Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

841 Penduduk Lubok Antu Hadir Program Khidmat Pelanggan Inisiatif SKAS

LUBOK ANTU: Seramai 841 penduduk Daerah Lubok Antu telah hadir pada hari ketiga program Khidmat Pelanggan Inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Program ini turut mendapat bantuan daripada 10 sukarelawan dari Pusat Khidmat Batang Ai, dua pegawai dari SAINS dan 10 orang kakitangan Pejabat Daerah Lubok Antu. Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Roseline Neging serta Pegawai Tadbir Daerah Lubok Antu, Stanley Nunsang Martin Engkujang hadir meninjau kelancaran program tersebut pada Khamis. Dalam pada itu, Stanley Nunsang menyatakan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran program dan sukarelawan yang membantu memastikan kelancaran proses sepanjang program ini. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai inisiatif digital Kerajaan Sarawak, sekali gus memastikan golongan yang memerlukan mendapat manfaat sepenuhnya daripada bantuan yang disediakan. -EDISI UKAS  

View

news

Belia Penggerak Utama Pembangunan Meradong

BINTANGOR: Golongan belia terus memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi Daerah Meradong menerusi kerjasama erat antara Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor dan SABERKAS Cawangan Meradong. Usaha ini disifatkan sebagai pemangkin utama untuk memperkukuhkan perpaduan masyarakat di daerah tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Ding Kuong Hiing memuji inisiatif kedua-dua organisasi ini yang berjaya menganjurkan pelbagai program dan aktiviti sepanjang tahun 2024. Beliau menyifatkan usaha ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara belia tetapi juga membina asas kukuh untuk perpaduan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama. “Tahun 2024 telah menyaksikan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada belia tempatan, dan ini adalah peluang terbaik untuk memupuk semangat kebersamaan dan membina jaringan kerjasama yang lebih kukuh. “Saya berharap usaha ini dapat diteruskan dan ditingkatkan pada tahun 2025,” katanya dalam Majlis Makan Malam Bersama Belia Daerah Meradong Sempena Sambutan Tahun Baharu 2025 di Restoran Hock Hua, pada Rabu. Sementara itu, Pengerusi Parti SUPP Cawangan Bawang Assan, Cr Kevin Lau Kor Jie turut meluahkan rasa gembira dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Pemuda SUPP dan SABERKAS. Beliau menekankan kepentingan belia sebagai tulang belakang kepada kejayaan pembangunan di Daerah Meradong. “Penyertaan belia dalam program-program seperti ini amat penting. Ia bukan sahaja membuka peluang kepada mereka untuk bergerak aktif tetapi juga memastikan sokongan penuh terhadap agenda pembangunan kerajaan Sarawak,” ujar beliau. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pemuda Parti SUPP Cawangan Bintangor merangkap Timbalan Pengerusi SABERKAS Meradong, Ley Chee Hua serta Pengerusi Pengelola, Cr Yiing Sy Huat.-EDISI UKAS  

View

news

Projek Naik Taraf Jalan Triso-Maludam Bukti Komitmen Pembangunan Kerajaan Sarawak

LINGGA: Projek menaik taraf dan menambahbaik jalan sepanjang 11.82 kilometer dari Kampung Triso ke Maludam menjadi bukti jelas usaha strategik kerajaan Sarawak dalam merealisasikan pembangunan yang inklusif dan mampan untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, jalan tersebut akan dinaik taraf mengikut standard JKR R3, menjadikan ia mampu menampung peningkatan trafik yang dijangka berlaku setelah siapnya Jambatan Batang Lupar 1 dan Jambatan Batang Saribas. “Naiktaraf ini juga akan memperbaiki kualiti jalan, menjadikannya lebih selamat dan mesra pengguna. “Projek ini adalah sebahagian daripada program Second Trunk Road yang bertujuan untuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan rangkaian jalan utama di negeri ini. “Jalan ini akan menjadi penghubung strategik antara Sebuyau, Triso, Maludam, Pusa dan kawasan sekitarnya sekali gus memberikan manfaat besar kepada komuniti tempatan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah Bagi Pakej A3, Jalan Pesisir Pantai Dari Kampung Triso Ke Maludam, Pusa di sini pada Khamis. Dalam pada itu, Dayang Noorazah turut menegaskan bahawa projek ini bukan sekadar memenuhi keperluan infrastruktur, tetapi mampu memacu pembangunan ekonomi di kawasan Triso dan Maludam. “Ia dijangka meningkatkan peluang perdagangan, pendapatan masyarakat setempat, dan memudahkan aksesibiliti bagi penduduk luar bandar. “Inisiatif ini adalah bukti komitmen berterusan kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak untuk membawa pembangunan yang holistik dan inklusif, selaras dengan keperluan rakyat dan visi jangka panjang negeri ini,” tambah beliau. Hadir sama ADUN Beting Maro Razaili Gapor, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohammad Shafizan Kepli, Timbalan Residen Bahagian Betong Hamdan Katang serta tetamu lain.-EDISI UKAS  

View

news

DAC Penting Pantau & Selaraskan Projek Pembangunan

SIMUNJAN : Daerah Simunjan menyasarkan pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (DAC) sebanyak dua kali setahun sebagai platform penting untuk memantau dan menyelaras projek-projek pembangunan. Pegawai Daerah Simunjan, Sanuyah Mohamad menekankan kepentingan mesyuarat ini sebagai medium mendapatkan maklumat terkini mengenai kemajuan projek, membincangkan permasalahan setiap projek serta mencari penyelesaian bersama. "Mesyuarat ini juga merapatkan hubungan antara agensi pelaksana, pemantau projek, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen untuk memastikan pembangunan berjalan lancar," katanya. Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan DAC di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Simunjan pada Khamis. Sanuyah turut mengingatkan bahawa tahun 2025 merupakan tahun terakhir dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebelum memasuki RMK13 pada tahun hadapan. Oleh itu, beliau berharap projek-projek yang berada dalam fasa pelaksanaan dapat disiapkan sepenuhnya, manakala projek berstatus ‘Belum Mula’ (M) atau ‘Dalam Perancangan’ (DPR) dapat dimulakan segera. “Dengan fokus pada tindakan di lapangan dan penyelarasan yang lebih erat, kita dapat memastikan semua projek pembangunan dapat dilaksanakan mengikut jadual,” tambahnya lagi. Sehubungan itu, beliau berharap mesyuarat ini terus menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pembangunan yang lebih efektif, memastikan manfaat projek dapat dinikmati oleh rakyat di Daerah Simunjan menjelang akhir tahun 2025. Turut hadir ke mesyuarat tersebut adalah Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, ADUN Simunjan Awla Dris, Setiausaha Majlis Daerah Simunjan Sabli Razak dan Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Rafhan Kepli. -EDISI UKAS  

View

news

Program Pendidikan Kesihatan Perlu Diutamakan

MIRI: Pelaksanaan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh perlu diberi keutamaan untuk memupuk amalan penjagaan diri berlandaskan pencegahan. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, inisiatif seumpamanya bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat, malah mengurangkan beban sistem kesihatan negara secara keseluruhan. "Ada dalam kalangan masyarakat yang kurang faham dan tidak peka dengan ilmu kesihatan, malah ada juga di antara mereka yang tidak pernah menjalani saringan ujian kesihatan. "Oleh itu, aktiviti komuniti outreach seperti ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma adalah langkah proaktif untuk mempertingkat kesedaran masyarakat terhadap tahap kesihatan mereka,"katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Makan Malam Dan Apresiasi Klinik Kesihatan Tudan 2025 di sebuah hotel terkemuka, di sini pada Rabu. Dalam ucapan sama, Dato Sri Lee juga menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi petugas-petugas Klinik Kesihatan Tudan yang tabah menghadapi pelbagai cabaran, termasuk melayani jumlah pesakit yang semakin meningkat, sehingga mencapai 900 hingga 1,000 orang sehari. Turut hadir di majlis itu ialah Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tudan Dr Benjamin Teh Wee Chuan, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tudan Deammy Sim Ya Szi serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tudan.-EDISI UKAS  

View

news

Billy Serah Tapak Projek Jalan Pertanian Kawasan Sangat, Kampung Pasir Tengah

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang telah hadir pada sesi penyerahan tapak projek menaik taraf Jalan Pertanian Kawasan Sangat, Kampung Pasir Tengah di sini pada petang Khamis. Projek yang bernilai anggaran RM1.7 juta itu merangkumi pembinaan jalan sepanjang 671 meter termasuk pembinaan sebuah jambatan serta sebuah culvert dan dijangka siap pada Januari 2026. Berucap ringkas semasa sesi penyerahan tersebut, Billy memberitahu, projek tersebut dapat memberikan sinar harapan kepada penduduk Kampung Pasir Tengah yang mempunyai kebun-kebun di Kawasan Sangat ini serta memberikan peluang untuk generasi-generasi muda membuka kawasan penempatan di situ nanti. Tambah beliau lagi, projek jalan pertanian ini juga merupakan salah satu projek pembangunan yang beliau telah diusahakan untuk penduduk di Kampung Pasir Tengah. Antara projek lain yang sedang berjalan dan akan dicabut tender tidak lama lagi adalah projek menaik taraf jalan pertanian ke Batu Wangkang, pembinaan semula Gereja St Cosmas, Dewan Serbaguna Kampung Pasir Tengah, projek menaik taraf sistem paip graviti, serta penurapan jalan rumah ke rumah. Hadir sama ke sesi penyerahan tersebut adalah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Niponi Undek, wakil pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching William Gregory Kuyang, Pegawai Tadbir Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) Badrulhisyam Muta-ee serta barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK). Sejurus selepas itu, Billy juga berkesempatan untuk melawat tapak bagi projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) iaitu menaik taraf jalan pertanian Sungai Pate di Kampung Sebako 2. -EDISI UKAS  

View

news

Program SKAS Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup Penduduk Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak banyak membantu rakyat yang layak memperoleh bantuan kewangan untuk membeli keperluan asas. Menurut Timbalan Residen Bahagian Samarahan Rais Ahmat bantuan SKAS disalurkan melalui aplikasi S Pay Global sebagai e-dompet untuk memastikan penggunaan bantuan dilakukan secara tepat dan mengelakkan penyalahgunaan. “Program seperti ini banyak membantu, khususnya penduduk luar bandar yang kurang pengetahuan dalam membuat pendaftaran,” katanya ketika hadir untuk meninjau kelancaran program Pendaftaran Sarawak ID dan S Pay Global Bagi SKAS Peringkat Daerah Asajaya di Dewan Serbaguna SJK Chung Hua Asajaya di sini hari ini. Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pejabat Daerah Asajaya kerana telah memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan para penerima bantuan dibantu untuk mendaftar Sarawak ID dan aplikasi S Pay walaupun terdapat beberapa isu yang dikenal pasti semasa operasi di kaunter antaranya tiada akaun Sarawak ID, masalah pengecaman wajah dan kehilangan kata laluan. Namun ujarnya ia berjaya diatasi oleh pihak penganjur dengan mengambil langkah segera dalam menangani masalah tersebut. Bagi yang tidak sempat hadir, beliau menjelaskan pendaftaran dan pertanyaan lanjut boleh dilakukan di Pejabat Daerah masing-masing di bahagian Samarahan nanti apabila berakhirnya program SKAS di daerah masing-masing. Tinjauan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menyaksikan seramai 1,482 penduduk dari kawasan ini telah hadir untuk mendaftar pada Program Pendaftaran Sarawak ID dan S Pay Global bagi penerima yang berlangsung selama tiga hari. Turut hadir, Pegawai Daerah Asajaya Jerry Zannuddin Bidin serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Daerah Asajaya. -EDISI UKAS  

View

news

Ambil Langkah Keselamatan Hadapi Bencana Banjir

MUKAH: Penduduk Mukah dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah keselamatan semasa musim banjir. Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib berkata, hal ini bagi mengelakkan kehilangan nyawa mahupun membahayakan keselamatan diri dan keluarga. “Kita perlu sentiasa beringat akan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sewaktu banjir melanda. “Bahaya elektrik, bahaya binatang berbisa, bahaya penyakit dan keselamatan terhadap anak-anak serta individu itu sendiri perlu menjadi keutamaan semasa musibah ini.” Beliau berkata demikian semasa Taklimat Pengurusan Bencana Daerah Mukah di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Mukah, Bangunan Menara Pehin Setia, Mukah pada Khamis. Tambah Ahli Parlimen Mukah itu, beliau menyeru agar orang ramai sentiasa mendapatkan info banjir terkini dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai banjir melalui media massa dan laman web rasmi. “Kita perlu mengambil kira kepelbagaian strategi berdasarkan pendekatan pengurusan risiko semasa banjir, dan kerjasama di antara agesi-agensi sangat penting bagi memastikan kelancaran pengurusan bencana ini,” ujar beliau kepada JK Pengurusan Bencana Mukah dan Dalat. Beliau turut menyeru agar pihak media mengambil peranan untuk menyebarkan info berkenaan nombor kecemasan dan hal-hal persediaan, kesiapsiagaan, serta penyakit berjangkit semasa banjir untuk makluman rakyat. Dalam pada itu, beliau menghargai usaha-usaha jawatankuasa (JK) Bencana ketika bencana ini berlaku khasnya di kawasan Daerah Mukah dan Dalat di mana mereka telah menyelaraskan segala bantuan yang diberikan. Untuk makluman, bakul makanan yang telah dihantar Jabatan Kebajikan Masyarakat sepanjang bencana pada tahun ini adalah sebanyak 1001 di kawasan Ingkerbai, Lubok Bemban, 908 bakul makanan di Sebakong dan 149 bakul makanan di Kg. Sitieng. Simbolik penyerahan 100 bakul makanan diserahkan kepada JKM untuk diselaraskan pengagihan kepada mangsa banjir. Turut hadir Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip, Pegawai Daerah Dalat Mathew Hubert dan ketua-ketua jabatan. -EDISI UKAS

View

news

Program Khidmat Pendaftaran Sarawak ID & S PAY Global Penting Untuk Salur SKAS

BAU: Program Khidmat Pendaftaran Sarawak ID dan S PAY Global penting untuk penyaluran bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada golongan yang layak.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh berkata, program itu merupakan satu inisiatif yang baik untuk mengelakkan penyalahgunaan bantuan.    “Program ini menjadi langkah penting dalam memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih cekap dan telus kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.   Beliau turut menekankan bahawa program khidmat pelanggan seperti ini akan diteruskan di semua kawasan bagi membantu masyarakat dalam urusan yang sepatutnya.   Hari kedua program tersebut pada Selasa berjalan lancar dengan seramai 50 sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu sepanjang dua hari program yang bermula pada 21 Januari.   Dalam pada itu, Miro merakamkan penghargaan kepada para sukarelawan dan pihak Pejabat Daerah Bau atas kesudian dan komitmen tinggi mereka dalam menguruskan program serta membantu proses pendaftaran.   Turut hadir ialah Temenggong Bidayuh Bahagian Kuching Atok Derop. -EDISI UKAS

View

news

Program Rejister Khas Ungkup Penerima SKAS Di Dewan Suarah Miri, 24- 26 Januari

MIRI: Siti program rejister khas ungkup penerima Bantu Barang Diguna Sarawak (SKAS) deka diatur di Dewan Suarah Miri, belabuh ari 24 ngagai 26 Januari tu, ari pukul 8 pagi nyentuk 5 lemai.   Program diatur Sarawak Information Systems (SAINS) enggau kerejasama Unit Perambu Ekonomi (EPU), Kaunsil Multimedia Sarawak (SMA) enggau Unit Digitalisasyen Servis Perintah (SCSDU) dikena meri sukung ngagai penerima bantu ti napi pemar maya rejister Sarawak ID enggau S Pay Global.   Pia mega, kaunter servis di Palan Transformasyen Mengeri (UTC) Miri mega deka beoperasyen baka selama dikena ngemuntang pengawa rejister nya.   Pekara tu dipadah raban pengatur kanan SAINS dalam aum ti betuai ke Menteri Pengangkut Sarawak ke mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin, di Begunan Baitulmakmur, ditu kena Hari Empat.   Dikena ngangkatka pengasi servis, Dato' Sri Lee mega merambu SAINS nyendiaka latih ngagai staf Palan Servis Kunsil Nengeri (DUN) di konstitusyen tu, ngambi sida ulih meri bantu ti manah agi ngagai penerima ti datai betunga mua.   Dikena nimbal pekara nya, SAINS setuju beratika pematut ngatur latih enda lama da lalu enti patut, latih deka dipejalai chara online. -EDISI UKAS  

View
FirstPrevious1901190219031904190519061907190819091910NextLast