Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Sarawak Terus Ke Hadapan dalam Tenaga Boleh Diperbaharui

KUCHING: Sarawak berada di hadapan dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui dengan pelbagai sumber seperti hidro, gas, dan solar, kata Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof. Beliau menegaskan bahawa kerajaan Malaysia komited mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, sejajar dengan strategi di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). “Malaysia telah menetapkan sasaran dan strategi bagaimana tenaga akan dihasilkan. “Sarawak pula berada pada tahap yang lebih maju dalam tenaga boleh diperbaharui, bukan hanya bergantung pada hidro dan gas, tetapi juga meneroka tenaga baharu seperti solar,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Asnaf anjuran Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak di Dewan Hikmah Petra Jaya, di sini, Ahad. Beliau turut menekankan tiga aspek penting dalam pembangunan tenaga negara, iaitu jaminan bekalan tenaga (security energy), kelestarian alam sekitar (sustainability), serta kemampuan harga (affordability) bagi memastikan rakyat mendapat manfaat secara menyeluruh. “Kalau kita hasilkan tenaga tetapi tidak mampu dibayar oleh rakyat, itu juga menjadi cabaran,” tambahnya. Dalam usaha memperkukuh jaringan tenaga serantau, Malaysia turut menerajui ASEAN Power Grid, satu inisiatif yang bakal mempertingkatkan integrasi tenaga di peringkat Asia Tenggara. Langkah ini selaras dengan NETR yang bertujuan memastikan bekalan tenaga mampan, selamat, dan mampu milik bagi rakyat. Melalui ASEAN Power Grid, Malaysia termasuk Sarawak, berpotensi menjadi hab tenaga boleh diperbaharui utama di rantau ini, dengan memanfaatkan sumber hidro dan solar yang melimpah. Integrasi tenaga ini bukan sahaja mengukuhkan kerjasama serantau tetapi juga menyumbang kepada sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.-EDISI UKAS

Lihat

news

砂拉越总理与大马陆军第一步兵师共进开斋晚宴

古晋:砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士于周日出席在朋尼逊兵营的Solahuddin Al-Ayubbi清真寺举行的马来西亚陆军第一步兵师的开斋晚宴,为现场增添光彩。  昨日傍晚6时15分左右,拿督巴丁宜阿邦佐哈里抵达现场,并受到第一步兵师司令拿督凯鲁阿努少将及高级军官们的迎接。   此活动是一年一度的传统盛事,乃配合1446年回历的斋戒月,旨在进一步拉近陆军官兵、砂领导人与当地社区之间的关系。   在活动上,拿督巴丁宜阿邦佐哈里也主持慈善捐赠仪式,并移交食品礼包和援助金给5名军人及患有重病的子女,展现政府对军人家庭的关怀。   随后,砂总理也与一众贵宾一同参观日廊选区战术指挥部的模型,深入了解陆军的作战规划。   在进行昏礼祈祷之后,众嘉宾便开始享用开斋晚餐 接着,砂总理与军人们集体进行宵礼和夜间祈祷后,最后在温馨氛围中共享简餐,为活动画下圆满句点。   出席此次活动的嘉宾还包括砂拉越政府秘书兼510后备军团指挥官拿督阿玛莫哈末阿布巴卡、砂拉越交通部长拿督斯里李景胜、砂拉越公用事业及通讯部副部长拿督阿都拉曼朱乃迪医生、砂副政府秘书(经济规划与发展)拿督斯里莫哈末阿都拉再德尔、砂副政府秘书(行政)拿督巴克兰邦吉及砂政府秘书(行动)拿督许赞麒。-UKAS刊

Lihat

news

Kelab Belia Lestari Agih 1000 Pek Bubur Lambuk Di Jalan Sentosa Salim

SIBU: Kelab Belia Lestari terus menunjukkan keprihatinannya terhadap komuniti dengan mengagihkan 1000 pek bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di kawasan Kampung Usahajaya Baru, Jalan Sentosa Salim, di sini pada Ahad. Program tahunan ini bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi rezeki di bulan Ramadan yang penuh keberkatan, malah bagi memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk setempat. Ia juga secara tidak langsung memberi kesedaran tentang pentingnya penglibatan aktif golongan belia dalam membina masyarakat yang lebih prihatin, bersatu padu dan bertanggungjawab. Pendekatan yang mudah, mesra dan inklusif ini membuktikan bahawa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mampu memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti. Kira-kira 15 ahli kelab termasuk Pengerusi Kelab Belia Lestari, Muhammad Musztaqiem Hasin telah menjayakan inisiatif murni tersebut.-EDISI UKAS

Lihat

news

Saberkas & Wanita PBB Bukit Saban Agih 1,200 Bungkusan Bubur Lambuk

BETONG: Sebanyak 1,200 bungkusan bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban sempena program Jerayawara Bubur Lambuk Tahun 2025. Program anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Bukit Saban bersama Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.37 Bukit Saban pada Sabtu itu disempurnakan secara simbolik oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Ia diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Presiden Saberkas Negeri Sarawak yang juga Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu, isteri Datuk Amar Douglas, Datin Amar Dato Doreen Mayang, Ahli Parlimen Betong merangkap Pengerusi Saberkas Cawangan Bukit Saban Dato Dr. Richard Rapu, Setiausaha Eksekutif Saberkas Negeri Sarawak Iszuan Haironi, Ketua Pergerakan Wanita PBB N.37 Bukit Saban Natasha Nasa Uggah dan ketua-ketua kaum dan masyarakat setempat. Selepas itu, Datuk Amar Douglas Uggah berkesempatan menyertai Majlis Berbuka Puasa Di Masjid Darul Syifa Spaoh. Pada majlis itu, beliau telah menyampaikan geran tahunan kepada Masjid Darul Syifa dan 16 surau di Spaoh, geran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sumbangan duit raya kepada 305 orang warga emas Islam. Selain itu, Dato Dr Richard turut menyampaikan geran serupa kepada masjid dan surau di situ. - EDISI UKAS

Lihat

news

Hospital Kapit Terima Sumbangan Kerusi Roda, Penapis Air

KAPIT: Prihatin dengan keperluan mendesak di Hospital Kapit, Persatuan Tai Ci Kapit dan Persatuan Pemilik Kedai Kapit tampil menyumbang lapan unit kerusi roda untuk kegunaan pesakit. Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang Dan Istiadat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Datuk Jefferson Jamit Unyat pada Ahad. Hospital Kapit amat memerlukan kerusi roda untuk menambah bilangan unit yang sedia ada sebelum ini. Dalam pada itu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kapit turut bermurah hati menyumbang dua unit penapis air kepada Hospital Kapit. Selain itu juga, Persatuan Tai Ci Kapit dan Persatuan Pemilik Kedai Kapit turut menyumbang 'ang pow' kepada pesakit di hospital itu. - EDISI UKAS

Lihat

news

Premier Sarawak Ngulu Pengerami Buka Puasa Begulai Enggau TDM Divisyen 1 Infantri Malaysia

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg udah ngulu Pengerami Buka Puasa Begulai Enggau Raban Soldadu Darat Malaysia (TDM) Divisyen 1 Infantri Malaysia di Masjid Solahuddin Al-Ayubbi, Kem Penrissen ditu, kena Hari Minggu tu tadi. Dulu ari nya, penatai Premier Sarawak urung 6.15 lemai disambut Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Khairul Anuar Abdul Aziz enggau raban Pegawai Kanan. Pengerami tu program ninting taun ke ngembuan tuju ngerapitka kaul TDM enggau bala pemesai nengeri sereta rayat mayuh serimbai bulan Ramadan Al-Mubarak 1446 Hijrah. Ba pengerami nya, Datuk Patinggi Abang Zohari dipebasa nyua hamper enggau pemeri belanja ngagai lima penerima ke bisi penyakit kronik. Sepengudah nya, iya dibai meda replika Markas Taktikal N.26 Gedong disempulang raban temuai dipebasa ke bukai. Bela datai, Sekretari Perintah Sarawak ke mega Brigedier Jeneral Komander Rejimen 510 Soldadu Wataniah Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Pengangkut Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Sapit Menteri Utiliti enggau Telekomunikasyen Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Sapit Sekretari Perintah Sarawak (Perambu Ekonomi enggau Pemansang) Dato Sri Muhammad Abdullah Zaidel, Sapit Sekretari Perintah Sarawak (Administrasyen) Datu Buckland Bangik enggau Sapit Sekretari Perintah Sarawak (Operasyen) Datu Hii Chang Kee. -EDISI UKAS  

Lihat

news

ADUN Tamin Agih Geran MRP Kepada 23 Penerima

TAMIN: Sejumlah RM360,000 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diagihkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir. Christopher Gira Sambang kepada 23 penerima di kawasannya dalam majlis diadakan pada Sabtu. Penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang dan badan bukan kerajaan (NGO). Penyerahan telah diadakan di Rumah Panjang Tr. Simond Boom, Ulu Dijih, Selangau ketika Majlis Doa sempena memperingati pemergian mendiang ibu kepada ADUN Tamin selama setahun yang lepas. Dalam ucapannya, Gira berpesan kepada semua penerima peruntukan supaya menggunakan geran tersebut dengan berhemah dan penuh intergriti, di samping menggalakkan peruntukan tersebut dapat digunakan untuk keperluan aktiviti JKKK Rumah Panjang mahupun Persatuan. "Saya tidak mengira latar belakang rumah panjang tersebut dengan meneliti mereka melalui ideologi politik. “Jika rumah panjang tersebut adalah di bawah konstituensi DUN Tamin, maka rakyat dan penduduk rumah tersebut adalah tanggungjawab saya selaku ADUN kawasan. “Saya percaya rakyat di DUN Tamin lebih cakna dalam menilai saya selaku ADUN Tamin yang telah berkhidmat untuk mereka selama dua penggal dan termasuklah penggal yang ketiga saya pada ketika ini,” ujarnya. Turut hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Cek MRP tersebut ialah penghulu-penghulu di seluruh kawasan DUN Tamin, kaunselor-kaunselor, tuai-tuai rumah dan penduduk sekitar. - EDISI UKAS

Lihat

news

Ahmad Johnie Serikan Majlis Berbuka Puasa SK Bruan Mapal

MATU: Majlis Berbuka Puasa anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Bruan Mapal, Matu tahun 2025 diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi. Program pada Isnin di Surau Darul Insyirah, SK Bruan Mapal itu menyaksikan seramai 10 penerima menerima Sumbangan Kasih Ramadan sebagai usaha meringankan beban keluarga dalam menyambut sempena bulan Ramadan. Selepas berucap, Ahmad Johnie menyampaikan sumbangan termasuk bakul makanan kepada penerima. Majlis berbuka puasa berlangsung pada jam 6.47 petang, diikuti dengan solat Maghrib dan jamuan berbuka. Ahmad Johnie kemudiannya menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah sebelum majlis bersurai sekitar jam 9.15 malam. Dalam pada itu, para ibu bapa dan penjaga turut menyumbang juadah makanan secara potluck, menambahkan lagi kemeriahan majlis. Turut hadir pegawai daripada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Daro, Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak, Pejabat Daerah Matu, YDP PIBG SK Bruan Mapal, serta Komuniti dari Kampung Loba Balu dan Rumah Panjang Bruan, Matu. - EDISI UKAS

Lihat

news

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Rasmikan Masjid Darul Makmur Bahagian Serian

SERIAN: Masjid baharu yang dinamakan Masjid Darul Makmur Bahagian Serian telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Isnin. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dan diteruskan dengan majlis perasmian masjid oleh Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Selesai jamuan makan malam, majlis diserikan dengan bacaan Al-Quran oleh Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Sarawak Ke-64, Mohd Faizil Affandi, bersempena dengan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak. Majlis turut diisi dengan tazkirah oleh Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin. Para jemaah turut menunaikan Solat Isyak dan Tarawih yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Hadir sama, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha Majlis Islam Sarawak Mual Suaud, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph serta tetamu kehormat lain. Masjid Darul Makmur kini menjadi mercu tanda baharu bagi komuniti Islam di Bahagian Serian dan menjadi pusat pembangunan sahsiah dan ukhuwah masyarakat setempat. EDISI UKAS  

Lihat

news

AI Perlu Dipandu Oleh Nilai dan Hidayah

SERIAN: Seiring dengan perkembangan teknologi di dunia, Sarawak terus berusaha untuk tidak terpinggir daripada perkembangan teknologi terutamanya dalam bidang digital dan kecerdasan buatan (AI). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menegaskan bahawa perkembangan teknologi seperti AI harus dipandu oleh nilai murni serta berteraskan hidayah agar tidak disalahgunakan sehingga memberi kesan negatif kepada masyarakat. Menurut beliau, walaupun teknologi AI kini berkembang pesat dan mampu mengakses serta menterjemah data otak manusia melalui algoritma canggih, namun AI tetap tidak mampu menggantikan hidayah yang hanya datang daripada Allah SWT. “Teknologi ‘Artificial Intelligence’ ini ibarat otak buatan atau ‘artificial brain’ yang boleh membaca apa yang ada dalam fikiran manusia. “Tetapi walau secanggih mana teknologi ini, saintis masih tidak dapat mencipta atau meniru hidayah,” ujar beliau semasa berucap dalam Majlis Perasmian Menaiktaraf Masjid baharu Darul Makmur Bahagian Serian pada Isnin. Premier Sarawak turut mengingatkan generasi muda tentang peranan besar media sosial dalam era digital hari ini yang menurut beliau ibarat ‘pisau bermata dua’ di mana boleh membawa manfaat sekiranya digunakan dengan betul, namun juga mampu menghancurkan masyarakat jika disalahguna. Beliau turut menekankan bahawa walaupun AI berasaskan algoritma dan sains moden, namun setiap kemajuan teknologi harus dimulakan dengan asas akidah yang kukuh dan nilai moral yang tinggi. Dalam konteks ini katanya, Sarawak juga giat menggunakan teknologi moden termasuk AI dan hidrogen dalam usaha memacu pembangunan negeri serta meningkatkan kemudahan rakyat, selaras dengan agenda menuju negeri maju pada 2030. Majlis yang diadakan sempena perasmian Masjid Darul Makmur Bahagian Serian itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta barisan kepimpinan yang lain. Turut hadir memeriahkan majlis Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta isteri. Hadir sama barisan Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha Majlis Islam Sarawak Mual Suaud, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph serta tetamu kehormat lain.-EDISI UKAS  

Lihat
PertamaSebelumnya1781178217831784178517861787178817891790SeterusnyaTerakhir