TATAU: Pegawai Daerah Tatau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Calvin Ligong Bujang@Endawie, menjalankan tinjauan udara bagi memantau situasi banjir di daerah tatau pada Isnin.
Tinjauan tersebut dilakukan dengan kerjasama Unit Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut laporan terkini Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), situasi banjir di kawasan Sungai Muput dan Ulu Anap menunjukkan tanda-tanda surut tetapi masih berada di tahap amaran.
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rh Steven juga masih beroperasi, menempatkan 34 mangsa banjir daripada 13 keluarga yang dipindahkan dari kawasan SK Kuala Muput.
Bagaimanapun, paras air di Pekan Tatau kekal pada tahap amaran, dengan beberapa kawasan rendah di Kampung Dagang Tatau, Kampung Baharu Tatau, dan kawasan hilir Batang Anap masih ditenggelami air.
Pihak berkuasa tempatan terus memantau keadaan dengan rapi dan mengingatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa.
Turut hadir dalam tinjaun wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau Insp Jeffery Jembol dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau merangkap Pegawai Bencana Daerah Raden Azamry Raden Perhan.-EDISI UKAS