Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
Belia Perlu Kuasai Teknologi, Manfaatkan Ekonomi Digital |
DARO: Golongan belia perlu berani meneroka peluang dalam bidang ekonomi digital, termasuk pemasaran affiliate, sebagai salah satu cara menjana pendapatan sampingan yang mampan dan selari dengan perubahan landskap ekonomi global. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, penguasaan terhadap kemahiran teknologi dan keusahawanan digital memberi kelebihan kepada belia untuk terus bersaing dalam dunia serba pantas hari ini. “Pemasaran digital, khususnya pemasaran affiliate, merupakan antara platform yang mudah diakses dan berpotensi tinggi dalam membantu golongan belia, termasuk di kawasan luar bandar, untuk menambah pendapatan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Program Pembangunan Usahawan Belia bertemakan “Generate Income from Affiliate Marketing” sempena Pesta Daro 2025, di Dewan Masyarakat Daro pada Jumaat. Menurut Safiee, penganjuran program seperti ini bukan sahaja menyokong usaha kerajaan untuk memperkasa belia melalui latihan dan pendedahan praktikal, malah membuka ruang kepada anak muda luar bandar untuk memanfaatkan potensi pemasaran digital secara lebih serius. Program itu berjaya menarik penyertaan seramai 130 orang peserta dari pelbagai latar belakang, khususnya belia tempatan yang berminat menceburi bidang keusahawanan digital. Program ini juga merupakan salah satu inisiatif penting dalam menyemarakkan lagi Pesta Daro 2025, dengan memberi fokus bukan sahaja kepada hiburan dan kebudayaan, malah pembangunan modal insan generasi muda tempatan.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Bintulu Raikan Hari Wanita Sarawak 2025 Dengan Penuh Penghargaan |
BINTULU: Lebih 200 tetamu memeriahkan Sambutan Hari Wanita Sarawak Peringkat Daerah Bintulu Tahun 2025 yang diadakan buat julung kalinya di Parkcity Everly Hotel, sebagai satu pengiktirafan terhadap peranan penting wanita dalam pembangunan masyarakat dan negara. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee yang hadir bersama isteri, Dayang Loha Awang Sahari. Program ini dianjurkan selaras dengan tema sambutan peringkat negeri, “Diversity, Equality, Equity & Inclusivity (D2EI)”, yang membawa mesej penting dalam memperjuangkan keadilan dan keterangkuman untuk semua wanita tanpa mengira latar belakang. Majlis turut menyaksikan siaran langsung Sambutan Hari Wanita Sarawak Peringkat Negeri yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg Secara keseluruhan, lebih 45 agensi kerajaan dan pertubuhan wanita dari seluruh negeri menyertai acara secara maya melalui aplikasi Zoom. Acara kemuncak ialah penyampaian Anugerah Tokoh Wanita Daerah Bintulu 2025 kepada Wong Man Yun atas sumbangan cemerlangnya dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan pembangunan komuniti. Anugerah Khas Tokoh Wanita Bintulu 2025 pula diberikan kepada Hamdiah binti Abdullah, ibu kepada Iskandar Turkee, sebagai tanda penghormatan atas peranan dan jasa beliau yang disegani dalam kalangan masyarakat akar umbi. Sementara itu, Pengerusi PPWS Cawangan Bintulu/Miri, Hashimah Wahap dinobatkan sebagai penerima Anugerah Wanita Anggun HW25 atas kepimpinan dan keperibadiannya yang menjadi inspirasi wanita moden. Dalam ucapannya, Iskandar menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan sambutan tersebut, khususnya kepada Pejabat Daerah Bintulu dan Kementerian Pembangunan Wanita Sarawak. Beliau menyifatkan wanita sebagai tulang belakang kejayaan bangsa dan negara, menyentuh bahawa kejayaan mana-mana insan tidak akan tercapai tanpa doa dan pengorbanan wanita bergelar ibu. Beliau turut memetik ungkapan “tangan yang mengayun buaian mampu menggerakkan dunia” sebagai simbol kekuatan wanita dalam membentuk masa depan yang gemilang. Sambutan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pameran kesedaran dadah oleh AADK dan PEMADAM, pemeriksaan kesihatan oleh Wira Health Clinic serta gerai jualan usahawan tempatan, sekaligus menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna dan menyeluruh. Turut hadir, Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan bersama isteri, tetamu jemputan dari agensi kerajaan, penguat kuasa, ketua masyarakat serta pemimpin wanita tempatan.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Taklimat Pendidikan Kerajaan Sarawak Tarik 500 Mahasiswa di Curtin Malaysia |
MIRI: Seramai 500 mahasiswa menyertai Taklimat Inisiatif Pendidikan Kerajaan Sarawak anjuran Jabatan Premier Sarawak di Universiti Curtin Malaysia, bertujuan memberi pendedahan mengenai dasar dan program pendidikan negeri. Program dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak,Dato Fazzrudin Abdul Rahman, yang mengetengahkan inisiatif seperti Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES), Bantuan Khas Kewangan (RM1,200), Skim Sewa Kediaman (SRAS), serta Insentif PTPTN dan iGPS. Beliau menyeru mahasiswa agar memanfaatkan bantuan yang ditawarkan dan menyokong usaha Sarawak melahirkan modal insan berkualiti ke arah ekonomi hijau dan status wilayah maju menjelang 2030. Turut hadir ialah Presiden Curtin Malaysia, Profesor Dr. Vincent Lee Chieng Chen, serta wakil agensi kerajaan yang turut menyampaikan taklimat berkaitan PCDS 2030 dan Dasar Ekonomi Hijau Sarawak.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Kejohanan Bola Keranjang MSS Sarawak 2025 Serlah Potensi, Bina Jati Diri Pelajar |
BINTANGOR: Kejohanan Bola Keranjang 12 Tahun Ke Bawah (12TKB) dan 18 Tahun Ke Bawah (18TKB) Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sarawak Tahun 2025 menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu, membina jati diri serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata penganjuran kejohanan seperti ini mampu menyuburkan potensi murid melalui pendekatan sukan yang sistematik dan inklusif. “Kejohanan ini bukan sahaja menguji kemahiran teknikal dan strategi permainan, tetapi turut memupuk nilai integriti, daya tahan, kerjasama dan kepimpinan. “Dalam dunia yang semakin mencabar, aktiviti kokurikulum seperti sukan merupakan pelengkap utama kepada kecemerlangan akademik,” katanya semasa merasmikan majlis penutupan rasmi kejohanan itu yang dianjurkan bersama oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tong Hua dan Skeolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Daik di Dewan SMK Tong Hua pada Jumaat. Kejohanan ini diadakan di dua lokasi berbeza iaitu kategori 12TKB diadakan di SJKC Min Daik manakala 18TKB berlangsung di SMK Tong Hua. Ia disertai oleh 348 pemain dari 9 bahagian seluruh Sarawak, melibatkan 132 pemain kategori sekolah menengah dan 216 pemain kategori sekolah rendah. Datuk Ding menekankan bahawa kehadiran pasukan dari pelbagai latar belakang merupakan bukti semangat perpaduan dan keterangkuman dalam kalangan pelajar, di samping menunjukkan kematangan pengurusan kejohanan merentas budaya dan komuniti. “Dalam dasar pendidikan negara, sukan diiktiraf sebagai komponen penting dalam melahirkan murid cemerlang secara holistik. “Kejohanan sebegini harus dimanfaatkan untuk mencungkil bakat baharu, membina jaringan antara sekolah, dan memupuk budaya sihat,” ujarnya. Beliau turut menyeru agar kerjasama antara sekolah, sektor swasta dan institusi sukan terus diperkukuh demi pembangunan atlet yang mampan dan berdaya saing. Dalam pada itu, sebagai tanda sokongan, beliau turut menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM8,000 kepada Lembaga Pengurus Sekolah SJK (C) Tong Hua, RM 2,000 kepada SMK Tong Hua dan RM 15,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tong Hua sempena sambutan Hari Koperasi sekolah tersebut tahun ini. Turur hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Pendidikan Daerah Meradong Sharifah Idawati Wan Ahmad, Pengetua SMK Tong Hua Lau Sie Ngo, serta barisan Guru Besar Daerah Meradong.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Hari Wanita 2025 Meriah di Meradong, Raikan Peranan dan Pencapaian Kaum Wanita |
BINTANGOR: Sambutan Hari Wanita Tahun 2025 Peringkat Daerah Meradong berlangsung meriah di Dewan Pejabat Daerah Meradong pada Sabtu. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, Sambutan Hari Wanita disambut di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang. Beliau berkata, di peringkat antarabangsa, kebanyakan negara terutamanya negara-negara maju menyambut Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun dengan tema-tema khas bagi mengangkat kepentingan untuk memberikan pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan kaum wanita di seluruh dunia. “Kita menyambut Hari Wanita dengan pelbagai pengisian program untuk meraikan kejayaan dan pencapaian wanita, serta memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan wanita dalam kemajuan masyarakat dan negara,” katanya semasa berucap. Beliau turut menekankan bahawa sambutan ini bertujuan mengiktiraf dan menghargai peranan wanita dalam pembangunan negara, mendaya upaya peranan semua pihak dalam memperkasa wanita serta menyebarluaskan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai peluang, isu semasa dan cabaran yang dihadapi wanita masa kini. Sambutan peringkat daerah kali ini dimulakan dengan sesi senamrobik bersama lebih 100 orang wanita. Selain itu, acara turut dimeriahkan dengan pembukaan enam gerai jualan usahawan wanita, sebagai salah satu inisiatif mempromosikan keusahawanan wanita tempatan dan membantu memperluas pasaran produk mereka. Hadir sama, Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang dan Pengerusi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Daerah Meradong, Ting Ling Ling serta Penghulu Hashim Abang Solhi.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Lawatan Muhibah KMKK Sibu ke Daro Perkukuh Jalinan Akar Umbi dan Semangat Perpaduan |
DARO: Kunjungan 27 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari Bahagian Sibu ke Daerah Daro bukan sahaja menjadi platform silaturahim, malah mencerminkan usaha memperkukuh perpaduan, perkongsian pengalaman dan semangat kekitaan dalam kalangan pemimpin akar umbi. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, menegaskan bahawa pembangunan dan kemajuan tidak boleh dicapai tanpa wujudnya hubungan harmoni antara masyarakat pelbagai latar belakang. “Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan budaya, hanya dengan adanya semangat muhibah, saling memahami dan toleransi yang tinggi barulah kita mampu menjayakan pembangunan secara inklusif,” katanya ketika berucap dalam majlis ramah mesra dan jamuan tengah hari di Masjid Al-Muhsiniin, Daro pada Jumaat. Beliau turut menyambut baik inisiatif lawatan ini yang bukan sahaja menjalin hubungan mesra antara KMKK Sibu dan Daro, malah membuka ruang kolaborasi strategik demi kesejahteraan masyarakat luar bandar. “KMKK adalah tunjang kestabilan komuniti di peringkat akar umbi. “Kegiatan seumpama ini mampu menyemarakkan nilai perpaduan dan perkongsian pengalaman yang amat berharga dalam pengurusan masyarakat,” tambah beliau. Ahmad Johnie turut berharap agar program seumpama ini dapat diperluas dan diteruskan pada masa akan datang agar dapat merapatkan jurang komunikasi antara komuniti, serta memperkukuh hubungan antara pemimpin di peringkat akar umbi. Acara diserikan dengan pertukaran cenderamata sebagai simbol penghargaan dan komitmen terhadap nilai muhibah yang dikongsi bersama, serta sesi interaksi santai yang memperkukuh semangat kekitaan antara pemimpin tempatan.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Garnishee Proceedings Improves Assessment Tax Arrears Collection |
MIRI: A proposed initiative to adopt Garnishee Proceedings aims to enhance the collection of annual assessment tax arrears for local authorities across Sarawak. Developed by the Innovative and Creative Circle (KIK) group, SIRIUS PRIME of the Miri City Council (MBM), the project titled ‘Kesukaran Mengutip Cukai Taksiran Tahunan Tertunggak’ emerged as the top winner of the Sarawak Civil Service Sustainability Innovation Award (SCS-NEXT) 2024. The proposal introduces Garnishee Proceedings to replace the conventional method of tax recovery, reducing the process duration from 9 months and 4 weeks to just 3 months and 2 weeks. According to team leader, Ahsleen Atma Joshua, the method managed to cut down on manpower and operational costs while improving productivity. Meanwhile, Acting City Secretary of Miri City Council, Abdul Rahman Taupek said the project has already drawn interest from other local councils who are in the process of implementing the method within their respective jurisdictions. He added that the KIK project was also successfully replicated by local councils such as the Kuching South City Council (MBKS), Padawan Municipal Council (MPP), and Sibu Municipal Council (MPS). In this regard, Abdul Rahman expressed hope that more agencies will participate in the KIK Convention, noting how innovation-driven and out-of-the-box solutions like this reflect the capability of civil servants to address administrative challenges. Director of the Sarawak Transformation and Innovation Unit (STIU), Superi Awang Said commended MBM’s forward-thinking project and highlighted the importance of harmonising such initiatives across government agencies to ensure effectiveness and sustainability in public service delivery. “The ability of this project to be effectively replicated proves that innovation in the public sector is not merely an internal solution, but a catalyst for systemic improvement across agencies. “STIU views this success as evidence that investing in creative thinking and strategic implementation can accelerate the achievement of the Sarawak Civil Service transformation agenda,” he said. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
Ayahanda Timbalan Menteri Kesihatan Kembali ke Rahmatullah |
MIRI: Ayahanda kepada Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Lukanisman Awang Sauni, iaitu Allahyarham Awang Sauni Pengiran Anis, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.42 pagi di kediaman beliau di Jalan Sim Kheng Hong, off Jalan Bakam pada Sabtu. Jenazah allahyarham dibawa ke Masjid Darul Istiqamah, Kampung Luak sekitar jam 7.43 pagi bagi urusan solat dan pengkebumian sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Beluboh. Arwah berusia 73 tahun dan meninggalkan seorang isteri serta tiga orang anak, termasuk Dato Lukanisman yang merupakan anak kedua. Sanak saudara, kenalan dan rakan-rakan allahyarham mulai berkumpul di masjid seawal jam 7.30 pagi diiringi seramai 48 pelajar lelaki dari SMK Agama Miri turut hadir dan mengalunkan bacaan surah Yasin. Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, serta Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah bersama rombongan mereka. Allahyarham dikenang sebagai seorang insan yang disegani dalam kalangan komuniti setempat dan pemergiannya merupakan kehilangan besar buat keluarga serta masyarakat.-EDISI UKAS Foto kredit : TVS |
Lihat |
|
news |
人民应珍惜国家和平 |
古晋:马来西亚人民应珍惜国家,尤其是砂拉越的和平与安宁。 砂拉越总理署副部长(企业事务、资讯及公关组)拿督阿都拉赛多表示,尽管存在缺陷和“风波”,但我国仍然和平安宁,并能够生活在一个多元团结的社会中。 “我常常告诉别人,甚至我的孩子,不要轻易丢弃国家现有的和平氛围,因为如果你在国外,你不一定能享受到这种和平与安宁的氛围。” 他于周六在砂督体育馆举行的国庆月启动仪式暨2025年砂拉越辉煌条纹悬挂仪式及2025年砂拉越昌明嘉年华活动上致词时,如是说。 他说,在砂拉越,团结是最独特的东西,多元种族、多元宗教的人民,能够作为砂拉越子民及马来西亚之子,生活在同一个屋檐下。 同时,他也提到,一些人倒挂“辉煌条纹”的行为,认为这种行为可能会引起仇恨和诽谤,尤其是在年轻人中。 “因为国旗就是我们的脸面,象征着我们国家的精神和主权。” 在仪式的高潮环节中,拿督阿都拉为2025年砂拉越级“辉煌条纹”独立车队主持挥旗仪式。 出席者包括古晋北市市长拿督希尔米、砂拉越总理政治秘书阿都沙末甘尼代表杜邦区立法议员、古晋南市副市长拿督再迪苏海利、马来西亚新闻局通讯服务及社区发展部主任莫哈末纳兹米、砂拉越公关单位总监阿旺布特拉尤斯里阿旺·雷端、各部门主管及其他嘉宾。 - UKAS 刊 |
Lihat |
|
news |
设立 D2EI 特别单位,赋能女性领导力 |
古晋:砂拉越妇女及家庭局(JWKS)设立多元化、平等、公平和包容性(D2EI)特别单位,旨在通过战略性和主动性的举措,赋能女性领导力,并打造更具包容性的职场环境。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,这项倡议是马来西亚首创,其目标明确,即全面赋能女性。 “如果这项倡议得以实施,我相信这将是马来西亚的首例。这个单位的目标非常明确,那就是赋能女性,并提升她们在各个领域的作用。” 他周六在砂拉越立法议会(DUN)大厦主持2025年砂拉越妇女日(HW25)庆典活动上,做此表示。 他进一步指出,今年的妇女日以“多元化、平等、公平和包容性”作为2025年砂拉越妇女日庆典主题,与砂拉越通过2030年后冠病疫情发展战略(PCDS)所确定的发展方向相一致。 “在砂拉越,女性在2030年后冠病疫情发展战略所列出的各领域都发挥着非常重要的作用,包括政府行政、教育、卫生、科技、法律、现代农业、创业、数字化和创新。” 活动上,砂拉越总理拿督巴丁宜阿邦佐哈里还表示支持“多元化、平等、公平和包容性”(D2EI)下的几项重要举措,包括资助3名学生攻读亚洲女性领导力大学学院(AWLUC)的领导力发展文学硕士课程、开发“多元化、平等、公平和包容性”(D2EI)信息仪表板以及设立砂拉越女性领导力讲座教授席(SWLC)。 与此同时,砂拉越妇女、儿童及社区和谐部长拿督斯里花蒂玛阿都拉表示,“多元化、平等、公平和包容性”特别单位的成立,也得到与联合国人口基金(UNFPA)、30% Club和亚洲女性领导力大学学院等国际伙伴的战略合作的支持。 她表示,此次合作旨在以全面且高效的方式制定“多元化、平等、公平和包容性”倡议的方向、框架和实施方案。 对此,她正在寻求砂拉越政府批准拨出10万5000令吉,以资助3名亚洲女性领导力大学学员(每人3万5000令吉)就读课程,作为一项投资,用于培养砂拉越的下一代女性领导者。 “这项投资将增强本地女性在领导力领域的人才,并进而促进砂拉越的整体发展。” 2025年砂拉越妇女日庆典也颁发多个奖项,包括砂拉越总理青年女性领袖奖,获奖者为Dayang Nur Aleesya Dayana、砂拉越总理杰出非政府组织奖,获奖者为砂拉越乳癌支援协会、砂拉越能源有司荣获砂拉越总理2025年D2EI响应组织特别奖、砂拉越总理女性社会活动家,获奖者为拿督Jacqueline Fong、砂拉越总理女性企业家奖,获奖者为Mastika Jamali,以及砂拉越总理女性领袖奖,获奖者为拿汀斯里Catherine Kelo Isa@Dato Catherine Gramong。 出席仪式的还有砂拉越总理女儿达央诺兹函、砂拉越副总理拿督阿玛道格拉斯及夫人拿督多琳玛央、拿督阿玛沈桂贤医生及夫人拿督王淑燕、砂拉越立法议会议长丹斯里拿督阿玛莫哈末阿斯菲亚、砂拉越旅游、创意产业和表演艺术部长拿督斯里阿都卡林、砂拉越政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡马祖基及夫人拿汀阿玛巴杜雅等政要。- UKAS 刊 |
Lihat |
| PertamaSebelumnya341342343344345346347348349350SeterusnyaTerakhir |