Pesta Batang Ai 2024 Dapat Sambutan Menggalakkan

Disiarkan pada 30 Jun 2024
Sumber Berita: UKAS



LUBOK ANTU: Pesta Batang Ai 2024 di Pekan Lubok Antu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

 

Wakil Ahli Parlimen Lubok Antu, Tommy Laman berkata, pesta tersebut yang bermula pada 24 hingga 30 Jun ini di Riverine Park di sini telah mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk setempat.

 

“Acara Pentas Rakyat yang menampilkan persembahan yang menarik daripada penyanyi tempatan dan gerai jualan telah memeriahkan suasana pesta,” katanya.

 

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Batang Ai 2024 di sini pada Sabtu.

 

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa permohonan untuk peruntukan bagi memasang atap dan kanopi di Riverine Park akan diusahakan bagi keselesaan penganjuran aktiviti di tapak tersebut.

 

“Kita memerlukan sokongan daripada komuniti setempat agar sebarang penganjuran program oleh Majlis Daerah Lubok Antu dapat dilaksanakan dengan jayanya,” ujarnya.

 

Turut hadir ialah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Charlie Keling dan wakil Pegawai Daerah Lubok Antu, Stanley Nunsang. -EDISI UKAS