Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Kerjasama Jepun-Sarawak Perkukuh Usaha Konservasi Orang Utan |
KUCHING: Usaha Sarawak memelihara habitat orang utan mendapat sokongan padu daripada komuniti antarabangsa khususnya Jepun. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, Penyelaras Negeri Sarawak bagi Persatuan Malaysia–Jepun Sarawak, Kazue Sakai telah lebih 40 tahun menzahirkan mesej pemuliharaan melalui karya seni bertemakan orang utan di samping membawa pelajar, penyelidik dan usahawan Jepun ke Sarawak untuk menanam pokok serta menyokong usaha konservasi. “Kerjasama seperti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran global, malah mempromosikan Sarawak sebagai destinasi penyelidikan dan ekopelancongan,” jelasnya pada Majlis Penyerahan Lukisan Minyak Orang Utan di Wisma Sumber Alam, pada Khamis. Beliau berkata, populasi orang utan di Sarawak kini dianggarkan sekitar 2,500 ekor, jauh lebih kecil berbanding Sabah dan Kalimantan, namun program konservasi di Semenggoh Nature Reserve telah menunjukkan hasil positif dengan banyak kelahiran anak orang utan direkodkan. “Pendekatan di Semenggoh unik kerana orang utan dibiarkan hidup bebas tanpa campur tangan manusia, berbeza dengan pusat konservasi lain,” ujarnya. Datuk Len Talif menegaskan, pemeliharaan biodiversiti Sarawak perlu diteruskan melalui penglibatan komuniti tempatan, agensi kerajaan dan rakan kerjasama antarabangsa agar flora dan fauna terus dilindungi untuk generasi akan datang.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pembangunan Infrastruktur Sarawak Ambil Kira Kelestarian Alam Sekitar |
KUCHING: Pembangunan infrastruktur di Sarawak sentiasa dirancang dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, khususnya pemeliharaan habitat orang utan. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, contoh jelas ialah pembinaan Jalan Trunk Kedua yang melalui Taman Negara Ulu Sebuyau yang dilaksanakan secara jejambat (elevated highway). “Langkah ini bukan sahaja memastikan ekosistem tidak terjejas, malah membolehkan kawasan taman negara kekal sebagai Totally Protected Area (TPA),” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lukisan Minyak Orang Utan di Wisma Sumber Alam, di sini, hari ini. Menurut beliau, Sarawak kini mempunyai empat kawasan TPA yang diwartakan sebagai habitat orang utan, iaitu Taman Negara Batang Ai, Taman Negara Ulu Sebuyau, Taman Negara Sedilu serta Sanctuary Hidupan Liar Lanjak-Entimau yang bersempadan dengan Kalimantan. Jelasnya lagi, pendekatan ini selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang menekankan keseimbangan antara pembangunan ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Projek Berimpak Tinggi Transformasikan Pembangunan Sarikei |
SARIKEI: Pelaksanaan pelbagai projek berimpak tinggi telah mentransformasikan Bahagian Sarikei menjadi salah satu wilayah di Sarawak yang semakin progresif dari sudut pembangunan dan ekonominya. Mengambil contoh pembinaan Jambatan Batang Rajang, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato' Sri Huang Tiong Sii berkata, prasarana hebat itu bukan sahaja meningkatkan jaringan perhubungan antara kawasan-kawasan sepanjang Sungai Rajang, malah turut memberi kesan positif kepada pembangunan sosioekonomi rakyat Sarawak khususnya penduduk Parlimen Sarikei. Kata Ahli Parlimen Sarikei itu, jambatan sepanjang 1.4 kilometer yang dibina dengan kos RM321 juta itu menjadi lambang kesungguhan kerajaan negeri dalam memajukan kawasan luar bandar. “Projek ini amat bermakna buat saya secara peribadi, kerana ianya merupakan antara perjuangan utama saya sejak diberi amanah sebagai wakil rakyat Parlimen Sarikei. “Jambatan Batang Rajang kini menjadi simbol kesungguhan kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Premier, dalam membawa Sarawak, menuju masa depan yang lebih maju, inklusif dan sejahtera,” jelas beliau. Beliau berkata demikian dalam sesi temubual ekslusif bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Khidmat beliau baru-baru ini. Dalam hal ini, beliau amat berterima kasih kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang telah merealisasikan impian penduduk di situ untuk menikmati kemudahan asas yang sekian lama dinantikan itu. Untuk rekod, Jambatan Batang Rajang yang dirasmikan pada 17 Mei 2025 telah dijenamakan sebagai Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman. Menurut Dato Sri Huang lagi, Kerajaan juga akan melaksanakan, beberapa projek pembangunan utama yang merangkumi infrastruktur, kemudahan awam serta peningkatan ekonomi setempat seperti peningkatan infrastruktur jalan raya di kawasan bandar dan luar bandar. Ini termasuk projek menaik taraf jalan-jalan kampung dan rumah panjang, termasuk pembinaan sistem perparitan yang lebih baik untuk mengurangkan risiko banjir, katanya. Selain itu tambah beliau, projek pembangunan Tebingan Sungai Sarikei yang akan dilaksanakan di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) secara berfasa akan menjadi tarikan baharu pelancongan dan pusat aktiviti komuniti di Sarikei kelak. “Semua projek ini adalah untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat Sarikei kerana dasar YAB Premier kita amat mementingkan kemajuan di kawasan luar bandar. “Beliau mahu melihat jurang pembangunan dan kemajuan di kawasan bandar dan luar bandar dikurangkan agar semua rakyat Sarawak dapat menikmati kemakmuran ekonomi seperti yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030,” tambahnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok itu lagi. Sehubungan itu, Dato Sri Huang mengajak seluruh rakyat negeri ini untuk terus menyokong kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Datuk Patinggi Abang Zohari demi kestabilan politik negeri ini agar segala perancangan pembangunan di Sarawak khasnya di Sarikei dapat diteruskan untuk manfaat semua rakyat. “Dengan visi jauh YAB Premier dan perancangan holistik, kerajaan negeri, saya yakin Sarikei akan berubah, dari daerah terpencil, menjadi antara pusat ekonomi utama di wilayah tengah Sarawak yang akan menyumbang kepada pembangunan negeri ini,” katanya lagi. Di akhir ucapannya, beliau mengajak seluruh rakyat Sarawak khasnya di Sarikei untuk meraikan Hari Kebangsaan dengan jiwa merdeka dan semangat patriotik. Tegasnya, selain sambutan Hari Sarawak dan Hari Malaysia yang turut diraikan di sini, sambutan Hari Kebangsaan tetap penting sebagai medium untuk memperkukuhkan lagi perpaduan antara kaum di negara ini, bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Governor Graces ASEAN Law Forum 2025 Ministerial Dinner |
KUALA LUMPUR: Sarawak Governor, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar and his wife, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi graced the Ministerial Dinner in conjunction with the ASEAN Law Forum 2025 at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), on Wednesday. The arrival of Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi and Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah was welcomed by the Minister in the Prime Minister’s Department (Law and Institutional Reform), Dato’ Seri Azalina Othman Said, accompanied by Sarawak Minister for Tourism, Creative Industry and Performing Arts, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah and his wife, Datin Sri Zuraini Abdul Jaabar. As a symbolic gesture to mark the officiation, the Sarawak Governor struck the gong three times, signifying the commencement of the prestigious event which gathered over 300 participants comprising legal experts, judges, lawyers, and regional scholars. After the banquet, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi together with Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah and Dato’ Seri Azalina also took part in a batik colouring activity featuring the ASEAN inscription before attending a casual durian-tasting session at Sky Garden, KLCC. Among the distinguished guests present were ASEAN Secretary-General, Dr. Kao Kim Hourn, President of the Senate, Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, President of the Court of Appeal, Dato’ Abu Bakar Jais, Chief Justice of the High Court of Malaya, Tan Sri Hasnah Dato’ Mohamed Hashim, and Chief Judge of Sabah and Sarawak, Dato’ Azizah Nawawi. Also in attendance were ASEAN Ministers and Deputy Ministers of Law, including representatives from Timor Leste. In his brief address, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi expressed hope that the ASEAN Law Forum 2025, taking place from 19 to 21 August, will serve as a platform to formulate joint resolutions in facing new legal challenges including those related to technology, the environment, and human rights. He expressed confidence that this forum will highlight Malaysia's commitment in upholding the rule of law while further strengthening legal cooperation within ASEAN. -UKASnews |
View |
|
news |
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Bejadi Pengerami Makai Lemai Menteri Serimbai Forum Undang-Undang ASEAN 2025 |
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar enggau bini, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi datai bejadika Pengerami Makai Lemai Menteri serimbai Forum Undang-Undang ASEAN (ASEAN Law Forum) 2025 di Palan Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), kena Hari Tiga tu tadi. Penatai Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi enggau Datuk Patinggi Fauziah diambat Menteri Undang-Undang enggau Reformasyen Institusyen Malaysia, Dato’ Seri Azalina Othman Said, disempulang Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang ti mega Menteri Nembiak, Lumba enggau Pemansang Orang Dagang Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sereta bini, Datin Sri Zuraini Abdul Jaabar. Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi malu tawak tiga kali kelai bejadi, nandaka pengawa ti ngempuru lebih 300 penyereta datai ari pakar undang-undang, akim, luyar enggau pemelajar serantau belabuh diatur. Tembu makai lemai, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi enggau Datuk Patinggi Fauziah sereta Dato’ Seri Azalina mega bejadika aktiviti ngelinsu batik ke ditulis ASEAN sebedau sama ngulu pengawa makai rian di Sky Garden, Ringkat 6 KLCC. Entara pemesai bukai ti sama datai, Sekretari Besai ASEAN, Dr Kao Kim Hourn, Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Presiden Kort Apil, Dato’ Abu Bakar Jais, Tuai Akim Kort Tinggi Malaya, Tan Sri Hasnah Dato’ Mohamed Hashim sereta Tuai Akim Sabah enggau Sarawak, Dato’ Hajah Azizah Nawawi. Bela datai, bala Menteri enggau Sapit Menteri Undang-Undang menua ASEAN nyengkaum Timor Leste. Lebuh bejaku, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi ngarapka Forum Undang-Undang ASEAN 2025 ke diatur ari 19 ngagai 21 Ogos nyadi pelasar bulih penemu sereta pemutus dikena napi pemar baru bekaul undang-undang nyengkaum teknologi, rampa menua enggau hak pemun mensia. Iya andal ke forum nya ngayanka pengeransing Malaysia negika undang-undang lalu ngenegap kerejasama bekaul undang-undang di rantau ASEAN.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
KPWK Nurai Mayuh Penyulut, 41 Nerima APC 2024 |
KUCHING: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti (KPWK) terus ngayanka pemujur nyungkak pengelantang rayat Sarawak nengah macham penyulut kandang beberapa taun ti udah. Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah madah pemujur pejalai polisi enggau program opis menteri sereta agensi ke dipegai iya tampak mandangka pengeransing perintah Sarawak nyungkak kualiti pengidup rayat, lebih agi raban indu, nembiak mit, ruang bilik enggau orang tuai. “Kenyau ditumbuh ba taun 2019, Endowment Fund Sarawak (EFS) udah muka lebih 139,000 akaun ungkup anak mit ke baru ada enggau belanja manggai RM139 juta, lalu Bantu Indai Beranak (BIB) udah meri pemaik ngagai lebih 87,000 penerima enggau belanja ngelui RM39 juta,” ku iya. Iya madah munyi nya maya bejaku ba Program Anugerah Servis Nyulut (APC), ditu, kena Hari Tiga tu tadi. Ku iya nerang, Program Subsidi Bayar Belanja Ngibun enggau Pelajar Tumu Nembiak Mit ke dipun ba taun 2023 nyaup ngelempung tating belanja apai indai ke kurang penatai pemisi mungkur 185 palan pelajar tumu nembiak mit enggau agih belanja manggai RM2.5 juta naka ke diatu. Kelimpah ari nya, ku iya, Geran Ninting Taun Khas 2025 beungkus RM10.58 juta udah diagih ngagai lebih 2,000 institut ba selampur Sarawak dikena ngenegap kualiti pelajar awal. “Ba pekara ngintu pengelantang, Program Sejambak Kasih mujur ngagih belanja lebih RM5.6 juta ngagai sida ke patut serimbai pengerami ngintu lima hari besai. "Pia mega Kenyalang Gold Card (KGC) ke diberi khas ungkup orang tuai majak ngerembai enggau lebih 333,000 kad dichelak naka Julai, nyengkaum Bantu Pemati sepenyampau RM70.7 juta kenyau ari taun 2020," ku iya. Iya madah baru, KPWK nengah Opis Indu enggau Ruang Bilik Sarawak (JWKS) bela mandangka empas besai ba ngenegap indu, entara iya nengah Bantu Tuai Ruang Bilik Indu Sarawak (KIRWaS) ke meri modal dagang ngagai semak 1,900 orang indu. Ku iya nerang Dato Sri Fatimah, pemujur inisiatif tu diaku ba renggat nasional lebuh udah nerima anugerah Projek Silver serimbai Kongres Social Synergy 2025 di Kuala Lumpur. Kaunsil Pemansang Rama (MPS) bela ngerikod tikas pemanah ti meransang lebuh udah bejalaika lebih 600 siri intervensyen rama sepemanjai 2024, nyengkaum mantu ruang bilik kurang penatai pemisi lalu ngenegap kerejasama enggau macham raban ba mutar isu rayat. Maya program nya, bisi 41 raban opis menteri enggau agensi dirami ke penyulut sida, nyengkaum lapan penerima ari KPWK, 27 ari Opis Pengintu Pengelantang Mensia Mayah Sarawak (JKMS) enggau enam ari JWKS. Program nya mega ngenang jasa tiga pegawai ke udah pinchin sereta dua pegawai ti belidar gawa ngagai opis bukai. Sama datai, Sapit Menteri Pemansang Indu enggau Nembiak Mit Datuk Rosey Yunus, Sapit Menteri Pengintu Pengelantang Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam, Sekretari Mendam KPWK Datu Felicia Tan Ya Hua, Direktor Opis Pengintu Pengelantang Mensia Mayuh Sarawak (JKMS) enggau Direktor Opis Indu Enggau Ruang Bilik Sarawak (JWKS) Salmah Jobeli enggau temuai dipebasa ke bukai.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sempurnakan Jamuan Makan Malam Menteri Sempena Forum Undang-Undang ASEAN 2025 |
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan berangkat menyempurnakan Jamuan Makan Malam Menteri sempena Forum Undang-Undang ASEAN (ASEAN Law Forum) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Rabu. Ketibaan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan Datuk Patinggi Fauziah disambut oleh Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Malaysia, Dato’ Seri Azalina Othman Said, diiringi Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri, Datin Sri Zuraini Abdul Jaabar. Sebagai simbolik perasmian, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi memukul gong sebanyak tiga kali, menandakan bermulanya majlis berprestij yang menghimpunkan lebih 300 peserta terdiri daripada pakar undang-undang, hakim, peguam dan cendekiawan serantau. Selesai jamuan, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bersama Datuk Patinggi Fauziah dan Dato’ Seri Azalina turut menyempurnakan aktiviti mewarna batik bertulisan ASEAN sebelum menghadiri sesi santai menikmati buah durian di Sky Garden, Tingkat 6 KLCC. Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn, Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah,?Presiden Mahkamah Rayuan, Dato’ Abu Bakar Jais, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Tan Sri Hasnah Dato’ Mohamed Hashim serta Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Dato’ Hajah Azizah Nawawi. Turut serta, para Menteri dan Timbalan Menteri Undang-Undang negara-negara ASEAN termasuk Timor Leste. Dalam ucapan ringkasnya, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi menzahirkan harapan agar Forum Undang-Undang ASEAN 2025 yang berlangsung dari 19 hingga 21 Ogos menjadi platform merumuskan resolusi bersama dalam menghadapi cabaran baharu perundangan termasuk berkaitan teknologi, alam sekitar dan hak asasi manusia. Beliau yakin forum ini menyerlahkan komitmen Malaysia dalam mempromosikan kedaulatan undang-undang sekali gus memperkukuh kerjasama perundangan di rantau ASEAN.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
UKAS & SEB Perkukuh Kerjasama Strategik |
KUCHING: Kerjasama strategik antara Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) terus diperkukuhkan dengan UKAS menjadi rakan media rasmi Forum Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui (SAREF 4.0) yang berlangsung pada 3 hingga 4 September 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Pengarah UKAS Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, sebagai rakan media rasmi, UKAS akan membantu publisiti sebelum, semasa dan selepas persidangan melalui pelbagai platform termasuk portal berita dan platform media sosial rasmi UKAS. Jelas beliau, peranan ini sekali gus mengangkat naratif Sarawak sebagai peneraju tenaga boleh diperbaharui di rantau ini selaras dengan aspirasi PCDS 2030 dan agenda ASEAN 2025. Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat SEB, Elaine Tan berkata, SAREF 4.0 kali ini mengangkat tema 'Partnership for the Goal' dengan penglibatan tokoh serantau dan antarabangsa, menjadikannya sebahagian daripada program kepimpinan pemikiran tenaga untuk tempoh sedekad. Katanya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg akan hadir sebagai tetamu kehormat untuk sesi fireside chat, manakala majlis penutupan persidangan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof. “Setakat ini, lebih 650 delegasi sudah berdaftar dengan sasaran kehadiran seramai 1,000 peserta sepanjang persidangan berlangsung,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke UKAS, di sini, pada Selasa. Tambah beliau, persidangan kali ini menampilkan lebih 97 penceramah dengan enam sesi pleno, beberapa sesi selari, bengkel mengenai standard kelestarian hidro serta meja bulat bersama pemimpin utiliti ASEAN. Antara tumpuan utama termasuklah perbincangan mengenai Grid Tenaga Borneo, peralihan tenaga, pembangunan bandar lestari selain aspek perundangan dan pembiayaan tenaga. Elaine menambah, penglibatan belia turut diberi penekanan menerusi penganjuran ASEAN Energy Youth Awards buat julung kali di Sarawak yang menerima sebanyak 384 penyertaan daripada belia seluruh ASEAN. “Selain Youth Pavilion yang membuka ruang kepada belia menyertai pelbagai aktiviti termasuk sesi fireside chat bersama ikon sukan negara Dato Pandelela Rinong, Community Market juga akan diadakan bagi memberi peluang komuniti tempatan berniaga. Pavilion Sarawak pula akan menonjolkan transformasi tenaga negeri daripada pergantungan kepada bahan api fosil kepada tenaga boleh diperbaharui,” jelasnya. Sorotan lain ialah sambutan ulang tahun ke-40 Empangan Batang Ai dengan lawatan delegasi antarabangsa ke kawasan berkenaan yang bukan sahaja menandakan kepentingannya sebagai empangan hidro pertama Sarawak, malah habitat orang utan serta destinasi eko-pelancongan bertaraf antarabangsa. Acara sampingan seperti Gala Dinner anjuran Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) turut diadakan sebagai simbol kerjasama strategik tenaga di rantau ini. Turut hadir semasa kunjungan itu ialah Timbalan Pengarah UKAS, Mohamed Faizal Shah Ali, barisan pegawai-pegawai kanan UKAS serta delegasi SEB. –EDISI UKAS |
View |
|
news |
RIMUP Pelasar Nerenak Penyerakup & Modal Mensia Bisi Kualiti |
BINTULU: Pejalai Program Perambu Integrasyen Nembiak Ungkup Penyerakup (RIMUP) di sekula primari selampur Sarawak nyadi pelasar dikena nerenak ulah beserakup, pengelantang sereta kerejasama ba raban nembiak pupu bansa enggau asal penatai. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Kandang Menua Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom madah, program baka tu ukai semina ngenegap kaul nembiak, pengajar enggau peranak menua dia, tang mega mantu ngadaka rebak ke bisi kualiti ti ulih nyaup pemansang nengeri. “Kitai patut bekerejasama, kitai beguna penyerakup ti rat. Apai indai mega ngesan tanggungpengawa besai nentuka anak diajar enggau manah, ukai semina ba akademik tang mega ulah sereta disiplin sida,” ku iya. Iya madah munyi nya maya bejadika Program Peransang Lantang Begulai Enggau Tuai di Sekula Primari (SK) Batu Tellingai, Suai, ditu, kena Hari Dua tu tadi. Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Kemena nya mega bela nyemetak madah pemesai reti pemansang modal mensia nyadi pelasar pemansang nengeri. Ku iya nerang, pelajar ti bisi kualiti enggau langkar ulah nembiak patut diperati ngambi rayat enda tinggal ari arus pemansang deras menua. Iya mega ngenang baru transformasyen SK Batu Tellingai sepemanjai lima penggal iya nyadi pengari sitak nya madah, kerejasama rat apai indai, sekula enggau nembiak nyadi penyungkak nempa pemujur. “Pemujur nyamai dijapai, tang meruan mujur ukai pekara ti muntang,” ku iya madah baru. Kelimpah ari nya, Dato Sri Dr. Stephen bela bekunsi inisiatif Gabungan Parti Sarawak (GPS) ke deka nyendiaka bayar belajar enda bebayar dikena masuk ngagai universiti enggi perintah Sarawak berengkah 2026. Ku iya, inisiatif tu siti peluang besai ungkup peranak nengeri nampung pelajar lebih agi ba bidang teknikal baka Sains, Teknologi, Injiniring enggau Matematik (STEM). Berebak enggau nya, iya ngelalau apai indai ngambi seruran matau kaul nembiak ba aktiviti sekula lalu nyeliahka sida ari pekara rama ke enda manah. Program nya bela digulu Residen Sitak Bintulu Datu Nyurak Keti, Pegawai Pelilih Sebauh Thadeus Ling Bartholomew Allu, Kepala Pengajar SK Batu Tellingai Bakir Jatan sereta Yang Dipertua Gerempung Apai Indai enggau Pengajar (PIBG) SK Batu Tellingai Tuai Rumah Bakom Ligong.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
IDCA提供专业服务,以支持砂拉越数字经济发展 |
古晋:总部位于华盛顿的国际数据中心管理局(IDCA)将提供专业服务,以支持砂拉越未来发展更具可持续性和弹性的数字经济生态系统。 国际数据中心管理局东盟区负责人沙里曼赛迪克指出,他今日率团拜会砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士,旨在介绍该局在数字经济政策与策略顾问方面的职能与角色。 他说,要推动数码经济,必须具备完善的基础设施,包括通讯塔、数据中心,以及通过光纤和海底电缆建立的国际连接。砂总理强调,砂拉越不仅需要拥有数字枢纽或数据中心,还必须建立完整的国际网络。 沙里曼赛迪克续称,砂总理对数字基础设施的重要性有着清晰的理解。因此,国际数据中心管理局愿意协助评估和强化砂拉越的相关发展规划,确保建设真正“面向未来”,尤其是在数据中心建设方面。 他补充,砂拉越目前正积极探索发展数据中心枢纽,因此能源需求与可持续性课题,也成为我们讨论的一部分。 随同出席者包括砂拉越公用事业及通讯部常务秘书拿督查夫里里亚士、砂拉越多媒体机构总经理拿督张永亨,以及国际数据中心管理局特别项目总监Johnson Yu Weng Lok。-UKAS刊 |
View |
| FirstPrevious241242243244245246247248249250NextLast |