Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

ADUN Kalaka Beri Sokongan kepada Peniaga di Bazar Ramadan Saratok

SARATOK: Dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri turun padang melawat Bazar Ramadan Saratok yang diadakan di Dewan Terbuka Sri Kalaka, pada Isnin. Dengan lebih 80 gerai jualan yang disediakan oleh Majlis Daerah Saratok, bazar ini menjadi platform penting bagi peniaga kecil dan usahawan tempatan untuk meningkatkan pendapatan sepanjang bulan Ramadan. Mohamad Duri tidak hanya melawat gerai-gerai jualan, tetapi turut berinteraksi dengan peniaga bagi memahami cabaran serta keperluan mereka. Menyedari kepentingan sokongan berterusan, beliau turut mengagihkan apron dan topi kepada setiap pemilik gerai sebagai simbol komitmen terhadap kebersihan dan profesionalisme dalam perniagaan makanan. “Bazar Ramadan bukan sekadar tempat berniaga, tetapi juga peluang bagi peniaga kecil untuk memperluaskan jaringan pelanggan mereka. "Kita mahu mereka beroperasi dalam suasana yang kondusif dan bersih, sekaligus menarik lebih ramai pengunjung,” katanya. Selain itu, faktor kebersihan turut diberi perhatian serius dengan pemantauan harian oleh pihak berkuasa bagi memastikan persekitaran yang selamat dan selesa untuk semua. Lawatan ini mencerminkan komitmen ADUN Kalaka dalam menyokong peniaga tempatan serta memperkasakan ekonomi komuniti, selari dengan usaha membangunkan sektor perniagaan kecil di Saratok. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pegawai Daerah Saratok Mohd Dino Amit, Setiausaha Majlis Daerah Saratok McCrea Joseph Parerra serta beberapa pegawai dan tetamu jemputan.-EDISI UKAS  

View

news

UTS Santuni 60 Keluarga Pelajar Kurang Berkemampuan Di Sibu

SIBU: Seramai 60 keluarga pelajar kurang berkemampuan sekitar kawasan Sibu menerima sumbangan bakul makanan daripada Universiti Teknologi Sarawak (UTS) melalui acara amal ‘Nourishing Hope Through Kindness’. Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik) UTS Profesor Dr Mohammad Shahril Osman, sumbangan tersebut akan dihantar oleh sukarelawan UTS ke rumah penerima masing-masing sehingga 16 Mac kelak. “Pada hari ini, kita mengadakan satu majlis di mana sumbangan akan diberikan kepada 60 pelajar dalam bentuk barangan makanan asas untuk keperluan mereka khususnya pada bulan Ramadan ini. ”Inisiatif ini dianjurkan oleh kakitangan UTS dari Sekolah Pengkomputeran dan Media Kreatif (SCM), Sekolah Perniagaan dan Pengurusan (SBM) serta Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi (SET),“ katanya dalam sidang media Program "Nourishing Hope Through Kindness Charity Even 2025', di sini pada Selasa. Pakej bantuan makanan yang bernilai RM100 setiap satu itu mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, makanan dalam tin dan mi segera. Beliau turut menghargai kerjasama daripada Hijrah Suri, yang bertanggungjawab dalam pembelian, pengurusan dan pembungkusan bekalan makanan untuk diagihkan. “Program ini bukan sekadar memberi bantuan, tetapi juga meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab sosial. "Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat menginspirasi lebih ramai individu dan organisasi untuk turut serta dalam khidmat masyarakat,” tambahnya.-EDISI UKAS  

View

news

Program Santuni Madani Ramadan Santuni Lebih 200 Keluarga Memerlukan di Sadong Jaya

SADONG JAYA: Lebih 200 keluarga kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya menerima sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Petronas dalam program Santuni Madani Ramadan: Petronas Memacu Kehidupan Aidilfitri di Masjid Darul Falah pada Selasa. Program anjuran Yayasan Petronas dengan kerjasama Perkhidmatan Tadbir Diplomatik Wilayah Sarawak ini turut menyaksikan semangat gotong-royong dalam kalangan penduduk kampung yang bersama-sama menyediakan 150 pek bubur lambuk sebelum mengagihkannya kepada pengunjung Bazaar Ramadan Panggung Udara Sadong Jaya. Menurut Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, program seperti ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi juga memperkukuhkan hubungan masyarakat melalui semangat tolong-menolong dan kebersamaan. “Saya bersyukur melihat sambutan yang sangat baik daripada penduduk kampung. “Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, tetapi juga mengeratkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin setempat,” katanya selepas mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung bazar. Selain itu, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Datuk Ir Aidel Lariwoo turut meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk kampung dan menunaikan solat sunat tarawih di masjid berkenaan. Beliau menzahirkan penghargaan kepada Yayasan Petronas atas inisiatif membantu golongan memerlukan serta berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. “Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang memerlukan, terutama menjelang Aidilfitri. Saya berharap usaha ini diteruskan bagi memastikan lebih ramai golongan asnaf mendapat manfaat,” katanya. Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengurus Besar Petronas Sarawak Norazibah Md Rabu, Pegawai Agama Islam Samarahan Bahrin Kawi serta pemimpin tempatan termasuk Pemanca Sholeh Kemis.-EDISI UKAS  

View

news

122 Asnaf di DUN Sebuyau Terima Sumbangan Ramadan

SEBUYAU: Seramai 122 asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau menerima sumbangan sempena Program Ihya Ramadan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar pada malam Selasa. Majlis yang berlangsung di Masjid Darul Aman, Sebangan, menyaksikan Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan kepada para penerima bagi meringankan beban mereka dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal tiba. Menurut Mohamad Shafizan, program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu golongan memerlukan di kawasan Parlimen Batang Lupar. “Bantuan ini bukan sahaja untuk meringankan beban penerima, tetapi juga sebagai tanda keprihatinan kepada mereka yang kurang berkemampuan agar dapat menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan lebih bermakna,” katanya. Beliau turut memaklumkan bahawa Program Ihya Ramadan tahun ini telah dimulakan di DUN Lingga, diikuti DUN Sebuyau dan akan diteruskan ke DUN Beting Maro dalam masa terdekat. Majlis diakhiri dengan sesi moreh dan ramah mesra antara para jemaah, mencerminkan semangat kebersamaan dalam menyambut bulan penuh keberkatan ini. Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Aman Sebangan Yaman Madian serta Penghulu Abdul Hamid Zaini bersama ketua-ketua masyarakat setempat.-EDISI UKAS  

View

news

Sumbangan Ramadan Ringankan Beban Asnaf

SEBUYAU: Seramai 192 penerima terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas menerima sumbangan sempena Program Ihya Ramadan: Santuni Asnaf yang berlangsung di Masjid Al-Muflihin, Sebuyau pada Selasa. Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muflihin dan Pejabat Daerah Sebuyau ini bertujuan meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba. Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli yang turut meluahkan harapan agar bantuan yang diberikan dapat membantu penerima menikmati Ramadan dengan lebih selesa. “Semoga sumbangan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada penerima, bukan sahaja untuk persiapan Ramadan, malah sebagai persediaan menyambut Syawal nanti,” katanya dalam ucapan perasmian. Seramai 230 hadirin termasuk wakil-wakil masyarakat tempatan turut serta dalam program ini. Antaranya ialah Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang, Pemanca Asli Yahya serta Penghulu Abu Seman Suhaili yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muflihin. Majlis diakhiri dengan sesi berbuka puasa beramai-ramai sebelum hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.-EDISI UKAS  

View

news

Jabatan Pertanian Bahagian Sarikei Agih 580 Pek Bubur Lambuk Kepada Pelbagai Agensi Kerajaan

SARIKEI: Sebanyak 580 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada pelbagai agensi kerajaan di Bahagian Sarikei melalui satu program ringkas anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Sarikei di pejabatnya, di sini pada Rabu. Inisiatif murni ini diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan sekali gus mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara kakitangan Jabatan Pertanian. Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh turut hadir menyempurnakan program tersebut. Kerja-kerja penyediaan dan memasak bubur lambuk diadakan secara gotong royong dalam sekala yang sederhana namun tetap meriah oleh kakitangan Pejabat Pertanian Bahagian Sarikei. Turut serta ialah Pegawai Pertanian Bahagian Sarikei Freddy Paul Girang, Ketua-ketua Jabatan serta wakil -wakil dan kakitangan Pejabat Pertanian Bahagian Sarikei.-EDISI UKAS  

View

news

‘STEM Catalyst’ Nyungkak Pengerindu Ba STEM

KUCHING: Program STEM Catalysts diatu nyadi pelasar ngadu pengawa nyungkak pengerindu nembiak sekula primari ba bidang Sains, Teknologi, Injiniring enggau Matematik (STEM) di Sarawak. Menteri Pelajar, Inovasyen enggau Pemansang Penau Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn madah, program nyadi karnival bejalai ti ngatur program pemandang enggau program interaktif STEM datai ke sekula dikena meri peransang ngagai raban nembiak. Nambah ke jaku iya, iya madah, program nya udah diuji diatur dulu ba taun 2024 ba beberapa bengkah endur nyengkaum di Kota Samarahan, Serian enggau Sri Aman ti nerima timbal lalu deka dikerembaika agi taun tu. “Dalam kandang empat bulan, berengkah April ngagai Julai, raban pengatur deka bejalai ngagai 18 Opis Pelajar Pelilih (PPD) ti deka ngaul lebih 6,000 nembiak ari lebih 130 buah sekula primari. “Kami deka berengkah ari Lundu, udah nya Kanowit ditangkan Baram, lalu tiap program dipejalaika sehari aja, perengka pengangkut deka disediaka ungkup nembiak ari sekula semak dia, ” ku iya madah. Iya madah munyi nya ba aum media STEM Catalyst – Raspberry Pi 2025 ke diatur di Opis Skills ditu, Hari Tiga. Dato Sri Roland mega madah, juluk ati iya deka ngerembaika program nya ngagai kandang menua pesisir dudi hari ila, nyengkaum ba menua ke ngena perau dikena nentuka nadai siku nembiak tinggal ngulihka awak nya. Berebak enggau nya, Dato Sri Roland madah, Opis Menteri iya chakah nerenak pengerindu raban nembiak sereta sida ke udah besai ba STEM. “Kami udah netapka juluk ati deka bisi 60 peratus enrolmen nembiak ba bidang STEM manggai taun 2030. Diatu, kitai baru 45.7 peratus,” ku iya madah baru. Nangkan nya, iya ngarap ke semua bekaul nyukung tuju STEM kelebih agi nentuka rayat Sarawak nyikap diri enggau pengelandik STEM seriris enggau juluk Strategi Pembangunan Pasca Covid (PCDS) 2030. Sama bisi datai, Sapit Menteri Pelajar, Inovasyen enggau Pemansang Penau Sarawak Datuk Francis Harden Hollis. -EDISI UKAS  

View

news

MPKS Terapkan Piawaian Baru untuk Pemotongan Rumput, Pembersihan Parit 2025

KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) telah mengadakan sesi perjumpaan pada Selasa dengan kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan parit bagi tahun 2025. Perjumpaan tersebut berlangsung di Bilik Latihan MPKS dan dihadiri oleh Pengerusi MPKS Dato Peter Minos, Setiausaha MPKS Gustian Durani serta ahli majlis dan kakitangan berkaitan. Dalam perjumpaan ini, MPKS menekankan kepentingan kontraktor untuk mematuhi jadual kerja yang telah ditetapkan dan memastikan setiap tugas dijalankan mengikut spesifikasi kontrak. Pihak majlis juga mengingatkan kontraktor untuk sentiasa memberikan maklum balas dan laporan mengenai kerja-kerja yang telah diselesaikan bagi memastikan perkhidmatan berjalan lancar. Salah satu perkembangan menarik yang diumumkan adalah pengenalan sistem pemantauan atas talian yang akan digunakan untuk menilai prestasi kontraktor di lapangan. Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan kerja serta menjadikan pengurusan pemotongan rumput dan pembersihan parit lebih sistematik dan teratur. Dato Peter turut menyatakan bahawa kontraktor yang menunjukkan prestasi cemerlang berpeluang untuk mendapat lanjutan kontrak pada masa hadapan, memberi insentif bagi meningkatkan mutu kerja. Beliau berharap inisiatif ini akan menyumbang kepada pengurangan aduan awam dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan yang disampaikan oleh MPKS kepada masyarakat. Dengan pelaksanaan sistem yang lebih teratur dan sokongan daripada kontraktor, MPKS yakin dapat mencapai matlamat meningkatkan kualiti kehidupan di Kota Samarahan. -EDISI UKAS  

View

news

JKR Tingkat Kerjasama Dengan Pemimpin Tempatan, Pastikan Projek Berjalan Lancar

LUBOK ANTU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan pemimpin tempatan di peringkat akar umbi dalam usaha memastikan projek di setiap kawasan berjalan dengan lancar. Sehubungan itu, satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan persediaan program JKR di sini yang telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Lubok Antu Akoi Ejau dan dihadiri oleh Ahli Parlimennya Roy Angau Gingkoi. Menurut Roy, mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengukuhkan hubungan antara pihak JKR Sarawak bersama pemimpin tempatan dalam kerjasama perancangan dan perlaksanaan projek pembangunan infrastruktur demi kesejahteraan masyarakat setempat. Mesyuarat yang diadakan pada Selasa itu turut membentangkan beberapa status projek jalan utama di Lubok Antu, termasuk Jalan Sebeliau-Bilararap, Jalan Batang Ai dan Jalan Ulu Engkari. Menurut pihak JKR, ketiga-tiga projek berkenaan merupakan projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di mana JKR Sarawak bertindak sebagai agensi pelaksana bagi memastikan ianya berjalan mengikut jadual dan spesifikasi yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS

View

news

Sarawak Nanggam Kerejasama Enggau Mitsubishi Ngaga Loji Janakuasa CCGT Di Miri

KUCHING: Sarawak terus ransing ngemudi kuasa gadung di rantau tu nengah kerejasama strategik enggau Mitsubishi Heavy Industries (MHI) ngaga Loji Janakuasa Kitaran Gabungan (CCGT) di Miri ti ditaga ngepunka operasyen ujung Disember 2027. Menijar Besai Kanan, Unit Dagang GTCC, Sistem Tenaga Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI), Takuya Murase, madah ke loji janakuasa nya ukai semina siti projek kuasa aja, tang mungkal kerejasama rat Sarawak enggau MHI dalam teknologi hidrogen. “Kami udah nerima udar mekal loji janakuasa CCGT di Miri, ti dilangkar khas ngena hidrogen nyadi bahan bakar. “Tu pemujur besai dijapai dikena ngenegapka kuasa gadung dudi hari di Sarawak. Iya madah munyi nya sepengudah ngetuai ke penemuai basa ngagai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia, Hari Dua. Takuya nambah, proses ngasilka turbin gas ba loji nya deka belabuh taun 2026 lalu pengawa nganjung ke Sarawak dipelaba tengan taun ti sama, sebedau loji nya berengkah bejalaika operasyen komersial ujung taun 2027. Takuya ke baru keterubah datai ke Sarawak, mega madah ke diri temegah ati iya meda peneras pemansang nengeri tu. “Aku deka meda kediri empu pemansang Sarawak. Pagila, aku deka ke Miri berandau ke silik agi senentang projek tu,” ku iya nambah. Kerejasama tu seriris enggau aspirasyen Sarawak ti deka nyungkak ngepun kuasa gadung di menua tu, setipak enggau pelin pemansang ekonomi kurang karbon ari perintah nengeri. Sama bisi datai ba pengawa nemuai basa nya iya nya Mandal Presiden Kanan Mitsubishi Power Asia Pacific Kazuki Ishikura, Menijar Besai Mitsubishi Heavy Industries Kuala Lumpur (MHI-KL) Daisuke Wakasugi, Menijar Besai Kanan Mitsubishi Power Asia Pacific Ong Hui Leong sereta Tuai Pampang Mitsubishi Power Asia Pacific Masato Sakamoto, Sekretari Mendam Opis Menteri Kuasa enggau Pemeruan Rampa Menua Sarawak, Datu Abang Ahmad Abang Morni enggau Tuai Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili.-EDISI UKAS  

View
FirstPrevious1821182218231824182518261827182818291830NextLast