SARIKEI: Sebanyak 580 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada pelbagai agensi kerajaan di Bahagian Sarikei melalui satu program ringkas anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Sarikei di pejabatnya, di sini pada Rabu.
Inisiatif murni ini diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan sekali gus mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara kakitangan Jabatan Pertanian.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh turut hadir menyempurnakan program tersebut.
Kerja-kerja penyediaan dan memasak bubur lambuk diadakan secara gotong royong dalam sekala yang sederhana namun tetap meriah oleh kakitangan Pejabat Pertanian Bahagian Sarikei.
Turut serta ialah Pegawai Pertanian Bahagian Sarikei Freddy Paul Girang, Ketua-ketua Jabatan serta wakil -wakil dan kakitangan Pejabat Pertanian Bahagian Sarikei.-EDISI UKAS