Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Sarawak Mansik Teknologi Nupi Jani Moden Di Denmark

DENMARK: Perintah Sarawak nengah Opis Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Kandang Menua Sarawak (M-FICORD) udah ngatur penemuai gawa ngagai Denmark ari 8 ngagai 17 Ogos 2025 dikena belajar teknologi nupi jelu moden enggau peluang meranak puku ba industri jani. Penemuai nya betuai ke Menteri ari Opis Menteri nya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ti bisi nemuai ngagai sekeda kompeni enggau palan tebilang nyengkaum Big Dutchmen ke mekal perengka ngaga pemakai jelu, Danish Food enggau Veterinary Council ke ngatur pengawa nupi jani, Indu Opis DanBred ke nyadi kompeni murih jani pemadu besai di Denmark, sereta Techocollege ke nyendiaka latih ba bidang nyayat jani. Deligit Perintah Sarawak nya bela ngabas pengawa Danish Finest Chicken ke ngeluar manuk halal enggau Danish Crown di Horsens. Tuju penemuai nya dikena belajar ke teknologi pemadu baru, pengawa manah ba industri betupi sereta chara nagang penyakit baka African Swine Fever (ASF) enggau Foot and Mouth Disease (FMD). Deligit mega diberi penemu senentang teknologi robotik enggau inovasyen ke selalu dikena di Denmark ngulih ke purih jani. Denmark sebagi ari menua pengeluar dagin jani pemadu besai ba Eropah enggau penyampau jelu tupi manggai 11.45 juta iku ba taun 2024, nyaup 30 peratus sektor betanam betupi menua nya. Menua nya mega ngatur eksport 90 peratus ari penyampau ke dikeluar ngagai 140 buah menua nyengkaum Jerman enggau Poland. Nengah penemuai tu, Sarawak ngembuan juluk ati deka ngelangkar pelin pemansang industri betupi jani ti meruan agi sereta matak pengawa meranak puku baru, setipak enggau juluk ati nempa Sarawak nyadi ‘net food exporter’ ba taun 2030. Naka ke diatu, Sarawak udah ngatur eksport sepenyampau 122,400 iku jani idup beungkus RM197.6 juta ngagai Singapura, lalu enggau saup tiga kompeni pengeluar, penyampau eksport disadang manggai RM1 bilion ba taun 2030. Sama bisi ba penemuai nya, Sapit Menteri M-FICORD Datuk Martin Ben, Direktor Servis Veterinar Sarawak Datu Dr Adrian Susin, Direktor Opis Betanam Betupi Sarawak Dominic Chunggat, Menijar Besai SALCRA Joseph Blandoi, Menijar Besai SLDB Profesor Dr Harry Entebang, Direktor UPM Sarawak Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini, Tuai Bagi Polisi M-FICORD David Branch Ambor, Sapit Direktor Servis Veterinar Sarawak Dr William Rovina Nating. -EDISI UKAS

Lihat

news

Projek Naik Taraf Jalan & Loji Air Bersih Bario Dipantau

BARIO: Bekalan air bersih yang selamat serta rangkaian jalan raya yang baik adalah keperluan asas yang menjadi kunci kepada kesejahteraan rakyat luar bandar, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala. Beliau berkata, jalan yang dinaik taraf bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk, malah membuka peluang ekonomi, mempercepatkan akses kepada pendidikan serta memperkukuh perkhidmatan kesihatan. “Begitu juga dengan pembinaan loji air bersih, ia merupakan hak asas yang perlu diberi keutamaan. Kita berbangga apabila usaha ini semakin menjadi kenyataan bagi penduduk kawasan ini,” katanya. Datuk Gerawat berkata demikian semasa menyertai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, dalam lawatan pemantauan projek pembangunan di Bario melibatkan kampung Pa Mada, Pa Dalih, Ramudu dan Batu Patong pada Selasa. Lawatan tersebut meninjau kemajuan projek naik taraf jalan balak serta pembinaan loji air bersih yang dilaksanakan Highland Development Agency (HDA) di bawah penyelarasan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA). Ia turut memberi peluang kepada agensi kerajaan, kontraktor dan pemimpin komuniti untuk menilai keberkesanan pelaksanaan projek agar berjalan lancar mengikut jadual. Datuk Gerawat turut merakamkan penghargaan kepada RECODA dan HDA atas komitmen berterusan dalam memperkasa infrastruktur pedalaman Sarawak. Beliau yakin dengan kerjasama semua pihak, projek berkenaan dapat disiapkan dengan jayanya dan memberi impak besar kepada penduduk dalam jangka masa panjang.-EDISI UKAS

Lihat

news

砂拉越级2025年马来西亚日庆典凸显砂在马来西亚的发展成就

古晋:主题为“砂拉越迈向繁荣,共享马来西亚”的砂拉越级2025年马来西亚日庆典将于民都鲁举行,活动将展现砂拉越自加入马来西亚以来的发展与成就,重点突出民都鲁作为新兴工业集群的快速发展。 砂拉越食品工业、原产业与区域发展部长兼砂拉越级2025年马来西亚日庆典负责部长拿督斯里史蒂芬伦迪医生表示,庆典将于9月14日由其他宗教事务单位(UNIFOR)主办的感恩祈福仪式拉开序幕,随后于9月15日在Assyakirin清真寺举行感恩祈福仪式。 同时,在9月16日早上将举办马来西亚日跑步活动,当晚将在民都鲁旧机场举行庆典高潮环节,预计将有约一万人出席。 “此次庆典将成为一个平台,全面展现砂拉越的发展历程,包括过去、现在和未来。焦点同样放在民都鲁作为新工业集群的发展,这也已在世界经济论坛上获得公布。因此,我们非常期待砂拉越级2025年马来西亚日庆典,它将凸显砂内的重要成就,特别是在民都鲁的发展。” 他于周三前往祖国英雄大厦拜会砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士后,在新闻发布会上,这么说。 他补充,此次庆典将突显房屋发展及工业区建设,包括沙玛拉如工业区,以及规划中的日拔再也(Jepak Jaya)新城镇,以缓解民都鲁市区的拥堵问题。 拿督斯里史蒂芬伦迪医生指出,砂拉越总理已同意所拟定的庆典节目安排。 他说,砂拉越元首敦丕显斯里旺朱乃迪博士将莅临担任主宾,届时砂总理及多位砂领袖也将出席。 “我们目前正在为各项活动进行最后的完善工作,同时也准备了一部视频,展示砂拉越的发展,特别是民都鲁以及砂内其他城市的进步。通过该展示,我们希望让大家看到砂拉越自加入马来西亚以来所获得的益处。这正是今年庆典主题‘砂拉越迈向繁荣,共享马来西亚’的核心意义。” 出席新闻发布会的还包括民都鲁省长拿督纽拉克卡迪以及砂礼宾、仪式及活动管理单位(UPPANS)总监拿督韩丹沙比尼。-UKAS刊

Lihat

news

Pengerami Ngintu Hari Malaysia 2025 Renggat Sarawak Ngayan Pemansang Nengeri Dalam Malaysia

KUCHING: Pengerami Ngintu Hari Malaysia 2025 Renggat Sarawak ke deka diatur di Bintulu deka mandangka pemujur enggau pemansang nengeri tu kenyau Malaysia ditumbuh sereta meri perati pemansang deras di Bintulu nyadi kluster industri baru enggau rambai jaku 'Sarawak Maju Makmur Dalam Malaysia'. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Kandang Menua Sarawak ke mega Menteri Pengatur Pengerami Ngintu Hari Malaysia 2025 Renggat Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom madah, pengerami ngintu sekali tu deka berengkah ari 14 September enggau Program Selamat Pengarap Bukai ke diatur Unit Pekara Pengarap Bukai (UNIFOR) ditangkan enggau Program Selamat ke diatur di Masjid Assyakirin kena 15 September. Lalu maya pagi 16 September deka diatur Marathon Hari Malaysia, ditangkan batang pengerami ke deka diatur ba Padang Bilun Lama Bintulu lalu urung 10,000 iku mensia mayuh disadang datai. "Pengerami tu deka nyadi palan alai mandangka pemansang Sarawak enggau chara ti komprehensif, iya nya maya suba, maya hari tu enggau dudi hari. "Bela diayan iya nya Bintulu ke nyadi kluster industri baru, baka dipadah ba Forum Ekonomi Dunya. "Nya alai, kitai amat nganti pengerami ngintu Hari Malaysia 2025 di Sarawak, ke deka mandangka pemujur besai nengeri tu, lebih agi di Bintulu," ku iya. Iya madah munyi nya ba aum media pengudah ngatur penemuai basa ngagai Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, Hari Tiga. Nambah ke jaku iya, iya madah, pengerami ngintu nya mega berati ke pemansang pengawa berumah enggau kandang industri baka di Samalaju nyengkaum kandang endur baru baka Jepak Jaya ke diperambu dikena ngurangka penyekut di mengeri Bintulu. Dato Sri Dr Stephen Rundi madah, Premier Sarawak udah setuju bekaul program ke deka diatur. Ku iya, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar deka datai nyadi temuai dipebasa begulai enggau Premier Sarawak enggau raban pemesai nengeri ke bukai. "Kami diatu benung nyikap kepenudi semua program ke udah dilanggur. Kami mega udah nyendiaka sebuah video ke deka ngayanka pemansang Sarawak, lebih agi di Bintulu enggau mega mengeri bukai ba nengeri tu. "Nengah pemandang nya, kitai deka mandangka bakani Sarawak udah bulih pemaik kenyau ari mutus begulai numbuh Malaysia. Nya alai rambai jaku pengerami ngintu sekali tu ‘Sarawak Maju Makmur Dalam Malaysia’," ku iya. Bela datai ba aum medi, Residen Sitak Bintulu Datu Nyurak Keti enggau Direktor Unit Protokol, Istiadat Enggau Pengatur Program Sarawak Datu Hamdan Sharbini. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Pesta Jeti Santaba Kembali Promosi Limbang

LIMBANG: Majlis Daerah Limbang (MDL) mengadakan sidang media pada Rabu bagi mempromosikan Pesta Jeti Santaba 2025 yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Ogos ini di Kampung Patiambun, Limbang. Sidang media tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi MDL, Kr Sufian Mohat bersama-sama dengan kepimpinan Majlis Daerah Limbang serta wakil media tempatan. Menurut Kr Sufian, pesta tahunan ini mula dianjurkan pada tahun 2019 dan kembali dianjurkan buat kali ketiga pada tahun ini selepas kejayaan penganjuran tahun lalu. Beliau berkata, lokasi Jeti Santaba Kampung Patiambun dipilih kerana keindahan semula jadi dan potensinya sebagai salah satu pusat pelancongan di Limbang. “Tahun ini, kita telah menyusun semula konsep aktiviti supaya lebih selari dengan Sustainable Development Goals (SDG), menekankan kelestarian alam sekitar sambil memberi kesedaran kepada masyarakat untuk sama-sama menjaga alam semula jadi di Limbang,” katanya. Pesta tersebut turut menerima peruntukan sebanyak RM40,000 daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP). Majlis penangguhan pada 24 Ogos nanti akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail. Antara acara menarik yang bakal dianjurkan termasuk Pertandingan Memasak Gubahan, Pertandingan Kuih, Mengail, Tarik Kalat Bergubang, Lumba Berkayuh Gubang, Perahu Berhias serta pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak dan dewasa. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pengalaman unik River Cruise menyelusuri sungai di kawasan paya bakau. Pada sebelah malam pula, acara akan dimeriahkan dengan Pertandingan Bermukun yang mengekalkan tradisi masyarakat setempat. “Majlis Daerah Limbang menyasarkan kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung termasuk dari negara jiran Brunei untuk memeriahkan pesta pada tahun ini,” tambah beliau. Selain Pesta Jeti Santaba, MDL turut menganjurkan dua lagi acara utama setiap tahun iaitu Pesta Lumpur Bebuak dan Pesta Hari Bukit Mas, yang kini dimasukkan dalam Kalender Jawatankuasa Perayaan Utama Daerah Limbang.-EDISI UKAS  

Lihat

news

KPWK Catat Pelbagai Pencapaian, 41 Warga Terima APC 2024

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) terus membuktikan keberkesanannya sebagai pemacu kesejahteraan rakyat Sarawak dengan pelbagai pencapaian penting sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata kejayaan pelaksanaan dasar dan program kementerian serta agensi di bawahnya jelas menunjukkan komitmen kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, khususnya golongan wanita, kanak-kanak, keluarga dan warga emas. “Sejak diperkenalkan pada 2019, Endowment Fund Sarawak (EFS) telah membuka lebih 139,000 akaun untuk bayi yang baru lahir dengan peruntukan mencecah RM139 juta, manakala Bantuan Ibu Bersalin (BIB) telah memberi manfaat kepada lebih 87,000 penerima dengan jumlah bantuan melebihi RM39 juta,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di sini pada Rabu. Jelasnya, Program Subsidi Yuran Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang bermula pada 2023 pula membantu meringankan beban kewangan ibu bapa berpendapatan sederhana dan rendah, melibatkan 185 institusi pendidikan awal kanak-kanak dengan peruntukan RM2.5 juta sehingga kini. Selain itu katanya, Geran Tahunan Khas 2025 bernilai RM10.58 juta telah disalurkan kepada lebih 2,000 institusi di seluruh Sarawak bagi memperkukuh kualiti pendidikan awal. "Dalam aspek kebajikan, Program Sejambak Kasih berjaya menyalurkan lebih RM5.6 juta kepada penerima bantuan bersempena lima perayaan utama, sekali gus memberi kegembiraan kepada golongan memerlukan ketika musim perayaan. "Pada masa sama, Kenyalang Gold Card (KGC) yang diwujudkan khusus untuk warga emas semakin meluas manfaatnya dengan lebih 333,000 kad dicetak sehingga Julai lalu, termasuk kemudahan Bantuan Ihsan Kematian berjumlah RM70.7 juta sejak 2020," ujarnya. Tambah beliau, KPWK melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) turut menunjukkan impak besar dalam memperkasa wanita, antaranya melalui Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS) yang memberi modal perniagaan kepada hampir 1,900 wanita. Jelas Dato Sri Fatimah, kejayaan inisiatif ini diiktiraf di peringkat kebangsaan apabila dianugerahkan Projek Silver sempena Kongres Social Synergy 2025 di Kuala Lumpur. Majlis Pembangunan Sosial (MPS) juga mencatat prestasi membanggakan apabila melaksanakan lebih 600 siri intervensi sosial sepanjang 2024, termasuk membantu keluarga berpendapatan rendah dan memperkukuh kerjasama dengan pelbagai pihak dalam menangani isu masyarakat. Pada majlis itu, seramai 41 warga kementerian dan agensi diraikan atas kecemerlangan masing-masing, termasuk lapan penerima daripada KPWK, 27 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) dan enam dari JWKS. Majlis turut menghargai jasa tiga pegawai yang bersara serta dua pegawai yang berpindah ke jabatan lain. Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam, Setiausaha Tetap KPWK Datu Felicia Tan Ya Hua, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) dan Pengarah Jabatan Wanita Dan Keluarga Sarawak (JWKS) Salmah Jobeli dan tetamu yang hadir.-EDISI UKAS  

Lihat

news

UKAS Rakan Strategik Penting Yayasan Sarawak

KUCHING: Kerjasama strategik antara Yayasan Sarawak dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dapat memperkukuhkan usaha dalam memastikan pelbagai inisiatif pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak sampai kepada masyarakat. Menyambut baik kerjasama berkenaan, Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mohamad Junaidi Mohidin berkata UKAS telah memainkan peranan penting membantu Yayasan Sarawak dalam mempromosi pelbagai program anjuran pihaknya. Katanya, usaha dilaksanakan oleh Yayasan Sarawak adalah selaras dengan seruan kepimpinan negeri untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang dapat memacu Sarawak mencapai visi muncul negeri maju menjelang tahun 2030. "Pendidikan merupakan perkara yang amat dititiberatkan oleh masyarakat. “Keperluan untuk melahirkan modal insan sangat penting. Justeru dalam hal ini, Yayasan Sarawak membantu dengan memberi bantuan kepada anak-anak kita melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat,” katanya. Beliau bercakap demikian semasa menerima kunjungan hormat delegasi UKAS yang diketuai Pengarahnya Awang Putrayusrie Awang Redzuan di Ibu Pejabat Yayasan Sarawak di sini pada Rabu. Tegasnya, peranan dimainkan UKAS dalam menghebahkan pelbagai inisiatif kerajaan negeri khususnya pelaksanaan pendidikan percuma yang akan bermula pada tahun depan amatlah penting. Datu Mohamad Junaidi menambah, kerjasama pihak UKAS juga sangat diperlukan bagi memastikan apa yang dilaksanakan oleh pihaknya diketahui masyarakat di luar bandar. Bagi memastikan inisiatif berkenaan sampai kepada kumpulan sasar, Yayasan Sarawak katanya juga kerap turun ke kawasan pedalaman untuk melaksanakan pelbagai program pendidikan. - EDISI UKAS

Lihat

news

DUN Sarawak Mantapkan Kesiapsiagaan Kebakaran Melalui Kursus Asas Tiga Hari

KUCHING: Usaha memperkukuh tahap keselamatan kebakaran di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak diperkasa menerusi penganjuran Kursus Asas Keselamatan Kebakaran yang berlangsung selama tiga hari bermula 18 Ogos lalu. Majlis penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar di Bangunan DUN pada Rabu. Program berkenaan menghimpunkan kakitangan DUN Sarawak, wakil Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak serta kontraktor yang bertugas di bangunan itu. Ia memberi penekanan kepada latihan teori, praktikal dan simulasi teknikal merangkumi teknik pemadaman api, prosedur pengosongan bangunan, kawad kebombaan serta aspek keselamatan am. Latihan dikendalikan oleh pegawai berpengalaman dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dengan objektif memastikan warga kerja DUN lebih bersedia menghadapi insiden kecemasan. Turut hadir menyaksikan sesi latihan dan penutupan ialah Setiausaha DUN Sarawak, Nur Azhar Bujang bersama pegawai bomba serta kakitangan yang terlibat. Kursus ini diharap dapat memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan warga kerja DUN Sarawak dalam memastikan keselamatan premis serta penghuninya sentiasa terjamin.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Task Force Ditubuh Tangani Isu Kecurian dan Vandalisme Utiliti di Simunjan

SIMUNJAN: Pejabat Daerah Simunjan menubuhkan Jawatankuasa Task Force Pembendungan Jenayah Vandalisme atau Kecurian Kemudahan Utiliti sebagai langkah menangani peningkatan kes kecurian kabel, transformer dan vandalisme di daerah ini. Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Penyelarasan Tindakan Isu Sosial Daerah Simunjan yang dipengerusikan Pegawai Daerah Sanuyah Mohamad, di Pejabat Daerah Simunjan, hari ini. Mesyuarat berkenaan dihadiri 60 wakil termasuk Sarawak Energy Berhad (SEB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta pelbagai agensi kerajaan. Sanuyah berkata, penubuhan jawatankuasa itu menjadi platform penyelarasan strategik antara agensi dan komuniti akar umbi bagi memastikan masalah dapat ditangani segera. “Kerjasama semua pihak amat penting kerana isu ini memberi kesan langsung kepada kelancaran bekalan utiliti serta keselamatan masyarakat,” jelasnya. Dalam mesyuarat tersebut, SEB membentangkan laporan kerugian akibat kecurian kabel dan transformer yang menjejaskan perkhidmatan kepada pengguna, manakala Ketua Polis Daerah menjelaskan tindakan siasatan dan penguatkuasaan yang sedang dijalankan. Penglibatan KMKK turut dipandang penting kerana mereka berperanan menyalurkan maklumat awal serta membantu pemantauan di kawasan masing-masing. Mesyuarat berakhir dengan perbincangan isu keselamatan lain serta cadangan memperkukuh mekanisme pemantauan di lokasi berisiko.-EDISI UKAS  

Lihat

news

JTS Pemudah Cara Pembangunan Strategik Sarawak

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak bukan sahaja berperanan sebagai pentadbir tanah, malah menjadi pemudah cara utama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan agenda pembangunan strategik wilayah ini. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menegaskan, kecekapan JTS amat kritikal dalam menyokong pelbagai projek pembangunan yang memberi impak langsung kepada rakyat. “JTS amat penting, bukan sahaja sebagai pentadbir tanah, tetapi juga pemudah cara pembangunan negeri. “Jabatan ini memastikan pembangunan strategik Sarawak seperti pembinaan jalan raya, jambatan, bekalan air dan elektrik dapat disiapkan mengikut spesifikasi serta dalam tempoh masa yang ditetapkan,” katanya. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat sempena Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HITS) Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak 2025, yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, pada Rabu. Datuk Amar Mohamad Abu Bakar menekankan, aktiviti pengukuran dan pengambilan balik tanah oleh JTS mesti terus diperkasa agar jabatan pelaksana lain dapat memulakan projek fizikal tepat pada masanya, sekali gus mengelakkan kelewatan pembangunan. “Justeru, kecekapan JTS Sarawak dalam aktiviti pengukuran dan pengambilan balik tanah perlu sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. “Kecekapan ini amat kritikal bagi menyokong jabatan pelaksana lain dalam memastikan semua projek fizikal yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dapat dimulakan tepat pada masanya serta dilaksanakan dengan lancar,” jelasnya. Beliau menambah, JTS tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian sedia ada kerana rakyat semakin menuntut perkhidmatan yang cepat, cekap dan mesra. “Inovasi bukan hanya mencipta sistem baharu, tetapi juga melibatkan penambahbaikan proses kerja, mempercepatkan kelulusan, mengurangkan karenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan,” ujarnya lagi. Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) Datu Abdullah Julaihi, Pengarah JTS Sarawak Awang Zamhari Awang Mahmood serta tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS  

Lihat
PertamaSebelumnya571572573574575576577578579580SeterusnyaTerakhir