Tabor Lasah, Sungai Sera, Sebauh. Minister of Food Industry, Commodity and Regional Development Sarawak (M-FICORD), Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom said that AgriCOP not only brings the services of the Department of Agriculture (DOA) closer to the village and longhouse communities, but also serves as a platform for the delivery of knowledge and modern agricultural methods to the farming community. “AgriCOP is a programme that we bring to be close to the community living in villages or longhouses. “In fact, this programme is also a platform for DOA to share information and the latest methods in the agricultural sector to make it easier for entrepreneurs while strengthening the agricultural sector,” he said at the AgriCOP postponement ceremony at Rumah Tabor Lasah, Sungai Sera, Sebauh, on Friday. He stressed that organising AgriCOP also aims to attract young graduates and youth to venture into the agricultural sector, which is now easier to operate through the use of high-tech machines and various government initiatives such as greenhouses, smart agriculture and agroparks. According to him, Internet of Things (IoT)-based technology has begun to be introduced in modern agriculture, including at the Sungai Sebiew Agricultural Training Centre (ATC) which is developing a precision farming project. “Through this technology, field work can be controlled remotely using the internet, thus reducing dependence on manual labour. “I hope that young people dare to learn this new technology through the training provided, where they will be given plots of land and greenhouses as models for starting modern agricultural enterprises,” he explained. Commenting on the proposed agropark project, he praised the leadership of Tuai Rumah Tabor who is proactive in supporting government initiatives, but stressed that the community should be wise in choosing products with high potential in terms of market value and demand. “We want the leadership at the village and longhouse levels to be the link with the government in announcing programmes and initiatives that can improve the household economy. However, each project must be seen in terms of market value so that this effort truly yields returns,” he stressed. Dato Sri Dr. Stephen Rundi also reminded that all the knowledge learned through AgriCOP should be practiced continuously for the survival of the agricultural sector, in addition to inviting the farming community to equip themselves with IoT knowledge so that they do not lag behind developed countries that are now completely dependent on smart technology. At the event, he also announced an allocation of RM300,000 through the Rural Transformation Project (RTP) to Rumah Tabor Lasah and RM30,000 to the Village Development and Security Committee (JKKK) of the longhouse. Meanwhile, Deputy Ministers of M-FICORD, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail and Datuk Maclaine @ Martin Ben, each contributed RM10,000 to the Rumah Tabor Lasah Women’s Bureau. Also present at the event were Bintulu Division Resident Datu Nyurak Keti and Sarawak Department of Agriculture Director Dominic Chunggat. -UKASnews |
View |
|
news |
Bakat Muda Semakin Menyerlah Dalam Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak E4/2025 |
SRI AMAN: Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak E4/2025 (Junior) terus mendapat perhatian apabila memasuki hari ketiga dengan memperlihatkan deretan aksi sengit serta bakat-bakat muda yang kian menyerlah dalam arena sukan tempur itu. Pertandingan yang menghimpunkan atlet belia dari seluruh Sarawak ini bukan sahaja menjadi medan menggilap potensi, malah membuka ruang kepada mereka untuk menimba pengalaman sebagai persediaan bersaing di pentas lebih tinggi. Dalam kategori junior, beberapa keputusan mencuri tumpuan apabila Muhamad Arif Ariffin Khalik menjuarai kelas Minimum Flyweight (42kg), diikuti Lemuel Marupei Salim yang mengungguli kelas Minimum Light Fly (44kg) serta Muhammad Nazran Abdullah dalam Pin Weight (46kg). Aksi bertenaga turut dipamerkan oleh Dominic Jampi yang menjuarai kelas Light Welterweight (48kg), Teo Hudsun di Flyweight (50kg), manakala Cyrill Cyventxaxier Engkalik Tithomas L mencatat kemenangan dalam Light Bantamweight (52kg). Tidak kurang hebat, Muhammad Irfan Mohamad Ishak memastikan kemenangan di Bantam Weight (54kg), disusuli kejayaan Mohammad Zakwan Kamaruddin dalam Featherweight (57kg), serta Dani Izacc Muhd Faiz yang mendominasi Lightweight (60kg). Dalam kategori lebih berat, Mohammad Rozmey Abdullah Roslan menguasai Light Welter (63kg), Ryan Fabiono Maikclay muncul juara Welterweight (67kg), manakala Tristan Aeden Minggu tidak mengecewakan dalam Light Middleweight (71kg). Sementara itu, Nur Muhammad Maatin menewaskan lawannya dalam aksi dramatik kelas Heavyweight (75kg). Bagi kategori Sukan Malaysia (SUKMA) Age, tiga juara baharu dinobatkan iaitu Reuben Haruaki Kobayashi (Bantamweight 54kg), Nurazha Ibrahim (Light Middle 71kg), serta Anderton Tie Teck Hieng yang unggul dalam Cruiserweight (86kg). Acara wanita juga tidak kurang hebatnya apabila Siti Nur Anissa Stephen Gadoh mengungguli kelas Feather (57kg), manakala Eurenia Joachin tampil juara dalam Light Welter (63kg). Secara keseluruhannya, penganjuran kali ini membuktikan sukan tinju Sarawak mempunyai barisan pelapis yang berdaya saing dengan semangat juang tinggi. Kejohanan ini bukan sahaja melahirkan atlet berpotensi, malah memberi pendedahan awal kepada mereka dalam persiapan menghadapi temasya SUKMA akan datang.—EDISI UKAS |
View |
|
news |
PRO-DR Roadshow 2025 Lundu: Billy Umum Projek Pendidikan Bernilai Jutaan Ringgit, Pacu Masa Depan Belia |
LUNDU: Daerah Lundu yang menjadi lokasi terakhir ‘Project of Dreams Realised’ (PRO-DR) Roadshow 2025, yang berlangsung di Dewan SMK Lundu menjadi saksi pengumuman beberapa inisiatif penting bernilai jutaan ringgit dalam sektor pendidikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Billy Sujang. Billy dalam ucapannya menegaskan bahawa pendidikan merupakan kunci utama masa depan negeri dan menyeru para pelajar agar memanfaatkan peluang PRO-DR Roadshow untuk memperkasa pengetahuan, kemahiran digital serta merancang kerjaya dengan yakin. “Adik-adik pelajar adalah aset paling berharga negeri ini kerana masa depan Sarawak terletak pada usaha, disiplin dan semangat anda semua,” tegasnya semasa berucap dalam majlis perasmian program berkenaan, di sini, pada Jumaat. Dalam pada itu, Billy mengumumkan beberapa projek besar termasuk peruntukan RM200,000 untuk naiktaraf Dewan Makan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu yang kini dalam pembinaan, RM150,000 bagi kerja baik pulih bahagian belakang pentas dewan sekolah tersebut, serta tambahan RM150,000 untuk menaiktaraf dapur Dewan Makan SMK Lundu di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). Tumpuan turut diberikan kepada sekolah rendah apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Sebako diluluskan peruntukan RM350,000 bagi pembinaan kuarters guru baharu, di samping perancangan projek mega pembinaan semula blok sekolah SK Sebako dengan kos RM5 juta melalui dana Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) yang akan dimuktamadkan dalam mesyuarat GKCDA pada 28 Ogos 2025. Dalam aspek pembangunan teknologi dan kemahiran abad ke-21, Billy turut menyalurkan RM15,000 untuk menubuhkan T&T Mini Lab di SMK Lundu, sebuah platform pembelajaran inovatif yang bakal melahirkan generasi pelajar lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing. PRO-DR Roadshow edisi ke-10 ini berjaya menghimpunkan lebih 30 institusi dan agensi yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai laluan pendidikan, TVET, sains dan teknologi, latihan profesional serta kemahiran abad ke-21. Billy turut merakamkan penghargaan kepada pihak TEGAS, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, ketua jabatan serta komuniti setempat yang menyumbang kepada kejayaan PRO-DR Roadshow 2025. Hadir sama, wakil Residen Bahagian Kuching Joseph Liaw, wakil Pegawai Daerah Lundu Anwar Fakhriyuddin, Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS Udin Bujang dan Pengetua SMK Lundu Azizan Madlihi. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
PWKM Tonggak Pembangunan, Rakan Strategik Kerajaan |
SIBURAN: Persatuan Wanita Kawasan Mambong (PWKM) menjadi tonggak pembangunan dalam masa yang sama bertindak sebagai rakan strategik penting kerajaan dalam menjayakan agenda pembangunan sosial dan ekonomi di kawasan Mambong. Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil menegaskan, wanita Mambong melalui PWKM telah membuktikan keupayaan mereka menjadi pemacu perubahan positif dalam komuniti. Menurut beliau, wanita bukan sahaja tonggak keluarga tetapi juga merupakan aset penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. “Peranan PWKM sebagai rakan strategik kerajaan amat signifikan kerana mampu menjayakan inisiatif berkaitan pendidikan, ekonomi, kebajikan serta pemerkasaan kemahiran digital. “Justeru, kerajaan bersama Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong akan terus memberikan sokongan penuh kepada PWKM bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO),” ujarnya semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Apresiasi PWKM 2025, di sini, pada Jumaat. Mengulas lanjut, beliau memberitahu PWKM telah menunjukkan bahawa kekuatan sebenar wanita bukan hanya pada membina keluarga yang sejahtera, tetapi juga dalam membina masyarakat yang progresif. “Kita mahu wanita Mambong terus menjadi inspirasi kepada generasi muda dan menjadi sebahagian daripada perjalanan pembangunan Sarawak,” katanya. Sebagai simbolik penghargaan, Datuk Dr Jerip turut menyampaikan Sijil Penyertaan ‘Food Handler Training’ yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Program berkenaan melibatkan 28 ahli PWKM dan dianjurkan di Kolej Komuniti Mas Gading sebagai usaha memperkasa pengetahuan dan kemahiran ahli. Hadir sama, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan Julius Scott Sapong, Penasihat PWKM merangkap Ahli Majlis Perbandaran Padawan Rosline Lasek, Pengerusi PWKM Niput Ahip serta Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Mambong Kasean Nena. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Tema Kain Pelikat Serikan Miri City Car-Free Day 2025 |
MIRI: Penganjuran Miri City Car-Free Day 2025 tampil lebih unik tahun ini apabila mengetengahkan tema kain pelikat yang sarat dengan nilai simbolik, sekali gus menceriakan suasana sambutan di bandar raya ini. Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang berkata, pemilihan kain pelikat bukan sekadar sebagai pakaian tradisional, malah melambangkan kesederhanaan, tradisi dan perpaduan rakyat Malaysia. “Kain pelikat adalah simbol kehidupan yang sederhana, mengingatkan kita kepada budaya dan akar tradisi yang menjadi asas kepada perpaduan masyarakat. Ia selaras dengan semangat Car-Free Day yang bukan hanya menekankan kelestarian alam sekitar, tetapi juga nilai budaya yang menyatukan rakyat,” katanya ketika merasmikan program tersebut di perkarangan Dewan Bandaraya Miri pada Sabtu. Selain aktiviti riadah, beliau berkata, sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan sukan rakyat seperti melastik tradisional, memanah tradisional dan permainan warisan lain yang membangkitkan nostalgia di samping memupuk semangat kebersamaan. Menurutnya, Car-Free Day memberi ruang kepada masyarakat untuk berjalan kaki, berbasikal, berlari dan menikmati udara segar tanpa gangguan kenderaan, sambil mengeratkan hubungan sesama keluarga serta komuniti. Yii menegaskan, penganjuran tersebut sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), iaitu SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan) serta SDG 13 (Tindakan Iklim). “Matlamat kita jelas – menggalakkan gaya hidup sihat, mewujudkan ruang awam yang selamat, berkongsi ilmu melalui pemeriksaan kesihatan dan pameran, serta memperkukuh kerjasama antara kerajaan, NGO, sektor swasta dan komuniti,” ujarnya. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap SDG MBM, Kaunselor Jamil Bujang serta jawatankuasanya yang telah memastikan kelancaran penganjuran. Antara pengisian program ialah briskwalk, larian santai, aktiviti berbasikal, pickleball, cabaran lastik, pemeriksaan kesihatan percuma serta pameran pendidikan yang berjaya menarik penyertaan ratusan warga bandar raya.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
AgriCOP Perkukuh Transformasi Pertanian Luar Bandar |
BINTULU: Program Jangkauan Komuniti Pertanian (AgriCOP) terus membuktikan keberkesanannya sebagai pemangkin transformasi sektor pertanian luar bandar apabila seramai 250 peserta daripada 12 rumah panjang menyertai program tersebut yang berakhir di Rumah Tabor Lasah, Sungai Sera, Sebauh. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, AgriCOP bukan sahaja mendekatkan perkhidmatan Jabatan Pertanian (DOA) kepada komuniti kampung dan rumah panjang, malah menjadi platform penyampaian ilmu serta kaedah pertanian moden kepada masyarakat tani. “AGRICOP ini adalah satu program yang kita bawa agar dekat dengan komuniti yang tinggal di kampung ataupun rumah panjang. “Malah program ini juga merupakan platform untuk DOA berkongsi maklumat serta kaedah terkini sektor pertanian agar memudahkan para pengusaha sekaligus memantapkan sektor pertanian,” katanya pada majlis penangguhan AgriCOP di Rumah Tabor Lasah, Sungai Sera, Sebauh, pada Jumaat. Beliau menegaskan, penganjuran AgriCOP juga bertujuan menarik minat graduan muda dan belia menceburi sektor pertanian yang kini lebih mudah diusahakan melalui penggunaan mesin berteknologi tinggi serta pelbagai inisiatif kerajaan seperti rumah hijau, pertanian pintar dan agropark. Menurutnya, teknologi berasaskan Internet Benda (IoT) sudah mula diperkenalkan dalam pertanian moden, termasuk di Pusat Latihan Pertanian (ATC) Sungai Sebiew yang membangunkan projek pertanian jitu (precision farming). “Melalui teknologi ini kelak kerja-kerja di lapangan dapat dikawal dari jauh menggunakan internet, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual. “Saya berharap golongan muda berani mempelajari teknologi baharu ini melalui latihan yang disediakan, di mana mereka akan diberi plot tanah dan rumah hijau sebagai model untuk memulakan perusahaan pertanian moden,” jelasnya. Mengulas cadangan projek agropark, beliau memuji kepimpinan Tuai Rumah Tabor yang proaktif menyokong inisiatif kerajaan, namun menekankan agar komuniti bijak memilih produk berpotensi tinggi dari segi nilai pasaran dan permintaan. “Kita mahu kepimpinan di peringkat kampung dan rumah panjang menjadi penghubung dengan kerajaan dalam menguar-uarkan program serta inisiatif yang dapat meningkatkan ekonomi isi rumah. “Namun, setiap projek perlu dilihat dari segi nilai pasaran agar usaha ini benar-benar memberi pulangan,” tegasnya. Dato Sri Dr. Stephen Rundi turut mengingatkan agar segala ilmu yang dipelajari melalui AgriCOP diamalkan secara berterusan demi kelangsungan sektor pertanian, di samping mengajak masyarakat tani melengkapkan diri dengan pengetahuan IoT supaya tidak ketinggalan berbanding negara maju yang kini sepenuhnya bergantung kepada teknologi pintar. Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM300,000 melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kepada Rumah Tabor Lasah serta RM30,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang tersebut. Sementara itu, Timbalan-Timbalan Menteri M-FICORD, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail dan Datuk Maclaine @ Martin Ben masing-masing menyumbang RM10,000 kepada Biro Wanita Rumah Tabor Lasah. Turut hadir dalam majlis ini ialah Residen Bahagian Bintulu Datu Nyurak Keti dan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic Chunggat.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
雪兰莪苏丹赞同在砂拉越博特拉大学(UPM)设立兽医课程 |
民都鲁:雪兰莪苏丹沙拉弗丁陛下赞同博特拉大学(UPM)民都鲁校区设立全马最大规模的兽医相关课程计划。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,这一举措对培养更多本地兽医毕业生具有重要意义。 “的确,在讨论会上,雪兰莪苏丹已表示赞同,因为砂拉越在农业和畜牧业领域具有巨大潜力。因此,陛下御准在民都鲁设立马来西亚最大的专业学院。” 他是在星期六于民都鲁旧机场主持2025年砂拉越农业嘉年华开幕仪式后,发表上述谈话。 此外,砂拉越总理也推介了“砂拉越注册兽医”标志,并颁发多个奖项,包括食品种植成功企业奖、农业产业成功企业奖、内陆渔业成功企业奖、区级农民组织成功奖、畜牧业成功奖,以及砂拉越农业创业标杆奖。 出席活动的嘉宾包括砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生、砂拉越立法议会议长丹斯里拿督阿玛阿斯菲亚、旅游艺术与文化部长拿督斯里张庆信、砂拉越食品工业、原产品及区域发展部长拿督斯里斯蒂芬伦迪医生,以及多位部长、副部长、各部门主管及其他贵宾。- UKAS 刊 |
View |
|
news |
UiTM Sarawak Kampus Samarahan Menjadi Jambatan Global Hubungkan Pelajar & Pengajar |
KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Kampus Samarahan mengukuhkan peranannya sebagai jambatan global yang menyatukan pelajar dan tenaga akademik dari pelbagai negara melalui pendidikan, budaya dan persahabatan. Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Dr Firdaus Abdullah menyifatkan program ini sebagai lebih daripada sekadar agenda akademik. “Come Discover Bumi Kenyalang 2025 (CDBK2025) bukan sekadar program mobiliti, tetapi sebuah jambatan persahabatan yang menghubungkan kita merentas sempadan budaya. “Sepanjang seminggu, para peserta telah melangkah keluar dari zon selesa, merasai sendiri kepelbagaian dan menemui kekuatan baharu dalam diri mereka,” katanya semasa berucap dalam majlis penutupan CDBK2025, di sini, pada Jumaat. Edisi ketiga CDBK berjaya menghimpunkan 40 peserta antarabangsa dari Kemboja, China dan Indonesia, melibatkan pelajar serta staf dari National University of Management, Guangxi Minzu Normal University, Quanzhou Technical & Vocational University, serta Universitas Panca Bhakti (UPB), Pontianak. Profesor Dr Firdaus turut menegaskan komitmen UiTM Sarawak untuk terus memperluas rangkaian global melalui pelbagai MoU dan MoA dengan universiti antarabangsa. “Semua usaha ini demi memastikan generasi kita mampu berdiri sama tinggi dengan rakan antarabangsa. Nilai pengalaman yang diperoleh tidak diukur dengan gred atau sijil, sebaliknya melalui tawa, pelajaran berharga dan keyakinan diri yang terpahat di hati,” tambahnya. Sepanjang program, peserta didedahkan dengan pengalaman unik berasaskan budaya Sarawak termasuk Jom Klaka Bahasa Sarawak, pembuatan kek lapis, permainan tradisional, cabaran luar, lawatan budaya serta persembahan tarian etnik, menjadikan CDBK25 sebagai ruang sebenar untuk memahami keharmonian masyarakat berbilang kaum di Bumi Kenyalang. Sebelum merasmikan penutupan, beliau menyeru para peserta untuk menjadi Duta Kecil Sarawak di negara masing-masing dengan berkongsi pengalaman dan persahabatan yang terjalin. Hadir sama, Penolong Naib Canselor (Antarabangsa) UiTM Global Profesor Madya Datin Dr Norazida Mohamed, Pengarah Jabatan Kedudukan UiTM Global Profesor Madya Ts Dr Rosdiana Hasham, Pengarah Perhubungan Perkongsian Strategik UiTM Global Profesor Madya Dr Wan Fairos Wan Yaacob, Naib Rektor MT Kerjasama Universitas Panca Bakhti (UPB) Ir Arif Parabi, Pengarah Jaminan Kualiti UPB Profesor Dr Ir Rahmatullah Rizieq dan Penyelaras UiTM Global Sarawak Dr Wan Juliana Emeigh Wahed. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
FTLA Ke-35 Zon Selatan 2025 Semarakkan CENTEXS Lundu |
LUNDU: Festival Tari dan Lagu Melayu Asli (FTLA) ke-35 Peringkat Zon Selatan 2025 membuka tirai dengan meriah di CENTEXS Kampus Lundu, menampilkan persembahan berteras warisan budaya Melayu asli. Program anjuran Majlis Seni Sarawak itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang pada Jumaat. Malam pembukaan menyaksikan Pertandingan Tarian Melayu Asli dengan penyertaan sembilan pasukan, diikuti Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli yang menampilkan lapan peserta lelaki dan perempuan. Persembahan bertenaga para penari dan penyanyi bukan sahaja mengangkat kehalusan gerak tari dan lenggok vokal Melayu asli, malah menyerlahkan kreativiti koreografi serta penghayatan muzik tradisi. FTLA akan diteruskan pada hari kedua dengan Sesi Ngelakar Seni pada sebelah pagi, platform wacana dan perkongsian ilmu seni sebelum pentas kembali hangat pada sebelah malam dengan sambungan Pertandingan Tarian serta Nyanyian Lagu Melayu Asli. Penganjuran FTLA Zon Selatan tahun ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan komuniti seni tempatan, mengetengahkan bakat baharu dan memastikan kesinambungan warisan seni tari serta lagu Melayu asli agar terus hidup dalam kalangan generasi muda.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Mother's Sacrifice In 'Kasih Padi Bonda' Theatrical Performance An Inspiration For All |
KUCHING: The Kasih Padi Bonda theatrical play directed by Rushdi Mornie Daud touched the hearts of the audience in telling the story of Dara, a steadfast mother who made sacrifices to see her children succeed after the passing of her beloved husband. The script by Nooruddin Ismail Talab was staged at the Balai Budaya Cultural Centre , Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak Branch with emotion, revealing the values of love, perseverance, sacrifice and life's struggle that is close to the community. Deputy Minister in the Sarawak Premier's Department (Corporate Affairs, Information and UKAS), Datuk Abdullah Saidol expressed his appreciation to the production team and DBP for organising the play which not only featured experienced actors, but also involved the participation of primary and secondary school students. "This production is not only interesting in terms of stage performances, but also because it involves many youths. "I admire the combination of veteran actors with primary and secondary school students. Congratulations to this production for successfully delivering the message about a mother's sacrifice so effectively," he said when attending the theatrical performance on Friday night. He also said the main challenge for today's theatre groups is finding a suitable training space. "The only challenge they have is finding a suitable place for them to practice and so on. "And God willing, in two more years from now, the arts centre being built in the old DUN building will be completed. I am confident that arts activities such as theatre, musicals and many other stage performances will be more encouraging," he said. Datuk Abdullah also hoped that theatre performances could be expanded to rural areas so that people in other districts also have the opportunity to enjoy quality performing arts that are close to the people's hearts. According to him, theatre not only functions as entertainment, but also plays a role in educating the community by delivering messages that are close to the reality of the people's daily lives. Kasih Padi Bonda Theatre once again proves that performing arts are not just entertainment, but rather an effective medium in delivering humanitarian messages and strengthening the cultural values of the nation. The ceremony was also attended by the Director of DBP Sarawak Branch, Dr. Azizul Ismail, Director of the Sarawak State National Registration Department, Mahathir Buang, Director of the Sarawak Security and Enforcement Unit, Abdul Wahab Rahim, Director of the Batu Lintang Campus Teacher Education Institute, Dr. Abang Ismail Julhi and Chairman of the Bintang Cahaya Kuching Dramatists' Association, Noor Kartika Rushdi.- UKASnews |
View |
| FirstPrevious631632633634635636637638639640NextLast |