MIRI: Seramai 500 mahasiswa menyertai Taklimat Inisiatif Pendidikan Kerajaan Sarawak anjuran Jabatan Premier Sarawak di Universiti Curtin Malaysia, bertujuan memberi pendedahan mengenai dasar dan program pendidikan negeri.
Program dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak,Dato Fazzrudin Abdul Rahman, yang mengetengahkan inisiatif seperti Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES), Bantuan Khas Kewangan (RM1,200), Skim Sewa Kediaman (SRAS), serta Insentif PTPTN dan iGPS.
Beliau menyeru mahasiswa agar memanfaatkan bantuan yang ditawarkan dan menyokong usaha Sarawak melahirkan modal insan berkualiti ke arah ekonomi hijau dan status wilayah maju menjelang 2030.
Turut hadir ialah Presiden Curtin Malaysia, Profesor Dr. Vincent Lee Chieng Chen, serta wakil agensi kerajaan yang turut menyampaikan taklimat berkaitan PCDS 2030 dan Dasar Ekonomi Hijau Sarawak.-EDISI UKAS