Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Bantuan Makanan Dinaikkan Ke RM50 Seorang Sehari

MIRI: Dalam usaha memastikan kebajikan mangsa banjir terus terpelihara, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraab Komuniti Sarawak (KPWK) telah menaikkan kadar bantuan makanan kepada RM50 seorang sehari. Perkara ini diumumkan oleh Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah, ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Tanjong Batu pada Ahad. Menurut beliau, kenaikan kadar ini bertujuan memastikan makanan yang disediakan di PPS bukan sahaja mencukupi tetapi juga berkualiti. “Kami mahu memastikan mangsa mendapat makanan yang cukup dan berkhasiat sepanjang berada di PPS,” katanya. Selain bantuan makanan, Dato Sri Fatimah turut menekankan keperluan khas untuk kanak-kanak, termasuk penyediaan susu dan lampin bayi berdasarkan permintaan ibu bapa. “Keperluan setiap kanak-kanak adalah berbeza, dan kami memastikan bantuan yang diberikan menepati keperluan mereka,” tambahnya. Lawatan ini turut disertai Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, Norhayati Abdul Rahman, yang menegaskan kepentingan kebersihan dan kesihatan di PPS. Selain memastikan makanan dan keperluan asas mencukupi, Kerajaan Sarawak juga mengambil langkah menyediakan aktiviti khas untuk kanak-kanak bagi mengurangkan tekanan emosi mereka sepanjang tempoh pemindahan. Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memantau keadaan dan menyalurkan bantuan mengikut keperluan semasa bagi memastikan kesejahteraan semua mangsa terjaga. -EDISI UKAS  

Lihat

news

MLNG Hulur Bantuan Kepada 1,450 Keluarga Mangsa Banjir di Bintulu

BINTULU: Kumpulan Syarikat Malaysia LNG (MLNG), anak syarikat PETRONAS, tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Bintulu sejak hari pertama bencana itu melanda. Sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat, MLNG telah menyalurkan bantuan berupa bungkusan makanan dan minuman kepada 1,450 keluarga yang terjejas. Selain itu, syarikat ini turut menyediakan bekalan petrol serta kenderaan bagi membantu proses pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Bantuan ini telah disalurkan ke beberapa PPS utama di kawasan tersebut, termasuk PPS Dewan Suarah Bintulu, PPS Jepak, dan PPS SMK Assyakirin Sungai Plan. Tidak hanya itu, sumbangan turut disampaikan kepada para petugas bilik gerakan di Pejabat Residen Bahagian Bintulu dan Pejabat Daerah Sebauh, yang bertungkus-lumus menguruskan operasi banjir. Sesi penyerahan bantuan turut dihadiri oleh beberapa pemimpin utama negara dan negeri, termasuk Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, serta wakil-wakil rakyat seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Dato Majang Renggi, ADUN Johnny Phang Leong Ming dan ADUN Jepak Iskandar Turkee. Turut hadir dalam program ini ialah Naib Presiden Kanan Aset LNG PETRONAS, Abang Yusuf Abang Puteh serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG, Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi. MLNG menegaskan bahawa pihaknya akan terus komited untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dalam memastikan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan. Langkah ini mencerminkan semangat solidariti dan keprihatinan dalam menghadapi musibah banjir yang melanda Bahagian Bintulu. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Setiausaha Kerajaan Sarawak Santuni Mangsa Banjir di PPS Tebakang

SERIAN: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Tebakang Melayu bagi meninjau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di lokasi berkenaan. Dalam lawatan itu, beliau bersama rombongan turut menghulurkan bantuan keperluan asas kepada mangsa yang terjejas. Salah seorang mangsa banjir, Rosniati Narudin, 64, meluahkan rasa syukur atas bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sepanjang mereka berada di PPS. “Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri dan semua pihak yang membantu kami sejak kami dipindahkan ke PPS. Bantuan ini sangat bermakna dalam menghadapi saat sukar ini,” katanya. Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir, Keli Ini, 59, serta anaknya, Khairil Izwan Keli, 18, turut berkongsi pengalaman mereka menghadapi bencana tersebut. Khairil, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, berterima kasih kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kerana membantu proses pemindahan mereka sejak Selasa lalu. Turut hadir dalam lawatan itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus serta Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Awang Putrayusrie Awang Redzuan. Lawatan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan mangsa banjir terus diberi perhatian serta bantuan yang sewajarnya.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Flood Situation In Sarawak Improves, 12 Relief Centres Closed

ASAJAYA: The flood situation in Sarawak is showing signs of improvement, with 12 Temporary Evacuation Centres (PPS) having been closed since last night.   Deputy Premier of Sarawak and Chairman of the State Disaster Management Committee (SDMC), Datuk Amar Douglas Uggah Embas, reported that the number of operational PPS has now been reduced to 63, housing 3,722 families and 12,402 evacuees.   “As of this morning (Sunday), seven PPS in Kuching, one in Serian, one in Saratok, and three in Sibu have been closed, affecting 972 individuals and 287 families.   “This reflects positive progress in the flood recovery efforts across the state.   “Most evacuees have successfully returned home, but several areas remain cut off due to damaged roads,” he said.   He shared this update during a press briefing after inspecting PPS SK Sampun Tebun in Asajaya on Thursday.   In addition, Datuk Amar Uggah said the Public Works Department (JKR) has been directed to assess and repair roads damaged by the floods.   “The Federal Government has also issued instructions for immediate action to address the damage to infrastructure in affected areas.   “As a long-term solution, the government is considering constructing permanent evacuation centres to replace the use of schools and public halls as temporary shelters. One identified location is SK Beradik,” he added.   Datuk Amar Uggah further mentioned that the government is assessing other suitable locations for permanent evacuation centres, particularly in flood-prone areas.   On the possibility of a second wave of flooding, the SDMC has been in a state of preparedness since last November, with measures in place until March.   “All relevant agencies have been instructed to remain on high alert, ensuring the readiness of equipment, manpower, as well as food and welfare aid.   “We hope the situation continues to improve, but we are prepared for any eventuality should the floods return,” he revealed.   Following the visit, Datuk Amar Uggah also toured PPS SK Haji Kelali, Semera, Asajaya, accompanied by Minister of Tourism, Creative Industries and Performing Arts, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, and Deputy Minister of Infrastructure and Port Development, and Sadong Jaya State Assemblyman (ADUN), Datuk Ir Aidil Lariwoo.   Also in attendance were Deputy Sarawak Secretary (Administration), Datu Buckland Bangik, Sarawak Police Commissioner, Dato Mancha Ata, Samarahan Division Resident and Chairman of the Samarahan Division Disaster Management Committee, Mohamad Irwan Bahari Bujang, Asajaya District Officer and Chairman of the Asajaya District Disaster Management Committee, Jerry Zannuddin Bidin, Director of Sarawak Public Communications Unit, Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Secretary of Kota Samarahan Municipal Council, Gustian Durani, and representatives from relevant agencies.-UKASnews

Lihat

news

砂政府秘书探访打马庚临时疏散中心的灾民

西连:砂拉越政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡前往打马庚马来尤(Tebakang Melayu)临时疏散中心,探访安置在该中心的水灾灾民,并视察他们的情况。   在此次探访中,他与随行团队也向受灾民众派发了基本生活必需品,以缓解他们在避难期间的困境。   其中一名64岁灾民罗斯妮雅蒂对砂政府在她们被安置在临时疏散中心期间所提供的帮助,表示感激。   “我衷心感谢砂政府以及所有协助我们的单位,这些援助对我们来说非常重要,以帮助我们度过这一艰难时刻。”   此外,另一名59岁灾民克里伊尼及其18岁的儿子凯里尔也分享了他们的经历。   凯里尔乃今年大马教育文凭考试(SPM)应考生,他特别感谢马来西亚民防部队,因为该单位在上周二便协助他们进行撤离。   陪同进行探访的还包括砂拉越副政府秘书(行政)拿督巴克兰邦吉、武吉瑟慕惹立法议员约翰伊鲁斯及砂拉越公关单位(UKAS)总监阿旺普特拉尤斯里。   此次探访彰显了砂拉越政府对水灾灾民的关怀,确保他们获得必要的关注与援助。-UKAS刊

Lihat

news

政府专注长期解决方案,在砂设永久疏散中心及10亿令吉实施防洪计划

西连:联邦及砂拉越政府持续强化应对砂拉越水灾的措施,并推出长期解决方案,包括建设永久性疏散中心及拨款超过10亿令吉以实施古晋防洪计划。   副首相拿督斯里法迪拉尤索夫表示,这项举措旨在确保灾难管理更加高效,同时为受灾民众及救援人员提供更舒适的环境。   他指出,在西连的巡视过程中,政府收到关于临时疏散中心基础设施不足的反馈,特别是厕所、浴室及烹饪设施的缺乏。   “我建议各县及省提交改善建议,以便我们能设立永久性疏散中心。这类中心可用于多种用途,并确保未来水灾发生时,受灾民众能获得更好的安置条件。”   他于周六巡视西连室内五人制足球场临时疏散中心及兰樟(Ranchan)临时疏散中心后,接受媒体采访时,这么表示。 此外,他也宣布,政府已批准在古晋实施防洪计划,总拨款超过10亿令吉,并涵盖3个主要项目,以降低石隆门、部分西连地区及古晋的水灾风险。   “我们将持续评估其他需要长期解决方案的地区。 此外,目前已有海岸侵蚀防护及防洪计划正在进行,同时,一些新项目将纳入第13大马计划。”   在另一项进展中,法迪拉透露,砂政府已拨出额外1000万令吉以援助水灾灾民,同时,首相亦宣布向为迁移至临时疏散中心的灾民提供每户1000令吉的现金援助。   不过,他强调,灾民无论是否前往临时疏散中心避难,都必须向县公署登记。   “砂拉越的情况与西马不同。如果灾民没有前往临时疏散中心,那么他们必须说明原因,以便政府能够更准确地了解实际需求。”   出席此次活动的嘉宾包括武吉瑟慕惹立法议员约翰伊鲁斯、西连省长卡罗琳、砂拉越警察总监拿督曼查阿塔及其他贵宾。-UKAS刊

Lihat

news

MTUC Sarawak: Minimum Wage Set At RM1,700 Effective February 1, 2025

KUCHING: The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) Sarawak Division has issued a reminder to employers and workers regarding the implementation of the Minimum Wage Order (PGM), which has come into effect on February 1, 2025, setting the minimum wage at RM1,700 per month. Chairman of MTUC Sarawak Division, Zaidi Nasar, stated that this order mandates employers with five or more employees to comply with the minimum wage requirement.  He added that employers engaged in professional activities are also subject to the order, regardless of the number of workers employed. “For employers with fewer than five employees, the order will be effective from August 1, 2025. “MTUC emphasises that the minimum wage refers to basic salary and does not include allowances, incentives, or other additional payments,” he said in a statement on Saturday. Zaidi Nasar further explained that workers paid on a task-based, tonnage, assignment, journey, or commission basis are also entitled to receive a monthly wage of no less than RM1,700. He stressed that employers are not allowed to pay a basic wage lower than the stipulated minimum wage, even with the consent of the employee. “In cases of non-compliance, employees are encouraged to lodge complaints with the Department of Labour. “In addition, MTUC urges employees to spread this information to their colleagues and employers, while also striving to enhance productivity and foster good relations with employers for mutual benefit. “This increase in the minimum wage is intended to help workers cope with the rising cost of living,” he added. Workers facing issues related to compliance with the minimum wage can contact the Department of Labour or MTUC Sarawak Division via email at agsmtucswk@gmail.com for assistance. -UKASnews

Lihat

news

Kerajaan Fokus Penyelesaian Jangka Panjang, PPS Kekal & RM1 Bilion Tambatan Banjir di Sarawak

SERIAN: Kerajaan Persekutuan dan Negeri terus memperkukuh usaha menangani bencana banjir di Sarawak dengan memperkenalkan langkah jangka panjang termasuk pembinaan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal serta peruntukan lebih RM1 bilion bagi projek Tambatan Banjir di Kuching. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata inisiatif ini bertujuan memastikan pengurusan bencana lebih efektif dan selesa bagi mangsa serta petugas keselamatan. Beliau menjelaskan bahawa salah satu maklum balas yang diterima di Serian adalah berkaitan kekurangan kemudahan di PPS, terutamanya tandas, bilik mandi dan kawasan memasak. “Apa yang saya cadangkan ialah setiap daerah dan bahagian mengemukakan cadangan penambahbaikan supaya kita dapat menyediakan PPS secara kekal. “Pusat ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan memastikan keselesaan lebih baik kepada mangsa banjir di masa akan datang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Gelanggang Futsal Tertutup Serian dan PPS Dewan Ranchan Serian pada Sabtu. Mengulas lanjut, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan Program Tambatan Banjir di Kuching dengan kos lebih RM1 bilion, merangkumi tiga pakej utama bagi mengurangkan risiko banjir di Bau, sebahagian Serian, dan Kuching. “Kita akan terus mengenal pasti kawasan lain yang memerlukan penyelesaian jangka panjang. “Selain itu, terdapat projek hakisan pantai dan tembatan banjir yang sedang dijalankan, manakala beberapa projek baharu akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13,” katanya. Dalam perkembangan lain, Fadillah memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta bagi membantu mangsa banjir, selain bantuan tunai RM1,000 yang diumumkan Perdana Menteri untuk mereka yang berpindah ke PPS. Namun, beliau menekankan keperluan untuk mangsa banjir berdaftar dengan Pejabat Daerah, sama ada mereka berpindah ke PPS atau tidak. “Di Sarawak, ada keadaan yang berbeza berbanding Semenanjung. Jika mereka tidak berpindah ke PPS, mereka perlu menyatakan sebab supaya kita dapat mengetahui keperluan sebenar,” tambahnya. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus, Residen Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata serta tetamu lain.-EDISI UKAS

Lihat

news

Tiga PPS di Samarahan ditutup, mangsa banjir dibenar pulang

SAMARAHAN: Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Samarahan, iaitu PPS SK Endap, PPS Balai Raya Kampung Nangka, dan Dewan Entingan, secara rasmi ditutup pada Ahad selepas situasi banjir di kawasan itu kembali terkawal. Menurut Pegawai Daerah Samarahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Samarahan, Ahmad Abdul Razak, semua mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan telah dibenarkan pulang setelah pemantauan mendapati keadaan sudah selamat. Keadaan cuaca yang bertambah baik dan paras air yang surut menjadi petunjuk positif bahawa risiko bencana telah berkurangan. Seramai 259 mangsa daripada 90 ketua isi rumah sebelum ini telah ditempatkan di PPS tersebut, bagi memastikan keselamatan mereka sepanjang tempoh banjir. Ahmad Abdul Razak turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha penyelamatan dan pemindahan mangsa. Turut hadir meninjau perkembangan terkini, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Samarahan, Hasrol Awi, yang memberikan sokongan dalam memastikan kesejahteraan mangsa terjamin. - EDISI UKAS

Lihat

news

JKKK Sebungko Asal Terima RM20,000, Perkukuh Pembangunan Komuniti

LUBOK ANTU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sebungko Asal, Lubok Antu, menerima peruntukan khas sebanyak RM20,000 bagi memperkasakan pembangunan komuniti setempat. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, berkata bantuan itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat di semua peringkat, termasuk dalam aspek infrastruktur dan kebajikan masyarakat. “Kita mahu memastikan setiap komuniti mendapat manfaat pembangunan yang seimbang dan dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat,” katanya ketika menghadiri majlis Ngabang Tahun Baru Cina 2025 di kediaman Kapitan Yap Yo Yo pada Sabtu. Dalam pada itu, Malcolm turut menzahirkan rasa prihatin terhadap penduduk di Bintulu dan Miri yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh. “Dalam kita meraikan perayaan ini, kita tidak melupakan mereka yang diuji dengan musibah. “Saya berharap mereka tabah menghadapi keadaan ini dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan masing-masing,” ujarnya. Turut hadir dalam rombongan Ngabang ini ialah Pegawai Daerah Lubok Antu, Akoi Ejau, Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak, Roseline Neging, En. James Girum, serta tetamu jemputan lain.— EDISI UKAS

Lihat
PertamaSebelumnya2051205220532054205520562057205820592060SeterusnyaTerakhir