Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
Penduduk Kawasan Lambir Bakal Nikmati Kemudahan Sukan |
MIRI: Penduduk di sekitar kawasan Lambir bakal menikmati kemudahan sukan seperti padang bola sepak dan gelanggang sepak takraw tidak lama lagi. Sehubungan itu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Datuk Dr Ripin Lamat bersama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya telah melakukan lawatan ke tapak projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Lambir itu pada Rabu. Lawatan itu bagi meninjau keadaan dan kemajuan projek-projek tersebut. Projek pertama melibatkan kerja membina baharu padang bola sepak yang dijangka disiapkan pada 4 Oktober ini manakala projek kedua melibatkan pembinaan baharu (Fasa 1) gelanggang sepak takraw di Taman Jelita. Turut hadir ialah Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak Wan Mohamad Wan Drahman, Timbalan Residen Bahagian Miri Juan Ubit dan Pegawai Daerah Miri Siti Rohanie Yusof. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
英语教数理可扩展学生的知识 |
古晋:采用英语教数理旨在为学生打下坚实的语言基础,该语言是科学技术前沿的全球纽带。 砂教育、创新及人才发展部长拿督斯里罗伦沙嘉表示,汇聚本地和国际专家将成为一个独特的平台,分享研究成果、促进合作和推动对数学与科学的集体理解。 “其中一项主要举措已经实施,即在砂拉越的数理科目,我们称之为砂拉越双语计划已于 2020 年启动。通过用英语教导数学和科学,我们的目标是为学生提供坚实的英语基础,英语是科学和技术的全球纽带。” “这一举措不仅提高他们的语言能力,还拓大他们获取各种知识来源的渠道,而这些知识来源大多是英语。” 他的讲稿由砂教育、创新及人才发展部副部长拿督安华拉拜,在星期三举行的第31届全国科学与数学研讨会(SKSM31)晚宴暨颁奖典礼上代读时,如是说。 拿督斯里罗伦沙嘉说,砂拉越最重要的发展之一是砂科学中心的建立,该中心效仿新加坡科学中心等机构的建立,计划于明年底竣工,预计将于2026年投入运营。 “砂拉越科学中心将成为科学、技术、工程和数学(STEM)教育的重要展览和实验室中心,这可以直接为与国内外大学和研究机构的合作提供空间。” 因此,他说,为了确保公平获得科学、技术、工程和数学(STEM)资源,砂拉越各区将设立“共同科学实验室”,与学生分享真实的科学实验室经验,特别是来自乡村地区和缺乏完整科学教育服务的地区的学生。 -UKAS刊 |
Lihat |
|
news |
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Terima Kunjungan Hormat Daripada OUNA |
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) di Astana Negeri Sarawak pada Khamis. Presiden OUNA, Dato Dr. Abu Bakar Abdullah menjelaskan tujuan kunjungan tersebut adalah untuk menzahirkan ucapan tahniah di atas pelantikan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Januari 2024. Jelasnya lagi, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi turut berbesar hati menerima cenderamata daripada persatuan itu dan menyatakan penghargaan atas sokongan penuh OUNA terhadap kepimpinan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri. Beliau turut menzahirkan harapan agar hubungan erat antara rakyat Sarawak terus diperkukuh demi menjamin keamanan dan kemakmuran negeri ini. Hadir sama Timbalan Setiausaha Agung OUNA Anyie Wan dan Jawatankuasa Eksekutif Pusat OUNA Peter Jalong Usang. – EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sarawak Governor Receives Courtesy Call From OUNA |
KUCHING: The Governor of Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja'afar received a courtesy visit from the Orang Ulu National Association (OUNA) in Astana Negeri Sarawak on Thursday. President of OUNA, Dato Dr Abu Bakar Abdullah explained that the purpose of the visit was to congratulate the appointment of Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi as the Governor of Sarawak in January 2024. He explained further that Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi was also pleased to receive a souvenir from the association and expressed his appreciation for OUNA's full support for his leadership as the State Speaker. He also expressed the hope that the close relationship between the people of Sarawak will continue to be strengthened to ensure the peace and prosperity of the state. Also present were OUNA Deputy Secretary General Anyie Wan and OUNA Central Executive Committee Peter Jalong Usang. – UKASnews |
Lihat |
|
news |
Pemimpin Peringkat Akar Umbi Perlu Amalkan Integriti |
TELANG USAN: Kerajaan Sarawak sentiasa memberi penekanan terhadap kepentingan integriti di peringkat pimpinan akar umbi bagi memastikan tadbir urus yang baik tercapai, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya berkata, pemimpin akar umbi merupakan tunjang utama kepada sesebuah komuniti, dan mereka harus mengamalkan integriti serta memastikan tatacara kelola yang baik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Beliau juga menekankan peranan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) sebagai mata dan telinga kerajaan dalam melaporkan sebarang salah laku kepada Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS). Menurutnya, setiap aduan yang dibuat mestilah sahih dan berdasarkan fakta untuk memastikan setiap salah laku dapat dinilai dan tindakan yang sewajarnya diambil. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Jelajah Integriti Siri 13 Bil.4/2024 di Dewan Long Lama, pada Selasa. Jelajah kali ini merupakan siri ke-4 selepas program di Betong, Spaoh, dan Mulu, serta menjadi kesinambungan kepada inisiatif UNIONS yang bermula sejak tahun 2019, dengan 40 siri jelajah telah diadakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau turut hadir dalam majlis tersebut dan menzahirkan penghargaan kepada Datuk Dr. Juanda atas komitmen beliau dalam menekankan amalan integriti kepada masyarakat. Beliau juga berharap semua peserta yang hadir, termasuk KMKK Daerah Telang Usan, Kaunselor Majlis Daerah, serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, dapat mengaplikasikan ilmu yang dikongsi untuk memacu pembangunan di daerah ini. Hadir sama wakil Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak Wan Hipni Wan Mohamad, wakil Residen Bahagian Miri Ezra Uda, dan Ketua Masyarakat Kaum Kayan Bahagian Miri Temenggong Elizabeth Deng. - EDISI UKAS #UKASnews #SaluranInformasiRakyat #SarawakMajuMakmur |
Lihat |
|
news |
Pelantikan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Sebagai Canselor UTS Diabadikan Dalam Biografi Khas |
KUCHING: Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja'afar sebagai Canselor kedua Universiti Teknologi Sarawak (UTS) akan diabadikan dalam penerbitan sebuah biografi khas yang memperincikan perjalanan hidup serta sumbangan besar beliau. Biografi tersebut bakal dilancarkan semasa Majlis Konvokesyen UTS Ke-9 pada Disember ini, sebagai penghargaan terhadap pelantikan bersejarah Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi. Naib Canselor UTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab. Hamid berkata, biografi itu akan memuatkan pandangan serta nasihat Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi mengenai hala tuju UTS sebagai sebuah institusi pengajian tinggi milik negeri Sarawak. “Pengalaman luas beliau dalam kerajaan pusat dan pelbagai kementerian bakal menjadi panduan penting bagi memastikan UTS terus berkembang seiring dengan agenda pembangunan negeri Sarawak. "Beliau turut menekankan kepentingan dalam memastikan setiap pelajar dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, kemahiran pengurusan, serta pemahaman menyeluruh terhadap elemen kemanusiaan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengetuai delegasi UTS melakukan kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak, pada Khamis. Jelasnya lagi, pelantikan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sebagai Canselor akan menjadi penanda aras bagi memperkasakan pengurusan dan program akademik di UTS, terutamanya dalam melahirkan tenaga kerja yang relevan dengan keperluan negeri Sarawak. Hadir sama Pendaftar UTS Jimmy De Rozario @ Abdul Rahman, Ketua Jabatan Pentadbiran dan Perhubungan Korporat UTS Mohd Ian Daim Mahmud, Pengurus Pemasaran dan Pengambilan Pelajar Kuching Lau Wee Ming serta tetamu kehormat lain. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Pembinaan Kemudahan Tanah Perkuburan Kampung Kuala Balingian Siap Sepenuhnya |
BALINGIAN: Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian bernilai RM50,000 melibatkan pembinaan kemudahan di tanah perkuburan Kampung Kuala Balingian siap sepenuhnya. Majlis Penyerahan Tapak Siap Projek telah disempurnakan oleh Kontraktor Ama Construction kepada Ketua Kaum Kampung Kuala Balingian, KK Ismai Akop pada Rabu. Ia turut disaksikan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat DUN Balingian, Che Ghazali Arbi dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah, Mohamad Fa'eez selaku agensi pelaksana. Dalam pada itu, Ketua Kampung, Ismail Akop menzahirkan jutaan terima kasih kepada ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi kerana telah menyediakan infrastruktur untuk kemudahan penduduk kampung termasuk projek yang telah siap ini. Sementara itu, Che Ghazali yang mewakili Abdul Yakub mengharapkan agar penduduk kampung dapat memanfaatkan kemudahan yang telah siap ini dengan sepenuhnya. Turut hadir Pejabat Daerah Kecil Balingian Dominic Ahjun, Pejabat Daerah Mukah Nur Hidayah Kassim dan Penghulu Kuala Balingian Merjuki Sahari. - EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Atlet Para SUKMA Sarawak Buru 83 Pingat Emas, Rampas Kembali Kejuaraan |
KUCHING: Atlet Sarawak diyakini mampu mencapai sasaran 83 pingat emas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) XXI yang berlangsung dari 22 hingga 28 September ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, sasaran pingat itu mampu dilakar kerana atlet Sarawak cukup berdisplin dan berpotensi. Menurutnya, sasaran 83 pingat itu ditetapkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dalam usaha merampas semula kejuaraan Para SUKMA. "Sebagai suntikan moral, pemenang pingat Para SUKMA akan menikmati ganjaran sama seperti diterima oleh para atlet SUKMA. "Para SUKMA kali ini akan memberikan insentif yang setara dengan SUKMA biasa, di mana setiap pemenang pingat emas akan menerima ganjaran sebanyak RM15,000. “Jika sasaran 83 pingat emas tercapai, jumlah keseluruhan insentif yang akan diberikan mencecah lebih RM1 juta. “Selain itu, pemenang pingat perak juga akan menerima insentif sebanyak RM5,000 dan gangsa RM3,000," katanya. Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bendera Negeri kepada Ketua Kontinjen Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Hikmah Exchange Event Centre di sini pada Rabu. Premier Sarawak turut menegaskan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menyokong usaha para atlet. “Selagi negeri kita makmur dan rakyat bersatu padu, kita akan terus maju membawa nama Ibu Pertiwi ke peringkat yang lebih tinggi,” ujar beliau. Dalam ucapannya, beliau turut mengucapkan tahniah kepada para atlet yang telah menunjukkan usaha gigih dalam persiapan mereka menghadapi Para SUKMA 2024, sambil menyatakan keyakinannya bahawa mereka akan mengharumkan nama Sarawak di pentas kebangsaan. Selain itu, Premier Sarawak menyentuh mengenai peningkatan infrastruktur sukan di negeri ini, termasuk fasiliti sukan di Sri Aman, Sibu, Bintulu, dan Miri yang telah dinaik taraf untuk memastikan Sarawak bersedia menjadi tuan rumah acara sukan bertaraf antarabangsa. Beliau turut mendedahkan bahawa Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengiktiraf Sarawak sebagai negeri yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bersama bagi Sukan SEA yang akan datang dan menandakan satu pencapaian bersejarah bagi negeri ini. "Dengan sokongan daripada Menteri Belia dan Sukan, persembahan pembukaan Sukan SEA akan berlangsung di Kuching, sekali gus membuktikan keberanian dan kehebatan Sarawak sebagai destinasi sukan antarabangsa," tambah beliau. Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Chef De Mission kontinjen Para SUKMA Sarawak Datuk Mohamad Razi Sitam, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Para SUKMA Sarawak 2024 Datu Hii Chang Kee serta tetamu kenamaan lain.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Pembinaan Jalan Baru Kampung Pulat Balingian Siap Sepenuhnya |
BALINGIAN: Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian bernilai RM100,000 membabitkan pembinaan kemudahan jalan baru di Kampung Pulat Balingian siap sepenuhnya. Majlis penyerahan tapak siap projek telah disempurnakan oleh Kontraktor Tellian Active Enterprise kepada Ketua Kampung Pulat Balingian, KK Harun Ulis pada Rabu. Ia turut disaksikan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat DUN Balingian, Che Ghazali Arbi dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah, Mohamad Fa'eez selaku agensi pelaksana. Dalam pada itu, Ketua Kampung Harun Ulis menzahirkan jutaan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi kerana telah menyediakan infrastruktur untuk kemudahan penduduk kampung termasuk projek yang telah siap ini. Sementara itu, Che Ghazali yang mewakili Abdul Yakub mengharapkan agar penduduk kampung dapat memanfaatkan kemudahan yang telah siap ini dengan sepenuhnya. Turut hadir Pejabat Daerah Kecil Balingian Dominic Ahjun, Pejabat Daerah Mukah Nur Hidayah Kassim dan Penghulu Kuala Balingian Merjuki Sahari. - EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Raptai Penuh Majlis Kesyukuran Sempena Hari Malaysia di Sarawak Berjalan Lancar |
SRI AMAN: Raptai penuh bagi Majlis Kesyukuran Anjuran Agama-Agama Lain sempena Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Sarawak Tahun 2024 berlangsung dengan jayanya di Dewan Suarah Sri Aman hari ini. Sebanyak enam agama utama di Sarawak mengambil bahagian dalam pembacaan doa iaitu Baha’i, Buddha, Hindu, Kristian, Tao dan Sikh. Setiap wakil agama mempersembahkan doa sebagai simbolik kepada keharmonian dan perpaduan yang wujud dalam kepelbagaian agama di negeri ini. Kehadiran pelbagai agama dalam satu majlis ini menjadi bukti jelas bahawa Sarawak terus menjadi contoh terbaik dalam mengamalkan toleransi dan perpaduan antara kaum dan agama. Turut hadir dalam sesi raptai tersebut adalah Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Dato Georgina Apphia Ngau. Majlis yang penuh bersejarah ini dijangka dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian pada 14 September. Pada sebelah malam, 'Konsert Cinta Malaysia' dijangka memeriahkan suasana dengan persembahan daripada artis terkenal seperti Ramlah Ram, Baby Shima, Haziq Rosebi serta beberapa artis tempatan. Konsert yang berlangsung di Tebingan Sungai Sri Aman ini dijangka menarik perhatian penduduk setempat, sekaligus menambah seri kepada sambutan Hari Malaysia di Sarawak. Pemilihan Sri Aman sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia turut memberi pendedahan baharu kepada masyarakat tempatan tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional. Acara ini bukan sahaja merapatkan hubungan antara kaum, tetapi juga membuka peluang bagi penduduk setempat untuk lebih memahami dan menghargai kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia. Sarawak sekali lagi membuktikan komitmen mereka terhadap perpaduan, bukan hanya melalui acara keagamaan, tetapi juga melalui hiburan dan budaya yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat. - EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya2581258225832584258525862587258825892590SeterusnyaTerakhir |