Yang di-Pertua Negeri Sarawak Terima Kunjungan Hormat Daripada OUNA

Disiarkan pada 12 Sep 2024
Sumber Berita: UKAS



KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) di Astana Negeri Sarawak pada Khamis.

Presiden OUNA, Dato Dr. Abu Bakar Abdullah menjelaskan tujuan kunjungan tersebut adalah untuk menzahirkan ucapan tahniah di atas pelantikan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Januari 2024.

Jelasnya lagi, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi turut berbesar hati menerima cenderamata daripada persatuan itu dan menyatakan penghargaan atas sokongan penuh OUNA terhadap kepimpinan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri.

Beliau turut menzahirkan harapan agar hubungan erat antara rakyat Sarawak terus diperkukuh demi menjamin keamanan dan kemakmuran negeri ini.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Agung OUNA Anyie Wan dan Jawatankuasa Eksekutif Pusat OUNA Peter Jalong Usang. – EDISI UKAS