BALINGIAN: Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian bernilai RM50,000 melibatkan pembinaan kemudahan di tanah perkuburan Kampung Kuala Balingian siap sepenuhnya.
Majlis Penyerahan Tapak Siap Projek telah disempurnakan oleh Kontraktor Ama Construction kepada Ketua Kaum Kampung Kuala Balingian, KK Ismai Akop pada Rabu.
Ia turut disaksikan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat DUN Balingian, Che Ghazali Arbi dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah, Mohamad Fa'eez selaku agensi pelaksana.
Dalam pada itu, Ketua Kampung, Ismail Akop menzahirkan jutaan terima kasih kepada ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi kerana telah menyediakan infrastruktur untuk kemudahan penduduk kampung termasuk projek yang telah siap ini.
Sementara itu, Che Ghazali yang mewakili Abdul Yakub mengharapkan agar penduduk kampung dapat memanfaatkan kemudahan yang telah siap ini dengan sepenuhnya.
Turut hadir Pejabat Daerah Kecil Balingian Dominic Ahjun, Pejabat Daerah Mukah Nur Hidayah Kassim dan Penghulu Kuala Balingian Merjuki Sahari. - EDISI UKAS