Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Datuk Amar Awang Tengah Tinjau Kemajuan Projek Jambatan Lawas Baharu

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Jambatan Lawas yang baharu, pada Sabtu. Lawatan itu bertujuan meninjau perkembangan projek strategik yang kini telah mencapai 62.6 peratus kemajuan fizikal dan dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2026. Turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datuk Ismawi Ismuni, Pengarah Wilayah NRDA, Datu Ubaidillah Abdul Latip, wakil dari Pejabat Residen Limbang, Pejabat Daerah Lawas, Jabatan Tanah dan Survei serta perunding utama projek. Projek Jambatan Lawas baharu merupakan antara inisiatif pembangunan utama di bawah NRDA dengan seliaan RECODA bagi memperkukuh rangkaian infrastruktur asas di wilayah utara. Apabila siap kelak, jambatan tersebut akan memperkukuh sistem jalan raya di kawasan berkenaan, melancarkan perhubungan, serta meningkatkan aksesibiliti penduduk. Selain itu, projek berimpak tinggi ini turut dijangka menjadi pemangkin utama dalam merancakkan perdagangan, mempercepat pembangunan setempat dan merangsang pertumbuhan sosioekonomi di daerah Lawas serta kawasan sekitarnya.-EDISI UKAS Foto: NRDA

View

news

Sarawak Plans New Approach To Address Mental Health & Digital Addiction

KUCHING: The Sarawak Government is formulating a new and more comprehensive policy framework to address mental health concerns, digital addiction, and increasingly complex social challenges in today’s society. This was highlighted by Sarawak Deputy Premier Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, following growing concern over the rising number of mental health cases linked to fast-paced lifestyles and shifting patterns of family communication. “Mental health is very difficult to measure. Almost everyone in the world has some form of mental health issue, but what makes the difference is how we cope with it. “With the rapid changes of the digital era, smartphones and other devices have reduced support networks, to the extent that some families are interacting less with each other,” he explained. He further noted that family interaction is becoming increasingly limited, often confined to short text messages on mobile phones, reflecting the decline in meaningful face-to-face conversations within households today. Datuk Amar Dr. Sim emphasised that mental health is no longer merely a medical issue but must be addressed through cross-agency collaboration involving social policy, education, and community support. “Mental health is not just about medicine. Just like education, it is not only about knowledge, but also a form of economic transformation. Similarly, mental health is not just about health, but also about social issues and addiction,” he said. He stressed the need for stakeholders to come together to design appropriate policies and interventions, particularly in tackling online gambling, cyberbullying, and digital dependency. “All stakeholders must sit together to discuss the kind of support to be provided, the interventions to be implemented, and the policies to be formulated. This must be carried out across multiple agencies,” he added. Datuk Amar Dr. Sim also underlined the importance of awareness and psychological support in managing mental health issues, noting that every individual must find their own way of coping with stress, as there is no single solution that fits all. The initiative is expected to be discussed soon with Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, and the state leadership as an initial step towards establishing a more holistic and integrated mental health policy. -UKASnews

View

news

STEM Asas Kemajuan dan Inovasi

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menegaskan penguasaan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bukan lagi pilihan, sebaliknya asas kepada kemajuan dan inovasi negara. “Negara yang menguasai STEM bukan sekadar menjadi pengguna teknologi, tetapi juga pencipta serta peneraju inovasi di peringkat antarabangsa,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Karnival STEM @ Mukah 2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Politeknik Mukah, pada Sabtu. Royston menambah, inisiatif memperkukuh penguasaan STEM selaras dengan agenda kerajaan negeri menerusi Sarawak Digital Economy Blueprint dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) yang menekankan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi. “Kedua-dua agenda ini menjadi landasan bagi menjadikan Sarawak hab industri berteknologi tinggi di rantau ini,” jelas beliau. Karnival tersebut menghimpunkan pelajar, pendidik dan institusi pendidikan dengan pelbagai pertandingan serta pameran berasaskan STEM termasuk robotik, inovasi dan cabaran penyelesaian masalah. Royston turut berbangga dengan kreativiti pelajar yang disifatkan berpotensi memimpin masa depan Sarawak. “Kegagalan adalah sebahagian daripada perjalanan, malah setiap cabaran merupakan batu loncatan kepada kejayaan inovasi,” ujarnya sambil menggesa pelajar terus berani mengejar minat dalam bidang STEM. Majlis penutupan itu sekali gus menandakan kejayaan penganjuran Karnival STEM @ Mukah 2025 yang dilihat mampu melahirkan bakat muda berdaya saing ke arah merealisasikan Sarawak sebagai negeri maju dan berteknologi tinggi menjelang 2030.-EDISI UKAS

View

news

Sarawak Rancang Pendekatan Baharu Tangani Isu Kesihatan Mental dan Ketagihan Digital

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang merangka pendekatan dasar baharu yang lebih menyeluruh bagi menangani isu kesihatan mental, ketagihan digital dan cabaran sosial yang semakin kompleks dalam kalangan masyarakat moden. Perkara ini disuarakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes gangguan mental yang berpunca daripada gaya hidup serba pantas dan perubahan dalam pola komunikasi keluarga. “Kesihatan mental sangat sukar untuk diukur. Hampir semua orang di dunia mempunyai bentuk isu mental tertentu, namun yang membezakan hanyalah bagaimana kita menghadapinya. Dengan kepantasan perubahan era digital, penggunaan telefon pintar dan sebagainya, rangkaian sokongan semakin berkurangan sehingga ada keluarga yang semakin jarang berinteraksi sesama sendiri,” jelas beliau. Beliau turut berkata, interaksi antara ahli keluarga semakin berkurangan dan sering kali hanya berlaku melalui mesej ringkas di telefon secara tidak langsung menunjukkan betapa terhadnya perbualan secara langsung dalam kalangan keluarga hari ini. Selain itu, isu kesihatan mental kini melangkaui aspek perubatan semata-mata dan perlu ditangani secara rentas agensi melibatkan dasar sosial, pendidikan, dan sokongan komuniti. “Kesihatan mental bukan lagi sekadar isu perubatan. Sama seperti pendidikan, ia bukan hanya soal ilmu pengetahuan semata-mata, sebaliknya satu bentuk transformasi ekonomi. Begitu juga dengan kesihatan mental, ia bukan hanya berkaitan kesihatan, tetapi juga isu sosial dan ketagihan.” Beliau menekankan keperluan untuk semua pihak berkepentingan duduk bersama bagi merangka dasar dan intervensi yang sesuai, termasuk menangani isu seperti perjudian atas talian, buli siber, dan ketagihan digital. “Semua pihak berkepentingan perlu duduk semeja untuk membincangkan bentuk sokongan yang perlu diberikan, intervensi yang wajar dilaksanakan serta dasar yang sesuai untuk digubal. Hal ini perlu dilaksanakan merentasi pelbagai agensi.” Dr. Sim menegaskan bahawa betapa pentingnya kesedaran dan sokongan psikologi dalam menangani isu ini kerana setiap individu harus mempunyai cara tersendiri untuk menangani tekanan mental, dan tiada satu pendekatan yang sesuai untuk semua. Inisiatif ini dijangka dibincangkan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dan barisan kepimpinan negeri dalam masa terdekat, sebagai langkah awal ke arah pembentukan dasar kesihatan mental yang lebih holistik dan bersepadu.-EDISI UKAS

View

news

Latihan CPR & Kesihatan Mental Penting Tangani Cabaran Gaya Hidup Moden

KUCHING: Keperluan latihan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) serta penggunaan peralatan Automated External Defibrillator (AED) semakin mendesak berikutan peningkatan kes penyakit jantung dan cabaran kesihatan mental yang kian meruncing dalam masyarakat moden. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr. Sim Kui Hian, menegaskan bahawa kesedaran dan pendidikan mengenai CPR serta penggunaan AED amat penting kerana mampu menyelamatkan nyawa dalam situasi kritikal. "Kesejahteraan mental amat penting dan akan menjadi semakin signifikan seiring dengan kepantasan gaya hidup masa kini. Dalam arus kemajuan, ramai yang tidak tahu dengan siapa mereka boleh berbicara. Akibatnya, mereka semakin berasa kesunyian dan terasing kerana tiada tempat untuk berkongsi,” ujar beliau. Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika merasmikan Program Latihan Kesihatan Mental dan Kemahiran Menyelamatkan Nyawa bertemakan “Mind, Heart & Hands: Empowering Wellness, Saving Lives” di sini pada Ahad. Program yang menghimpunkan lebih 120 peserta itu menumpukan kepada kesedaran kesihatan mental melalui ceramah khas, selain latihan intensif CPR dan penggunaan AED yang dikendalikan jurulatih bertauliah daripada Bulan Sabit Merah Malaysia. Dalam ucapannya, beliau turut menekankan bahawa kesejahteraan holistik melibatkan kesihatan minda dan jasmani, di samping memuji semangat kesukarelawanan belia yang menyumbang kepada pembinaan masyarakat lebih prihatin serta bersedia menghadapi kecemasan. "Terdapat banyak perkara penting yang melibatkan minda dan hati, maka kedua-duanya perlu hadir bersama. Lebih utama, kita berkumpul di sini kerana rasa kasih dan sayang terhadap Sarawak. Inilah sebabnya anda semua berada di sini, dan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha membina negara bangsa Sarawak,” jelas beliau. Program ini dilihat sebagai platform penting dalam memperkasa belia Sarawak dengan ilmu serta kemahiran praktikal yang memberi impak positif kepada kesejahteraan masyarakat.-EDISI UKAS

View

news

Sharing The Flavours Of Sarawak With The World

BINTULU: Visitors in search of “A Taste of Sarawak” can now take home a unique culinary treasure with CRAUNERA gluten-free sago cookies, the latest premium offering from CRAUN Research. Inspired by generations of sago tradition and refined through years of dedicated development, CRAUNERA transforms Sarawak’s humble staple into a modern delicacy that reflects both innovation and cultural pride. At the heart of CRAUNERA lies Sarawak’s own sago starch, naturally gluten-free and neutral in flavour. Through a carefully perfected recipe, this local ingredient is given new life as a delicate, crisp cookie that is both travel-friendly and elegant. The result is a contemporary snack with deep cultural roots—an authentic expression of Sarawak’s food heritage that can be enjoyed as a thoughtful gift, a souvenir of travel, or simply as an everyday indulgence. “CRAUNERA shows what happens when science, quality, and culture meet,” said CRAUNERA brand spokesperson in a statement. “We’ve taken a humble local crop and reimagined it as a world-class product that travellers can proudly share with family and friends. When tourists bring home CRAUNERA, they are sharing Sarawak’s ingenuity and warmth.” The cookies also highlight Sarawak’s identity as a land where tradition and modernity meet. Sago, long a symbol of Melanau food culture and a staple of local cuisine, is now presented in flavours that appeal to contemporary tastes, Original in an oatmeal style, Matcha, and Chocolate. Each variety offers a distinctive take on the versatility of sago, proving that an age-old ingredient can be enjoyed in new and delightful ways. Beyond flavour, CRAUNERA carries with it the story of Sarawak’s people and place. Its elegant, suitcase-friendly packaging and shelf-stable format were designed with travellers in mind, ensuring that the spirit of Sarawak can be shared far beyond its borders. Every jar captures the gentle character of sago—subtle, versatile, and unmistakably Sarawakian. With CRAUNERA, Sarawak’s culinary identity finds a place on the world stage. -UKASnews

View

news

Subis District Unites In Patriotism Through Jalur Gemilang Campaign

NIAH: The spirit of patriotism and unity was celebrated at the Subis District Jalur Gemilang Flying Campaign 2025, officiated by Deputy Minister of Women, Early Childhood and Community Wellbeing Development and Bekenu Assemblywoman, Datuk Rosey Yunus, at Niah Waterfront on Saturday. Organised by the Miri Division National Unity and Integration Department with the support of the Rukun Tetangga (KRT), the event gathered 14 KRT zones across Subis, reflecting the strength of community participation in fostering solidarity and love for the nation. Datuk Rosey emphasised that the Jalur Gemilang is more than a national flag, it represents Malaysia’s dignity, sovereignty, and identity. “Every time the flag is flown, it is a symbol of unity, togetherness, and our commitment to safeguard the nation’s peace and harmony,” she said. She further stressed that this year’s theme, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, highlights that nation-building goes beyond physical development, encompassing compassion, inclusivity, and respect for Malaysia’s diversity. The Deputy Minister also expressed pride in seeing KRTs as community movers and pillars of unity, welfare, safety, and well-being at the grassroots level. She hoped the campaign would encourage stronger neighbourly bonds, greater involvement in volunteerism, and instil pride in being Malaysian. She called on households, businesses, and government offices in Subis to proudly display the Jalur Gemilang as a sign of unity and patriotism. The programme featured a patriotic poetry recital, a presentation of the Jalur Gemilang to government department heads, community leaders, KRT members, and the public, and spirited renditions of patriotic songs, including Malaysia Madani, Rakyat Disantuni, Jalur Gemilang, Kerana Mu Malaysia, and Tanggal 31 Ogos. Datuk Rosey extended appreciation to the Miri Division Unity Department, government agencies, NGOs, and all KRT communities in Subis for their dedication to making the campaign successful. “This close cooperation proves that togetherness and sincerity in service will continue to strengthen our nation, especially in Subis, Sarawak, and throughout Malaysia,” she said. Subis District Officer, Norlila Ulis, Miri Division Unity Officer, Wilfred Ugap, community leaders, and KRT representatives from across Subis were also present. -UKASnews

View

news

Komuniti MADANI Satukan Rakyat Stakan Sempena Hari Kebangsaan

KOTA SAMARAHAN: Gelanggang Sepak Takraw Kampung Stakan Melayu bergema dengan semangat patriotisme apabila ratusan penduduk setempat hadir memeriahkan Program Jiwa@Komuniti MADANI Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dengan kerjasama Komuniti MADANI Kampung Stakan Melayu pada Ahad. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim yang menegaskan bahawa Sarawak adalah wilayah penting dalam pembentukan Malaysia menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjamin hak negeri itu dalam Persekutuan. “Tidak kira apa jua tema sambutan, kita mestilah bersatu hati supaya Sarawak terus disegani dan dihormati. Saya melihat penganjuran program atas nama komuniti ini berjaya kerana ia menghimpunkan pelbagai pihak dan menarik penyertaan ramai penduduk kampung. Syabas kepada masyarakat Kampung Stakan kerana sambutannya sentiasa baik,” katanya. Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada JaPen sebagai agensi persekutuan yang dekat dengan masyarakat luar bandar kerana memainkan peranan penting dalam menyampaikan dasar kerajaan serta menyeru penduduk terus bekerjasama dengan agensi lain termasuk KEMAS dalam mendidik generasi muda. Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Samarahan, Abdul Latip Shamsuddin, berkata Komuniti MADANI berfungsi sebagai badan sukarela yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat, melibatkan pelbagai kaum, agama dan budaya dengan JaPen sebagai penggerak utama. Menurutnya, program Jiwa@Komuniti MADANI menjadi platform komunikasi dua hala yang berkesan kerana dasar kerajaan dapat disampaikan secara jelas, manakala maklum balas rakyat juga didengar secara langsung. “Di Samarahan sahaja terdapat 12 Komuniti MADANI di bawah JaPen dan setiap satu melaksanakan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sepanjang Ogos hingga 16 September. Tema tahun ini, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, menekankan nilai kasih sayang, toleransi dan kerjasama dalam masyarakat majmuk,” ujarnya. Selain itu, inisiatif 1Rumah 1Jalur Gemilang (1R1JG) turut digerakkan bagi menyemarakkan semangat patriotisme melalui pengibaran bendera di setiap kediaman. Bagi memeriahkan acara, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan termasuk hebahan awam, edaran bahan penerbitan, senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak dan ibu bapa, pakaian beragam, basikal berhias merdeka, gotong-royong menghias kampung serta perarakan sambutan HKHM. Turut hadir, Pengerusi Kelab KMKK DUN Stakan merangkap Penghulu Kampung Pangkalan Kuap, Buhari Abu Sapian, Ketua Kaum Kampung Stakan Melayu merangkap Ketua Komuniti MADANI Kampung Stakan Melayu, Mohamad Subari Beni, Ketua Kaum Kampung Pangkalan Kuap, Sabawi Bahar, Ketua Kaum Kampung Bukit Berangan, Rizal Abu Seman, Ketua Kaum Kampung Sungai Pendam, Farida Zainuddin, Ketua Wanita PBB Cawangan DUN Stakan, Lela Adini, Ketua Pemuda PBB Cawangan DUN Stakan, Mohd Azmizan Karim serta Ketua Ranting PBB Kampung Stakan Melayu, Hepni Amat.-EDISI UKAS

View

news

Awla Seru Hayati Jiwa Merdeka Dengan Semangat Perpaduan

SADONG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris menyeru rakyat agar terus menghayati semangat kemerdekaan dengan menjiwai nilai perpaduan, kasih sayang dan tanggungjawab bersama. Menurut beliau, kemerdekaan negara bukanlah sesuatu yang dicapai dengan mudah, sebaliknya hasil daripada pengorbanan besar generasi terdahulu yang berjuang menentang penjajah dengan penuh keberanian. “Kemerdekaan ini dibayar dengan darah, air mata dan keringat para pejuang tanah air. “Sebab itu, sebagai generasi hari ini, kita mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan keamanan, memelihara perpaduan dan mengisi kemerdekaan dengan pembangunan yang berterusan,” tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Jiwa@Komuniti Madani sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan dan Gedong, anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Simunjan di Rumah Panjang Kampung Sungai Buluh, pada Ahad. Beliau menegaskan bahawa perpaduan masyarakat berbilang kaum merupakan asas kekuatan Malaysia, justeru rakyat perlu menolak sebarang unsur kebencian, hasutan dan perpecahan. “Rumah panjang ini adalah lambang semangat kekitaan, hidup bersama, saling menghormati dan saling membantu. “Begitulah juga Malaysia, jika perpaduan kita rapuh, negara akan mudah goyah, tetapi jika kita kukuh bersama, tiada kuasa yang mampu memecah-belahkan kita,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Awla turut merakamkan penghargaan kepada JaPen Daerah Simunjan selaku penganjur serta semua pihak yang menjayakan program berkenaan. Beliau turut mengingatkan peserta konvoi agar menjadi duta kecil semangat kemerdekaan dengan menyebarkan mesej perpaduan, hormat dan keamanan ke mana sahaja mereka pergi. Program konvoi tersebut disertai 14 kenderaan dengan 42 peserta terdiri daripada ahli komuniti Madani kawasan DUN Simunjan dan Gedong. Ia bertujuan membawa mesej patriotisme serta mengibarkan Jalur Gemilang ke seluruh pelosok kampung dan rumah panjang. Sebagai simbolik pelancaran, Awla Dris turut melakukan flag off pelepasan konvoi yang berarak menuju ke beberapa kampung sebelum ke destinasi yang seterusnya iaitu Daerah Gedong. Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Simunjan Mohammad Subuh Jamali, Penghulu Zon Pangkor, Musa Pozi, Ketua Kaum Kampung Sungai Buluh Sili Bunsi dan Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simunjan Bojeng Ali. -EDISI UKAS

View

news

Nearly 200 Dogs Vaccinated In Miri Rabies Prevention Drive

MIRI: The Veterinary Services Department (JPV) Miri vaccinated 197 dogs against rabies during a mass vaccination, licensing and microchipping programme at Taman Awam Miri on Sunday. Pet owners brought 113 dogs for their first jab, while another 84 received booster shots. JPV officers also microchipped 12 dogs and issued licences for 27, strengthening compliance with local regulations. The programme attracted 116 pet owners, showing strong community support for rabies prevention and responsible pet ownership. Sarawak Transport Minister and Senadin Assemblyman, Dato Sri Lee Kim Shin, reported that JPV vaccinated 1,182 dogs in Miri between January and July. He urged owners to renew rabies shots annually. “Although Miri has remained rabies-free for several years, the community must not be complacent. JPV provides rabies vaccines for dogs free of charge, and owners must ensure their pets are protected every year,” he said. Dato Sri Lee revealed that Miri has recorded 800 dog bite cases since early 2025. He advised residents to stay vigilant and seek immediate treatment at clinics or hospitals if bitten. While he also praised JPV’s mobile vaccination initiative for making the service more accessible. “I urge more pet owners to come forward and vaccinate their animals to safeguard the community,” he added. Authorities reminded owners not to disturb animals during feeding or nursing, to teach children safe interaction with pets, and to keep dogs and cats indoors to avoid contact with strays or wild animals. They also advised residents to wash bite wounds immediately with soap and running water for at least 15 minutes and to seek prompt medical treatment. -UKASnews  

View
FirstPrevious291292293294295296297298299300NextLast