Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

SKAS: Program Kaunter Servis Penguna Sementara Deka Dibuka Ba Opis Residen & Pelilih Menua

KUCHING: Program kaunter servis sementara deka dibuka nengah kerejasama Opis Residen enggau Pelilih Menua dikena nyaup ngisi peminta Pemeri Barang Diguna Sarawak (SKAS). Sekretari Perintah Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki madah, program tu deka diatur chara berenggat di selampur Sarawak lalu deka berengkah 18 Januari 2025. Ku iya, bisi 398,942 pom pinta bantu SKAS udah diterima iya nya 45 peratus ari penyampau tagit. "Naka 12 Januari 2025, kitai udah nerima 400,000 pom pinta ti udah ngerijista minta SKAS," ku iya maya Majlis Amanat Perdana 2025 Premier Sarawak di Palan Konvensyen Borneo Kuching, kena Hari Satu. Kelimpah ari nya, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar mega ngelalau orang gawa Perintah Sarawak ngambi seruran besaup nentuka inisiatif SKAS dipejalai enggau mujur. Ku iya nerang, pemar ke ditapi maya ngagih inisiatif bantu nengah baucer digital ba SPay Global ulih diputar enti semua meri kerejasama. Kelimpah ari nya, iya madah, pengawa minta bantu SKAS dibuka sepemanjai taun lalu penerima dilalau ngambika enda tusah ati laban semua deka ampit bantu nya. Iya madah, sida ke patut nerima bantu tang bedau diterima enda ibuh irau ati ketegal pinta nengah chara online deka dibuka berengkah 1 Februari nyentuk 31 Mac 2025. -EDISI UKAS  

Lihat

news

氢动力燃气轮机融整合美里燃气轮机联合循环机设施

古晋:氢动力燃气轮机将被整合到美里的燃气轮机联合循环机 (CCGT) 设施中,使砂拉越成为东盟地区第一个使用此技术的地区。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,这进一步增强了砂拉越对低碳能源转型的兴趣。 “在我访问日本高砂三菱重工氢能园区期间,我目睹了世界上第一台大型氢动力燃气轮机,这项突破性的技术将被整合到砂拉越的燃气轮机联合循环设施中,加强我们在低碳能源领域的领导地位。砂拉越天然气路线图(SGR)通过创建能源生态系统加速了这一势头,增加了整个砂拉越的天然气供应,支持了工业增长、国内消费和经济繁荣。作为这一愿景的一部分,这个新的天然气终端将实现更高效的分配,为家庭和行业带来利益,就像美里居民已经所享受到的那样。” 他周一在古晋婆罗洲会展中心进行2025年首要致词时,这么说。 砂拉越总理补充说,为实现这一目标,砂拉越必须完全控制其天然气供应和分配,这是实施最大限度地让天然气造福人民的计划的关键。 他表示,已在美里启动了一个投资20亿令吉、容量为500兆瓦的燃气轮机联合循环机 设施,预计将于2027年竣工。 “该发电厂将通过使用甲烷和氢气的混合物来减少排放并提高能源效率,增加砂拉越北部的电力供应,并可能为其近邻沙巴和汶莱提供服务。” 出席活动者还包括砂副总理拿督阿玛道格拉斯、拿督阿玛沈桂贤医生、砂议会议长丹斯里拿督阿玛莫哈末阿斯菲亚、联邦和砂拉越部长、砂政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡、联邦和砂拉越副部长、砂拉越副政府秘书、各局局长和其他嘉宾。 -UKAS刊  

Lihat

news

Kestabilan Politik Berjaya menyatupadukan rakyat Di Sarawak

SIBU: Kestabilan politik berjaya menyatupadukan rakyat, khasnya di Sarawak yang berbilang kaum, bangsa dan agama serta menyumbang terhadap kejayaan Sarawak hari ini. Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian berkata, kestabilan Sarawak bermula dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan SUPP serta disokong oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). "Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg telah menyatakan ketika menghadiri Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) kami bulan lalu bahawa SUPP adalah rakan kongsi yang setia. “Ini lebih mengukuhkan lagi kerjasama parti dalam menyatupadukan rakyat seterusnya mencipta pelbagai kejayaan Sarawak seperti hari ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah SUPP Cawangan Bawang Assan yang terdiri daripada Pemuda, Wanita dan Jawatankuasanya bagi Sesi 2025-2027 yang juga Sambutan Tahun Baharu 2024 di Kingwood Hotel Sibu pada Ahad. Datuk Amar Dr. Sim turut mengimbau nasib SUPP pada 2014 yang hampir lumpuh disebabkan kemelut dalaman partinya yang wajar menjadi pengajaran kepada semua ahli parti. “SUPP sekarang kalau dibandingkan SUPP 2014, adalah jauh berbeza. Lihatlah SUPP sekarang. Disebabkan kesetiaan anda, SUPP masih ‘hidup’ hingga ke hari ini, malah lebih kukuh lagi berbanding 10 tahun lalu,” ujar beliau. Pada majlis tersebut, Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau telah mengetuai jawatankuasanya mengangkat sumpah pada majlis tersebut. Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau, Setiausaha Politik Premier Sarawak Kho Teck Wan serta yang lain.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Biasiswa Dan Pinjaman Pendidikan Yayasan Sarawak Terbuka Kepada Semua Pelajar Cemerlang Sarawak

KUCHING: Biasiswa dan pinjaman pendidikan yang disediakan oleh Yayasan Sarawak tidak terhad kepada pelajar bumiputera sahaja, tetapi terbuka kepada semua pelajar Sarawak yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pendidikan. Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak, Datuk Richard Wee Liang Kiat menjelaskan bahawa tanggapan bahawa bantuan ini hanya untuk Bumiputera perlu diubah supaya setiap pelajar yang memenuhi syarat dapat mendapat manfaat. “Saya ingin menegaskan bahawa semua biasiswa dan pinjaman pelajar akan disalurkan berdasarkan pencapaian akademik yang diperoleh. “Tanpa mengira latar belakang, yang penting adalah pencapaian akademik. Bantuan ini untuk seluruh rakyat Sarawak, tidak kira siapa anda," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Libat Urus Yayasan Sarawak dengan Sekolah Persendirian Cina di Bahagian Kuching, Kota Samarahan dan Serian yang berlangsung di Auditorium Wisma Adenan, Yayasan Sarawak, pada Isnin. Beliau juga menambah bahawa adalah penting bagi ibu bapa, guru dan pelajar untuk lebih memahami butiran mengenai bantuan kewangan yang tersedia. “Oleh itu, sesi ini adalah salah satu cara untuk menyampaikan maklumat kepada semua pelajar dan ibu bapa bahawa bantuan ini terbuka kepada semua rakyat Sarawak selagi memenuhi kriteria yang ditetapkan,” katanya. Datuk Richard Wee turut mengumumkan bahawa sesi serupa akan diadakan di kawasan lain seperti Sibu dan Miri untuk memberi pengetahuan lanjut mengenai bantuan Yayasan Sarawak. “Kami akan melanjutkan usaha ini ke sekolah-sekolah Cina di kawasan tersebut untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang program bantuan yang disediakan oleh Yayasan Sarawak,” tambahnya. Sementara itu, Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mersal Abang Rosli berkata bahawa sesi libat urus ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman awam mengenai peranan Yayasan Sarawak. Dalam teks yang dibaca oleh Timbalan Pengarah Yayasan Sarawak, Watson Chunggat Leornard, beliau menjelaskan bahawa pihak mereka sentiasa bersedia untuk menawarkan bantuan kewangan khususnya untuk anak-anak tempatan. “Kami berharap semua yang hadir pada hari ini dapat berkongsi maklumat ini dengan ibu bapa dan pelajar, supaya mereka dapat membuat keputusan terbaik untuk masa depan mereka,” ujarnya. - EDISI UKAS  

Lihat

news

PIBG Main Peranan Penting dalam Pendidikan

BALINGIAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan pelajar serta pembangunan keseluruhan persekolahan. Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib, PIBG memberikan sokongan dari segi kewangan manakala pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar. “Saya percaya, dengan adanya kerjasama erat antara PIBG dan sekolah, ia mampu melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam aspek lain. “Teruskan usaha seperti ini agar kita dapat memastikan kecemerlangan akademik serta pembangunan diri pelajar dapat dicapai,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Rasmi Fiesta PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Parish di Dewan Masyarakat Balingian pada Ahad. Dato Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah menegaskan bahawa program seperti Fiesta PIBG ini penting untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa, guru, dan pihak sekolah. Selain itu katanya, ia juga membantu menambah dana PIBG untuk memperkasakan usaha meningkatkan kepentingan pelajar. Dalam pada itu, Guru Besar SK Parish, Rizalfaiza Merikan menyatakan bahawa Fiesta PIBG ini merupakan julung kali diadakan dan mendapat sambutan amat menggalakkan. “Melalui penganjuran ini, peranan PIBG sebagai pelengkap kepada kegiatan sekolah dapat dilihat dengan jelas. "Permuafakatan antara ibu bapa dan guru terbukti kukuh melalui persefahaman mereka terhadap tugas serta tanggungjawab bersama,” katanya. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PIBG SK Parish Siti Hazerah Bolhi, Abdul Malik Talip dari Pejabat Daerah Kecil Balingian dan juga Penghulu Harbi Baker.-EDISI UKAS  

Lihat

news

SK Dit Terus Teraju Kecemerlangan, Fokus STEM dan Peningkatan Kemahiran

DEBAK: Sekolah Kebangsaan (SK) Dit terus melakar kejayaan sebagai institusi pendidikan cemerlang dengan memberi fokus kepada penerapan minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata sekolah itu juga komited berusaha meningkatkan kemahiran pelajar melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan inovatif. Katanya, pendekatan ini penting untuk mengatasi ketakutan pelajar terhadap subjek STEM khususnya Sains dan Matematik serta membina asas yang kukuh bagi kesinambungan pembelajaran di peringkat sekolah menengah. “Sekolah rendah adalah masa terbaik untuk menerapkan minat dalam STEM. "Pendekatan interaktif sangat diperlukan bagi menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan,” katanya semasa berucap pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Dit Sesi 2024/2025 di Dataran Ilmu SK Dit baru-baru ini. Dalam pada itu, Dato Dr Richard turut mengumumkan bahawa kerajaan Sarawak akan memperkenalkan kursus kritikal percuma di institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan Sarawak pada tahun 2026 selari dengan keperluan industri baharu. Beliau turut menekankan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa global dalam menerokai bidang STEM selain mempertimbangkan sumbangan televisyen pintar untuk pembelajaran interaktif di sekolah. “Kursus ini adalah peluang besar untuk anak-anak kita mempersiapkan diri menghadapi industri masa depan,” tambah beliau. Bagi menyokong aktiviti sekolah, beliau mengumumkan sumbangan sebanyak RM4,000 untuk aktiviti PIBG SK Dit dan RM1,000 khas untuk menjayakan majlis tersebut. Majlis pengiktirafan pelajar cemerlang adalah anugerah tahunan bagi menghargai kecemerlangan murid dalam bidang akademik dan kokurikulum dengan kehadiran ibu bapa dan ketua komuniti setempat. Anugerah utama, Anugerah Emas Sesi 2024/2025, telah diserahkan kepada adik Mohammad Ar Rahman Wahab (Kategori Lelaki) dan adik Edzhah Nurinas Edie Rahmat (Kategori Perempuan). Majlis turut dihadiri Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Betong Edie Rahmat Salleh, Guru Besar SK Dit Zariman Ali serta tetamu lain. – EDISI UKAS  

Lihat

news

Sabah Agrees To Purchase CCGT Power From Sarawak, Brunei In Talks

KUCHING: Sabah has signed an agreement to purchase electricity from Sarawak generated by combined cycle gas turbine (CCGT) power. Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg said Sabah and Sarawak have signed an agreement for the supply of 50 megawatts (MW), with Sabah requesting an increase to 100MW. He noted that discussions with the Brunei Darussalam Government on a similar arrangement are still ongoing. "What will happen is that in 2027, the CCGT will be completed, utilising 30 per cent hydrogen, which can be increased to 50 per cent. “With a supply of 500MW, we will be able to provide electricity to our neighbours as well as northern Sarawak because, by that year, we will increase our power supply by 500MW from Miri, while Bintulu will have three CCGTs capable of generating 2,000MW of power. “Additionally, by 2030, we will generate power through ‘planting solar’, producing 10 gigawatts (GW) of energy. This will allow us to supply electricity to our neighbours and for our own use, driven by the investments made in Sarawak at that time,” he said. He said this when met by reporters after the 'Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak 2025' at the Borneo Convention Centre Kuching on Monday. For Brunei Darussalam, Datuk Patinggi Abang Zohari clarified that discussions are still underway with the terms for purchasing electricity yet to be finalised. In addition, the Sarawak Premier said that Sarawak has adopted methylcyclohexane (MCH) technology which is a hydrogen carrier in liquid form produced through the chemical reaction of hydrogen and toluene. He explained that MCH technology could potentially replace existing energy sources worldwide including oil and liquefied natural gas (LNG). "This technology can become a new energy alternative, and it will continue to develop. "Instead of nuclear reactors; Japan will reduce its reliance on nuclear power, making this a new technology. If we can master and produce this technology, we can become one of its major global producers,” he explained. -UKASnews  

Lihat

news

70 Terima Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina Di Betong

BETONG: Seramai 70 penerima dari kawasan Betong menerima sumbangan keperluan harian sempena sambutan Tahun Baru Cina dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Warga Cina Sempena Tahun Baru Cina 2025 yang diadakan di Dewan Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Zhong Khor Betong, pada Sabtu. Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu yang turut menyampaikan cek projek kecil luar bandar (MRP) kepada 16 pertubuhan dan persatuan Cina di kawasan Parlimen Betong. Dalam ucapannya, beliau menyatakan program ini mencerminkan semangat perpaduan dan kepedulian masyarakat setempat yang amat penting dalam membantu golongan yang memerlukan terutama menjelang perayaan besar seperti Tahun Baru Cina. Menurut beliau, Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Zhong Khor Betong, sebuah organisasi yang aktif membantu masyarakat setempat pada setiap perayaan utama seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Hari Gawai merupakan pihak utama yang menganjurkan program ini. Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban penerima dan memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina mereka, selain mengukuhkan hubungan antara masyarakat setempat melalui semangat gotong-royong dan keprihatinan. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Zhong Khor Betong Chan Chu Chu, Temenggung Masyarakat Cina Bahagian Betong Kueh Tu Teck, Kapitan Own Chin Joo serta tetamu lain.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Didik Pelajar Prihatin Terhadap Pemeliharaan Alam Sekitar

SARIKEI: Pihak sekolah digesa mempertingkatkan usaha dalam mendidik pelajar mengenai pentingnya pemeliharaan alam sekitar. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato' Sri Huang Tiong Sii berkata, ia merupakan satu usaha strategik untuk memastikan generasi muda lebih peka, bertanggungjawab dan proaktif dalam menangani isu-isu alam sekitar yang semakin mendesak, seperti perubahan iklim dan pencemaran global. "Saya berharap setiap sekolah di negara ini dapat melaksanakan pelbagai program yang dapat merangsang minat serta semangat pelajar dalam pemeliharaan alam sekitar. "Antara program yang boleh dilaksanakan adalah seperti 'Jom Beli Produk Hijau', 'Hari Alam Sekitar' atau 'Jom E-Waste',"katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Anthonians ke-38, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony, di sini baru-baru ini. Di samping itu, Dato' Sri Huang turut memuji inisiatif SMK St Anthony yang berjaya memanfaatkan teknologi dengan mengintegrasikan pedagogi digital dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini jelasnya, bukan sahaja memperkayakan pengalaman pembelajaran, malah turut mempersiapkan pelajar dengan kemahiran abad ke-21 yang diperlukan dalam dunia yang serba moden ini. Dalam ucapan sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada sekolah tersebut, sebagai sokongan untuk memperkukuh usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan kemudahan pembelajaran. Seramai 445 pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang diraikan dalam majlis itu, sebagai penghargaan atas pencapaian akademik dan kokurikulum mereka yang luar biasa. Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei Lau Ngie Tung, Pengetua SMK St Anthony Vincent Liong, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maureen Chua Geik Lian, Pegawai Strategik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei Ting Sing Teck, Pemanca Chan Phan Chan serta Bendahari PIBG Wong Siew Sie.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Penegap Politik Nempa Penyerakup Sarawak

SIBU: Penegap ba pekara politik nyaup nempa penyerakup rayat ari mayuh pupu bansa enggau jalai pengarap lalu mai pemujur ngagai Sarawak maya ke diatu. Presiden Parti Sa'ati Rayat Sarawak (SUPP) Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian madah, penegap nya bepun ari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) enggau SUPP sereta disukung Parti Rakyat Sarawak (PRS) enggau Parti Demokratik Progresif (PDP). "Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg udah madah maya Aum Deligit Tiga Taun Sekali (TDC) kami ba bulan siti tadi madah ke SUPP kaling kungsi ti udah meri sukung enda bebagi. " Tu ngeringka agi kerejasama parti ti nyerakup rayat lalu mai pemujur Sarawak maya ke diatu," ku iya. Iya mansutka jaku nya maya bejadi Pengawa Angkat Sumpah SUPP Pampang Bawang Assan ti mungkur raban nembiak, orang indu enggau komiti ungkup timpuh 2025-2027 beserimbai enggau Pengerami Taun Baru 2025 ditu, kena Hari Minggu tu tadi. Ba pengerami nya, Datuk Amar Dr. Sim bisi ngenang nasib SUPP ba taun 2014 ti balat tusah ketegal penyarut dalam parti. “SUPP diatu enti dibanding ba taun 2014 udah jauh bida, peda mih gaya parti diatu. "Ketegal pengangkun kita, SUPP agi idup nyentukka diatu, tegap agi ari 10 taun ke udah," ku iya. Ba pengerami nya, Chairman SUPP Pampang Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau udah nguluka komiti angkat sumpah. Bela datai Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah Enggau Perintah Lokal, Datuk Michael Tiang Ming Tee, Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Kaban Dewan Negara Senator Robert Lau enggau Sekretari Politik Premier Sarawak Kho Teck Wan.-EDISI UKAS  

Lihat
PertamaSebelumnya1951195219531954195519561957195819591960SeterusnyaTerakhir