Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Tebingan Sungai Dalat Hab Aktiviti Komuniti dan Penemuan Bakat Baharu

DALAT: Tebingan Sungai Dalat kini menjadi pusat aktiviti komuniti yang bukan sahaja menyatukan penduduk setempat tetapi juga berperanan sebagai platform untuk mencungkil bakat baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menekankan potensi besar Tebingan Sungai Dalat sebagai tempat pertemuan yang dapat dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti sosial, riadah dan pembangunan bakat masyarakat. Katanya, ia bukan hanya sebagai tempat rekreasi tetapi juga sebagai hab komuniti yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembangunan sosial, bakat dan kesejahteraan penduduk setempat. “Tebingan Sungai Dalat bukan sekadar tempat bersantai, tetapi juga ruang untuk beriadah, bersosialisasi, dan menyatukan rakyat. “Di sinilah kita boleh melaksanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk komuniti,” katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Karnival Sukan Komuniti DWF 2025 di sini pada Ahad. Dalam pada itu, beliau turut memuji inisiatif terdahulu seperti Dalat Got Talent yang berjaya menggilap bakat anak muda tempatan dan menyatakan bahawa aktiviti seperti ini perlu diteruskan. “Kita mahu anak-anak kita mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat mereka. Dengan platform seperti ini, kita dapat mengenal pasti minat mereka dan membantu mengembangkan keupayaan mereka dalam pelbagai bidang. “Anggaplah tempat ini sebagai platform untuk mencungkil potensi dan menemui bakat baharu. “Setiap kanak-kanak ada keistimewaannya dan kita akan bantu mereka kembangkan bakat tersebut,” tambahnya. - EDISI UKAS  

View

news

UKAS & JKR Sarawak Tingkatkan Kerjasama Dua Hala

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak yang diketuai Pengarah Kerja Raya Sarawak, Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy Morris telah melakukan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di sini pada Selasa. Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan telah menyambut ketibaan rombongan JKR Sarawak yang turut disertai pihak pengurusan tertinggi JKR Sarawak iaitu Timbalan Pengarah (Infrastruktur), Ir. Wisil Lichok, Timbalan Pengarah (Bangunan & Pakar), Sharifah Liz Farawati Wan Omar, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Teknikal), Ts. Meehan Jorai, Timbalan Pengarah (Sektor Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat), Josenthiana Manggie dan wakil Timbalan Pengarah (Aset), Ts. Mohammad Saifrol Sheikh Naimullah. Kunjungan hormat itu dilakukan bagi meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang komunikasi awam selain memperkasakan lagi jaringan kerjasama dalam pelbagai aspek di antara UKAS dan JKR Sarawak. Dalam kunjungan hormat tersebut, Awang Putrayusrie telah memberi taklimat ringkas mengenai peranan dan fungsi UKAS sebagai media rasmi Kerajaan Sarawak dalam menyampaikan maklumat rasmi kerajaan kepada rakyat. Beliau juga mengalukan-alukan kerjasama di antara UKAS dan JKR Sarawak dalam penyampaian maklumat berkaitan projek-projek pembangunan untuk rakyat negeri ini. Sementara itu, Pengarah Kerja Raya Sarawak dalam taklimat balasnya memberitahu, kunjungan tersebut dilakukan bagi mengenali dan memahami dengan lebih dekat operasi dan gerak kerja UKAS sebagai saluran informasi rakyat. Jelas beliau, ini terutamanya dalam aspek penyebaran maklumat pelbagai projek rakyat yang dirancang, sedang dilaksanakan dan projek siap yang dikendalikan oleh JKR Sarawak. Turut hadir, barisan Ketua-ketua Penolong Pengarah UKAS serta pegawai-pegawai JKR Sarawak.-EDISI UKAS

View

news

Sarawak Deka Nyapai Pemujur Besai Ba Taun 2025

KUCHING: Sarawak deka nyapai pemujur besai agi ba taun 2025 nengah penyerakup rayat ari mayuh pupu bangsa, kerejasama rat entara semua enggau pengeransing gawa nengah peluang baru ungkup pemansang nengeri. Sapit Menteri ba Opis Premier Sarawak (Pekara Korporat, Pemadah enggau UKAS) Datuk Abdullah Saidol madah, pemar ti diasai ba taun ti udah ukai semina penguji, tang sebengkah ajar ti ngiring nuju pemujur besai agi jemah ila. Iya madah penyerakup antara rayat ari mayuh bengkah pupu bangsa, main asal enggau batang pengarap nyadika penegap Sarawak. “Peneleba ti diasai ngiring kitai nyingkang ke mua. Taun tu awak ngagai kitai semua ngadu kerejasama, beambi ulih ari peluang baru lalu nyapai pemujur besai agi. “Sedia nerima penemu orang bukai, begulai manah sereta meretika ulah enggau asai ati orang bukai nyadi tiang pengelantang Sarawak ti meseti dinan. "Tu mih kebuah kitai 'nyelai," ku iya madah serimbai Pengerami Taun Baru China 2025. Datuk Abdullah ngelalau semua ngambika taun 2025 nyadika pelasar inovasyen, kerejasama profesional enggau pemujur ungkup pemaik semua serak komuniti. Iya mega meri basa ngagai agensi perintah, Kompeni Bekaul Perintah (GLC), Gerempung Ukai Dikuasa (NGO) enggau semua rayat Sarawak ti udah ngadu kerejasama rat ti mantu pemansang nengeri. “Aram kitai sama bela nempa pemujur, napi pemar nengah pengeransing beserakup lalu nentuka taun 2025 tu kitai nempa pemujur besai agi, " ku iya. Datuk Abdullah mega besampi Taun Baru China serak tu mai pengelantang enggau jereki ngagai komuniti Tionghua di serata nengeri. Iya ngujungka jaku enggau pengarap ngambika Sarawak semampai likun sereta lantang.– EDISI UKAS  

View

news

PIACCF Nemuai Meri Basa Ngagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak

KUCHING: Perdana International Anti-Corruption Champion Fund (PIACCF) diuluka Chairman Tan Sri Abu Kassim Mohamed bisi ngatur penemuai basa ngagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak ditu, Hari Dua. Bela nyempulang penemuai nya, Sapit Menteri Ba Opis Premier Sarawak (Integriti Enggau Ombudsman), Datuk Dr. Juanda Jaya. Datuk Dr. Juanda madah, tuju penemuai dikena ngulihka penemu enggau ajar ari Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi bekaul perambu ngatur 'program anti-rasuah' renggat antarabangsa di Sarawak. Ku iya, program nyadi pelasar mandangka pengeransing Sarawak ba pekara integriti, nyeliah pengawa makai suap enggau chara kereja manah. "Program disadang matak raban kaban parlimen antarabangsa, orang ti negika pengawa nyeliah makai suap sereta gerempung ti negika chara kereja manah," ku iya lebuh dirandau media pengudah penemuai basa nya. Datuk Dr. Juanda nandu, randau bekaul enggau program mengkang bedau putus lalu nganti pemendar ari Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi sereta Perintah kerajaan Sarawak sebedau ulih diatur. "Tu siti atur besai dipejalai Perintah Sarawak dikena negapka pengawa nyeliah pengawa makai suap, ngangkat integriti, nentuka undang-undang diterit sereta mandangka chara Sarawak ba renggat global," ku iya. Bela nyempulang Tuai Ombudsman Sarawak, Dato Sri Abdul Ghafur Shariff sereta Direktor Unit Integriti enggau Ombudsman Sarawak, Wan Mohamad Wan Drahman. -EDISI UKAS  

View

news

UKAS & JKR Sarawak Negap Kerejasama

KUCHING: Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak diuluka Direktor Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy Morris bisi ngatur penemuai basa ngagai Opis Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) ditu, Hari Dua. Direktor UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan nyambut penatai raban JKR Sarawak ti disempulang Sapit Direktor (Infrastruktur), Ir. Wisil Lichok, Sapit Direktor (Begunan & Pakar), Sharifah Liz Farawati Wan Omar, Sapit Direktor (Servis Teknikal), Ts. Meehan Jorai, Sapit Direktoe (Sektor Modal Mensia enggau Pekara Korporat), Josenthiana Manggie sereta pengari Sapit Direktor (Aset), Ts. Mohammad Saifrol Sheikh Naimullah. Tuju penemuai basa nya dikena negap kaul enggau kerejasama ba pekara komunikasyen sereta pekara bukai antara UKAS enggau JKR Sarawak. Awang Putrayusrie bisi meri penerang senentang tanggung pengawa UKAS ti nyadi media Perintah Sarawak ba pengawa nyadung penerang perintah ngagai rayat. Iya mega andal kerejasama UKAS enggau JKR Sarawak ba atur nyadung penerang bekaul projek pemansang ungkup rayat. Direktor JKR Sarawak enggau nya madah, tuju penemuai basa nya deka nemu sereta meretika operasyen enggau chara kereja UKAS. Ku iya, tu lebih agi ba chara nyadung penerang senentang mayuh bengkah projek rayat, pejalai projek enggau timpuh tembu projek ti dipejalai JKR Sarawak. -EDISI UKAS  

View

news

JKR Sarawak Anticipates Completion Of Multiple Bridge Projects By Year-End

KUCHING: Numerous bridge projects overseen by the Sarawak Public Works Department (JKR) are anticipated to be completed by the end of the year. According to JKR Sarawak Director, Ir. Ts. Gs. Br. Dr. Cassidy Morris, two bridges, namely the Marudi Bridge and the Batang Lassa Bridge, have already been completed, with an additional ten expected to follow suit. He credited this progress to the unwavering commitment of the Sarawak Government in implementing infrastructure projects for the betterment of the rakyat. “These achievements reflect the empowerment provided by our Sarawak Government. “What makes this especially rewarding is that we are accomplishing these projects independently, relying on our own resources, funding, and expertise through JKR Sarawak. That’s what matters most, we are doing it ourselves,” he said during an exclusive interview on the ‘Juh Randau’ programme produced by the Sarawak Public Communication Unit (UKAS) on Tuesday. Sarawakians stand to benefit from a series of bridge projects implemented by the Sarawak Government, including the Batang Rambungan Bridge, Sejingkat Bridge, Sungai Lingga Bridge, Batang Saribas 1 Bridge, Batang Saribas 2 Bridge, Batang Lupar 2 Bridge, and Sungai Limbang Bridge and Sungai Bunut No. 2 Bridge. Among these initiatives, Dr. Cassidy highlighted the construction of the monumental Batang Lupar Bridge, spanning 4.8 kilometres, which is poised to be the longest river-crossing bridge in Malaysia. To ensure efficient and timely delivery of projects, JKR Sarawak has leveraged on the advancements in technology, such as employing artificial intelligence (AI) monitoring systems in the construction of the Jepak Bridge. “We are using real-time cameras to monitor progress, allowing us to track the number of workers on-site. This approach helps improve work quality and safety practices,” he added. In addition to embracing AI technology, Dr. Cassidy said JKR Sarawak also conducts regular site visits and safety inspections to minimise risks and ensure smooth project execution. -UKASnews  

View

news

Pegawai Daerah Tatau Pantau Situasi Banjir

TATAU: Pegawai Daerah Tatau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Calvin Ligong Bujang@Endawie, menjalankan tinjauan udara bagi memantau situasi banjir di daerah tatau pada Isnin. Tinjauan tersebut dilakukan dengan kerjasama Unit Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut laporan terkini Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), situasi banjir di kawasan Sungai Muput dan Ulu Anap menunjukkan tanda-tanda surut tetapi masih berada di tahap amaran. Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rh Steven juga masih beroperasi, menempatkan 34 mangsa banjir daripada 13 keluarga yang dipindahkan dari kawasan SK Kuala Muput. Bagaimanapun, paras air di Pekan Tatau kekal pada tahap amaran, dengan beberapa kawasan rendah di Kampung Dagang Tatau, Kampung Baharu Tatau, dan kawasan hilir Batang Anap masih ditenggelami air. Pihak berkuasa tempatan terus memantau keadaan dengan rapi dan mengingatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa. Turut hadir dalam tinjaun wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau Insp Jeffery Jembol dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau merangkap Pegawai Bencana Daerah Raden Azamry Raden Perhan.-EDISI UKAS  

View

news

Ahli Parlimen Selangau Komited Dekati Rakyat dan Memacu Pembangunan Selangau

SELANGAU: Komitmen Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta untuk mendekati rakyat dan memacu pembangunan kawasan terus terserlah melalui kehadirannya dalam dua program Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekuau pada Ahad. Edwin memulakan program di Rh Labang Ayom dengan menanam anak sawit secara simbolik bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang tersebut. Beliau memuji penduduk kerana bijak memanfaatkan kawasan terbiar untuk usaha pertanian kelompok yang diyakini mampu meningkatkan taraf sosioekonomi rumah panjang. “Ini adalah bukti bahawa kerjasama dan usaha yang bijak mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat. Saya amat bangga dengan inisiatif ini,” katanya. Seterusnya, program diteruskan di Rh Collins Nyuwak (Rh Penghulu Andrewson Ngalai) di mana beliau merasmikan rumah JKKK serta menyerahkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM164,000 kepada beberapa JKKK, kelab dan pertubuhan tempatan. Melalui program ini, beliau mengukuhkan lagi hubungannya dengan rakyat, selain menunjukkan komitmen tinggi dalam menyokong usaha pembangunan masyarakat di Selangau. Kehadirannya mendapat sambutan hangat dan menunjukkan keprihatinan terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat setempat. “Majlis seperti ini bukan sahaja mendekatkan pemimpin dengan rakyat, tetapi juga memberikan peluang untuk mendengar suara dan keperluan mereka secara langsung. Pembangunan kawasan Selangau adalah keutamaan saya,” tambahnya. Majlis tersebut turut dihadiri pemimpin tempatan seperti Pegawai Daerah Selangau Yalin Asan, Pemanca Daerah Tatau, Pemanca Gerosen Jubin serta beberapa penghulu dari kawasan sekitar.-EDISI UKAS  

View

news

JKR Sarawak Andal Mayuh Projek Jematan Tembu Ujung Taun 2025

KUCHING: Mayuh projek jematan ti digaga Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak disadang ulih tembu ba pengujung taun tu. Direktor JKR Sarawak, Ir. Ts. Gs. Br. Dr. Cassidy Morris madah, dua projek iya nya Jematan Marudi enggau Jematan Batang Lassa udah tembu lalu sepuluh agi ke bukai bela deka tembu digaga. Ku iya, pemujur ngaga semua jematan tu asil ari pengeransing Perintah Sarawak nyendia projek pemansang ungkup pengelantang rayat. “Pemujur tu bepun ari pengeran Perintah Sarawak nyendia infrastruktur lalu semua tu ari agih belanja nengeri sereta pengelandik JKR Sarawak. "Tu mih pekara ke pemadu berat, kitai ngemujur semua projek," ku iya ba program 'Juh Randau' ti diatur Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) ditu, Hari Dua. Ku iya nandu, rayat deka ngasai penguntung ari mayuh bengkah projek jematan ti dipejalai Perintah Sarawak nyengkaum Jematan Batang Rambungan, Jematan Sejingkat, Jematan Sungai Lingga, Jematan Batang Saribas 1, Jematan Batang Saribas 2, Jematan Batang Lupar 2, Jematan Sungai Limbang enggau Jematan Sungai Bunut No. 2. Ari semua nya ku Dr. Cassidy, projek Jematan Batang Lupar 4.8 kilometer pemanjai nyadi jematan pemadu panjai meraka sungai di Malaysia. Dikena nentuka projek tembu nitihka timpuh ditetap sereta efisyen, iya madah, JKR Sarawak udah ngena teknologi baru baka ke 'artificial intelligence (AI) monitoring systems' ti dikena ba projek Jematan Jepak di Bintulu. “Kitai matau projek ngena 'real-time cameras'. "Kitai ulih meda penyampau orang gawa ba endur projek. Tu mantu nyungkak pemanah kereja enggau atur pengelikun. "JKR Sarawak mega suah datai meresa palan projek dikena nentu projek digaga enggau mujur," ku iya madah baru. -EDISI UKAS  

View

news

Penubuhan Yayasan Wakaf, Langkah Baru Perkukuh Ekonomi Islam

KUCHING: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan ekonomi negeri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, wakaf bukan sahaja sebahagian daripada syariah Islam, tetapi juga mekanisme penting dalam pembangunan umat Islam dan penyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan. “Yayasan Wakaf haruslah dipersetujui oleh Kabinet. Apabila dibentangkan masalah penubuhan wakaf, saya memberikan bayangan kepada rakan-rakan di mana ia merupakan salah satu syariah Islam di mana kita boleh mewakafkan harta kepada badan ini yang harus diuruskan, maka kita tubuhkan amanah wakaf tadi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Wacana Perdana pada Majlis Kesyukuran Agensi-Agensi Islam Sarawak di sini pada Selasa. Premier Sarawak turut menjelaskan pentingnya memastikan aset wakaf didaftarkan dan diuruskan secara profesional oleh institusi yang diamanahkan, bagi mengelakkan sebarang isu pewarisan yang boleh menjejaskan niat asal pewakaf. Dalam konteks ini, Yayasan Wakaf Sarawak katanya akan berperanan sebagai entiti yang bertanggungjawab dalam menguruskan harta wakaf, memastikan ia digunakan untuk keperluan seperti pembinaan sekolah, masjid, hospital dan pelbagai projek pembangunan lain. Beliau turut menegaskan bahawa konsep wakaf bukan hanya memberi manfaat kepada umat Islam, tetapi juga kepada masyarakat umum, selaras dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam. Hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan-Timbalan Menteri, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin serta dif-dif kenamaan yang lain.-EDISI UKAS  

View
FirstPrevious2021202220232024202520262027202820292030NextLast