SEBUYAU: Majlis Ramah Tamah Gawai Raya Zon Sebangan berlangsung meriah di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Sebangan pada Sabtu.
Majlis itu dihadiri kira-kira 180 guru dan kakitangan daripada 10 buah sekolah di kawasan berhampiran.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata majlis ini dapat mengeratkan silaturahim dan memupuk nilai perpaduan dalam kalangan kakitangan guru-guru khususnya.
Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan Hasbi Ancheh, wakil Pegawai Daerah Sebuyau Tahir Putih dan Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Sebangan Rashid Zohari. -EDISI UKAS