841 Penduduk Lubok Antu Hadir Program Khidmat Pelanggan Inisiatif SKAS

Disiarkan pada 23 Jan 2025
Sumber Berita: UKAS


LUBOK ANTU: Seramai 841 penduduk Daerah Lubok Antu telah hadir pada hari ketiga program Khidmat Pelanggan Inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Program ini turut mendapat bantuan daripada 10 sukarelawan dari Pusat Khidmat Batang Ai, dua pegawai dari SAINS dan 10 orang kakitangan Pejabat Daerah Lubok Antu.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Roseline Neging serta Pegawai Tadbir Daerah Lubok Antu, Stanley Nunsang Martin Engkujang hadir meninjau kelancaran program tersebut pada Khamis.

Dalam pada itu, Stanley Nunsang menyatakan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran program dan sukarelawan yang membantu memastikan kelancaran proses sepanjang program ini.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai inisiatif digital Kerajaan Sarawak, sekali gus memastikan golongan yang memerlukan mendapat manfaat sepenuhnya daripada bantuan yang disediakan. -EDISI UKAS