Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Perkhidmatan MySRBN Tingkat Ketersambungan Internet Kawasan Luar Bandar |
KUCHING: Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) akan meningkatkan ketersambungan internet kepada penduduk di kawasan luar bandar. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, perkhidmatan MySRBN dilengkapi dengan pakej prabayar rumah MySRBN yang telah dipramuat dengan 300 megabyte (MB) data percuma setiap bulan akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Julai ini. Menurutnya, sekiranya penggunaan lebih daripada 300MB, pelanggan boleh menikmati perkhidmatan MySRBN dengan tambahan RM5 seminggu dengan data 200GB. “Pihak Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah menyediakan pakej prabayar yang boleh dibeli secara mingguan atau sebulan di mana harganya adalah RM5 setiap minggu yang merupakan tambahan kepada yang percuma. “Ini adalah lebih murah daripada apa yang telah disediakan oleh penyedia perkhidmatan lain di pasaran. “Selain itu, pihak SDEC juga akan memasang penghala dan antena bagi setiap pelanggan yang telah diluluskan oleh MySRBN di kawasan luar bandar,” jelasnya. Beliau berkata demikian semasa sidang media pada Majlis Pelancaran Hari Digital & Ketersambungan Sarawak di sini pada Ahad. Dato Sri Julaihi menambah, perkhidmatan MySRBN mempunyai elemen subsidi kerana ia merupakan usaha Kerajaan Sarawak untuk membolehkan ketersambungan internet di kawasan luar bandar. “Kita berhasrat untuk mencapai ketersambungan penuh di kawasan luar bandar pada masa akan datang supaya kita boleh membawa penduduk setempat dalam menyertai ekonomi digital. “Ekonomi digital adalah salah satu sumber perniagaan dan pendapatan yang baharu dan perkhidmatan MySRBN oleh pihak SDEC adalah bertepatan sekali,” ujarnya. Dalam majlis sama, beliau juga melancarkan aplikasi SDEC baharu yang mampu memantau penggunaan data MySRBN pelanggan. Untuk rekod, perkhidmatan MySRBN menawarkan pakej sebanyak RM5 bagi 200GB seminggu dan sebanyak RM20 untuk data 1 terabyte (TB) sebulan. Turut hadir ialah Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Ir Ts Sudarnoto Osman, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Jafri Lias dan Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA), Dato Ir Anderson Tiong Ing Heng. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sambutan Gawai Dayak Platform Satukan Komuniti Di Sarawak |
SERIAN: Sambutan perayaan Gawai Dayak mampu menjadi platform kepada menyatukan komuniti di Sarawak. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben memberitahu, perayaan Gawai Dayak di negeri ini juga boleh memperbaharui hubungan keluarga dan komuniti. “Hubungan keluarga sama ada dekat atau yang jauh dapat dieratkan lagi, selain semangat kerjasama dan perpaduan kalangan penduduk kampung dan komuniti setempat. “Hari Gawai Dayak adalah perayaan tradisi yang disambut pada 1 Jun setiap tahun bagi meraikan kejayaan, melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada tuah atas rezeki padi dan yang diperolehi setiap tahun. “Saya berpendapat bahawa Gawai Dayak juga bagi meraikan kejayaan yang dicapai dalam perspektif lebih luas seperti kejayaan dalam aktiviti pertanian, ekonomi, kerjaya, pendidikan dan sebagainya secara individu, keluarga dan komuniti,” ujarnya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Nkisan Bunos Gawai 2024 Bersama Pemimpin di Kampung Bunan Gega di sini pada Sabtu. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup itu menyeru agar kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk kampung terus kekalkan kearah usaha bagi mencapai kemajuan berterusan bagi meningkatkan lagi taraf hidup serta pendapatan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan. Dalam majlis sama, Datuk Martin turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 masing-masing akan disalurkan kepada JKKK dan Biro Wanita Kampung Bunan Gega bagi keseragaman pakaian kumpulan tradisional. Selepas itu, beliau bersama rombongan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Nkisan Bunos Gawai 2024 di Kampung Bunan Punok. Beliau telah mengumumkan penyaluran dana MRP sebanyak RM10,000 masing-masing kepada JKKK dan Biro Wanita untuk pengurusan dan penganjuran aktiviti. Selain itu, bagi tujuan keseragaman pakaian tradisional peruntukan sebanyak RM10,000 akan disalurkan kepada Persatuan Belia Kampung Bunan Punok. Turut hadir ialah isteri kepada Datuk Martin, Datin Trina Tan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA), John Aten, Pegawai Tadbir Khas kepada Datuk Martin, Boniface Alin, Ahli Majlis Daerah Serian, Kaunselor Robin Augustine Kiek, Ketua Kampung Bunan Gega, Albert Andrew Ruha dan Ketua Kampung Bunan Punok, Gerald Kiek. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pesta Batang Ai 2024 Dapat Sambutan Menggalakkan |
LUBOK ANTU: Pesta Batang Ai 2024 di Pekan Lubok Antu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Wakil Ahli Parlimen Lubok Antu, Tommy Laman berkata, pesta tersebut yang bermula pada 24 hingga 30 Jun ini di Riverine Park di sini telah mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk setempat. “Acara Pentas Rakyat yang menampilkan persembahan yang menarik daripada penyanyi tempatan dan gerai jualan telah memeriahkan suasana pesta,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Batang Ai 2024 di sini pada Sabtu. Dalam pada itu, beliau berkata bahawa permohonan untuk peruntukan bagi memasang atap dan kanopi di Riverine Park akan diusahakan bagi keselesaan penganjuran aktiviti di tapak tersebut. “Kita memerlukan sokongan daripada komuniti setempat agar sebarang penganjuran program oleh Majlis Daerah Lubok Antu dapat dilaksanakan dengan jayanya,” ujarnya. Turut hadir ialah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Charlie Keling dan wakil Pegawai Daerah Lubok Antu, Stanley Nunsang. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Perintah Sarawak Ngemendar RM25 Juta, Numbuh Palan Penyulut Digital Baru Universiti Curtin Malaysia Di Miri |
MIRI: Perintah Sarawak ngemendarka agih belanja sepenyampau RM25 juta dikena numbuhka Palan Penyulut Digital ke baru, Universiti Curtin Malaysia, di Miri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg madah, ari pemisi palan penyulut ke baru nya ila, deka ulih matak mayuh agi nembiak ari menua luar belajar ba palan pelajar tinggi. Ku iya, kandang diatu palan pelajar tinggi nya ukai semina endur bala nembiak ari Sarawak aja, tang mega nerima bala nembiak ari menua Asia ke bukai. “Ba awak ke sama, pelajar tempatan ulih sama enggau pelajar ba luar menua, ba dia sida ulih belajar bejaku Bahasa Inggeris sereta ngulih peneleba ba kampus tu. “Enggau tu, aku bearap Palan Penyulut Digital ke baru tu nyengkaum pengawa Injinir, Kuasa, Kecerdasan Buatan (AI) enggau Palan Data ke ulih marit pelajar ari luar menua ngambika ulih nyerungkai penemu baru ba ditu nyengkaum bakih ari Asean Timur,”ku iya. Iya madah munyi nya maya bejaku ba Pengerami Makai Lemai Gala Genap Taun Ke-25 Universiti Curtin di Hotel Pullman, kena Hari Enam . Berebak enggau nya, Datuk Patinggi Abang Zohari nambah baru, nembik ke ada ba Sarawak chukup betuah laban perintah nengeri udah nyendiaka pelajar pechuma ba Taun 2026. “Inisiatif ke deka diberi ngagai 25,000 nembiak ke deka nampung pelajar tikas tinggi chukup manah, nadai penanggul bekaul belanja kena sida nampung belajar,” ku iya agi. Sama datai Menteri Pengangkut Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin , Sekretari Perintah Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Mantan Sapit Tuai Menteri Sarawak ke mega Pro-Canselor, Universiti Curtin, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Mandal Canselor Universiti Curtin, Professor Harlene Hayne, Sapit Menteri Dagang Temuai, Kreatif enggau Seni Pemerindang, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Sapit Menteri Pelajar, Inovasyen enggau Pemansang Pengelandik Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee sereta bala bukai.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Rekod 79 Kes Rabies, Libatkan 72 Kematian Sejak 2017 |
KUCHING: Sarawak merekodkan empat kes terbaru jangkitan Rabies dalam kalangan manusia setakat ini bagi 2024. Jumlah itu sekali gus menjadikan kumulatif kes Rabies di negeri ini sebanyak 79 kes dengan melibatkan 72 kematian sejak diisytiharkan pada Julai 2017. Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Veronica Lugah berkata, tahun ini empat kes dikesan di Daerah Kuching. “Empat kes telah dikesan pada tahun ini, tiga kes adalah dari Daerah Kuching di mana Bahagian Kuching juga telah diisytiharkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) sebagai kawasan jangkitan rabies di Sarawak,” ujar beliau. Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media mengenai program penglibatan komuniti menangani Rabies yang berlangsung di Majlis Bandaraya Kuching Selatan baru-baru ini. Bagi mengelakkan kes Rabies pada tahun ini terus meningkat, beliau memberitahu bahawa pemilik anjing mahupun orang awam sentiasa memberi kerjasama dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan DVSS dengan melaporkan sebarang kes dan bertanggungjawab memvaksinkan anjing peliharaan mereka dengan kadar segera sekiranya belum berbuat demikian. Bagi yang mempunyai sejarah gigitan anjing pula, beliau menasihatkan agar mereka segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berdekatan sebelum virus Rabies merebak ke seluruh badan mereka. “Segeralah mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan selepas digigit atau dicakar, termasuk anjing dan kucing peliharaan sendiri. “Vaksin antirabies boleh didapati di 254 buah ‘Post-Bite Clinic’ di kemudahan kesihatan awam dan di sekurang-kurangnya 29 buah fasiliti swasta di seluruh negeri Sarawak.” -EDISI UKAS |
View |
|
news |
古晋:砂拉越政府目标将砍伐率减少至200万立方米 |
砂拉越政府的目标是通过遵守森林管理认证要求,将砍伐率减少至每年约200万立方米。 砂拉越副总理拿督阿玛阿旺登雅表示,砂拉越政府通过砂拉越林业局,致力于通过可持续的方法来增加森林资源的收入。 他说,截至目前,已获得认证的森林经营单位26个、林场经营单位7个,面积分别达238万公顷,及9万7966公顷。 阿旺登雅于周四在砂拉越林业局举行的杰出服务奖暨退休感谢仪式上,如此表示。 出席的还包括砂拉越天然资源及城市发展部常务秘书拿督阿都拉朱莱希、砂拉越林业局局长拿督韩旦莫哈末等嘉宾。 阿旺登亚也补充,砂拉越政府也致力于落实可持续发展议程,并支持2015年《巴黎协定》所规定的到2030年减少45%温室气体排放的目标。 他说,砂拉越已开展各种绿色能源发展举措,包括水电、太阳能、生物质能、生物燃料、氢、可持续航空燃料(SAF)和碳捕获、利用和储存(CCUS)。 |
View |
|
news |
Majlis Ramah Tamah Gawai Raya Zon Sebangan Berlangsung Meriah |
SEBUYAU: Majlis Ramah Tamah Gawai Raya Zon Sebangan berlangsung meriah di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Sebangan pada Sabtu. Majlis itu dihadiri kira-kira 180 guru dan kakitangan daripada 10 buah sekolah di kawasan berhampiran. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata majlis ini dapat mengeratkan silaturahim dan memupuk nilai perpaduan dalam kalangan kakitangan guru-guru khususnya. Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan Hasbi Ancheh, wakil Pegawai Daerah Sebuyau Tahir Putih dan Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Sebangan Rashid Zohari. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Kerjasama Rakyat & Wakil Rakyat Penting Bangunkan Kawasan |
SERIAN: Kerjasama pendudukan dan pemimpin kawasan disifatkan amat penting dalam usaha membangunkan kawasan masing-masing. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada memberi jaminan bahawa beliau akan terus komited membawa pembangunan mampan di dalam kawasan di bawah konstituensinya dengan kemudahan asas di Sekolah Kebangsaan (SK) Tepoi. Sehubungan itu, beliau meminta kakitangan sekolah berkenaan untuk memberi kerjasama bagi menyediakan kertas kerja yang lengkap untuk memudahkan usaha mencari dana yang diperlukan. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Penutupan Gawai Dayak Tahun 2024 yang berlangsung di SK Tepoi di sini pada Sabtu. Jelas beliau, kemudahan asas yang lengkap di sekolah penting agar pelajar dan guru serta kakitangan yang lain dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan selesa dan bersemangat. Dalam kesempatan itu juga, Dr Simon turut mengumumkan dana sebanyak RM300,000 untuk menaik taraf jambatan gantung Kampung Tepoi dan pembinaan jalan bahari dari Temong Bengan ke Tepoi Fasa 2 yang dijangka ditender pada Oktober 2024. Turut diumumkan adalah dana sebanyak RM10,000 kepada Gereja ‘Seventh-Day Adventist’ untuk penganjuran aktiviti mereka pada masa hadapan. Hadir sama, wakil Residen Bahagian Serian Wee Chung Yee, wakil Pegawai Daerah Tebedu Muhammad Fais Rusydi Rasdan, Guru Besar SK Tepoi Lily Ann Michael, Temenggong Bidayuh Bahagian Serian Henry Bujang Senden, Pemanca Bidayuh Daerah Tebedu Kane Manung serta tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
ADUN Simunjan Hadiri Majlis Ngiling Kelaya Dua Rumah Panjang |
SADONG JAYA : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris telah menghadiri ke dua Majlis Ngiling Kelaya 2014 di sini, pada Sabtu. Lokasi pertama ialah di Rumah Panjang Kampung Ensengei Iban Baru diikuti di Rumah Panjang Kampung Sebuyau Ensengei Iban Lama. Pada majlis itu, beliau turut menjalankan upacara ‘ngetas ranyai’ dan ‘ngiling kelaya’ bersama tetamu kehormat yang lain sebagai simbolik penutupan perayaan Hari Gawai Dayak. Dalam ucapannya semasa menghadiri kedua-dua majlis tersebut, Awla menegaskan agar penduduk harus memberi kerjasama dan bersatu padu dengan tuai rumah bagi memudahkan pembangunan kawasan tanpa sebarang halangan. "Tahniah kepada anda semua kerana ini menunjukkan bahawa semua penduduk kampung sehati sejiwa bersama dengn tuai rumah. "Sekiranya tiada kerjasama dengan tuai rumah maka amat susah untuk membawa kemajuan ke dalam kampung kerana tiada kesefahaman," katanya. Awla juga turut berterima kasih kepada penduduk kedua-dua kampung di atas kesabaran dan ketabahan mereka untuk menunggu projek ruai rumah panjang yang kini telah siap sepenuhnya. Dalam kesempatan itu, Awla dengan berbesar hati dan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi pemasangan jubin di sepanjang ruai rumah panjang mereka di mana projek ini nanti akan disenaraikan dalam projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2025. Turut hadir ke majlis tersebut ialah isteri Awla, Napsiah Abang Kaderi, Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan Bojeng Ali, Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Simunja Kr. Rosita Poni, Ketua Zon 4 Rangawan Rafendy Ariffien, Tuai Rumah Kampung Ensengei Iban Baru Minchong Pakal dan Tuai Rumah Kampung Sebuyau Ensengei Iban Lama Muda Bujang. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
RM500,000 Diperuntuk Bagi Projek JPD Kampung Senangeh |
SADONG JAYA : Sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan kepada Kampung Senangeh di sini bagi melaksanakan projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) yang disalurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Berita gembira ini diumumkan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, pada Sabtu. "Semalam (Jumaat), pegawai saya bersama pihak KKDW dan Tuai Rumah Kampung Senangeh, Oping Obian telah melakukan penyerahan tapak bagi satu projek jalan yang bernilai RM500,000 untuk kampung ini. "Projek ini melibatkan tiga jalan pertanian untuk dilaksanakan selama 10 minggu," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai Kampung Senangeh anjuran bersama Majlis Perbandaran Kota Samarahan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Senangeh. Menurut Rodiyah, beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris sentiasa memberi sokongan dari segi projek pembangunan atau berbentuk dana untuk tujuan kemajuan kampung di kawasan itu untuk menikmati pembangunan yang saksama. Dalam majlis yang sama, Rodiyah dan Awla telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan untuk membina pintu gerbang di Kampung Senangeh. Acara kemuncak majlis tersebut diteruskan dengan upacara ngetas ranyai dan menggulung tikar oleh Rodiyah serta Awla bersama tetamu jemputan yang lain. Hadir sama untuk memeriahkan lagi majlis ini ialah isteri kepada Awla, Napsiah Abang Kaderi, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan Dato Peter Minos, Pemangku Pegawai Daerah Asajaya Hayati Sahari, Pengerusi Pengelola Majlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Komuniti dan Pelancongan Majli Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Kaunselor Dr. Florince Christy, Pemangku Setiausaha MPKS Gustian Durani, Penghulu Kampung Senangeh Pawi Sidi dan Tuai Rumah Kampung Senangeh Oping Obian. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious2221222222232224222522262227222822292230NextLast |